|
Nak juga kongsi cerita..
Kawan kyra pun ada juga pendamping ni...Kyra namakan sbg siti ajalah..
Kata siti pendamping ini cuma menjaga saja..dan dia tak pernah terima pun..
Cuma yang tak sedapnya baru2 ni ada kawan siti nampak siti ni dalam rumah walhal siti ni tgh berada di psr mlm dan tiada sesiapa ada di bilik kami melainkan kawan siti tu aja..
Aiyooo tak fasal2 dh mula episod pengklonan diri di asrama kyra tu..
Kyra pun pernah sekali nampak jelmaan kawan kyra baru2 ni padahal kwn tu sedang tido waktu tu. kyra namakan dia Nur ...
Kyra tgh ddk dkt ruang tamu sambil bersembang dgn roomate kyra yang lain, Fara. tgh2 syok bersembang, kyra nampak Nur ni berjalan pergi bilik air, berhenti belek2 muka di cermin selepas habis urusan dalam jamban sebelum masuk bilik balik. kyra buat bodoh jela tak pikir apa2 pun. lepas habis bersembang kami berdua masuk bilik.
Bila si nur tu bangun, kyra tanya la dah solat insya' belum?
Si nur dah buat muka pelik. dia kata "Kan aku baru bangun tidur. solat apanya?"
Kyra pun cakap la "Eh! tadi ada pergi bilik air kan?"
Si nur ni cakap "Mana ada. aku tido mati kot."
Kyra terus terdiam dan setelah di desak beberapa kali barulah kyra cerita apa sebenarnya yang kyra nampak dkt nur dan dkt fara.
Berpeluh jugalah masing2 mlm tu walaupun masing2 buat muka cool macam tapir tak mkn seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 22-10-2012 12:21 PM
ooohhh.....jadi bagaimana pula dgn wangian kasturi syifa' tu?? pun boleh jadi makanan kpd mereka ...
Kasturi Syifa hanya jenama, ia tetap minyak atar. Jadi balik kepada asal wangian samada busuk atau wangi ia menjadi makanan kepada jin. Yang busuk sudah tentu jin yang buruk2. Yang wangi jin yang baik2 termasuk para malaikat.
Kemudian atar itu kita baca pula ayat2 Ruqyah (sudah tentu bukan Surah Fatihah sahaja kerana banyak lagi Hadis menyebut ayat ruqyah selain Surah Fatihah). Bila baca... dalam bahasa ilmunya kita sudah memprogram atar hanya bersifat negatif sahaja akan K.O bila bau atar ini. Jadi jin2 yang walaupun Islam tapi nak mendampingi tuan pemakai ia sudah bersifat negatif, jadi jin pendamping walau Islam atar itu akan memberi efek (sebagai satu asbab) kepadanya. Dalam hal ini akidah perlu alert. Hanya Allah berkuasa ia sebagai satu asbab sahaja.
Itu kes biasa. Berlaku juga kes lain, atar tidak memberi efek apa2 pun walaupun dibaca. Ini kerana balik kepada asal, ayat tidak memberi bekas. Orang sebut jin tidak takut pada ayat tapi pada rohani yang membacanya. Makna kata siapa tukang baca, kalau tukang baca orang yang banyak berbuat dosa jin tarak takut. Tapi rohani yang kuat siapa bagi? Sudah tentu Allah. Bermakna barangsiapa hatinya tunduk pada Allah segala makhluk tunduk padanya.
Dari situ juga timbul satu kaedah untuk dibuat contoh perbandingan, iaitu orang yang rasa hebat, alim, ikut sunnah, sana sini bidaah, cubalah berhadapan jin yang merasuk (belum hadapan jin betul2 jelma depan mata lagi), cuba lawan, test tengok. Kalau betul ikut sunnah sudah tentu jin tak sempat merasuk dah lari keluar kerana malu dengan rohani orang tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
miftahuljamilah posted on 20-10-2012 06:25 PM
terima kasih atas penerangan berhubung rijalulghaib ini secara panjang lebar..,maknanya rijalulgha ...
