CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

Wan Maimunah Bakal Kahwin Ahli Perniagaan

[Copy link]
Post time 12-12-2013 08:33 AM | Show all posts
tahniahh~ semoga kekal.. xtaw dia janda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2013 03:33 PM | Show all posts
mane pic kawen?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 11:39 PM | Show all posts
tak der pic ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:07 AM | Show all posts
achik2009 posted on 11-12-2013 08:18 AM
'Saya reda bermadu'

2013/12/11 - 07:00:46 AM Oleh Juwie dan Hanisah Selamat

aritu nampak wan maimunah ngan anak angkat ni la pi mkn cendul kat taman suria...ada keter tv3suku follow masa tu...bakal somi cam tadak sbb tak nmpk yg tua sebaya dia...katanya 2nd wife...ntah ler kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:26 AM | Show all posts
coco posted on 11-12-2013 09:12 AM
eh ingatkan dia bini salah sorang team kopratasa.... tak sangka rupanya mak jan

akak pun pernah terbaca dulu2 ms zaman pi mai pi mai tang tu..dia bini salah seorang anggota kopratasa..tak ingat wife kpd siapa.( lupa dh nama 2 org lg ahli kumpulan kopratasa..yg ingat usop aje)
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:45 PM | Show all posts
ini ke gambar nikahnya?...

selamat pengantin baru semoga kekal hingga jannah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2013 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarajevo posted on 13-12-2013 03:45 PM
ini ke gambar nikahnya?...

selamat pengantin baru semoga kekal hingga jannah

kelllas mcik wan mai.. slmt pngantin 'baru' buat beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 04:53 PM | Show all posts
ohhhhhhh ramai jugak yg single mingle kat sini yerrrrrr....aper lagi atur langkah mu.....semoga bertemu jodoh semuernyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2013 05:26 PM | Show all posts
Wahhh...cantiknya baju aunty wan......tahniah.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen dgn tokey kcg pool larkin bomba rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 12:31 AM | Show all posts
Tahniah...semoga kekal hingga ke jannah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 12:38 AM | Show all posts
laku juga

tahniah makcik
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 08:35 AM | Show all posts
Wan Maimunah selamat diijab kabul


Wan Maimunah menerima mas kahwin ‘membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH'.

JOHOR BAHRU – Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran ‘ratu air mata’, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, di sini kira-kira jam 8.20 malam.

Dengan Sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.

Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH.

“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” katanya.

Sementara itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

Beliau juga mengakui mereka berdua tidak mengambil masa lama untuk bercinta sebaliknya terus mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.


sumber= sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah dah selamat bernikah.. tahniahh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 08:46 AM | Show all posts
Masih ada yang sudi

Johor Bahru: “Diberi puluhan ribu sekali pun ia akan habis, tetapi tunjuk ajar ke jalan Allah bertahan hingga ke akhir hayat,” kata pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selepas selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, pada satu majlis akad nikah di sebuah hotel di sini, semalam.

Pasangan pengantin itu selamat dinikahkan Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ) Makhadzir Abdan dengan sekali lafaz berwalikan adik pengantin perempuan Wan Hamzah pada jam 8.20 malam.

Wan Maimunah yang terkenal dengan watak Mak Usu menerusi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkata, dia bersyukur kerana majlis akad nikah berjalan lancar selain berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.

“Ibu tidak sangka pada usia begini masih ada sudi menjadi teman hidup bersama.

Ibu bukan mahukan wang ringgit dan harta dunia, tetapi mahu menumpang kasih kerana itu ibu tidak minta duit sebagai mas kahwin.

“Terima kasih kepada suami, keluarga, rakan dan peminat yang terus mendoakan kebahagiaan ibu,” katanya.

Pasangan pengantin itu kelihatan anggun mengenakan busana putih pada majlis akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Sejurus diijabkabulkan, Makpol kelihatan sebak menitiskan air mata ketika berpelukan bersama kenalan dan ahli keluarga yang turut berada di sisinya sepanjang majlis berkenaan.



MAKPOL (kiri) menyerahkan cincin dan gelang perkahwinan kepada isterinya, Wan Maimunah.

Pada majlis itu, Makpol turut menyarung cincin di jari isterinya ketika acara membatalkan air sembahyang sebelum ke majlis persandingan di hotel sama.


Wan Maimunah menceburi bidang lakonan sejak era televisyen hitam putih bermula pada 1972 dan sudah membintangi lebih 1,000 drama.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14


metro
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 08:48 AM | Show all posts
'Bimbing ke jalan Allah' mas kahwin Wan Maimunah



JOHOR BAHRU 13 Dis. - Aktres veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, kini bergelar isteri kepada usahawan makanan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin 'bimbingan ke jalan yang diredai Allah' di sini malam ini.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan pukul 8.20 malam dengan sekali lafaz berwalikan adik lelaki pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Dramatis yang terkenal dengan watak air mata itu juga menerima sebentuk cincin dan gelang emas sebagai simbolik wang hantaran, disarungkan oleh suaminya ketika menyempurnakan upacara pembatalan air sembahyang.

Wan Maimunah yang anggun dalam busana berwarna putih rekaan Iezla Bridal, kelihatan menitiskan air mata sejurus pernikahan dan cuba ditenangkan oleh ahli keluarga serta sanak-saudara.

Ketika ditemui, dia menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana pada usia sedemikian, masih ada lelaki yang mahu mengahwininya.

"Sebab itulah saya tidak meminta wang ringgit atau harta sebagai mas kahwin, tetapi bimbingan oleh suami ke jalan yang diredai Allah.

"Dia (suami) sanggup memperisterikan saya dan menjadi peneman sepanjang hidup saya. Itu sahaja sudah memadai," katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Makpol memberitahu, dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus aktif dalam dunia seni malah merestuinya.

"Saya tidak boleh merubah apa yang sudah sebati dalam hidupnya dan bersedia berhadapan dengan rencah kehidupan dunia artis," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... munah#ixzz2nPDoFkdT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2013 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh tahniah kak wan.. Sebak plk tgk dia dh bernikah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 08:56 AM | Show all posts
tahniah...

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 09:18 AM | Show all posts
segak & tegap lg badan suami dia......................semoga berbahagia hingga hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 09:56 AM | Show all posts
tahniah!
semoga berbahagia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.485868 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list