CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Jenayah] LATEST NEWS: Dedahan Che Det Berat! UMNO dan PRU 14

[Copy link]
Post time 3-4-2015 09:27 PM | Show all posts
cai2: diharapkan ketua twitter tangkap madey sebab menghina pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 09:28 PM | Show all posts
orang tua ni elok bertanding prk permtang pauh
KALU menang bulih lah buat usul undi tak percaya kat parlimen
dean lantik diri sendiri jadi pm semula

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 02:49 AM | Show all posts
Bersatu di belakang &#8232M tangani tuduhan
04 April 2015 1:25 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 3 April – Pelbagai persepsi negatif dan tuduhan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam cubaan menjatuhkan kerajaan adalah seperti pepatah ‘alah bisa, tegal biasa’ yang telah dihadapi oleh setiap Perdana Menteri sebelum ini.

MOHD. Razlan
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, desakan-desakan tersebut termasuk pelbagai fitnah dan propaganda kepada peme-rintah turut dialami oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun kaedah pelaksanaannya ketika itu tidak seperti sekarang yang lebih mudah dan meluas.
Sehubungan itu katanya, perkara sama yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang akan dapat diatasi sekiranya pemimpin-pemimpin kerajaan bersatu hati untuk menangkis setiap dakwaan yang ditimbulkan.

“Dalam dunia politik, desakan pembangkang, fitnah, wujud persepsi negatif semua alah bisa tegal biasa. Semasa zaman Dr. Mahathir pun tidak lekang dengan masalah dalaman, beliau berdepan dengan pelbagai tentangan, namun semasa itu, hampir kesemua ke-pemimpinan UMNO bersama beliau.
“Pembinaan persepsi negatif dulu dan sekarang amat berbeza, permainan propaganda hari ini dan dulu juga dilakukan dengan cara serta pendekatan lain, asakan demi asakan yang dilakukan jika kita bersatu, ia bukanlah satu perkara enteng untuk dijayakan,” katanya dalam satu ke-nyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan Dr. Mahathir ter-hadap pentadbiran Najib melalui blog rasminya, chedet.co.cc semalam.
Sementara itu, Mohd. Razlan berkata, sebagai pemimpin berpe-ngalaman, Dr. Mahathir perlu terus memberikan sokongan kepada Najib dalam membina kembali kekuatan dan demi survival Melayu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.vCcR9S7t.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 02:52 AM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 3 April 2015| Kategori: Kunta Kinte,Utama | 9 Comments »

UMNO Dalam Krisis Lagi, Bila Jawapan Sudah Tidak Mencukupi (1)

  
inShare

Oleh AJAB

Kritikan bertalu-talu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Razak menandakan satu fasa baru krisis kepimpinan di dalam UMNO. Sama ada UMNO bersedia melalui satu lagi krisis sukar dijangka tapi krisis ini sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Ada yang berkata Tun Mahathir hanya bertanya, jawab sahajalah, mengapa perlu bergaduh. Pandangan semacam ini hanyalah satu helah untuk mempertahankan kritikan Tun M atau ia dilihat secara lahiriah semata-mata.

Melihat kenyataan-kenyataan Tun Mahathir sejak enam bulan lalu kemungkinan besar beliau telah membuat keputusan untuk menurunkan Mohd Najib. Justeru jawapan-jawapan yang telah dan bakal diberikan tidak akan mencukupi kepada Tun Mahathir kecuali Mohd Najib meletak jawatan.

Tun menulis,

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Kita tertanya-tanya masyarakat mana yang Tun ambil sebagai menjadikan hujahan beliau? Ketika DAP, PAS dan PKR berpecah, UMNO mendapat sokongan 75% pengundi Melayu, Tun Mahathir menyatakan Barisan Nasional akan kalah? Memang benar BN mungkin akan kalah jika makin ramai bukan Melayu meninggalkan Barisan Nasional.

Namun soalnya siapakah yang menjauhkan bukan Melayu dengan UMNO jika bukan beberapa NGO yang Tun M sendiri naungi?

Pertanyaan=pertanyaan yang diutarakan oleh Tun Mahathir telah ada jawapan, namun Tun mengulanginya kerana beliau tahu kata-kata beliau selalu dianggap sebagai “hadis sahih” oleh sebahagian orang.