Kerana itu bila berjumpa yang mengaku rijalul ghaib atau pendamping, mesti orang itu pergi tahqiq dengan guru yang mursyid. Cari guru yang betul2 faham kerana tok imam tak semestinya faham, kena cari guru yang paling kurang faham selok belok hal kerohanian. Biasanya rijalul ghaib betul dia tak ajar ilmu berubat, silat.
|
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 22-10-2012 06:29 PM
Kerana itu bila berjumpa yang mengaku rijalul ghaib atau pendamping, mesti orang itu pergi tahqiq ...
ye terima kasih..
|
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 22-10-2012 06:20 PM
Kasturi Syifa hanya jenama, ia tetap minyak atar. Jadi balik kepada asal wangian samada busuk atau ...
ni yg saya suker kalo dpt berbicara ngan bro te_peng ni, banyak benda boleh blajar...yg x tau jadi tau, yg kesalahfahaman dpt dibetulkan....apepun trime kasih banyak2..
saya sentiase cube sematkan dlm hati, apa jua kite lakukan hendaklah ikhlas kerana Allah SWT.
|
|
|
|
|
|
|
|
miftahuljamilah posted on 3-11-2012 10:37 AM
dulu masa kecik2 sekitar usia 3-4 tahun. kakak kembar saya terjaga dari tidur..time tu tgh mlm lps ...
Jawapan sebenar Wallahu a'lam hanya Allah mengetahui.
Kalau nak perhalus kita lihat sirah ulama2 yang biasa menemui rijalul ghaib. Biasa mereka terjumpa Nabi Khidir atau Nabi Muhammad, bagaimana keadaan mereka dan orang dijumpai?
Biasa jumpa kalau zahir di Masjidil Haram, dalam Masjid Nabawi, bukan jumpa di gua, hutan. Begitu juga orang soleh dikalangan ulama melayu kita... jumpa di masjid bukan jumpa dalam majlis nikah.
Kalau mimpi... di tempat yang elok, keadaan elok, bercakap pun elok. Si pemimpi pun berwuduk... ni pemimpi pakai seluar pendek bunga, baju tak pakai teringin nak mimpi jumpa nabi?
Kita perati sirah ulama jumpa rijalul ghaib bagaimana mereka berbicara? Abu Talib Makki, tabiin jumpa Nabi Khidir dalam Masjidil Haram, tak cakap benda dunia, nasihat2 agama.
Bandingkan kita, konon jumpa rijalul ghaib pesan minggu depan nak kiamat?
Nabi Musa jumpa Nabi Khidir bagaimana kisahnya... taraf nabi sama nabi memang berat sikit jalan ceritanya. Kita nak banding cerita kita sama dengan cerita Nabi Musa... mana boleh bos... tu Nabi, kita kuali.... malam tengok raja lawak, siang melalak. Jalan cerita mana nak sama.
Ulama mimpi jumpa Nabi apa inti bicaranya... Nabi nasihat, beri semangat, bagi doa. Bukan bagi keris, senjata.
Jadi kebanyakkannya yang jumpa rijalul ghaib bukan rijalul ghaib sebenar melainkan jin semata, tak kiralah jin tu islam atau kafir. Ada orang kata jumpa jin pangkat wali?
Berdasarkan kisah2 orang soleh terdahulu, semua yang jumpa jin pangkat wali, bos, mereka datang mesti mengaku nama dia sekian2... belom ada mereka datang tak bagi tau, biasa mari senyap jin menyamar. Yang betul mesti datang perkenal diri, nama saya sekian2....Mesti ada tanda berdasarkan isyarat guru... contoh jari tak cukup 1... kalau mari jari tak cukup 2...walau ngaku nama sekian tapi rupa tak sama bermakna jin nyamar juga.
