|
Kaji sebelum ubah skim JUSA, Turus
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kerajaan digesa membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melaksanakan cadangan yang membolehkan jawatan utama perkhidmatan awam peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus diisi kepakaran luar termasuk dari sektor swasta.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, jika cadangan itu dilaksanakan, ramai pegawai kerajaan akan kecewa kerana mereka selama ini merupakan tonggak yang menjayakan dasar kerajaan.
"Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam.
"Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru. Bagi Perkasa ia tidak masuk akal. Jika berlaku pasti pegawai kerajaan kecewa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan untuk mengubah suai skim jawatan utama perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Ia bermakna, pekerja sektor swasta yang berminat mengisi JUSA daripada JUSA C sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan ketua setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
Mengulas lanjut, Syed Hassan berkata, kemasukan pakar luar dan swasta ke sektor awam dibimbangi akan mewujudkan sikap pilih kasih oleh mereka yang diberikan jawatan tinggi.
"Mereka pasti akan mengutamakan penolong-penolong mereka yang dibawa masuk bersama. Jika KSU, mereka akan pandang rendah pegawai sedia ada dan mengutamakan pegawai bawahannya yang dibawa masuk dari luar," katanya.
Justeru menurutnya, Perkasa membantah cadangan tersebut kerana untuk ke jawatan penting dalam kerajaan, seseorang itu perlu bermula dari bawah seperti yang dilalui pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). |
|
|
|
|
|
|
|
Era kegelapan ptd sudah bermula |
|
|
|
|
|
|
|
PKR bantah lantik KSU, KSN dari sektor swasta
Pemuda PKR (AMK) menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi (gambar bawah, kiri) berkata, mekanisme seperti itu memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada.
"Malah ini secara tidak langsung bakal menyekat pengayaan dan perkembangan kerjaya penjawat awam yang berpotensi untuk menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negara," katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengubahsuaian itu bermakna mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
Utusan juga difahamkan, bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohonnya.
PERKASA: Jangan terburu-buru
Dalam kenyataannya semalam, Najwan berkata, di negara maju, jawatan utama dan strategik dalam sektor perkhidmatan awam tidak sesekali dikontrakkan, malah diberikan kepada penjawat awam yang berpotensi dan berkemahiran luas.
Malah, tambahnya, turut diberikan kepada golongan masih muda berumur sekitar 35 ke 40-an.
"Apakah jawatan-jawatan tertinggi dan strategik kerajaan ini dengan sewenang-wenangnya ‘diswastakan' bawah agenda transformasi perdana menteri?
"Dan apakah jaminan kerahsiaan maklumat kerajaan yang boleh diberi menerusi pelaksanaan program ini sekiranya wujud ruang kondusif untuk tenaga profesional swasta keluar masuk dengan mudah?" soalnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pendesak Melayu PERKASA turut dilaporkan tidak selesa dengan skim baru itu kerana ramai pegawai kerajaan akan kecewa kerana mereka selama ini merupakan tonggak yang menjayakan dasar kerajaan.
"Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam.
"Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru," setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali dipetik sebagai berkata. |
|
|
|
|
|
|
|
aku excited nak tunggu apa jawapan dari JPA....
ke nak kena tanya PEMANDU dulu...
p/s
kalau kita tahan teksi, PEMANDU yang akan bertanyakan PENUMPANG nak pergi mana dan bukannya PENUMPANG yang tanya PEMANDU nak pergi mana? betul tak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku excited nak tunggu apa jawapan dari JPA....
ke nak kena tanya PEMANDU dulu...
p/s
kalau ...
wirazam Post at 29-11-2011 22:13
Nak tunggu jpa apanya, jpa pun jadi pak turut je |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tunggu jpa apanya, jpa pun jadi pak turut je
honam Post at 29-11-2011 22:31
oh ye ke...so mana satu jabatan yg plg tinggi dlm gomen nih ala2 super duper BOS....JPA, SPA or JPM? |
|
|
|
|
|
|
|
ape cerita PTD2 hari ni.. senyap jer..
jadi ke KSU nak dilantik dari sektor swasta ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam dibelenggu ‘naga-naga ciptaan sendiri’
30/11/2011
2:31pm
PUTRAJAYA 30 Nov. — Penjawat awam di negara ini masih dibelenggu budaya silo, keterpisahan dan ketaksuban menjaga sempadan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.
Menyifatkan budaya itu sebagai ‘naga-naga ciptaan sendiri’, Sidek membidas keengganan penjawat awam untuk mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak serta berkongsi sumber dan kepakaran.
Justeru, beliau mahukan penjawat awam memahami trend dan perkembangan pengurusan sumber manusia yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kepimpinan masa akan datang.
"Janganlah pula untuk berjaya menewaskan naga dalam diri, kita membina naga di jabatan masing-masing.
