"Kenapa dik..” tanya Syafiqah lembut.
“Entahlah kak, Auna takut sebenarnya. Takut untuk menghadapi yang Auna akan kawin minggudepan..” luah Auna Aulia.
“Bertenanglah.Kita nak buat benda baik memang syaitan akan membolak balikkan hati kita. Bila berkahwinnya anak adam syaitan akan menangis. Banyakkan berdoa, mengaji berzikir mintak padaNYA di tenangkan hati dan di permudahkan segalanya,”nasihat Syafiqah.
“Thank’sakak. Akak nanti Auna nak cuti tau. Akak tolong uruskan boleh?” tanya AunaAulia.
“Nak cuti dari bila sampai bila?” tanya Syafiqah.
“Mmamasuruh ambik cuti dari hari Isnin rasa malas lah pulak. Karang tak ikutkanpanjang pulak ceramah. So kene lah ikutkan. Selasa minggu depannya tu sayamasuk pejabat balik. Akak tolong yaa..” pinta Auna Aulia.
“errmmnanti akak isikan borang, Auna sign jerk. Ada apa lagi nak akak tolong? Muka tumacam ada lagi benda tak selesai.”
Auna Aulia tersengeh. Dia suka lah pilihan hati abang-abangnya. Ngam satu kepala.Baik kak Zahra atau kak Syafiqah semua senang nak masuk kepala. “Akak dengankak Zahra teman Auna pergi spa yer. Mama suruh..”
“oo..yang tu kiter orang tahu mama dah cakap awal-awal.” Syafiqah tergelak.
“ermm..yer lahh tu. Auna takut lah akak..” luah Auna Aulia lagi.
“Auna takut apa? Pasal malam pertama sorry akak tak dapat tolong sebab akak sendiri tak lalui lagi..”
“Akak…!!”serentak dengan itu Auna Aulia membaling pemadam pensil kearah Syafiqah. Dia malu bila bercakap berkanaan dengan itu. Benda itulah yang dia elak dari bercakap.
“Sebelum akak lupa semalam mama call akak, suruh teman Auna shopping hari ni. Lepas waktu kerja.”
“Shopping apa lagi ni?”
“Yang itu rahsia. Nanti Auna akan tahu jugak. Okeylah Akak nak pergi sambung kerja.Borang cuti tu bila dah setle nanti akak tunjuk pada Auna. Ohh yaa Auna tak na kbagi tahu dekat budak-budak ke yang Auna nak cuti kawin?” tanya Syafiqah.
“Perluke? Akad nikah jerk pun..bukan bersanding..”
“terpulang pada Auna lah but kalau bagi tahu at least dia orang tak terperanjatlah bila tengok jari Auna merah dengan inai.”
AunaAulia mengangguk. Mengiakan apa yang dikatakan oleh Syafiqah. Ada kebenarannya.Dia mengetuk-mengetuk pensil lukisan di meja. “Okey lah.. akak bagi tahu mereka lepas Auna bercuti. Lepas tu jemput sekali datang untuk majlis yang malam tu. Lepasakad nikah. Kad dia mintak dengan abang yaa..Auna pun tak tengok lagi kad tu.”Kata Auna Aulia.
“Okey no hal my dear sister in-law to be. For you darling..” kata Syafiqah. Lalubangkit dari kerusi dan keluar.
Auna Aulia termenung sendiri. Selepas itu dia tenggelam dengan kerjanya. Tak sedar dah menginjak tengahari. Dia tersedar bila Syafiqah ajak dia makan. Tapi dia menolak. Kerana ingin melelapkan mata sekejap. Hanya mengirimkan sandwich sahaja.
Selepas solat zohor Auna Aulia menyambung kerjanya semula. Tiba-tiba biliknya diketuk dan kelihatan plastic beg subway ditunjukkan. Orangnya tak nampak sebab terselindung di sebalik pintu.
Auna Aulia tersenyum dia tahu tangan siapa. Khaleel Zachry kemudian menunjukkan diri. Terus lelaki itu duduk dikerusi dihadapan Auna Aulia tanpa perlu Auna Aulia pelawa. Tak malu sungguh.
“Nah sandwich. Syafiqah minta tolong hantar.” Kata Khaleel Zachry. Sejuk jerk bunyisuara. Huh.
“Terima kasih. Memang lapar giler ni. Kenapa kak syafiqah tak hantar sendiri?” tanyaAuna Aulia pelik.
“Dia sibuk isi borang cuti orang tu. Kan ker orang tu nak cuti kawin.”
Auna Aulia terdiam. Tangannya yang sibuk mengemaskan meja kerjanya terkaku. Nafasnya di hembus perlahan. Setiap kali Khaleel Zachry menyebut perkataan kawin dia rasakan seperti Khaleel Zachry menyindirnya.
“Lamanya cuti. Teruk saya nak cover awak nanti.” Kata Khaleel Zachry lagi.
Auna Aulia diam. Khaleel Zachry mana pernah nak berlembut dengan dia. Asyik mengeras saja dengan dia. Dengan orang lain elok pulak di layannya. Kadang-kadang dia pun pelik, kadang Khaleel Zachry okey dengan dia kadang-kadang ko.
“Seminggu jerk. Selasa depan tu Auna naik kerja balik. Tak payah risau. Nanti Auna siapkan semua sebelum Auna start cuti.” Jawab Auna Aulia.
