CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Black dan tunang disihir

[Copy link]
Post time 21-8-2013 12:51 PM | Show all posts
apa2 jerlah Black
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 12:54 PM | Show all posts
LaVida posted on 21-8-2013 12:36 PM
Minah ni bukan belaja kat Melbourne. Dia pi keja kat restoran makcik dia kat Melbourne nun..

kirenye pndi laa dia masak2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 01:04 PM | Show all posts
LaVida posted on 21-8-2013 12:36 PM
Minah ni bukan belaja kat Melbourne. Dia pi keja kat restoran makcik dia kat Melbourne nun..

cakap tak mau rendah black ni... belajar kat melbourne.  ckp je la belajar masak kat restoran kat melbourne..pe salahnye.

patut dok canang suka sgt masakan tunang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 01:48 PM | Show all posts


Akhirnya impian Black untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan kekasihnya yang tersayang iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi bakal menjadi kenyataan. Pelbagai dugaan telah menimpa penyanyi popular ini semenjak dari dua tahun yang lepas. Bemula dengan dakwaan dia dan tunangnya telah menjadi mangsa sihir sehingga hampir putus tunang. Dugaan seterusnya datang apabila Black telah ditipu oleh perunding perkahwinan yang telah diupah oleh mereka.

Sebanyak RM30,00- telah dibayar oleh Black pada Mei yang lepas namun tiada hasil yang dilakukan oleh pihak yang berwajib. Ekoran insiden tersebut, Black telah menyerahkan kepada pihak pengurusannya iaitu Monkey Bone untuk merancang majlis perkahwinannya dan akhirnya mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.

Pasangan ini bakal bernikah di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 13 September ini dan diteruskan dengan majlis resepsinya pada keesokan harinya (14 September) di lokasi yang sama bermula jam 8 malam. Black turut mengadakan jamuan keramaian di Padang PPR Kerinchi pada 15 September bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang.

Tahniah kepada Black dan Shira. Semoga mereka terus tabah menjalani fasa berumah tangga selepas ini.



Credits: era.fm
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:21 PM | Show all posts
smuga memperoleh umrah yg baek
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:47 PM | Show all posts
mickeylina posted on 21-8-2013 10:30 AM
anak saudara umie aida ke? ingatkan umie ada 3 beradik jer..

Bukan anak sedara umie aida, tapi anak sedara kepada sominya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2013 09:00 AM | Show all posts
Jodoh segera Black

Oleh HARYATI KARIM
[email protected]


FIGURA ini bakal muncul dengan single terbaharu berjudul, Si Merah Si Putih.


PENYANYI Black Mentor yang kini ingin dikenali sebagai Black Hanifah telah mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Walaupun berdebar-debar, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, menjelaskan, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada bakal isterinya, Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28.

Mereka melangsungkan pertunangan pada 26 Januari lalu selepas dua bulan berkenalan.

Tidak menafikan terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapinya sepanjang tempoh pertunangan seperti gosip putus tunang, disihir dan terbaharu ditipu perunding perkahwinan sebanyak RM15,000.

Enggan mengulas lanjut tentang kes yang masih dalam siasatan pihak polis itu, Black kini hanya memberi fokus kepada majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tiga hari berturut-turut iaitu majlis pernikahan (13 September), majlis resepsi (14 September) kedua-duanya di Zebra Square manakala majlis keraian untuk peminat diadakan di Padang PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk peminat (15 September).

Ikuti temu bual bersama Black yang ditemui pada majlis sidang akhbar majlis perkahwinannya di Zebra Squre baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah keistimewaan bakal isteri sehingga Black bersedia untuk berkahwin walaupun baru berkenalan selama dua bulan?

BLACK: Saya berkawan dengan ramai orang. Begitu juga dengan bakal isteri tetapi dia sangat istimewa di hati saya kerana dia mengenali saya pada mulanya sebagai Hanifah, bukannya penyanyi Black. Kami mengambil keputusan untuk bertunang selepas dua bulan berkenalan dan terus membuat persiapan perkahwinan selepas itu.

Tidakkah perkahwinan ini dilihat seperti tergesa-gesa?

Saya percaya jodoh itu di bawah kuasa Allah. Ramai wanita yang saya kenal tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang sesuai dan memenuhi kriteria yang saya inginkan sebagai isteri. Semua kriteria itu ada pada Naquira. Kalau rasa sudah temui orang yang sesuai, buat apa tunggu lama-lama, lagipun kedua-dua belah keluarga kami merestui hubungan ini.

Bagaimanakah anda berdua berkenalan?

