CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

Miliki rumah mewah, gesa Jamil Khir perjelas

  [Copy link]
Post time 15-9-2011 04:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 15-9-2011 16:36
ko main2 ke ape... mana ade flet 2 bilik dah skrg....
apa mslh klau die btul ade rumah rm50 ...
dino Post at 15-9-2011 16:26



    tulah dino, kita mampu kita beli, so kepada yg tak mampu, duk flet, rumah jugak, cuma perasaan dengki tu biasa...tak dpt nak elakkan, kereta mahal, dengki, rumah besar dengki, bini lawa dengki, HP mahal dengki, .........kalau camtu sampai kiamat pun tak maju.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2011 04:35 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

“Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ,” kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

“Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat,” kata Saifuddin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 04:38 PM | Show all posts
keje makan gaji gomen, tetiba dengki melayu nak maju.. kah...kah...kah.. otak pencacai UMNO...

baru jadi muntri tak sampai 3 tahun, bukan wakil rakyat parlimen pong.. dengi kaya ngan ekspress... kah..kah...kah.. jerk laaa kat pencacai umno....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:50 PM | Show all posts
keje makan gaji gomen, tetiba dengki melayu nak maju.. kah...kah...kah.. otak pencacai UMNO...

b ...
slippergombak Post at 15-9-2011 16:38

hakikatnya mmg ramai org dengki ngan pekerja gomen.. senang buat loan
btw selipar... rumah die takde la mcm khir toyo... dah die bkn goyang kaki sblm tu.... so logik tu masih ade lg.....
so nak hentam pun tunggu la terbukti salah ke ape.... lain la mcm khir toyo... org buta pun leh nmpk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 04:54 PM | Show all posts
hakikatnya mmg ramai org dengki ngan pekerja gomen.. senang buat loan
btw selipar... rumah  ...
dino Post at 15-9-2011 16:50



   orang dengki ngan pekerja gomen..?? tgk tempat laa... ini bukan keje gomen, ini lantikan khas.. keje gomen baper sen sangat...bukan doktor gigi pun..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:36 PM | Show all posts
Jamil Khir: Saya guna duit sendiri bukan zakat                                        | Print |               
                                        Harakahdaily                                         

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Setelah tertekan dengan laporan bahawa beliau membuat rumah baru umpama istana walaupun baru saja menjadi menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau gunakan duit sendiri.

“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.
(Rumah Jamil Khir yang baru diubahsuai yang terletak di Taman Batu Muda, Batu Caves)

“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama itu pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak Jamil Khir menjelaskan tentang rumah mewah itu.

Menurut Khairul Anuar, keraguan timbul apabila Jamil Khir yang dilantik sebagai menteri tiga tahun lalu dan hanya memperoleh gaji tidak menjangkau RM15,000 sebulan, namun mampu memiliki kediaman mewah dalam tempoh yang singkat.
“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya.
Dalam laporan itu, Keadilandaily tidak mendakwa Jamil menggunakan wang  zakat untuk rumahnya tetapi melaporkan beliau pernah menggunakan wang Baitulmal untuk membayar peguam bagi membela kesnya yang didakwa atas  nama menteri yang menjaga hal ehwal agama.
Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai “politik terdesak” untuk memburukkan imejnya, lapor The Malaysian Insider.

“Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.

“Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur . . . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah,” katanya.

Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.


“Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja,” katanya.

SUMBER : http://bm.harakahdaily.net/index ... sendiri-bukan-zakat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2011 05:41 PM | Show all posts
tarik_mengkarun Post at 15-9-2011 17:36


Aaa nampak tak?..orang dipihak yg benar diberani bersumpah..Anwar ngan Mad Sapu ada berani ka?...berani?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:44 PM | Show all posts
Reply 208# Anak_Nogori