Tulisan Tun mengenai pembunuhan model Altantuya Saribuu seolah-olah mahu mengesahkan bahawa Najib Razak terbabit. Dengan menulis Sirul sebagai pengawal Peribadi Mohd Najib, Tun membuat pertanyaan siapakah yang mengarahkan sirul membunuh. Tun juga membuat dakwaan kononnya tiada siasatan menyeluruh dibuat ke atas dakwaan Sirul bahawa beliau diarah oleh orang lebih atas.

Lebih jahat, Tun menulis, “Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.”

Apakah Tun tidak mengetahui bahawa perbicaraan Sirul, Azilah dan Razak Baginda berjalan hampir 6 bulan? Apakah tujuan membuat pertanyaan yang cuba memberi implikasi Najib razak terbabit?

Pertamanya, kita mahu tahu di mana fakta Tun Mahathir bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Mohd Najib. Sirul tidak pernah menjadi pengawal peribadi Mohd Najib. Beliau hanyalah salah seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjaga pemimpin negara.

Malah ketika mahu disoal siasat mengenai pembunuhan tersebut, Sirul dibawa pulang dari tugasan mengiringi Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam lawatan ke Pakistan pada 2006. Bagaimana pula Tun Mahathir mendakwa Sirul adalah pengawal peribadi Mohd Najib ketika pembunuhan Altantuya?

Ketika perbicaraan Sirul dengan jelas memberitahu Mahkamah bahawa Azilah yang memanggil dan mengarahkan beliau mengambil Altantuya pada malam tersebut. Justeru jika ada orang boleh memberitahu kita siapa mengarahkan mereka ialah Azilah bukan Sirul.

Kita semua tahu selain Sirul dan Azilah, Razak Baginda mungkin terbabit kerana beliau didakwa merancang pembunuhan tersebut akibat hubungan sulit. Namun Razak dibebaskan oleh Mahkamah kerana tidak cukup bukti prima facie.

Sirul dan Azilah dibicarakan selama 9 tahun dan tidak pernah mereka mendakwa Mohd Najib terbabit secara langsung mahu pun tidak langsung.

Apa yang dikatakan oleh Sirul sekarang ada arahan lain hanyalah alasan seorang yang mahu mengelakkan hukuman gantung sampai mati.

Jika Tun ada bukti lain beliau sepatutnya membawa ke pengetahuan umum bukannya membuat sindira dan pertanyaan yang merosakkan imej Perdana Menteri.

Sehingga Tun memberi bukti lain, cubaan mengaitkan Mohd Najib dengan Altantuya bukanlah demi agama, bangsa dan negara tetapi kerana kepentingan peribadi atau kelompok sahaja.

Mendakwa Mohd Najib tidak menjawab isu ini merupakan satu fitnah yang sengaja dibuat. Mohd Najib bukan sahaja telah membiarkan perbicaraan di Mahkamah terbuka selama 9 tahun malah telah bersumpah atas nama Allah tidak mengenali Altantuya atau terbabit dengan pembunuhan tersebut.



Apakah Tun Mahathir sudah tidak percaya kuasa Allah lagi?

Apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah beberapa kali dijawab oleh Perdana Menteri dan pihak terbabit, namun Tun Mahthir masih mengulanginya untuk membentuk arus membenci Mohd Najib Razak.

Sebab itu, apa sahaja jawapan sudah tidak memadai kepada Tun Mahathir, keputusan telah Tun buat, Najib mesti berundur!

Ada 9 Comments setakat ini.

dkds
April 3rd, 2015 at 4:54 PM
Sirul dibawa pulang dari tugasan mengiringi Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam lawatan ke Pakistan pada 2006. Bagaimana pula Tun Mahathir mendakwa Sirul adalah pengawal peribadi Mohd Najib ketika pembunuhan Altantuya?

– sebenaranya jawapan sudah diberikan ketika dalam perbicaraan lagi, Tapi Tun Mahathir membutakan fakta kes, kerana hati ingin mengenakan PM….

bangkano
April 3rd, 2015 at 6:37 PM
Mahaghir memang jahat ketara sejak akhir-akhir ini banyak kenyataannya sudah bercanggah dengan sikap semasa dia sebagai PM dulu….mungkin faktor usia yang hampir nyanyuk sama seperti allahyarham Tunku A.Rahman semasa bersara dari PM….nyanyuk. Abaikan sahaja setiap kritikan bodoh Mahathir terhadap Najib.

