CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Amyza Aznan keguguran lagi - forummers CARI kena carut ngan Amyza

 Close [Copy link]
Post time 24-11-2013 02:15 AM | Show all posts
toxicated posted on 24-11-2013 02:11 AM
Pastu kat twitter si sharnaz siap tag najibrazak.
Kang tak pasal2 najib reply thread saya dan ist ...


pengajaran nya ialah.. jgn nak gatal2 buka acc insta, twitter & fb sama dgn nick dkt forum.. tak pasal2 glamour

kalau @bayieng guna nick lain dkt insta tu, sure org tak tahu dia yg kena lahar.. mesti @Syd yg kecut perut sbb komen dia yg kena petik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2013 02:16 AM | Show all posts
toxicated posted on 24-11-2013 02:11 AM
Pastu kat twitter si sharnaz siap tag najibrazak.
Kang tak pasal2 najib reply thread saya dan ist ...

Kalau shanaz yg royan kt porumer cari,,,

kenot imagine iols

motif sgt tag najib,,,bukannya penting pun cite si myza ni,,

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:16 AM | Show all posts
jgn kacau jed jaidi. kesian dia tau

'Saya Umpama Cuci Tahi Dalam Seniman' - Zed Zaidi

KUALA LUMPUR: “Saya umpama mencuci najis,” demikian luah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli jawatankuasa persatuan berkenaan tidak sah.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kesilapan yang dilakukan oleh pasukan pemimpin Seniman sebelumnya adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana ia turut mengheret kepimpinan terbaharu dalam kemelut tersebut sehingga peranan mereka dibatalkan.


“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.

“Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya,” kata Zed Zaidi dalam satu pertemuan dengan kira-kira 50 ahli Seniman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Selain Zed Zaidi, pertemuan itu turut disertai beberapa bekas ahli jawatankuasa persatuan tersebut termasuklah bekas Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak.


Pertemuan itu diaturkan oleh Setiausaha Kerja Seniman 1 dan 2, Raja Mohd Faizal Raja Mohamad Anuar dan Juniza Maslan yang mengambil alih tugas mengemudi persatuan buat sementara waktu.

Zed berkata, semasa menjadi Presiden Seniman, pelbagai usaha telah dilakukannya termasuklah berhasrat mewujudkan kad diskaun 1Malaysia untuk golongan artis, insurans serta perumahan rakyat bagi golongan berkenaan.

Bagaimanapun usaha itu terbantut selepas beliau dan beberapa pemimpin lain telah gugur jawatan akibat arahan mahkamah.

“Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya,” katanya dalam keadaan yang cukup hiba.


Dalam pada itu Zahrin yang masih kekal jawatannya sebagai penasihat undang-undang persatuan itu berkata, walaupun tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, pihaknya tidak berhasrat mencabar keputusan Mahkamah Tinggi sebaliknya menantikan pemilihan jawatankuasa baharu yang akan diuruskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa dua bulan bermula 21 November 2013. Katanya, mereka tidak mahu membazir kerana sesuatu perkara yang dibawa ke mahkamah akan memakan masa yang lama selain melibatkan kos yang tinggi.

“Sesuatu kes akan memakan masa yang lama kadang-kadang sehingga dua tahun. Malah, berkemungkinan besar ia memerlukan kos yang tinggi, mungkin lebih besar daripada kos yang sepatutnya pihak defendan diarahkan bayar,” katanya.


Ditanya pemberita sebagai penasihat undang-undang sejak era Harun Salim Bachik sebagai presiden, kenapa beliau gagal menasihati ahli-ahli Seniman agar tidak meneruskan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 14 kerana pemimpin ketika itu gagal mengesahkan minit mesyuarat sebelumnya Zahrin berkata, ia diadakan selepas mendapat mandat ahli-ahli.

Katanya, majoriti ahli bersetuju untuk meneruskan AGM-14 walaupun Harun serta pemimpin-pemimpin yang lain memberi alasan tidak dapat membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan kerana dokumen itu hilang selepas pejabat Seniman didakwa mereka telah dipecah masuk.

“Ahli-ahli telah bersetuju untuk meneruskan AGM-14 bagi memilih kepimpinan baru maka sebab itulah mesyuarat berkenaan diteruskan juga dan Zed Zaidi dipilih sebagai presidennya. Kami tidak menyangka ia akan jadi seperti ini,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Zed Zaidi masih mendapat sokongan kuat apabila sebahagian besar ahli-ahli yang hadir memberi kepercayaan untuknya memimpin persatuan berkenaan dalam AGM akan datang.