Ko ni tak habis2 dengan sumpah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2011 06:26 PM | Show all posts
Aaa nampak tak?..orang dipihak yg benar diberani bersumpah..Anwar ngan Mad Sapu ada berani ka?.. ...
Anak_Nogori Post at 15-9-2011 17:41



   muntri jaga agama pun dah ikut puak munafik bersumpah laknat berkat menabung dari lahir jugak kaa..??.. patut laa agama islam negara hancus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 06:26 PM | Show all posts
pasnih ada muntri jaga agama islam kaan berlari2 anak ke masjid untuk sumpah laknat sambil pakai baju kalis peluru.. kah...kah...kah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 07:44 PM | Show all posts
Haaa ni istana Khalid Ibrahim dari depan...macam reban kambing kan..
Anak_Nogori Post at 15-9-2011 10:24




dah mcm muzium. org kata zmn ni istana kayu lg mahal gila babi dr istana batu. so khalid ni consider billionaire.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 08:26 PM | Show all posts
tak baik fitnah2 org Islam

tak takut neraka ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:41 PM | Show all posts
nampaknya jamil khir tiba2 melatah bab duit zakat sedangkan takde sape pun tuduh dia makan duit zakat.org cuma persoalkan dari mana dia dapat bina rumah juta2.kalau dari simpanan dan pencen,bgtau je laaaa.

kes ini mengingatkan kita pada khir toyo.adakah jamil khir juga dapat tawaran harga renovation yg menarik????
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:47 PM | Show all posts
aku sampai skrg tak paham kenapa rega rmh nuar sampai berjuta2. walhal dari gaya dia berpidato beriya2 dia kutok org lain kumpulkan kekayaan, org lain kroni, org lain mkn duit. tapi peliknya mcmn nuar pun boleh bina rmh rega juta2. nuar gak yg kata gaji menteri takkan boleh beli rmh rega juta2. tapi dia boleh pulak. any explaination??
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:08 AM | Show all posts
ni thread pasal rumah jamil khir.nak cite pasal rumah anwar pergi bukak thread lain laaaa.

berbalik pada rumah jamil khir.dari jawapannya dia tak menjawab persoalan rakyat sekarang.patutnya bila wartawan dah tanya inilah peluang utk dia menjawab.dia cuma nafikan itu dari wang zakat tapi tak jelaskan dari mana dia dpt banyak wang.dalam jawapannya dia sendiri mengaku dia takde wang 1 juta.tapi melihatkan mahligainya itu mmg harganya lebih kurang 1 juta gak.

takkanlaaa ada yg sponsor.jamil khir cuma menteri agama.dia bukan menteri jaga tender atau spt khir toyo.

apa pun tahniah pada jamil khir.inilah untungnya jadi pengampu umno.aku rasa kalau dia pencen askar dulu dan tak masuk politik,pasti dia takkan mampu bina rumah juta2 mcm sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 12:48 AM | Show all posts
pantang orang melayu ada rumah besar, kecoh seluruh negara, cuba contohi bangsa lain, rumahnya besar2 jugak, tak kecoh macam orang melayu.
baguslah, kalau orang melayu pun mampu miliki rumah2 besar macam bangsa lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2011 01:13 AM | Show all posts
kita bukan jeles.kita takut dia ikut perangai khir toyo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 01:36 AM | Show all posts
kita bukan jeles.kita takut dia ikut perangai khir toyo.
golok mail Post at 16-9-2011 01:13


kalau ada yang tak betul, boleh diambil tindakan. kerajaan tak menganggap semua pemimpinnya baik belaka, mana yg tak amanah, diambil tindakan.
Tak macam pembangkang, yg menganggap semua pemimpinnya baik2 belaka, tak ada yg salah, macam malaikat dianggap pemimpinnya.
keluarlah macam2 bukti, semuanya dianggap fitnah, semua yg keluar dari mulut2 pemimpinnya dianggap betul belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 03:02 PM | Show all posts
yang ni apa hal pulak..?
die mesti duit banyak pahal nak pakai wang zakat?

salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 03:45 PM | Show all posts
Sikit sikit sumpah , apa la orang melayu ni, perangai tak ubah ubah. Setahu aku masa kecik kecik ada la main sumpah sumpah ni, itu pun bila dah kantoi menipu baru berani sumpah. Kiranya last resort la.
Setakat gaji mej general , berapa la sangat... Kalau tak ada side bzness, mlm ker, tak sampai sejuta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.075329 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list