hasnul rahman
April 3rd, 2015 at 6:53 PM
ssalammualaikum wmt,
Terima kasih. Kini saya dah jelas mengenai isu Altantuya sebagaimana yg ditimbulkan Tun M. Logik dan saya terima dgn yakinnya.
Tapi Tun M bukan saja tulis atau tanya pasal wanita Mongolia tusaja.
Bagaimana dgn yg lain?
Bagaimana dgn kisah anak tiri DS Najib di US?
Bagaimana pula dgn kisah pinjam duit Ananda Krishnan untuk bayar interest loan tu?
Siapa hamba Allah bernama Jho Lo dan apa kaitannya dgn anak tiri DSNajib?
Begitu juga dgn kisah simpan duit di Swiss Bank Singapore? Apa penjelasan mengenai alasan ‘takutkan tindakan Bank Negara’ tu?
Tolong jelaskan sebagai pencerahan kpd isu yg kpd saya jauh lebih utama drpd GST ni!

NewsMalaysia.info
April 3rd, 2015 at 8:03 PM
Pm kena lebih jelas
dan perlu konsisten
dan perlu jawab dengan lebih nyata
semua soalan yg tun tanya.. Iaitu juga rakyat tanya..
Memang telah bersumpah laknat.. Tetapi mesti jelas yg lain sejelas jelasnya..
Ramai rakyat dalam pertanyaan sama seperti tun..

system baru
April 3rd, 2015 at 8:19 PM
1)Najib tak kena mena pun kes razak baginda ini,

2) perempuan simpanan orang lain kenapa najib kena tangungjawab,

3)kenapa ia tun m rasa pelik kes itu ,keputusan mahkamah memahik pada razak baginda, bagi aku kes dah dua kali dibicarakan yg aku pelik kenapa mahkahmah razak baginda dilepaskan razak bagida itu itu, sedang dua belah pihak altantula dan rakzak baginda saling ancam satu sama lain sepatut rakzak bagida dikenakan tuduhan ancam ugutan bukan ancaman menbunuh,

4)lagi satu rakyat tanya2 rakzak bagida itu selepas kes habis kenapa dia berhadapan masyaskat dan duduk di luar negara buat masa sekarang, ini menbuktikan razak baginda memang bersalah.

5)bagi pendapat aku pihak berwajib selepas habis kes itu keluarkan fakta menyatakan bahawa razak baginda itu dibebaskan mestilah keluarkan seperti mana kes anwar Menbukti dia memang bersalah, sehingga sekarang rakyat tertanya2 kenapa fakta tak kukuh Menbolehkan rakzak bagida itu bersalah atau tak

6)tak salah aku bini razak bagida ini bekas mejestic mahakamah dia tahu selok belok cara nak lepaskan laki dia dari bersalah

7)Pembelian kapal selem fakta pr tak menasabah dek akal bagi memang tak boleh pakai kenapa tun m masih membutakan mata nya sebab fakta pas bagi ialah altatuya jadi jurucakap pada kapal selam, bodoh apa perancis itu melantik altantuya jadi jurucakap kapal selam syarikat dcns itu penah menjual peralatan ke seluruh dunia ini mereka tahu berbahasa inggeris dengan baik,,.

Kalau tun m bercakap pasal filim itu anak tiri dia , filim itu memang untung besar, tapi segi morel rakyat malaysia filim Itu tak sesual di malaysia ini, sebab sex melampaui batas. Tun m tahu pas akan gunakan sebagai senjata untuk serang bn.
Lagi lagi aku tak berapa suka sangat mariah anak tun m ketika dia memperjuangkan pesakit hiv sehinggakan sangup jarum percuma dan kondom percuma apa mereka bergelumbang dengan dosa selama2 nya, lagi satu mariah itu sangup menperjuangkan pondan dan lgbt apakah mereka tak mahu lagi mereka pulang ke pangkai jalan.

tun m sedar 1mbd itu sebab memastikan bawah kerajaan tak lagi bergantung pada syarikat menipu industari tenaga dimalaysia ini, telah lama mereka menipu ketika di zaman tun m dan anwar lagi, buat apa tun m menbela mereka lagi. Aku tahu tun m memeprtikaikan pelaburan di buat, audit bebas telah buat apa pembangkang mahu lagi cuba tun m fikirkan nya

