|
Ank cucu tidak akn mewarisi dosa datok moyang mrk
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan solat dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 201# sunsuria3
assalam,
Dosa tidak tidak diwarisi, pahala juga tidak dapat diwarisi, iman juga tidak dapat diwarisi. Jin dan ilmu sihir pulak cerita lain. Jin saka nie mostly dikenali sebagai khadam dan khadam ini adalah harta dan kepunyaan. Sebagai contoh hamba (zaman2 dulu-dulu), memang adalah harta si empunyanya. Hamba wanita sebagai contohnya adalah kepunyaan tuan empunyanya dan boleh digauli seperti mengauli isteri.
hamba itu adalah satu perumpaan harta dan kepunyaan. khadam jin saka pun semacam tu juga. mereka adalah harta dan kepunyaan saya sebagai contoh posting saya sebelum nie.
Minta maaf cakap tetapi ilmu kebal, ilmu pagar halus guna jin (hantu raya ke, bunian ke, apa2 aje jenis jin)..semua jenis sihir, Sihir adalah syirik. Kebenaran tetap kebenaran.
maybe sunsuria belum bertemu dan ditunjukkan kes oleh Allah betapa benarnya cerita saka ini. Saya sharelah satu cerita tentang seorang hamba Allah nie yang berjumpa dgn ustaz mail. Nie kes barang-barang kat rumahnya sering terbakar. Ada cerita nie dalam berita suratkabar. Sebenarnya ada ramai yang kena kes semacam ini.
ustaz mail pun tolonglah tgkkan hamba Allah nie, dan sememangnya gangguan itu datang dari saka. nak tahu apa pekerjaan datuk hamba Allah nie? Bomoh ilmu hitam . menyantau, menyantet, tuju-tuju, ilmu busong dan segala macam ilmu mengkhianati manusia yang lain yang menggunakan jin dan sihir nie.
walaupun hamba Allah nie tak mengamalkan dan belajar pun dari Datuknya...dia tetap ada kebolehan sama seperti datuknya. Dan gangguan barang dalam rumah terbakar itu datang dari saka datuknya. Sebabnya dia tak bagi makan kat jin saka nya dan juga dia ini menolak kerja-kerja syirik ini.
anyway saya tak expect sesiapa pun percaya cakap saya nie. Bab itu saya serah pada Allah. saya hanya bercerita, rasa salah..bangkanglah seperti mana pembangkang membangkang. Nak tolak silakan..tetapi jika anda berfikir sejenak dan melapangkan dada anda, insyaAllah ada sedikit logiknya kata-kata saya.
wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 192# miftahuljamilah
yg ni yg menyedihkan aku
apasal la org dulu dulu JAHIL sangat
sanggup buat perjanjian dgn makhluk2 ni
hanya kerana nilai dunia yg sedikit!!!!!!!!!!!!
cian ye kat anak cucunya
tapi cian lagi kat aku........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 194# cherylrihanna
saka tu jin
dan jin adalah jin
dan qarin adalah jin
dan iblis juga adalah jin
kamu nak salahkan puak2 jin ni ke????
sedangkan IBLIS DAH DIBERI TANGGUH OLEH TUHAN
MENYESATKAN ANAK ADAM
tapi TUHAN MENJAWAB:
KECUALI HAMBAKU YANG MUKHLIS
yang ni kena terima leeeeeeeee, kannnnnnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 202# 800wg
wasalam
tak pertikaikan ayat saudara
tapi tu baru SAKA je
tak le hebat sangat pun
kalau yang datang tu SI MALAUN - IBLIS
deman kora dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply miftahuljamilah
yg ni yg menyedihkan aku
apasal la org dulu dulu JAHIL sangat
s ...
orangbesi Post at 29-1-2012 13:46
tulah P ramlee dok sebut kesian..kesian..kesian huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Sy x mau argue sbb ilmu kita berbeza.. Cubalah dgr ceramah ust kazem tu dulu semoga diberi hidayah
Sy pernah sakit pernah dikatakan saka but i refused to beleive in such thing. Alhamdulillah as ust kazem said, saka xkan dtg pd org yg......dgr sendiri
What u said u will get! Or u are what u said! Or apa yg kita fkr kan itu yg kita dpt!
Kalau u percaya of course u will get it for sure. Makhluk tu blh bergerak dlm setiap pelusuk tubuh badan kita.. Dia tau apa yg kita fikirkan dan ia akn memudahkn kerja mrk utk menyesatkn manusia bila kita berfikiran begini. Jgn jadi org jahil selamanya.. Menuntut ilmu itu fardu ain.. Ilmu yg memberi manfaat. Bagaimana blh datuk mewarisi khadamnya pd ank cucu? Samalah mewariskn dosanya pd ank cucu! Padahal konsepnya tiada dlm islam.