Saya berkenalan dengannya di Dataran Merdeka menerusi kekasih kepada rakan saya. Pada mulanya, saya ingat dia kenal saya sebagai penyanyi Black dan akan terkejut berjumpa dengan saya tetapi bila berjumpa dengannya saya yang terkejut sebab dia langsung tidak kenal saya (ketawa). Dia tidak mengikuti perkembangan muzik tempatan kerana ketika itu baru pulang daripada belajar di Melbourne, Australia selama tiga tahun.

Selepas mengetahui status anda sebagai penyanyi popular, bagaimana penerimaannya?

Dia seorang yang ringkas dan bapa saudaranya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pula merupakan suami kepada aktres Datin Paduka Umie Aida. Jadi, dia dan keluarganya sudah terbiasa dengan kerjaya saya sebagai penyanyi serta perhatian yang diberikan orang ramai.

Selepas ditipu perunding perkahwinan, bagaimanapun perkembangan persiapan perkahwinan anda?

Sebelum ini saya buat semua sendiri tetapi nampaknya tidak menjadi. Sekarang semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan saya iaitu The 8 Unit bermula bulan lepas. Terdapat tajaan daripada beberapa pihak. Jumlah kos tajaan yang saya terima biarlah saya sendiri sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakan, saya bekerja keras mengumpul wang bagi majlis perkahwinan ini.

Khabarnya anda bakal mendendangkan lagu khas pada majlis perkahwinan untuk bakal isteri bolehkah dikongsi?

Ya, sebenarnya lagu itu kejutan untuknya dan merupakan single terbaharu saya. Judulnya Si Merah Si Putih yang dicipta oleh komposer Ajai. Saya akan merakamkan lagu itu tidak lama lagi dan menyanyikan lagu itu buat pertama kali pada majlis perkahwinan saya.

Adakah anda sudah merancang lokasi berbulan madu?

Belum lagi tetapi saya sudah merancang selepas berkahwin saya ingin membawa isteri dan kedua ibu bapa saya menunaikan umrah. Rasanya cara itu lebih afdal, selepas itu barulah saya fikirkan destinasi bulan madu untuk kami berdua.

Sudahkah anda bersedia untuk menjadi suami orang?

Memang saya sudah bersedia. Saya telah menghadiri kursus perkahwinan dan banyak membaca buku tentang ilmu rumah tangga. Saya sedar tanggungjawab seorang suami sangat besar dan saya bersedia untuk belajar menjadi seorang suami yang baik.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 09:44 AM | Show all posts
achik2009 posted on 23-8-2013 05:00 AM
Jodoh segera Black

Oleh HARYATI KARIM

aikss . kejap kena tipu RM30k, kejap RM15k ...
betul ke bohong kena tipu nieh sebenarnya??
ke kaki propa gak ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 10:51 AM | Show all posts
x minat balck
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:17 AM | Show all posts
cirikiri ni janda kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
iluma posted on 30-8-2013 10:17 AM
cirikiri ni janda kan?

whatt?jande?cirakairi nih?
stetmnt propa lagi bakal yisteri tak knal black tu pnyayi??dahagak dah akn ade stetmnt cmnih
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
motip melobi nme bapak saudara??nk bgtaw memg family prominent jugak ke..?sipi2 pon nk jugak petik nme laki umie aida tu..xde mohtip lgsg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 07:55 PM | Show all posts
cantik tunang black ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:02 PM | Show all posts
aku tak suke la cara perempuan tu senyum..penyek je
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 01:51 PM | Show all posts
LaVida posted on 21-8-2013 12:36 PM
Minah ni bukan belaja kat Melbourne. Dia pi keja kat restoran makcik dia kat Melbourne nun..

propa byk la dorg ni,,ckp yg benar je xbleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ku suka benang nih...tapi x minat blek pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 12:34 AM | Show all posts
achik2009 posted on 23-8-2013 09:00 AM
Jodoh segera Black

Oleh HARYATI KARIM

betul ke dia kenal Black sebagai Hanifah? Hanifah dulu bukan keja jual ikan ja ka? mau ka Naquiah ini dengan Hanifah jika heols takat jual ikan di pasar ja?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:19 PM | Show all posts
LaVida posted on 21-8-2013 12:36 PM
Minah ni bukan belaja kat Melbourne. Dia pi keja kat restoran makcik dia kat Melbourne nun..

mana hampa tau weh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:20 PM | Show all posts
serimaya posted on 21-8-2013 11:01 AM
tak la..bapak dia pak guard je
pakcik dia yg kayo

pak guard? biaq betik...ke ceo syarikat guard.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:24 PM | Show all posts
achik2009 posted on 20-8-2013 08:54 PM
Black Hanifah Pilih 13 September Tarikh Nikah

Oleh KEMALIA OTHMAN

cira ni ke black yg duduk kt ppr kerinchi? dok ppr je rupanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050892 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list