Suasana pertemuan sebahagian ahli-ahli Seniman yang ingin mengetahui nasib persatuan itu.


Sambil melaungkan kata-kata ‘hidup Zed Zaidi’ ahli-ahli Seniman itu antara lain memuji Zed Zaidi antara pemimpin yang cekap dalam menjalankan tugasnya membela nasib artis-artis di negara ini.


Pada Khamis lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, di sini, adalah terbatal dan tidak sah.


Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.


Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
bayieng posted on 24-11-2013 01:59 AM
iols akui iols bodoh sbb nk menyampukkkk

Bukn bodoh cuma wrong words, wrong place and wrong time...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:17 AM | Show all posts
skymania posted on 24-11-2013 01:19 AM
moga uols tak jadik macam arnab kiut... seme kene hangkut..


tak pasal2 jadi arwah mcm almarhumah senah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:17 AM | Show all posts
ok..berjaya berdamai ngan kak mija. korang ni pon....nk kutuk pon agak2 la.
now bole tido dah...kalo tidak x senang ati aku nk tido bila tau ade org marah kt aku yg x bersalah ini.
huhuhu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2013 02:17 AM | Show all posts
orlanda posted on 24-11-2013 02:05 AM
siap tag zed zaidi. mampoo kau??

sekampung kata kan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:17 AM | Show all posts
maxim posted on 24-11-2013 02:15 AM
Public apology pls,,bukan kene bayar pun nak ckp sorry

Sorry bayieng

Iols tahu kisah ni pun dari ig kak myza,,bukan dari benang ni,,
cite ni kt ig lagi panas dari kt benang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2013 02:18 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-11-2013 02:16 AM
jgn kacau jed jaidi. kesian dia tau

'Saya Umpama Cuci Tahi Dalam Seniman' - Zed Zaidi ...

Zed zaidi kan ada benang sendiri?

motif menumpang benang akak myza?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 24-11-2013 02:07 AM
salam bayieng

alang2 uols dah approve ig miza tu apa kata uols habaq skit kat miza tu bahawasa ...

Ni ayat bikin panas ni...hahahahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 02:19 AM | Show all posts
Ahad November 24, 2013

'Saya Umpama Cuci Tahi Dalam Seniman' - Zed Zaidi

Oleh NIEZAM ABDULLAH (Instagram: niezamabdullah)


Zed Zaidi (depan; tiga dari kiri) sugul dengan situasi yang terjadi terhadap Seniman.

KUALA  LUMPUR: “Saya umpama mencuci najis,” demikian luah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli jawatankuasa  persatuan  berkenaan tidak sah.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33,  berkata, kesilapan yang dilakukan oleh pasukan pemimpin Seniman sebelumnya adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana ia turut mengheret kepimpinan terbaharu dalam kemelut tersebut sehingga peranan mereka dibatalkan.

“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.

“Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya,” kata Zed Zaidi dalam satu pertemuan dengan kira-kira 50 ahli Seniman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada  Sabtu.

Selain Zed Zaidi, pertemuan itu turut disertai beberapa bekas ahli jawatankuasa persatuan tersebut termasuklah bekas Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak.

Pertemuan itu diaturkan oleh Setiausaha Kerja Seniman 1 dan 2, Raja Mohd Faizal Raja Mohamad Anuar dan Juniza Maslan yang mengambil alih tugas  mengemudi persatuan buat sementara waktu.

Zed berkata, semasa menjadi Presiden Seniman, pelbagai usaha telah dilakukannya  termasuklah berhasrat mewujudkan kad diskaun 1Malaysia untuk golongan artis, insurans serta perumahan rakyat bagi golongan berkenaan.

Sebahagian ahli-ahli menyatakan kesediaan mereka terhadap Zed Zaidi untuk memimpin pesatuan Seniman pada AGM akan datang.

Bagaimanapun usaha itu terbantut selepas beliau dan beberapa pemimpin lain telah gugur jawatan akibat arahan mahkamah.

“Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang  rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya,” katanya dalam keadaan yang cukup hiba.

Dalam pada itu Zahrin yang masih kekal jawatannya sebagai penasihat undang-undang persatuan itu berkata, walaupun tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, pihaknya tidak berhasrat mencabar keputusan Mahkamah Tinggi sebaliknya menantikan pemilihan jawatankuasa baharu yang akan diuruskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa dua bulan bermula  21 November 2013.  Katanya, mereka tidak mahu membazir kerana sesuatu perkara yang dibawa ke mahkamah akan memakan masa yang lama selain melibatkan kos yang tinggi.

