CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 8-6-2011 11:32 AM | Show all posts
Pangg!!! Sebuah penampar hinggap lagi ke pipi lelaki yang tak berapa gebu itu. Aishah menghampiri Faris yang berang sejak tadi. Bahu Faris dicuit.

“Heyy..sudahlah….pecah pipi anak orang…” pujuk Aishah. Faris merengus kasar lalu duduk berhadapan lelaki yang ditangkap oleh mereka tadi. Lelaki yang menjadi ketua tadi dibawa pulang ke rumah kayu dipinggir hutan dahulu manakala 2 lelaki suruhan tadi, diikat dan ditinggalkan di tepi jalan. Melihat Faris yang diam sambil meramas2 tangannya, Aishah memandang lelaki di depannya.

“Nama kau siapa?” soal Aishah kasar sambil bercekak pinggang. Lelaki itu pula, terketar2. Agaknya, serik menerima sepak terajang dari Faris sejak tadi.

“Mail…” balas lelaki itu terketar2.

“Ooo…Betul  kau tak kenal Tengku Kamil?” soal Aishah. Mail pantas mengangguk.

“Betul…aku tak tipu! Aku tak kenal siapa tu Tengku Kamil…” kata Mail lirih. Aishah menarik nafas payah, kemudian berpaling memandang Faris yang memandang mereka. Abu dan Dol pula, baru saja selesai memasak mee meggi. Bau meggi kari menusuk hidung Aishah dan Faris.

“Aku rasa dia cakap betullah! Mungkin  bukan Tengku Kamil yang culik kau…” kata Aishah. Faris menarik nafas resah. Di ketap bibirnya memandang lelaki bernama Mail itu. Sekali pandang macam mafia, baru kena gertak sikit dengan pistol , dah menggigil sampai nak terkencing!Huh!

“Habis, siapa yang upah kau untuk culik aku?” soal Faris kasar. Muka Mail dipandang tajam.

“Aku tak tahu! Aku cuma jumpa dia 2 kali saja. ..” kata Mail jujur. Letih dia disoal sejak dari tadi.

“Nama dia pun kau tak tahu?” soal Faris. Geramnya bukan kepalang….

“Tak tahu…aku tak pernah tahu nama dia..” akur Mail jujur.

“Tapi, yang upah kau ni, lelaki ke perempuan?” soal Faris lagi. Hanya 2 orang yang berpotensi menjadi dalang disebalik penculikannya itu. Tengku Kamil dan Tengku Khursiah!

“Lelaki..” kata Mail lemah. Faris dan Aishah berpandangan. Abu dan Dol menghampiri mereka dengan mulut yang penuh dengan mee meggi. Sebuah cawan mee dihulur kepada Faris. Faris menggeleng. Tidak ada selera hendak makan disaat2 seperti itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2011 11:33 AM | Show all posts
“Boleh jadi, Tengku Kamil yang mengupahnya…” kata Aishah. Faris diam, mengetap bibir. Dia tunduk sejenak, kemudian mengangkat wajahnya kembali. Ya! Boleh jadi juga! Boleh jadi Tengku Kamil tidak mahu terlibat secara langsung dalam kes ini, lalu dia mengupah orang untuk melakukan kerja ini bagi pihaknya! Mungkin juga!

“Habis, video kami?” soal Abu tiba2. Terjungkit kening Faris mendengar. Lantas dipandang muka Mail.

“Video diorang mana?” soal Faris dengan gaya samseng. Mail terpinga2 memandangnya.

“Video yang mana?” soal Mail lurus. Abu merapati Mail lalu duduk didepan Mail. Sesudu mee disuap ke mulutnya dihadapan Mail, bertujuan menayangkan aksi menelan mee di depan Mail. Biar Mail terliur melihat dia menikmati keenakan mee meggi.

“Video yang ada muka kami bertiga culik budak pompuan 5 tahun 8 bulan lepas!” jelas lagi terperinci penerangan Abu. Wajah Mail berkerut.

“Pada bos aku…” balasnya perlahan. Bimbang dimarahi oleh Abu yang berada dihadapannya.

“Bos yang upah kau buat kerja ni?” soal Dol pula. Kali ini, Dol duduk berhadapan Mail. Perlahan2, Mail angguk.

Abu, Dol, Aishah dan Faris berpandangan. Wajah masing2 penuh tanda tanya. Siapa bos Mail?? Adakah Tengku Kamil???

“Nampaknya, kita kena cari bos dia jugak! Sebab pertama, aku nak sahkan samada bos dia tu Tengku Kamil atau tidak…dan sebab kedua, kita mesti dapatkan mastercopy video tu dari si jahanam tu!” ujar Faris sungguh2. Abu, Aishah dan Dol mélanga memandangnya.

“Macam mana?” soal Dol. Mail juga kali ini turut memasang telinga. Teringin juga dia hendak mengetahui, siapa sebenarnya yang selama ini menjadi majikannya.

“Kita ada plan baru!” kata Faris serius.

“Plan apa?” Abu sudah tidak sabar mendengar. Mail dan Dol turut memandang Faris.

