|
f_zal posted on 3-12-2012 01:50 PM
Assalamualaikum, apa yang saya tahu lepas syariat, tarekat. Sebab tu kita ada macam2 tarekat, cont ...
X apa... kat dalam forum ni tempat kita sama-sama belajar bukan tempat nak tunjuk sapa pandai. Ilmu Allah tidak terbatas. Disini kita boleh berbincang dengan fikiran terbuka dan tenang dan sama-sama menimba ilmu. Tidak ada siapa pandai atau bodoh...tapi kalau bengap sangat, itu namanya masalah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 3-12-2012 03:49 PM
salam لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ
مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
cari lah orang yang dapat memahamkan kamu kalimah ini ..
supaya sehingga dapat kamu pakai .. bukan baca2 dan cakap2 .. insyAllah
selamat kamu d'dunia dan d' akhirat .. terhindar dari azab api neraka .. salam
Bila kamu menyarankan untuk mencari orang yg dapat memahamkan kalimah ini sehingga 'dapat dipakai.'...., ini bermakna kalimah ini adalah 'pakaian' orang yg kamu tujukan@maksudkan@guru itu..... boleh bagi detail siapa dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
syariat .. jalan
tarikat .. mula jalan
hakikat .. tunjok jalan
makrifat .. penghabisan perhentian jalan
maka jalan itu d'katakan sunnah ..
Ta'rif Sunnah ..
Sunnah pada lughat ..jalan yang d'jalani .. terpuji atau tidak .
Sesuatu tradisi yang sudah d'biasakan .. d'namai Sunnah .. walaupun tidak baik .
Jama'nya Sunan
Lawan Sunnah ialah Bidaah ..
oleh itu sunnah nabi yang sepatut nya kita contohi dan mengikuti ..
dari awal akhir zahir bathin ..
bukan hanya mengambil zahir saje .. hendaklah mengikuti nya keselurohan nya ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 3-12-2012 05:01 PM
salam
Ayat tu ditujukan pada siapa? umat islam atau bukan?
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhh...menarik2...teruskan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 3-12-2012 05:54 PM
salam
ayat itu d'tujukan pada sekelian umat ..
Rasa rasanya ko silap tu, cuba baca balik surah tu, dari awal..... jangan ambil hanya satu ayat, sebab biasanya akan membawa maksud berbeza daripada apa yg sebenarnya Allah nak sampaikan
Bagaimanapun bagus penyampaian kamu, ingat mengingatkan
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 3-12-2012 03:49 PM
salam لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ
مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
cari lah orang yang dapat memahamkan kamu kalimah ini ..
supaya sehingga dapat kamu pakai .. bukan baca2 dan cakap2 .. insyAllah
selamat kamu d'dunia dan d' akhirat .. terhindar dari azab api neraka ..
ambo nk komen @ mencelah memang x reti....
tapi teringat citer sorang porumer kt MPS ni, 'cari lah 20 sifat dlm satu kalimah'....
dan kalimah tersebut adlh kalimah:
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ
مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ
dan smpai hari ni ambo x tau huraian 20 sifat dlm kalimah tersebut
kalo tuan dpat huraikan, ambo sgt berterima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 4-12-2012 11:23 AM
ambo nk komen @ mencelah memang x reti....
tapi teringat citer sorang porumer kt MPS ni, 'cari ...
Allah mempunyai 99 nama dalam islam dan ianya menunjukkan sifat sifat Allah tidak tertakluk pada sifat 20 tu sahaja....
|
|
|
|
|
|
|
|
Gurindam 12 (Jawi: ڬوريندام دوا بلس) merupakan puisi, hasil karya Raja Ali Haji seorang sastrawan dan Pahlawan Nasional dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau.
Gurindam I
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
Gurindam II
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
Gurindam III
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.
Gurindam IV
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Gurindam V
Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Gurindam VI
Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,
Gurindam VII
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Gurindam VIII
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Gurindam IX
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.
Gurindam X
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.
Gurindam XI
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujah.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Gurindam XII
Raja mufakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 4-12-2012 03:45 PM
salam
ya kita semua orang salah ..
Adakah ini bermaksud, tanpa ada makrifatullah, takkan dapat pengampunan????
Benar, AlQuran bukan yg dalam naskah tu aje..... tapi apa yg diceritakan dalam naskah AlQuran tu lengkap dah... sebagai pedoman, sebagai panduan, sebagai peringatan....
Allah dah ceritapun yg Allah Maha pengampun, tanpa diberikan syarat wajib makrifatullah, baru pengampunan boleh diberi... takde
Tetapi tanpa makrifatullah, macamana nak mintak ampun pada Allah???
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 4-12-2012 04:12 PM
salam
pada syariat pengertian makrifat .. keampunan
Jadi, apa sebenarnya pengertian makrifat pada orang awam??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|