“Sesuatu kes akan memakan masa yang lama kadang-kadang sehingga dua tahun. Malah, berkemungkinan besar ia memerlukan kos yang tinggi, mungkin lebih besar daripada kos yang sepatutnya pihak defendan diarahkan bayar,” katanya.

Ditanya pemberita sebagai penasihat undang-undang sejak  era Harun Salim Bachik sebagai presiden, kenapa beliau gagal menasihati ahli-ahli Seniman agar tidak meneruskan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 14  kerana pemimpin ketika itu gagal mengesahkan minit mesyuarat sebelumnya Zahrin berkata, ia diadakan selepas mendapat mandat ahli-ahli.

Katanya, majoriti ahli bersetuju untuk meneruskan AGM-14 walaupun Harun serta pemimpin-pemimpin yang lain memberi alasan tidak dapat membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan kerana dokumen itu hilang selepas pejabat Seniman didakwa mereka telah dipecah masuk.

“Ahli-ahli telah bersetuju untuk meneruskan AGM-14 bagi memilih kepimpinan baru maka sebab itulah mesyuarat berkenaan diteruskan juga dan Zed Zaidi dipilih sebagai presidennya. Kami tidak menyangka ia akan jadi seperti ini,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Zed Zaidi masih mendapat sokongan kuat apabila sebahagian besar ahli-ahli yang hadir memberi kepercayaan untuknya memimpin persatuan berkenaan dalam AGM akan datang.

Suasana pertemuan sebahagian ahli-ahli Seniman yang ingin mengetahui nasib   persatuan itu.

Sambil melaungkan kata-kata ‘hidup Zed Zaidi’ ahli-ahli Seniman itu antara lain memuji  Zed Zaidi antara pemimpin yang cekap dalam menjalankan tugasnya membela nasib artis-artis di negara ini.

Pada Khamis  lalu,  Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, di sini, adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar  (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut  memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah  Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.


Credits: mstar.com.my


sori...OT jap....


@maxim
Last edited by achik2009 on 24-11-2013 02:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:20 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-11-2013 01:35 AM
cer tag KJ sekali......menteri belia dan sukan
menjana minda belia dan tak berapa belia.



KJ mesti jawab.. di sbbkan forum cari la i menang shout award.. so i tak nak masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:20 AM | Show all posts
juliez posted on 24-11-2013 02:15 AM
pengajaran nya ialah.. jgn nak gatal2 buka acc insta, twitter & fb sama dgn nick dkt forum.. tak ...

my nick..is an actual nickname in my real life.
so mmg pakai kt mana2 je. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:20 AM | Show all posts
toxicated posted on 24-11-2013 01:36 AM
Amyza ni tgh stress pasal keguguran.ade plak artis lain kot yg ckp itu karma segala.pastu terbaca la ...



artis mana yg kata karma tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:20 AM | Show all posts
bayieng posted on 24-11-2013 02:17 AM
ok..berjaya berdamai ngan kak mija. korang ni pon....nk kutuk pon agak2 la.
now bole tido dah...kal ...

tido nyenyak ye uols. jgn mimpi kak mija pulakk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:20 AM | Show all posts
bayieng posted on 24-11-2013 02:14 AM
mmg ramai..harus la iols x approve org yg tak dikenali

Uols approve si myza kan?,uols x takut sheols amik picca uols pastu tepek kt ig dia ke?

iols sajes,,baik uols tukar nama ig uols,,,
nama kt porum mmg kekal,,xleh nak tukar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2013 02:21 AM | Show all posts
len kali jgn guna nick dlm porem cari sm ngan nama kat ig...


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:22 AM | Show all posts
311gurl posted on 24-11-2013 02:18 AM
Zed zaidi kan ada benang sendiri?

motif menumpang benang akak myza?

alaa..depa kan sekampung je, ok lah tu beramas mesra

nak remind kat kak mija gak, jgn kacau abam jed jaidi. heols lagi stress tau. dah lah MT umno kalah, sekarang digugurkan jawatan presiden seniman lak



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:22 AM | Show all posts
perembes posted on 24-11-2013 02:21 AM
len kali jgn guna nick dlm porem cari sm ngan nama kat ig...

Pengajaran utk semua



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:23 AM | Show all posts
juliez posted on 24-11-2013 02:20 AM
KJ mesti jawab.. di sbbkan forum cari la i menang shout award.. so i tak nak masuk campur

KJ jawab nanti......#janganbiadap



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.115355 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list