Bagi aku ini pr memang tak boleh memerintah malaysia di
1)Nepostima dan kronisma ada dalam pkr dan dap
2)Suka putar belik fakta sehingga sebenar sehinggakan rakyat ketawakan mereka
3)terlalu banyak politik dari menbuat kerja
4)Tak ada satu pelaburan yg dibuat pr kecuai jual tanah dan bina rumah mewah untuk apek taiwan,hongkong dan sinagapore
5)Sikap Peminpin pr suka langgar kesalahan lalu lintas jalan raya
6)Bermewah2 dikalangan pr
7)Peminpim gemar melancong tampa arah tujuan.
8)Cakap Pemipim bn bermewah2 tapi pemimpin dap bermewah2 nak tunjuk pada rakyat dengan membeli barang mewah…
9)Menyusahkan rakyat contoh isu air
10)melakukan terjah tapi langsung tak berterusan selepas itu tetap ada masalah pada kawasan itu
11)penyakit denggi tetap meninkat
12)Kawasan dikuasai wan azizah tetap banjir tapi tak ada tindakan bertindak

omega
April 3rd, 2015 at 8:48 PM
Old man frust bila banyak syarikat kroni dah tak boleh hisap darah rakyat. IPP dan plus sbg bukti.

KuntaKinte Malaysia
April 3rd, 2015 at 9:28 PM
Sabar hasnul… akan ditulis bahagian kedua

hasnul rahman
April 3rd, 2015 at 9:45 PM
Salam 1Malaysia,
Terima kasih Kunta Kinte Malaysia!
Saya tunggu.
Saya hormati kedua-duanya – Tun M dan DS Najib.
Bila berlaku macam ni saya jadi keliru dan tak tahu nak pertahankan desakan dan cemohan kekawan dari puak pembangkang dlm ‘Parlimen Warubg Kopi’ kami di tempat saya ni.
Itu ajerrrr!
Risau juga akan nasib anak cucu kemudian hari.
Takut kalau-kalau Tanah Melayu ni jadi macam Singapura….
Melayu layu dan sayu…..

Mami nor
April 3rd, 2015 at 10:17 PM
Oleh itu hanya kepada Allah kita berdoa agar negara Msia terus aman dan islam terus berkembang ke seluruh pelusuk negara kita dan ramai rakyat bangsa cina dan india memeluk islam.maka tanah melayu tidak akan sayu dan layu dan Nauzubillah janganlah kita jadi seperti singapura .setiap pemimpin ada gaya dan cara mereka .so kita terus manadah tangan berdoa agar pemimpin kita sekarang ini tidak hilang pedoman dan selalu mendapat petunjuk dan hidayah ketika menjalankan amanahnya . InsyaAllah Msia tetap di lindungi
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 02:58 AM | Show all posts
Friday, April 3, 2015
Mahathir calon BN di Permatang Pauh?
ILUSI JUMAAT                                                                                                                                   
Seorang pimpinan Umno peringkat negeri mencadangkan kepada partinya supaya tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan itu sekiranya Umno atau BN tidak mempunyai calon yang berwibawa. Pandangan pemimpin Umno itu disokong oleh akhbar PB, yang menjadi lidah rasmi parti nasionalis itu.


Mahathir calon BN P Pauh?
Alasan pemimpin Umno itu tidak mahu BN meletakkan calon kerana tidak yakin parti itu boleh menang. Pengundi Permatang Pauh seramai 70,000 katanya berbeza dengan pengundi lain kerana mereka tidak melihat kepada isu pembangunan tetapi lebih berkesan dengan simpati terhadap nasib Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Apa yang dimaksudkan oleh pemimpin Umno itu, bahawa pengundi Permatang Pauh akan mempercayai bahawa Anwar tidak bersalah sebaliknya bekas TPM itu dianiaya dan dizalimi. Kerana itu pilihan raya kecil Permatang Pauh itu tidak akan dimenangi selagi isu Anwar dimainkan.

Apabila pemimpin Umno itu mencadangkan supaya seorang calon berwibawa dan luar biasa diletakkan, berfikiran mungkin dengan cara itu kerusi Permatang Pauh yang dimiliki Anwar sejak tahun 1982 itu akan terlucut.

Dalam mengenali calon berwibawa yang boleh memberi cabaran kepada PKR nanti, saya tidak nampak orang lain melainkan ianya Dr Mahathir Mohamad. Bukankah pihak polis, pendakwa, dan juga mahkamah serta sebahagian besar ahli Umno mempercayai dan menyakini kepada Mahathir Mohamad yang berkaitan tuduhan ke atas Anwar.