“Memandangkan si Mail ni, tak kenal siapa bos dia…jadi kita perlu tunjukkan Tengku Kamil padanya supaya dia dapat mengecam adakah Tengku Kamil merupakan majikannya selama ini. Tapi, adalah menjadi satu bahaya jika kita menunjukkan diri di depan Tengku Kamil. Pertama, jika bukan dia yang menjadi dalang di sebalik penculikan ini, jika dia tenampak aku, maka kes ini akan selesai  begitu saja tanpa kita ketahui siapa dalang sebenar..” ujar Faris.

“Kedua, jika dia adalah dalangnya, jika dia ternampak kita…maka habislah kita! Dead end…Jadi, kita perlu dapatkan gambar Tengku Kamil dan tunjuk pada Mail ni, samada Tengku Kamil adalah dalang sebenar atau bukan….” kata Faris serius.

Aishah pantas bertepuk tangan. Ke empat2 mata lelaki yang ada disitu memandangnya terpinga2.

“Kenapa kau tepuk?” soal Dol hairan. Aishah masih tersengih gembira.

“Bos kita pandai!!!” kata Aishah lalu menyambung senyumnya. Faris tersenyum memandang Aishah. Ada rasa lucu terbit dari benaknya, lantas dia menggeleng, geli hati.

“Tapi, macammana kita nak dapatkan gambar Tengku Kamil?” soal Aishah pula. Yang lain mengangguk, bersetuju dengan soalan Aishah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:33 AM | Show all posts
“Alah..apa susah…kita curi dari rumah dia…tak begitu bos?” sampuk Dol pula. Faris tak semena2 diberi gelaran ‘bos’.

“Hohho….bahaya. Kita takkan buat macam tu…” tingkah Faris. Kalau rasa nak mati cepat, silalah berbuat demikian…..

“Kenapa?” soal Dol. Tidak puashati bila ideanya tidak diterima.

“Rumah Tengku Khursiah ada pasang CCTV. Kalau kita menyelinap masuk ke rumah itu, imej kita akan terakam dalam CCTV. Hal ini akan lebih merumitkan keadaan…” ujar Faris. Dol, Abu dan Aishah terangguk2.

“Habis tu?” soal Aishah tidak sabar. Faris membetulkan duduknya. Mereka berempat kini sudah duduk di dalam bulatan, berbincang akan plan baru mereka sambil disaksikan oleh Mail yang terintai2 di belakang mereka.

“Korang ada kamera?” soal Faris.

Mereka menggeleng.

“Telefon bimbit yang ada kamera?” soal Faris lagi. Pun mereka menggeleng. Faris melopong.

Fuhhh….Faris tunduk, memegang kepalanya yang mula pening.

“Apa punya jenis penjahat la korang nih! Benda2 macam tu pun tak ada!” keluh Faris. Penat2 dia membuat pelan, tetapi alat2 penting tiada pula.

“Kita belillah!” spontan Aishah bersuara. Ketiga2 lelaki di sekeliling Aishah angkat muka. Pantas Abu menepuk bahu Aishah.

“Good job!” puji Abu. Aishah sengih bila Abu asyik menepuk2 bahunya. Memang setiap kali mereka mengalami masalah, Aishah selalu mengeluarkan idea bernas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:34 AM | Show all posts
“Korang ada duit ke?” soal Faris curiga, memandang Dol, Abu dan Aishah. Pantas, Dol menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan dompetnya.

“Heyyy ….bos….Bos ingat kitorang ni sengkek sangat ke….Kalau setakat kamera CANON terbaru tu, lepas sangatlah!! Ha..tengok! Tengok!” Dol membuka dompetnya lalu menunjukkan isi dompetnya yang agak tebal. Mata Faris bersinar gembira.

“Nanti! Nanti! Simpan duit kau Dol! Biar aku sponsor!” Abu cepat2 menegah Dol dari terus mengeluarkan isi dompetnya. Dol ternganga, Faris dan Aishah memandang Abu hairan. Abu tersengih.

“Mana kau dapat duit?” soal Dol hairan. Abu bukanlah banyak duit sangat, kerana kebanyakan duit dipegang oleh Dol selaku ketua kumpulan ‘Maskman’ itu. Abu tersengih lagi.

Lantas, Abu berpaling lalu menghampiri Mail yang sedang terikat. Semua mata tertumpu kearah perlakuan Abu yang pelik, lebih2 lagi si Mail. Abu lantas menyeluk kocek Mail lalu dikeluarkan dompet Mail.

“Heyy!! Tu duit aku!” jerit Mail. Dol sudah tersenyum suka, faham akan niat Abu. Abu tersenyum panjang bila melihat beberapa not RM100 yang terdapat didalam dompet itu.

“Kalau dah penjahat tu…penjahat jugak!” Faris menggeleng2kan kepalanya bila melihat Abu dengan rakus mengeluarkan duit dari dompet Mail lalu diserahkan kepada Dol. Mail pula berteriak macam kucing hilang anak bila duitnya dikebas oleh Abu.