“Cabaran yang mendepani kepimpinan sektor awam pada masa kini ialah untuk memimpin warga sektor awam yang bersifat ‘inter-generational’ bagi membentuk satu sinergi yang mantap ke arah merealisasikan agenda perubahan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Felo Intan dan Penyampaian Diploma Intan 2011, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Era kegelapan ptd sudah bermula
honam Post at 29-11-2011 21:14
Cam jedi dlm star wars.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam bertuah
Mohd. Sidek Hassan (kiri) menyampaikan anugerah Felo Intan 2011 kepada Zulkurnain Awang di PICC, Putrajaya, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA 30 Nov. – Kerajaan Malaysia adalah yang terbaik di dunia kerana sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membiayai program pendidikan para penjawat awamnya, kata penerima Anugerah Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2011, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.
Menurutnya yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, penjawat awam di negara ini amat bertuah kerana kerajaan sanggup menyediakan kursus latihan jangka panjang dan pendek dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara sama ada di peringkat sijil, diploma, sarjana dan doktor falsafah (PhD).
‘‘Penjawat awam bertuah kerana dihantar berkursus dalam program pengurusan tertinggi sama ada di negara maju mahu pun negara membangun seperti Netherlands, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Sri Lanka dan India.
‘‘Ini tidak termasuk biasiswa yang saya terima di peringkat sekolah sehingga ke universiti, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan berjuta ringgit. Tanpa biasiswa, saya tidak mungkin mampu melepasi sekolah menengah seperti ramai rakan sedarjah dengan saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan balas Anugerah Felo Intan 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Pengarah Intan Dr. Aminuddin Hassim dan bekas penerima Felo Intan, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Zulkurnain, 61, berkata, hakikat mengenai sikap keterbukaan kerajaan dalam membiayai pengajian penjawat awam dinyatakan sendiri oleh rakan-rakannya dalam perkhidmatan awam dari luar negara yang mengakui tidak ada kerajaan lain di dunia yang melaksanakan program latihan sedemikian.
‘‘Ini bukan kempen pilihan raya, terima kasih dan saya tidak ada rungutan ke atas layanan kerajaan kepada saya,” katanya.
Anak jati Kelantan ini menegaskan, penjawat awam perlu memegang tujuh prinsip untuk berjaya iaitu integriti yang tinggi, mewujudkan perimbangan dalam pelbagai pendekatan, keupayaan berfikir, pengolahan dan berkomunikasi, bersedia untuk terus belajar, rajin dan bersyukur serta sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
Zulkurnain merupakan bekas Pengarah Intan (1999), Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (2004-2006) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (2006-2010).
Beliau melepasi sekolah menengah dan melanjutkan pengajian sehingga memperoleh PhD dalam bidang Sains Politik (Pembangunan) dari Leeds University, United Kingdom pada 1989 melalui biasiswa kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
JUSA bila pencen bleh gaji penuh owk....dop mcm kuli bwhn bile pencen kn potong separuh :s ...
tuan_wu Post at 28-11-2011 14:19
SAME JE TUAN WU.. jusa pun half jugak |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni camne yer dgn kgawatan ekonomi....adakah masih ada jwtn dreba utk JUSA ni
tuan_wu Post at 28-11-2011 14:38
Bila TW sebut pasal Kegawatan & Dreda nie teringat sy kisah Pengarah sy dulu..Bila ada mesyuarat kat KL je,mesti dia akan ke sana dgn Driver. Sy tanye,kenapa tak pergi dgn flight ke
sedangkan dia mmg layak. Senang je dia bagi jawapan kat intan. Cuba awk fikir, brape sgt la gaji driver nie.
Mereka berharap kat Claim / OT utk tambung belanje2 keluarga. So kalau stakat mintak driver hantar kat airport,
cukup bulan mkn gaji basic jela.. So,demi kebajikan driver,dia selalu la bawak driver ke KL.
Kalau kita pikir kite yg yg susah bile gawat,mungkin lagi ramai yg lebih susah dari kita. Kalau la diaorg dipecat,
mcm mane la mereka nk cari mkn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam bertuah
Mohd. Sidek Hassan (kiri) menyampaikan anugerah Felo Intan 2011 kepada Zu ...
along3746 Post at 1-12-2011 11:35
Biasiswa kerajaan untuk Phd? Menarik. Gaji je ciput... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya -- tapi ada member naik jadi VU dapat kereta proton inspira -- tak tahu naper ----
sayawifenikmie Post at 28-11-2011 14:48
sekarang Govt dah bagi INSPIRA. PERDANA dah diberhentikan pengeluarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ya ke pncen penuh..... baru tau... hehe. Kalau macam tu nak jugaklah sampai level jusa... ban ...
maizana Post at 28-11-2011 15:31
Half je la akak... |
|
|
|
|
|
|
|
skang pon dh pening
iza_yuss Post at 28-11-2011 15:47
Sebab tu gaji diaorg tinggi & diberikan mcm2 kemudahan. Lagi tinggi jawatan,lagi besar peranan & t/jawab.Sbb tu mereka layak utk terima habuan sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
mahu tensen PTD ni
nanti jadi macam MAS, tiap kali CEO baru masuk, dia bawak 30-40 orang baru isi semua upper level posts. |
|
|
|
|
|
|
|
mahu tensen PTD ni
nanti jadi macam MAS, tiap kali CEO baru masuk, dia bawak 30-40 orang baru isi semua upper level posts. |
|
|
|
|
|
|
| |
|