Jadi bagi saya tiada cara paling bagus melainkan dengan menimbang tara berdasar Quran, Sunnah, qias dan ijtihad ulama. Kalau takder, tengok sirah... bagaimana cara mereka jumpa. Kalau tiada boleh kita katakan itu semua jin yang menyamar yang datang dengan pelbagai niat samada nak sesatkan kita atau nak niat lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
penah dengar pasal pendamping ni tapi xbape paham |
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 3-11-2012 06:17 PM
Jawapan sebenar Wallahu a'lam hanya Allah mengetahui.
Kalau nak perhalus kita lihat sirah ulama ...
saya setuju denagan pendapat tuan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
izzyanna posted on 14-7-2010 10:22 PM
nak tmpang tya sekalilah, my bff nye husband ada darah keturunan raja.. dia kata dulu moyang husband ...
saya pun ada penjaga/pendamping panglima hitam cume berbeza nye saya punyai keris panglima hitam hasil dari keturunan turun temurun lagi...tapi sekarang saya sedang menjalani rawatan baik pulih keris... orang memberi rawatan kepada saya itu tidak mengalakkan membuang akan tetapi selalu berzikir dan membaca ayat2 suci al quran untuk membuat pengisian dalam keris itu....saya pun tidak berapa tahu sangat mengenainya lebih baik merujuk pada yang pakar...
|
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 3-11-2012 06:17 PM
Jawapan sebenar Wallahu a'lam hanya Allah mengetahui.
Kalau nak perhalus kita lihat sirah ulama ...
terima kasih..so far tiada mimpi yang benar2 mengaku dia si polan..sipolan..hanya lihat sahaja. biasa saya alami mimpi simbolik je dan rujuk pada guru saya..
|
|
|
|
|
|
|
|
best betul thread ni.. merempit saya membaca dari pagi td...
Saya nak kongsi posting kisah ustaz kazim elias semasa dia sakit..ini di ambil dari posting di FB nya :
1997.Kesakitan akibat di santau berterusan n mengganggu kerja dakwah saya.Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dlm rumah makin menjadi2.Saya dibawa balik ke Kedah utk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.Tahapnya sampai org masjid dtg baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah.Suatu malam,saya bermimpi didatangi seorang ulama,memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bg kesembuhan.Dlm mimpi itu saya dipertunjukkan dgn 6 orang yg menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu2..saya tersedar dr tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu sy terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pd sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.1998..saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dlm sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,org kaya,org hebat deme ni.Tiba2 suami dia peluk saya,si isteri menangis..dia kata maafkan kami ustaz,berkali2 diulang perkataan itu.Saya tanya nape?Dia jawab,kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat2 pd Ustaz.Saya tanya kenapa buat kat saya mcm ni?Dia jwb.saya terasa bila ustaz tegur dlm kuliah ttg org yg tak berjemaah dimasjid,saya geram,saya menyampah dgn kata2 ustaz.Saya jwb,takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati.Dia kata lg mereka berenam terlibat.6 org?saya terkejut..Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dlm mimpi saya itu.Saya sebut nama lg empat org,dia mengaku betul,mrk yg aniaya saya.Saya cakap.pesan pd mereka saya maafkan mereka.Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap2 tahun mereka datang beraya dgn bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati,Alhamdulillah. Juga bagaimana beliau telah menipu jin.. jin sebenarnya tak pandai ...:
Selepas merasa ada sedikit kesembuhan dari sakit pd 2001 n 2003, sy mula utk mengajar.Saya terpaksa bertongkat apabila berjalan dan percakapan tersekat dan tidak lancar. Semangat utk berdakwah tetap membara walaupun dada masih sakit dan seluruh badan terketar2.Bila dah siap,kereta dah tunggu, tiba2 kaki jd lembik, tak leh jalan tak leh bangun. Seminggu cuba tp ttp tak boleh keluar mengajar.Akhirnya saya kata pd pembantu saya jgn sebut nak pergi ceramah, cakap kita nak pi main bola..alhamdulillah.Berjaya... Akhirnya boleh mengajar..rupa2nya sihir tu tak nak bg saya ceramah..bila ckp nak pi main bola sihat pulak.selalu jin tipu kita skrg kita pulak tipu jin.
