CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Oh Juwita (Lagu Dendangan Nubhan)

[Copy link]
Post time 8-8-2010 02:49 PM | Show all posts
lagi............lagi...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 03:01 PM | Show all posts
akhirnya baby muncul juga dgn n3 yg byk...w/pun byk masih lagi tak cukup harap2 ada lagi n3 yang byk dari baby lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 06:30 PM | Show all posts
wah byknyer n3
makaseh baby
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 06:46 PM | Show all posts
zafiraaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

kayyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:28 PM | Show all posts
best...
KAY nie mesti anak org kaya jugak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:37 PM | Show all posts
best2... nak mintak permission dgn baby nak copypes ur story ni sbb nak baca kat umah...
baru baca page 1 je... nak baca semua tentu tak smpat nak lepak sini lama2...
kena kejar keja dulu sblum cuti....
boleh kan tuan umah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2010 02:38 PM | Show all posts
errr...lupa nak letak...

next..next..next...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:51 PM | Show all posts
next..next baby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2010 03:20 PM | Show all posts
SALAM BABY.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 03:21 PM | Show all posts
nak lagi..... nak lagi.... nak lagi...
sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 09:08 PM | Show all posts
thanks baby...
tp nak lagi... tak cukup la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 01:21 AM | Show all posts
sweet jer kay dgn zafira...
moga2 bunga2 cinta berputik diantara diorg...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 07:46 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:37 PM | Show all posts
selamat tgh hari...harap2 ptg ni ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 03:49 PM | Show all posts
wah..best n3..thank baby..xbz..ltk lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:27 AM | Show all posts
masih lagi menunggu baby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 04:59 PM | Show all posts
baby...rindunye dekat kay dgn zafira ni...bila nak letak n3...next...next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2010 06:18 AM | Show all posts
Reply 206# Jaza2008


    boleh saja Jaza,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2010 06:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 13-8-2010 06:21

Selamat berpuasa, korang....

Bab 8

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Ombak yang bergulung-gulung membelah pantai menggamit seluruh rasa. Jiwanya sarat dengan rindu.      

“Dah lama tunggu?” Lemak merdu suara Delaila Asyikin menyapa. Kay menoleh menatap sekujur tubuh yang berada di sampingnya. Seraya dia menguntumkan sebuah senyuman buat yang dirindu.
“Ingatkan tak nak jumpa dah…”
“Kalau tak jumpa….nanti awak tak boleh tidur pula…” Balas si gadis.

“Cantik…” Puji Delaila Ayikin pada potret yang hampir separuh siap dilukis Kay.
“Gambar siapa?” Dia bertanya.
“Gambar anak dara pingitan tuan haji Darus.” Jawab Kay sebelum mencalit berus cat tepat pada hidung Delaila Asyikin. Dia tahu Delaila Asyikin sengaja mengusik dirinya sedangkan gadis itu tahu benar yang potret yang sedang dilukis itu adalah wajahnya sendiri.

“Heii….” Delaila Asyikin terkejut bila hidungnya disapa dengan cat berwarna merah, spontan dia mengambil bekas air warna dan mula mengejar Kay yang sudah melarikan diri menuju tepian pantai.
   
Mereka berlari berkejar-kejaran macam anak-anak kecil. Kay tersenyum sendiri mengingati saat-saat manis itu.

“Awak, rindukan saya tak kalau saya tak ada?” Tanya Delaila Asyikin.
“Mestilah…” Spontan Kay menjawabnya.
“Kenapa?” Kay pula bertanya, terasa pelik dengan soalan Delaila Asyikin padanya.
“Boleh tak jangan rindukan saya selalu…”
“Kenapa?”
“Nanti saya rasa serba-salah…”

Kenangan demi kenangan mula muncul di kotak ingatan. Suara Delaila Asyikin itu bagaikan terngiang-ngiang di cuping telinga. Ke mana kau menghilang? Aku rindu. Sangat-sangat rindu.

“Abang, abang ni tunggu siapa? Setiap minggu adik nampak abang kat sini?” Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 9 atau 10 tahun menegurnya. Agaknya kanak-kanak itu memang tinggal di kawasan berdekatan sehingga boleh mengecamnya sedemikian rupa.

“Shafiq…jom!” Beberapa orang rakan kanak-kanak yang bernama Shafiq itu sudah memanggilnya untuk turut bersama mereka. Mengutip kulit siput barangkali. Teka Kay.  

“Bye!” Ujar kanak-kanak tersebut sebelum memanjangkan kaki mengejar rakan-rakannya yang sudah jauh di hadapan. Kay cuma tersenyum sambil membalas lambaian yang diberikan.      

Semenjak kali terakhir dia bertemu dengan Delaila Asyikin di pantai itu, dia tidak pernah lupa untuk mengunjungi tempat itu semula. Mengharapkan wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu akan muncul menghilangkan rindunya yang sekian lama bertamu dihati. Namun sudah dua tahun dia berulang-alik dari KL ke pantai tersebut, insan yang ditunggu tidak pernah kunjung tiba.

“Betul ker kau nak pergi ke pantai itu lagi?” Tanya Feros ketika dia bersiap-siap pagi tadi. Dia tidak menjawab. Feros sudah sedia maklum yang sahabatnya itu tidak pernah lupa akan rutin hujung minggunya itu. Sekali-sekala dia turut sama menemankan Kay, tapi kini dia sudah tidak mampu menurut kegilaan Kay bila menjadikan kunjungannya ke pantai kenangan itu sebagai rutin mingguan.

“Kau tak bosan ker?” Tiada reaksi dari Kay.

“Kalau dia tak muncul juga macamana?”
“Aku akan terus menunggu…” Kay menyandang sebuah beg lalu menyarungkan sepasang kasut ke kakinya bersedia untuk memulakan sebuah perjalanan.