“Okeylah kalau macam tu. Jangan lupa. Siapkan semuanya sebelum bercuti. saya tak nak terkejar sana sini buat kerja orang lain” Kata Khaleel Zachry lalu bangun dan ingin melangkah keluar tangannya seperti biasa dimasukkan kedalam poket. Sebelum membuka pintu tiba-tiba Khaleel Zachry bersuara “Masa rehat untuk rehat untuk makan. Bukan untuk berkerja. Tak payah lah berdiet, badan dah sekeping nanti taksedap cik abang nak peluk. Rasa macam peluk papan saja.” Komen Khaleel Zachry.Serentak dengan itu pen yang kebetulan berada ditangan Auna Aulia dibalingnya kearah Khaleel Zachry. Tapi lelaki itu sempat mengelak dan tergelak. Auna Aulia sakit hati.
Petang itu selepas habis waktu pejabat abangnya Aazad Aamir pulak yang menanti menghantar mereka ke The Curve membeli belah. Kak Zahra dan Farzahana pun dah lama menanti. Auna Aulia hanya mengikut. Tapi bukan kepalang terkejutnya dia bila Kak Syafiqah dan Kak Zahra membawa dia kebutik pakaian dalam.
Huwaawaawa..dia tak sanggup. Macam-macam jenis lingerie yang ada termasuk pakaian dalam.Dia rasa nak pitam. Rasa ngeri pun ada juga. Rasa macam perempuan murahan punada jugak. Hilang akal apa mereka suruh dia pakai baju dalam macam ni. Mereka kata khas untuk malam pertama. Pakaian dalam yang lain tu adalah sebagai permulaan hidup. Uuuuweeek…Hilang akal sungguh. Dia tak sanggup. Dah macam dalam buku cerita Projek Memikat Suami lah pulak. Bila dia luah pada mereka dijawabnya memang sekarang ni projek pikat suami pun. Biar suami Auna Aulia sayang Auna Aulia ketat-ketat. Tak pandang yang lain dah.
Huuuwaaaaa dia tak rela.. tak rela. Dalam pada tak rela pun dia kena relakan jugak. Mama pesan suruh ikut sahaja. Kak Syafiqah sempat menyuruh dia beli beberapa pasang baju tidur untuk bakal suaminya. Kak Syafiqah kata biar ada sentimental value untuk mereka pada malam pertama. Eeeee rasa nak muntah hijau dengar. Nak tak nak Auna Aulia tetap kena pilih. Akhirnya dia pilih warna putih, warna merah dan warna hitam untuk baju tidur mamat tu. Errmm okey lah tu. Jangan tak adakan. Saiznya besar dari saiz abang-abangnya.
Selepas itu mereka pergi membeli beberapa pakaian baru untuk Auna Aulia. Semuanya serba baru. Bayangkan dalam beberapa jam dia boleh bershopping sakan macam ni. Memang marathon sungguh.
Sampai rumah dah pukul dua belas lebih. Dia menapak lemah naik ke bilik. Masuk bilik kemas barang mandi solat selesai apa yang patut. Tapi sempat lagi dia fikir tinggal lagi sembilan hari lagi dia nak kawin.
Lepas tu dia tertidur. Dalam lena dia bermimpi ada seorang lelaki yang menanti dia dipintu masjid. Dia seakan kenal dengan susuk tubuh itu tapi dia tak dapat melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu membawa dia mengelilingi kaabah untukmelakukan tawaff. Siapa lelaki itu. Dia dapat merasakan dia kenal dengan lelaki itu cuma wajah lelaki itu tidak cukup jelas.
Esoknya dia terlewat bangun. Enam setengah baru tersedar. Kelang kabut bersiap kepejabat. Bersama Aazad Aamir pulak. Petang habis waktu bekerja Aazad Aakif pulak yang ambil. Bawak pergi mall kali ni Pavillion pulak. Beli barang lagi atas arahan mama. Dayang-dayang Kak Syafiqah, Kak Zahra dan Farzahana tetap ada disisi menemani dia. Macam dah kena brain wash dengan mama jer.
Lusanya dia ke spa pulak. Berlulur, facial dan segala bagai. Rimas pulak jadinya.Bosan. Penat dah rasa macam robot pulak. Kene ikut saja semua. Tak boleh kata tidak. Nanti mama akan tukar mood kepada mood sedih. Maka adalah babak air mata.Itu yang dia tak suka.
Khaleel Zachry langsung dia tak jumpa di pejabat. Mungkit sibuk menggantikan dia melihat tapak project. Site memang dia tak pergi dah. Dia suruh orang lain pergi. Mama tak bagi dia cakap tak elok. Big boss Datuk MegatK halid Zamri macam faham jer tak ada pulak tanya soalan pelik-pelik. Semua kerja-kerja Auna Aulia dia suruh orang lain yang buat. Sementara Auna Aulia buat kerja pejabat sahaja, Datuk Khalid Zamri cakap bakal pengantin tak elok keluar selalu. Darah tengah manis. Dalam pada tu siap cakap kalau tak cukup cuti tu beritahu saja nanti akan tambah lagi lagi kalau tak cukup. Aikk macam suka jerk dia cuti lama-lama.
Jadual pada minggu ini betul-betul padat. Selesaikan segala urusan pejabat, urusan shopping kawin dan macam-macam lagi.Penat. Tolong lah sesiap yang terlebih rajin untuk urut kaki dia. Rela dia hulurkan kaki untuk di urut sekarnag jugak.
*****************************************************************************
harap cukup panjang yaa.. enjoy..
Last edited by mrsT on 9-7-2013 01:04 PM
|