Last edited by k_a_a on 10-5-2013 12:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
penjaga kat rumah mek lagi tak boleh harap tau....sumer orang dia kasi masuk...bukannya mintak ic ke lesen ke.....nyah oiiiiiiii geram mek tau...... |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
sy dah lama mengikuti sbg silent reader je...baru ni sy rasa ingin utarakan 1 kemusyikilan...yg dah lama sy pndam slama ni....begini...mak sdara sy ni mmg dari kecil hidup dia terumbang ambing....dia penah bercerai...skrg dah berkahwin baru..sblom dia berkahwin baru...dia terkena buatan org...kalu sakit ni toksah ckp le...dah puas berubat...kdg2 dia ckp siam...
cuma masa dia tgh sakit dulu...ada 1 bnda sy x tau pndamping atau x...tp stiap kali benda masuk dalam badan dia..dia berubah watak sbg nenek tua...jln terbongkok2...sy bole terbau kdg2 berbau spt mmg org tua...atau wangi...tp nenek tu letakkan syarat...setiap kali dia muncul dalam bdan mak sdara sy..dia nak pkaikan kain mnutup kpala dia....
nenek ni kata..dia asal dr keturunan nenek moyang kami di masa lampau...kalu nenek ni dtg...kami smua kene mngelilingi dia....dia ckap melayu pahang..loghat org lama2..tp loghat pahang...tp nenek ni bole tau masa lampau...cth:sy sakit....dia bole bgitau sapa yg wat sy...apa yg akan terjadi....tp dia slalu kata....jgn percaya dia bkn meramal....nenek ni ada kata...sy namakan dia mak bonda...masa dia turun mkcik sy lepas ke alam dia sbg puteri....tp kalau slapas makcik sy sedar..dia x ingat satu pon kejadian dia alam lain...sy nak tnya yg lebih arif tetang alam ghaib....adakah ni pendamping atau saka ? |
|
|
|
|
|
|
|
gurl80 posted on 24-10-2014 07:42 PM
sy dah lama mengikuti sbg silent reader je...baru ni sy rasa ingin utarakan 1 kemusyikilan...yg dah ...
Menarik tuan. Dlm famili saya dulu pun ada yg lebih kurang mcm ni. Saya ni tak pandai sangat, pada pengamatan saya, perkara sebegini selalunya jadi mcm ni kepada org yg "bermasalah".. Bila skrg dah besar panjang, saya fikir2, itu semua ada 2 elemen... pertama, elemen psikologi, sebagai escapism, seseorang itu mungkin taksub dgn 'keturunan' dia dan perkara2 sakti, dan bercampur dgn elemen kedua, iaitu elemen jin, yg masuk kedalam otak si "sarung" itu tadi. Jin mengambik kesempatan diatas "kekosongan" jiwa/iman seseorang itu.
Bayangkan lah, kalau nenek-moyang yg dah mati kembali, pastinya dia akan cerita tentang azab kubur dan suruh semua orang beribadat. Org yg dah mati, duk di alam barzakh dan tak boleh meresap (kesurupan ke apa ke) ke dalam badan org yg masih hidup. Ini semua jin kelentong kita. Jin tahu dalam budaya masyarakat kita, budaya kuno dahulu percaya benda2 mcm ni .. bukan kepercayaan Islam... spt kepercayaan org cina atau budha/hindu.. Jin nak kelentong nak timbulkan rasa taksub kpd keturunan & percaya kpd dia yg boleh "mengubat" etc... Kalau betul dia roh nenek moyang kononnya, cuba tanya dia, bila dia mati, sapa nama, dan mcm mana dia mati, tanya dia tentang siksa kubur semua...
