CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-1-2012 05:54 PM | Show all posts
Berjuang seperti Ombak

Usah gundah anakanda
berjuanglah untuk masa depanmu seperti ombak membadai
tidak pernah kenal erti jemu
dan lihat pasiran pantai itu
hasilnya dari ketabahan ombak
semoga kamu akan berjaya
abah menyokong dari belakang sebaik termampu
jadikan SPM rintis kecemerlangan hidupmu.

CNM, 3/1/12, 9.32 am
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2012 09:57 PM | Show all posts
Esok

Esok
bermula lagi
melaksana visi dan misi
hantar anak didik ke universiti
demi harapan ibubapa yang mempercayai
kugalas dengan sepenuh hati.

CNM, 3/1/12, 21.43 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 05:45 PM | Show all posts
Surat

Kautuliskan satu surat panjang
dengan hanya satu noktah
tiada kesimpulan.

CNM, 5/1/12, 16.27pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 06:50 PM | Show all posts
Surat II

Kautuliskan satu surat kontot
terkandung hanya 'tidak'
terjawab seribu persoalan.

CNM, 5/1/12, 17.30 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 08:57 PM | Show all posts
Surat III

Kautuliskan surat bertinta darah
dengan ayat-ayat membunuh
rasa cinta.

CNM, 5/2/12, 18.52pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 08:57 PM | Show all posts
Aku ingin

Aku ingin berjalan
tanpa meninggal jejak
yang mengaburi jalan kamu di belakang.

Aku ingin berlari
tanpa memercik lumpur
yang mencemari pandangan kamu di sisi.

CNM, 5/1/12, 19.15 pm
BBB
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2012 08:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 5-1-2012 21:47

Surat IV

Kautuliskan sebuah puisi cinta
dari tinta rindu yang membuak
semerbak wangian makna
menyubur benih kasih
di jambangan hati.

CNM, 5/1/12, 20.50 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 10:07 PM | Show all posts
Surat V

Kautuliskan bicara cinta
pada helaian-helaian hati
menjadi sebuah novel asmara
kenangan kita berdua
selamanya.

CNM, 5/1/12, 21.55pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2012 04:24 PM | Show all posts
Surat VI

Kutuliskan surat dengan dakwat cinta
menjawab persoalanmu
kaulah yang satu
dulu kini dan selamanya
dirahmati yang Esa.

CNM, 16.13pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 11:38 PM | Show all posts
Surat VII

Kutuliskan rahsia hati
pada kepingan-kepingan sukmamu
terlarik indah senyuman kata
membentuk lengkung manis bibirmu
kasih menunduk malu.

CNM, 6/1/12, 23.36pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2012 10:17 AM | Show all posts
Surat VIII

kutuliskan sebuah nota
yang kaurangkul ke perdu jiwa
menjadi tonggak mimpi-mimpi
alam cintamu.

CNM, 00.05 am, 7/1/12
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2012 10:18 AM | Show all posts
Surat IX

Kautuliskan isi hati yang tersirat
dihangat unggunan api cemburu
katamu di situ tertera kasih mendalam
yang cuba kausampaikan
yang cuba kauperkatakan.

CNM, 7/1/12, 10.15pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2012 12:49 PM | Show all posts
Surat X

Kau dan aku saling berutusan
berbicara tentang impian
kini kita menyatu
di bawah satu bumbung
dalam istana cinta.

CNM, 7/1/12, 12.47 am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2012 06:16 PM | Show all posts
Jatuh hukum

Jika memihak
tentu senyum lebar
sistem kehakiman telus
katanya.

Jika tak memihak
tentu masam mencuka
sistem keadilan tidak telus
katanya.

Entahlah
yang tahu diri engkau
jika tak bersalah lawan habis-habisan
jika bersalah taubat saja itu lebih baik.

Aku doakan yang baik-baik saja
yang jatuhkan hukum ingatlah kamu akan dipersoal
jika tak bersalah lepaskan
jika bersalah jatuhkan hukuman setimpal.

CNM, 7/1/12, 18.15 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2012 07:37 PM | Show all posts
Manusiakah manusia

Manusiakah manusia?
yang tiada kemanusiaan membelit manusia
manusia-manusia yang terbelit oleh manusia tiada kemanusiaan
jadi manusia yang diperkuda
buta mata
buta hati
gagal bezakan realiti
gagal bezakan yang benar
hanya jadi pak turut tegar
mengikut membuta tuli
menganiaya diri sendiri
minta dijauhi.

CNM, 7/1/12, 19.12pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2012 11:36 PM | Show all posts
Malam Ahad

Malam ahad malam merayap
anak muda bermacam gelagat
lebuh raya tempat merempit ligat
anak dara orang jadi taruhan hebat
masing-masing ambil dadah konon menaikan semangat.

Allah, kurniakanlah nur hidayah
hiasi mereka dengan cahaya keimanan
ada kesedaran untuk kembali ke pengkalan jalan
dialu-alukan keluarga, masyarakat dan negarawan.

CNM, 7/1/12, 23.34pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2012 03:27 PM | Show all posts
Nak tanya sikit

Di mana?
ke mana?
bagaimana?

Apa?
Siapa?
mengapa?

Ada yang nak jawap?

CNM, 8/1/12, 15.10 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 03:27 PM | Show all posts
Kembali

Pusing
pulas
putar
kembali ke umbi
lebih baik
dan mula semula.

CNM, 8/1/12, 15.18pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 03:27 PM | Show all posts
Dua hati

Dua hati
yang menjadi landasan
kepada gerabak kehidupan
akan menyelamat muatan
andai saling terikat
pada syariat
yang ditetapkan.

CNM, 8/1/12, 15.26pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 04:30 PM | Show all posts
Suka-suka je

Suka-suka
nak cakap nak mengata
ingat sikit dosa pahala
nanti tak jumpa
terseret ke dalam bara manusia.

Suka-suka
nak menyumpah nak mencerca
ingat sikit syurga neraka
nanti tak diredha
dihumban ke unggunan manusia.

CNM, 8/1/12, 16.28pm
BBB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.073399 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list