|
Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?
[Copy link]
|
|
mea posted on 19-9-2013 09:26 AM
alamak..tak kuar plak bideo nya...
video apa tu?... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon wartawan tanya soklan kat black...kata nak p mekah for bulan madu...
kalau wartawan berani la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Mahu segera timang anak
TERKENA buatan orang, gosip putus tunang dan ditipu perancang perkahwinan adalah antara cerita panas yang mengisi perjalanan cinta penyanyi Black Hanifah dan pasangannya, Cira atau Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28, sebelum mereka sah bergelar suami isteri pada pukul 12.06 tengah hari Jumaat lalu.
Usai majlis pernikahan selesai dengan sekali lafaz di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, terpancar kelegaan pada wajah Black kerana akhirnya, wanita berasal dari Pulau Pinang itu menjadi suri hidupnya.
“Alhamdulillah, saya gembira tidak terkata kerana majlis pernikahan berjalan lancar. Sekarang, saya masih menyesuaikan diri dengan panggilan suami dan memanggil Cira dengan panggilan isteri,” katanya yang tersasul menyebut perkataan tunang ketika ditemu bual pihak media selepas majlis pernikahan selesai.
Walaupun detik perkenalan mereka cukup singkat, hanya dua bulan sebelum mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, yakin dia tidak tersalah pilih.
“Saya memang mencari wanita yang tidak mengenali saya sebagai penyanyi sebaliknya sebagai lelaki biasa. Ketika pertama kali bertemu dengannya, dia langsung tidak tahu saya penyanyi, reaksinya itu yang menambat hati saya.
“Sejak pertemuan yang diaturkan oleh rakan saya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu, saya berusaha menambat hatinya kerana bagi saya sukar untuk bertemu dengan wanita yang tidak kisah tentang glamor dan status saya sebagai penyanyi,” ujarnya.
Isterinya yang duduk di sebelah mengakui cerita Black itu kerana ketika Black menyertai program realiti Mentor, dia terbang ke Melbourne, Australia untuk menyambung pelajaran dan menguruskan restoran milik ibu saudaranya di sana.
“Memang saya tidak kenal siapa Black, saya tahu lagu-lagunya tetapi saya tidak sangka dialah penyanyi tersebut.
“Dia seorang yang kelakar, manis, penyayang dan sangat menjaga keluarganya, sebab itu saya tertarik kepadanya dan rasa dia mampu menjaga saya dengan baik,” ucapnya sambil tersipu malu.
Tidak sorok isteri
Meskipun majlis pertunangan mereka berlangsung senyap-senyap dan tidak dihebohkan kepada pihak media, Black menjelaskan dia tidak pernah mahu menyorokkan identiti isterinya itu.
Majlis pertunangan mereka tidak dihebahkan atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, selain Black bimbang andai perhubungan mereka tidak kekal lama.
“Keluarga minta pertunangan tidak dihebahkan dan saya juga kalau boleh tidak mahu kecoh-kecoh. Kalau tidak jadi kahwin nanti apa orang akan kata, akhirnya saya juga yang malu.
“Saya langsung tidak berniat untuk sorok identiti isteri saya, cuma ketika itu waktunya belum tepat. Saya minta maaf jika ada menyinggung mana-mana pihak. Saya tunaikan janji dengan kongsi berita perkahwinan kerana ketika itu sah kami akan berkahwin,” ceritanya.
Cira yang merupakan anak saudara kepada Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, suami aktres Datin Paduka Umie Aida pula memberitahu, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identitinya kerana tidak mahu menganggu kerjaya Black.
“Saya bukannya menyorok dan saya juga bukannya selebriti, jadi buat apa saya mendedahkan diri kepada peminat suami dan media.
“Ketika itu memang saya tidak mahu masuk campur langsung dengan urusan kerjayanya. Saya tidak mahu dengan kehadiran saya nanti menyebabkan wujudnya halangan antara dia dengan peminat,” balasnya tegas.
Disoal sudah bersedia untuk menghadapi segala dugaan selepas bergelar isteri kepada penyanyi popular, Cira hanya tertawa dan berkata, dia tidak akan berkahwin dengan Black andai dia tidak bersedia.
“Sebelum kami berkahwin pun sudah dengar macam-macam cerita. Selagi kami percaya antara satu sama lain dan saya sokong kerjayanya bagi saya tidak ada masalah,” katanya.
Anak
Bercakap tentang perancangan keluarga, terus-terang Black memberitahu dia inginkan sebuah keluarga yang besar kerana mereka berdua lahir daripada keluarga yang kecil.
“Kalau boleh saya inginkan anak segera dan tidak mahu tangguh. Bagi saya anak adalah rezeki daripada Allah. Saya anak bongsu daripada tiga adik-beradik dan Cira anak kedua juga daripada tiga adik-beradik, jika boleh saya mahu anak yang ramai (ketawa),” tuturnya.
Justeru, Black sedar dia harus memantapkan ekonomi keluarga selepas berkahwin.
“Perancangan saya tentang kerjaya pula adalah bekerja dengan lebih keras. Saya akan bekerja seperti biasa selepas majlis perkahwinan ini kerana sekarang sudah ada keluarga sendiri yang ingin ditanggung.