Saya pernah berdepan dgn org sebegini. banyak kali zaman sy kecik dulu..... maaf, ini semua cuma pandangan saya yg kurang ilmu ... maaf kalau tuan tersinggung ke apa ke..
wallahualam
Last edited by k_a_a on 24-10-2014 09:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
k_a_a posted on 24-10-2014 09:31 PM
Menarik tuan. Dlm famili saya dulu pun ada yg lebih kurang mcm ni. Saya ni tak pandai sangat, pada ...
prtama sy bkn tuan....puan...hehe....sy pikir mcm tu juga....smua mainan jin...tp sy pelik perkara2 cmni....nak terlalu percaya pon x...sy takut makcik sy ni mmg suka pd pendamping....sbb dia pon mmg suka bnda2 mistik....skrg ni dia bole plak seru nenek tu msuk dlm bdan dia...cuma ada yg kata saka...ntah le
|
|
|
|
|
|
|
|
gurl80 posted on 24-10-2014 09:42 PM
prtama sy bkn tuan....puan...hehe....sy pikir mcm tu juga....smua mainan jin...tp sy pelik perkara ...
Oh.. hehhe.. maaf ye silap tu puan.. saka tu jin lah puan..
Dalam kes berkaitan famili saya tu, orangnya pun lebih kurang mcm yg puan kata... dia adalah seorang perempuan spt dlm cerita puan juga... mereka yg "didampingi" ini memang dlm fikiran suka percaya perkara2 mistik sikit.. beliau memang rajin solat & puasa, ke mekah etc... selain taksub dgn salahsilah yg dikatakan sampai kpd org2 alim/warak hebat, malah terlalu yakin selalu "bergelut" dgn sihir (org buat katanya) etc.. kdg2 bercakap dalam slang/loghrat "karektor" yg kononnya meresapi dirinya... Saya kira begini, memang seolah2 membuka pintu mengajak jin datang ler...
Memang dia boleh "berubat" dan ramai juga yg dtg berubat dgn nya dan dgn izin Allah tercapai hajat mereka atau sembuh... Dgn mereka yg berubat tu, tidaklah ada yg "meresapi" diri nya... Cuma di awal2 mula berubat tu, dia berdialog (dgn saya) dlm loghrat tertentu, kononnya diresapi org tertentu...
Ada satu ketika tu dia kononnya "diresapi" oleh "roh"/semangat org pantai timur, tetapi loghrat nya ada yg tak tepat.. disitu saya mula terfikir, ini semua permainan akal dan juga permainan jin...
Di akhir2 hayatnya, ada juga perawat yg dtg mengubatnya (dia ada sakit sejak muda) berkata ada jin2 duk sekeliling dia, dia tak percaya, sebab dia kata dia yakin dia dikelilingi "roh nenek moyang" yg alim2... kdg2 dia ada lebam2 kat kaki , jarang la, tapi berlaku juga...Elemen psikologi saya rasa banyak pengaruhi... mahu jadi seorang yg hebat seperti mana nenek-moyangnya yg alim2...
Saya kira... perlu kepada ilmu agama... sebab kurang ilmu lah boleh jadi begini... tak faham apa itu roh dan alam barzarkh dan juga terlalu percaya kpd kepercayaan kuno dlm masyarakat... pokok pangkalnya kerana kurang ilmu (agama).. Jadi akibat nya, jin mengambil kesempatan..
wallahualam...
Last edited by k_a_a on 25-10-2014 07:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
surfinv posted on 12-10-2012 04:28 PM
istilah tu berbeza ikut pengamal.. jgn lah kita kelirukan diri kita...
apa beza pendamping / penjaga, saka & kelebihan tuhan bagi? panglima hitam & panglima hijau tu sapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
akupun nak tumpang tanya.....
nenek aku kat kampung (masih hidup umor 87 taun) adalah seorang yg sangat warak orgnya,
boleh dikatakan wuduk tak pernah kering dari badannya....Quran tu sentiasa ada kat tangan...
atas sebab2 tertentu...kami syak nenek aku ni ada saka...or what belaan...
Baru2 ni, sepupu pompuan aku yang tinggal di negeri lain asyik ternampak kelibat nenek dlm rumah dia...
apakah itu?... |
|
|
|
|
|
|
| |
|