Faris berpaling, memandang Aishah disebelahnya. Gadis itu tersenyum manis, memandang Abu dan Dol. Lagi manis bila makin lama dipandang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:34 AM | Show all posts
Faris menjengah ruang belakang van. Mail yang diikat seluruh tubuh dibaringkan di belakang van dengan ditutup dengan kotak. Sekali pandang, pasti orang lain menyangka mereka membawa TV 42 inci, walhal, di dalam kotak itu, Mail dikunci dari luar kotak dengan salotape. Mulut Mail ditutup kemas dengan pita pelekat. Tidak mahu dia mengeluarkan sebarang suara.

“Aku nak beli kamera Canon yang paling kecik yang macam iklan kat TV tuh!” kata Abu, yang berada di tempat duduk hadapan bersama Dol. Dol memandu van menuju ke pekan Kuala Pilah. Manakala Faris dan Aishah pula duduk di tempat duduk belakang.

“Ahh…itu tak best! Kecik sangat! Aku nak yang besar. Dari jauh orang dah boleh nampak kamera aku…” tukas Dol tidak setuju.

“Aku nak beli telefon bimbit yang ada kamera!” Faris terus bersuara bila Dol dan Abu tidak menunjukkan jalan hendak berdamai. Mendengar itu, terus mereka terdiam sambil menjeling ke arah Faris dibelakang. Aishah tersenyum lucu.

“Ecah setuju! Kalau kita beli telefon yang ada kamera, lebih banyak fungsinya…” kata Aishah. Faris angguk.

“Abang Dol, pinjam telefon sekejap…” pinta Faris. Dol tidak banyak soal, terus menyerahkan telefon bimbitnya yang sudah lama digunakannya. Faris senyum, lalu menekan beberapa nombor diskrin telefon bimbit.

“Kau nak call siapa?” soal Aishah curiga. Matanya memandang Faris dan telefon itu silih berganti.

“Mama aku…Tentu dia risau sekarang. Aku yakin, bila dia dapat tahu aku hilang, dia pasti akan datang ke Malaysia sekarang, ” kata Faris yakin. Pantas Aishah memegang tangan Faris, menahan lelaki itu dari terus berbuat demikian. Faris dan Aishah saling berpandangan.

“Kenapa?” wajah Faris berkerut. Dia tidak nampak sebarang kesalahan untuk menghubungi ibunya sendiri. Lagipun, sudah hampir seminggu lebih dia terputus hubungan dengan ibunya, Puan Emily Catherine Abdullah.

“Jangan!” Aishah bersuara tegas. Pandangan keduanya bersatu.

“Sehingga kes ini belum selesai, jangan libatkan pihak luar walaupun orang yang paling kita percaya. Kerana, selalunya, orang yang paling kita percaya, orang itulah yang akan mengkhianati kita…” tutur Aishah perlahan. Faris terkesima memandang Aishah.

“Tapi…dia mak aku…” antara sedar dan tidak, ayat itu terungkap di bibir Faris.

“Tapi, kau tahukah siapa yang berada di sekeliling mak kau sekarang?” soal Aishah pula. Faris terdiam lagi. Telefon bimbit ditangan Faris perlahan2 bertukar tangan. Aishah menggenggam erat telefon bimbit Dol. Sayu hatinya melihat wajah duka Faris.

“Sabarlah sikit lagi….ya,” Aishah memaut bahu Faris lalu menepuk2 bahu Faris. Faris tunduk, diam. Kemudian mengangguk lemah. Akur dengan pujukan Aishah.

“Aku nak makan cendol bila sampai kat pekan nanti!!” jerit Abu tiba2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:42 AM | Show all posts
MAKIN SUSPENSE...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2011 12:08 PM | Show all posts
Kelakar lah abu & Dol nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 12:13 PM | Show all posts
semoga diorg berjaya tangkap org yg jahat tue...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 12:38 PM | Show all posts
plan dah cantik, big bos yg betul x dapat tangkap lagi...
cayalah faris dah naik pangkat jadi bos....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:40 PM | Show all posts
makin tak sabar nak tunggu entry seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:05 PM | Show all posts
abu n dol mmg lawak...hehehe

bnyk tol plan faris ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:14 PM | Show all posts
abu ngan dol ni penculik merangkap penyamun paling baik ati n bodoh penah aku baca...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:48 PM | Show all posts
adeiii sempat lagi abu mlawak nak makan cendol..??
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:46 AM | Show all posts
tak sabar nak tahu saper dalang penculikan Faris....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 08:25 AM | Show all posts
cendol mamak bas stand pilah memang sodap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:23 AM | Show all posts
nak lagi entry nye...

wahh..tak soba den...best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 12:29 PM | Show all posts
tinggal jejak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:46 PM | Show all posts
menarik.... x sbr nk tau sape dalang yg sbnrnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:31 PM | Show all posts
dalangnya Mak tiri Fariz......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:51 PM | Show all posts
huhu...
baca komen2 korang, buat aku senyum sampai ke telinga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058732 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list