KEPERCAYAAN terhadap satu sama lain menjadi tiang seri dalam mengukuhkan hubungan suami isteri yang baru dibina oleh Black dan Cira.
“Bagaimanapun, saya bukanlah cari duit sebab ingin terlalu kaya. Cukuplah bersederhana, asal cukup makan, pakai itu sudah memadai buat kami,” katanya jujur.
Black merancang membawa isterinya berbulan madu sambil menunaikan umrah di Mekah bersama ahli keluarganya awal tahun depan.
“Jika tiada aral melintang kami mahu tunai umrah dahulu sebelum bercuti. Cara itu lebih baik pada pandangan saya,” ucapnya mengakhiri bicara.
Penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti itu memberi mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran berjumlah RM12,000 kepada pengantin perempuan.
Rombongan pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah minyak wangi, cincin, telekung, set kosmetik, iPad mini dan sepersalinan baju.
Barangan hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, al-Quran, songkok, tali pinggang dan dompet, cincin serta minyak wangi – Kosmo Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya janda ke x?? |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 19-9-2013 09:29 AM
mohon wartawan tanya soklan kat black...kata nak p mekah for bulan madu...
kalau wartawan berani ...
ada bran??....kang tak pasal2 kena tumbuk oleh black.... |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 19-9-2013 09:34 AM
ada bran??....kang tak pasal2 kena tumbuk oleh black....
sebab tu aku cabar wartawan yg baca ni...
takat berani copy paste apa baranggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Blagakbta statenebr..chikaro sy bdkn ank sedara umie sida tp abj sedara sumami datikpaduka umie aidar datuk paduka...mxm lw bgus sgt dpt kawin ngn an sedara datuk paduka..kalu dpt kawin ngn ank pmx pe le ki nk blagak vagai...chikaro ko pun bknnya cntk mana...bkahar kat ibersea...maba ko tau dia z kawinlg...nijah je blum...mtbngn ko pin dia dh kawun....nk mare jw kehe vpk pian...boke le ki jawinkb pian ngn hugo...hrp bika chikaro ko dh peknen jsuhjn pian n jagung bako tjkt nnt ank ko terkenan lak vnda2 ty.u..
meh aku translate..
berlagak buat statement... chikaro saya bukan anak sedara umi aida tapi anak sedara suami datin paduka umi aida, datuk paduka.. macam la bagus sangat dapat kawin ngan anak sedara datuk paduka.. kalu dapat kawen ngan anak pm tak pe le kalau nak berlagak bagai.. chikaro nko pon bukannya cantik mana.. belajar kat obersea... mana ko tau dia tak kawen lagi.. nikah ke belum.. dengan nko pon dia dah kawen.. nak mara je keje nko pian.. boleh le ko kawenkan pian ngan hugo.. harap bila chikaro ko dah peknen jauhkan pian n jagung bako.. takut nanti anak ko terkenan lak benda2 tu...
ok sila rujuk semula @maxim @jepp @apan @tora216 @kucen_miang @naleeya @dahliateck @azie.dz @syafiq79 Last edited by ellynorman on 19-9-2013 09:57 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ellynorman posted on 19-9-2013 09:41 AM
Blagakbta statenebr..chikaro sy bdkn ank sedara umie sida tp abj sedara sumami datikpaduka umie aida ...
terbaik la elly...aku rasa nak p kat ko je skrg nak hugs ko...caya laaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
biar apa la status bini dia.. yg penting bukan bini org lain dh kawin ngan laki lain plak |
|
|
|
|
|
|
|
alahai black... jawap saja..."status dia sebelum kawen ngan saya..? single..."
pada aku janda pon single jugak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ellynorman posted on 19-9-2013 09:49 AM
dari semalam aku keje membetulkan typo si sapik... nanti nko suruh dier betulkan kang.. tempat lai ...
ko je paham apa dia tulis....pelik aku ni ekekeke
apa2 pon mekasih babeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 19-9-2013 09:27 AM
video apa tu?...
budak yg baru kapel seminggu tu lerr..sehidup semati katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
muekekekek... maceh maxim ... dapat tacang.. tolong translate bahasa rusia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala biarla black tu..dh reporter sibuk menanya dan org sibuk nk sponsor dia, mentang2la dia org flat pprt semua yg dia buat tk kena..ada jgak pempuan nk kat dia, kalau muka black tu masih kt kedai ikan bapak dia, sapa pun tk pandang...tahniah Black moga berbahagie ke anak cucu selamanya ever after
tak minat pun black |
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 19-9-2013 09:57 AM
budak yg baru kapel seminggu tu lerr..sehidup semati katanya...
sehidup semati menda... tak sampai seminggu video tu leak, dah putus... |
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi ngan budak yang kapel seminggu tu hah????? kena sunat dak lagi dua dua orang.... |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 19-9-2013 09:14 AM
black_hanifah Terbang to langkaaaaa.. with nyawa @ciraakhairi #madubulan hehehehe 14h
@miaw ...
langkasuka ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah black kerana berjaya me-maintain kan nama anda di persada seni tanah air..
populariti berjalan seiring dgn kisah peribadi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|