“Engkau ni macam pungguk rindukan bulan.” Ujar Feros.  
“Sia-sia aje kau buang masa, dia hilang tanpa khabar berita…maksudnya dia tidak mahu bertemu dengan engkau lagi…takkanlah engkau tak faham.”

Sudah berbuih mulut Feros menyuarakan pendapat serta nasihat. Semua bagaikan mencurahkan air ke atas daun keladi. Tak faham sungguh dia dengan kesetiaan Kay pada Delaila Asyikin. Apa nak buat kan? Cinta itu telah membutakan Kay dari melihat gadis lain selain Delaila Asyikin. Fikir Feros.

Tapi kini ada seorang lagi yang muncul dalam hidup Kay. Azryn Zafira. Tiba-tiba wajah gadis yang muncul tiba-tiba dalam hidup Kay menjengah minda Feros. Mana tahu si Azryn Zafira mampu mencelikkan Kay dari terus buta dengan cinta Delaila Asyikin? Walaupun dia tidak tahu apa peranan Azryn Zafira dalam kehidupan masa kini Kay tapi dia berdoa dalam hati, mengharapkan yang terbaik untuk sahabatnya itu. Kalau boleh dia tidak mahu Kay terperangkap dalam genggaman cinta yang entah wujud entah tidak itu. Hmm…misteri cinta Delaila Asyikin.

“Tapi, aku tak terfikir begitu…dia yang aku kenali tidak mungkin bersikap begitu…” Kay menidakkan tohmahan Feros terhadap Delaila Asyikin. Feros sekadar menjungkitkan bahunya. Lagipun untuk melupakan Delaila Asyikin seakan mustahil bagi diri Kay.

“Lantaklah kau labu…, aku cuma mengingatkan aja…kau nak terima atau tidak, terpulanglah.” Biarlah Kay memikirkan dan memutuskan apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.   

Pengunjung semakin lama semakin ramai membanjiri pantai tersebut. Suasana yang tadinya hening, kini sudah mula dikuasai oleh suara hiruk-pikuk kanak-kanak yang riang bermain di gigi air. Peniaga dan penjaja turut sama berkongsi kemeriahan mendapatkan pendapatan yang agak lumayan hasil dari jualan mereka kepada pengunjung yang tidak putus-putus datang membeli.   

Kay turut sama menghayunkan langkah kaki bersama-sama menikmati pasir pantai yang memutih berkilauan terkena pancaran matahari. Sesekali dia berhenti membiarkan ombak yang datang menyapa pantai terkena pada kakinya sebelum dia meneruskan perjalanan. Matanya tidak lepas menatap wajah-wajah yang datang mencari kalau-kalau terselit di antara ratusan itu, wajah insan yang dirinduinya. Mungkinkah pencariannya akan berakhir hari ini?      

Sesusuk tubuh dan ketinggian milik seorang gadis yang memakai sehelai t-shirt berlengan panjang dan berseluar jeans hampir serupa dengan Delaila Asyikin membuatkan Kay tersentap. Hatinya resah. Matanya terus tertancap kejap pada batang tubuh gadis yang sedang bergerak membelakanginya itu seolah-olah tidak mahu ianya terlepas dari pandangan mata. Manakala kakinya pula melangkah pantas mengejar menongkah arus orang ramai yang sedang berkeliaran ketika itu.  

“Laila?” Jeritnya pada gadis tersebut yang tidak sedar dirinya sedang diburu.  
“Laila?” Segera dibalikkan tubuh gadis itu ketika semakin hampir. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. Bukan rupanya. Sesusuk tubuh disangkanya milik gadis yang dinantikan dua tahun kebelakangan ini rupanya milik orang lain. Desis hati Kay kecewa.
“Maaf, saya tersalah orang.” Segera dia meminta maaf kepada gadis tersebut sebelum terus berlalu untuk kembali semula ke tempat di mana dia meninggalkan peralatan melukisnya semasa dia tiba tengahari tadi.
   
Senja sedang melabuhkan tirainya. Pengunjung seorang demi seorang beransur pergi, yang tinggal cuma penduduk yang tinggal berdekatan. Dia meraup wajahnya. Hari ini dia hampa lagi.

*******

“Macamana?” Tegur Feros bila tiba-tiba pintu utama dikuakkan dan wajah Kay muncul disebaliknya. Feros yang tadi sedang duduk santai melayan rancangan hiburan yang disiarkan berpaling memandang Kay yang sedang meletakkan kasutnya di atas rak kasut bersebelahan pintu tersebut.  

Tanpa perlu memberikan jawapan, Feros sudah dapat mengagak. Wajah lesu Kay dan tingkah lakunya menggambarkan segala-galanya.

“Aku rasa kau patut melupakan dia.” Tiada reaksi dari Kay yang sedang bergerak terus ke biliknya. Berdentum pintu bilik dihempas Kay. Feros mengeluh. Begitulah selalunya. Setiap kali dia pergi dan kembali dari pantai tersebut, Kay akan bermuram. Membisu sehari-dua kemudian kembali seperti sediakala pada hari yang ketiga. Dia sudah biasa dengan kerenah Kay itu.  

Nampaknya esok Kay akan berkurung seharian dalam salah sebuah bilik dalam kondominium tersebut yang sudah diubah suai menjadi studio dan arkib kepada hasil kerja seninya. Di situlah juga Kay akan melampiaskan segala kekecewaannya di atas sehelai kanvas. Kanvas yang tidak mengerti. Kanvas yang kelak akan menjadi terjemahan kepada luka dan kesedihan yang terpendam. Parah jiwanya yang patah, yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata dan air mata.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 06:41 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056586 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list