Kalau bukan Mahathir yang menjadi orang utama menolak Anwar kerana dikatakan meliwat, sudah tentu orang lain tidak berani untuk menuduh Anwar kerana bukti atau pun proses untuk mendakwa Anwar itu dilihat lemah, longgar serta penuh tektikal. Tetapi apabila Mahathir ketika itu selaku PM sendiri berada di hadapan dan memberi isyarat jelas dengan memecatkan Anwar pada 3 September 1998, maka orang lain menjadi berani dan percaya.

Tidakkah Mahathir seorang yang cukup berwibawa dalam kes Anwar ini? Nah, wajarlah kalau Mahathir diletak untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh. Apa lagi waktu ini Mahathir sedang galak menyerang dan hendak menjatuhkan Najib. Beliau juga dikatakan kurang percaya kepada Muhyiddin Yassin untuk mengganti Najib. Begitu juga kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Hishamuddin Husseind dan Zahid Hamidi.

Maka sebaik-baik orang dan tokoh untuk mengganti Najib itu ialah Mahathir. Tidak mustahil kalau Mahathir menang di Permatang Pauh beliau boleh membuat comeback kemudian menaiki takta sekali lagi sebagai PM. Lagipun ramai yang masih bernostalgia kepada era Mahathir yang penuh cemerlang.

Mahathir tidak yakin orang lain mampu memimpin Malaysia dengan baik, kecuali dia, maka elok kalau Mahathir sekali lagi berkorban untuk rakyat dengan menjadi PM.

Dalam masa sama juga beliau boleh menyiapkan canggung untuk anaknya Mukhriz duduk bagi dijadikan legasinya dalam politik. Saya rasa Najib sedia untuk memberi laluan kepada Dr Mahathir bertanding di Permatang Pauh. Apapun kena rujuk kepada Rosmah, tidak begitu Mat? Mat manalah kalau bukan Mat GST. [wm.kl.12:23 t/hari 03/04/15]
Posted by mso.im at 12:35:00 PM   

P/s:- Mcm perli je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 03:05 AM | Show all posts
TUN MAHATHIR PUN KENA BODOH HELLO SIRUL MAHFUZ BEAN
on Friday, April 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa  



Mahfuz berjaya bodohkan Tun Mahathir..

Sebagai seorang negarawan yang dihormati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dua tiga hari kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir semakin hilang fokus dan termakan dakyah pembangkang.

Tun Mahathir mengaku bahawa beliau masih belum nyanyuk, tetapi ia tak bermakna beliau masih relevan. Nyanyuk didalam pemahaman melayu ialah penyakit lupa yang dihadapi oleh kebanyakan orang-orang tua yang berumur 70 ke atas. Apatah lagi bagi seorang tua yang berumur hampir 90 tahun seperti The Great Tun Mahathir.

Dan siapa yang membuat kenyataan bahawa melayu mudah lupa? Bukankah Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa bangsa melayu kerap lupa dan ianya tak terkecuali dengan diri beliau sendiri walaupun dianggap antara negarawan terulung melayu.

Tun Mahathir juga bangsa melayu.., kecualilah jika Tun Mahathir mahu menafikan bahawa beliau berlainan bangsa dan klausa "melayu mudah lupa" itu terkecuali dari dirinya.

Baru-baru ini Tun Mahathir menyerang kepimpinan negara lagi. Jika sebelum ini kenyataan Tun Mahathir dianggap bijak serta kritis yang lahir dari pandangan peribadi beliau yang kononnya amat konsisten mahu memperbaiki negara, kali ini Tun M di lihat hilang fokus apabila beliau hanya mengulangi persepsi longkang yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dalam satu perenggan didalam serangan terhadap Najib didalam blognya, Tun Mahathir di lihat terpengaruh dengan Mahfuz Omar kononnya Sirul Azhar merupakan pengawal peribadi Najib dan juga diarahkan untuk membunuh Altantuya.

Kenapa Tun Mahathir merelakan pemikiran serta kenyataannya 'jatuh' sama taraf dengan Mahfuz Omar yang dikenali sebagai pelawak nombor satu didalam PAS? Ini membuktikan bahawa Tun Mahathir bukannya nyanyuk, tetapi beliau sudah tak relevan kerana hilang fokus.

Jika Tun Mahathir marahkan Najib diatas sebab-sebab tertentu sekalipun, janganlah rosakkan diri serta pemikiran ahli-ahli Umno Baru dengan dakyah serta pembohongan bertaraf longkang dari sumber pembangkang. Jika Tun Mahathir betul-betul sayangkan parti seperti yang didakwanya.., janganlah berperangai seperti budak-budak baru mahu belajar politik.