Sy jarang masuk sini dh setahun lbh x masuk dntah mcm mana blh masuk semlm. Sbb sy x berapa setuju dgn a lot of things.. Sy bukn ustazah tp sentiasa update ilmu. Kebetulan now bljr aqidah, pensyarah said ni subject penting antara semua ilmu yg akn menentukan ke syurga/neraka. Sepatutnya semua org ada ilmu ni sbb terlalu mudahnya org tersesat dari ajaran agama. If u mengaku u ada saka automatically u dh melakukan syirik..taubatlah segera kerana dosa syirik dosa x diampunkan.. Saya sesekali tdk akn mengaku ada benda2 syirik n khurafat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
salam sunsuria,
kalau nak ikutkan saya pun mendalami bab-bab ilmu tauhid dan sedikti sebanyak bab feqah dan tawauf. Ustaz kazem sendiri pun mengakui bahawa saka ini syirik. apa-apa sunsuria nak percaya itu terpulanglah kepada sunsuria sendiri.
saya pun tak mahu argue dengan sunsuria bab saka nie. Dosa/pahala perlu dipisahkan dari khadam. Jangan samakan dosa dengan khadam. Dosa itu hak Allah dan malaikatlah yang mencatit dosa dan pahala. Khadam itu adalah suruhan dan khadam jin itu adalah hamba suruhan manusia. Sebenarnya nama aje khadam, lama kelamaan khadam akan jadi tuan pulak. Berbahaya berkhadamkan jin sebab ianya adalah punca saka dan mensyirikkan Allah.
Dosa/pahala adalah timbalan amalan kita yang ditetapkan oleh Allah. Khadam jin/ saka adalah makluk jin yang diambil manusia. Bab ini mintalah dari Allah tunjukkan kepada tuan. Saya dah banyak kene bab saka nie.
Sebagai contohlah kes saya sendiri. Datuk saya adalah seorang tukang urut patah yang glamer kat kampung saya dan daerah saya suatu masa dahulu. datuk saya meninggal dunia semasa saya tingkatan 1. Adik2 saya kesemuanya tak sempat pun berjumpa dengan atuk saya ini, kecuali saya dan kakak saya. Saya dan adik beradik saya kesemua nya boleh berurutkan orang walaupun saya sendiri tak pernah belajar mengurut langsung dengan atuk saya. Adik lelaki saya dan adik perempuan saya sebagai contohnya boleh mengurutkan seliuh dan sebenarnya patah walaupun tak pernah belajar langsung bab berurut nie.
Nak fahamkan mudah. Ilmu urut patah nie sebenarnya adalah sihir. Maunya tak patah riuk, hancur tulang...urut sekali dua...terus sembuh. Banyak ilmu mengurut patah kat malaysia nie. yang berurut fizikal dan ada yang cuma tepuk aje. malam karang datang jin tlg urutkan. Saya pernah patah tulang selangka, sekali tepuk aje, saya dah boleh buang anduh saya walaupun jarak patah tu baru 3 hari. bukan ke itu magik? benda-benda shortcut nie kebanyakkan nya adalah ilmu sihir. Ikutkan hukum Allah yang sebenarnya, patah bahu sebagai contohnya perlu masa sebulan or at least 3 minggu untuk recover sepenuhnya. Bukanlah 3 hari.
jin saka berurut tu dah diwariskan kepada adik beradik saya walaupun kami tak minta dan tak disuruh pun.
saya kesini hanya bercerita sebenarnya. Kalau rasa salah, maka salahlah bagi anda. Kalau nak tengok bukti bab saka nie, doa minta Allah tunjukkan benar ataupun salah apa yang saya ceritakan ni. InsyaAllah kalau Allah makbulkan tuan boleh tengok buktinya kelak. Saya tak mampu berikan bukti dan kefahaman, itu semua dari Allah.
Sebenarnya saka nie tak kuat pun. lembik aje tetapi disebabkan dia adalah kepunyaan tuan tubuh manusia, kekuatan saka terhadap tuan empunyanya agak nyata. Simptom saka yang biasa adalah kena tindih. Bab nie kebiasaannya saka aje mempunyai cukup kekuatan nak tindih tuannya. Dia tak leh nak tindih orang lain. Banyak kes yang saya jumpa saka merogol tuannya sendiri pun ada. Macam2 hal dan perkara sebenarnya.
Orang yang belajar bab agama semata-mata jarang dapat menerangkan apa itu saka dan konsep saka itu berpindah dan transfer. Saya belajar both iaitu ilmu agama sedikit dan sedikit ilmu tentang hakikat saka.
kalaupun tuan cakap saya syirik sebab mengaku ada saka...itu terpulanglah pada sunsuria. Saya dan settlekan saka saya dan cabut saka saya kesemuanya. Kena dalamkan lagi ilmu sunsuria dan janganlah sewenangnya-wenangnya cakap orang syirik. Orang yang menyimpan saka adalah syirik.
Orang yang mencabut keluar saka adalah orang yang membetulkan kesilapan dan bertaubat. Hanya Allah sahaja yang tahu sama ada saya nie syirik atau tidak sebabnya mudah..dosa syirik itu hanya antara saya dan Allah dan tuan2 semua dengan Allah.
wasalam.
wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 158# esah50sen
terima kasih esah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 159# AwgSagi
sedih kisah ni. semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. terima kasih ye sudi berkongsi |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amirezu at 29-1-2012 22:49
Reply 800wg
normal la semua tu.seme org ada panas baran ke, mudah marah ke, xsemua org sem ...
cherylrihanna Post at 27-1-2012 19:05
sebenarnya, orang yang panas baran ni adalah tak normal. dari segi saintifiknya seseorang itu menjadi pemarah apabila satu saraf terputus di belakang kepalanya. saya dengar2 je ni daripada orang lain, betul ke tak wallahualam.
itu menurut kajian saintis. daripada perawat Islam pula ianya mungkin disebabkan saka atau jin yg menumpang dalam badan macam yg 800wg katakan tu. selalunya orang yg ada jin dalam badannya tak perasan ada jin. jadi penting dapatkan rawatan perawat Islam yg sebetul-betulnya. saya pun nak g check nanti...memandangkan arwah moyang dulu dikatakan pernah bela saka.
kat thread ni ada diberitahu tanda-tanda seseorang itu ada saka dalam badannya...
Tanda-tanda seorang itu ada saka |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya TT kena edit sikit tajuk benang ni. bila forumer baca tajuk 'mimpi jumpa Wali' je..diaorg da ...
immortallez Post at 28-1-2012 10:23
tajuk asal sebenarnya lain, tapi ditukar kepada tajuk yg sekarang ni. ada sebabnya nak guna tajuk ala-ala hype macam ni. sama macam nak main SEO untuk blog |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni cerita benar atas diri hang ni, dan kemudian hang diberi jalan untuk mengenal Tuhan, melal ...
mast3rshad0w Post at 28-1-2012 13:57
banyak kali juga cuba teliti makna ayat ke-150 surah al-Baqarah. dengan ilmu yang tak seberapa ni cuma faham sikit2 je. daripada ayat ni saya dapat tangkap something yg buatkan diri saya rasa takut. saya pernah kongsi perasaan ni kepada salah sorang forumer kat sini. saya rasa saya takkan reveal secara umum, sebab rasanya masa belum lagi sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 209# 800wg
sekadar bertanya, adakah 800wg ada kebolehan untuk scan orang? |
|
|
|
|
|
|
|
iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yg bertakwa....
ia tak dapat di jual beli.....
ia tiada di tepian pantai....
awwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 215# amirezu
salam tuan amirezu,
saya tengah cuba develop skill scan tu. Sekarang hanya dapat skit2 tak sehebat ustaz mail mahupun hantukiller. Sekadar cukup2 makan aje.
ilmu scan nie bukanlah hari nie belajar hari ni dpt. Kalau jenis shortcut tu kebiasaanya scan jin namanya. Scan yang betul memakan masa untuk develop iaitu membersihkan diri dari anasir jin. Sebagai contoh biasa saya pakai, mcam merokok. Sesiapa yang merokok tak boleh nak kenal dan detect perokok yang lain. Tetapi bukan perokok boleh detect siapa yang merokok dan boleh tahu berapa batang dia baru hisap.
ilmu yang haq nie bertertib dan memakan masa. Seperti mana Allah jadikan sebiji beras, sekurang2 mengambil masa 6 bulan baru nak jadi beras. Ikut peringkat dan tertib serta aturan Allah.
wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller kenal. ustaz mail ada dalam forum ni tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 217# 800wg
boleh tak nak tanya.. macam mana kita ni nak kenal perawat tu scan guna jin ke tidak guna jin? ada cara tak nak bezakan.. sekarang ni nak jumpa perawat pun risau.. takut nanti dari sekor jin jadi berekor2 pulak yg mengikut...huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak leh nak komen selagi TT tak melawat lembah wali. |
|
|
|
|
|
|
| |
|