Tun Mahathir memang belum nyanyuk.., tetapi bapa kepada Mukhriz itu sedang didalam proses "menopause" didalam pertimbangan serta penilaian senario politik negara yang jauh berbeza dari zaman pemerintahannya.

Tun Mahathir mungkin masih belum nyanyuk, tetapi tidakkah Tun Mahathir tahu bahawa Sirul dan juga Azilah mempunyai 9 tahun untuk menjelaskan sendiri semasa perbicaraan didalam Mahkamah tentang kononnya ada arahan dari pihak atasan seperti yang didakwa oleh Tun M.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, Tun M mesti ingat bahawa Sirul hanya memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan dari Azilah selaku pihak Atasannya sebagai seorang anggota Unit Tindakan Khas. Azilah pula mengaku melakukan tindakan sendiri walaupun ada cubaan untuk mengaitkan Razak Baginda didalam kes pembunuhan tersebut.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Razak Baginda mengarahkan Altantuya dibunuh. Dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat. Malah, entah darimana Tun Mahathir dapat cerita bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib.. Yang mengaitkan Sirul dengan Najib hanyalah Mahfuz..

Saksi-saksi telah dipanggil dalam perbiacaraan tersebut dan Sirul serta Azilah sendiri telah diberi peluang untuk membela diri mereka. Ia dilakukan dengan bebas serta telus tanpa sebarang paksaan. Kenapa waktu itu Sirul atau Azilah tak bercakap langsung tentang arahan dari pihak atasan yang Tun Mahathir seolah-olah mahu mengaitkan dengan Najib?

Adakah The Great Tun Mahathir kini diusia tuanya telah menjadi setaraf dengan pemikiran Mahfuz the clown??

Dan jika benarlah Tun Mahathir seorang manusia berprinsip serta hanya berkata yang benar, kemukakanlah bukti Sirul mendapat arahan dari pihak-pihak tertentu serta bukti bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib Razak. Buat lah laporan Polis dan juga kemukakan bukti tersebut di mahkamah.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, tentunya Tun masih percaya bahawa semua tuduhan perlu bukti, bukan hanya boleh dilemparkan tak tentu hala didalam blog dengan harapan untuk melingkupkan negara hanya kerana demi kepuasan sendiri. Chewan/Utaranews.com

p/s:- Tu dia..masa tun serang Pak Lah...rata2 menyokong Tun...lani nampaknya dah ramai plak yg hantam TUN..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2015 03:08 AM | Show all posts
SOALAN TUN DIJAWAB OLEH KHALID ABU BAKAR!!!
POSTED BY SEMUT HITAM ON 2:26 PG

Polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaharu dibangkitkan Sirul Azhar Umar dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyarankan agar dakwaan Sirul Azhar diberi perhatian, mungkin tidak mengetahui tindakan dan siasatan dijalankan polis.

Khalid berkata, polis telah bertemu Sirul Azhar yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.
"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.
"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya mengulas saranan Dr Mahathir supaya kenyataan Sirul Azhar disiasat oleh polis.
Sementara itu, Khalid juga turut menegaskan bahawa kritikan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri itu tidak menghasut seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berpendirian bahawa kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak melanggar Akta Hasutan.

Bercakap kepada pemberita, Khalid berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berniat menghasut.

Jelasnya, sebelum ini perkara itu turut dibincangkan oleh orang ramai, menunjukkan bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang bercakap mengenainya.

"Bagi saya, ia bukan (hasutan)," katanya kepada pemberita. Mengulas lanjut, Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan terhadap Dr Mahathir mengenai tulisan di blognya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 03:10 AM | Show all posts
Friday, April 3, 2015

Adakah Bila UMNO Kalah PRU 14, Mahathir Lebih Selamat?



Mahathir suka membayangkan BN kalah tanpa 3.6 juta ahli UMNO tahu apa motifnya. Semua ahli UMNO ingat...

Mahathir suka lihat Pak Lah kalah memimpin BN dan UMNO tidak dapat dua pertiga PRU 12.

Mahathir suka lihat Najib kalah memimpin BN dan UMNO tidak dapat dua pertiga PRU 13.

Untuk PRU 14, Mahathir sudah bercakap tidak menyokong lagi Najib.

Sekarang ini pun Mahathir kata semua orang tolak Najib menjelang PRU 14.

Persoalan WZWH mahu tanya kepada Mahathir:

Adakah bila BN tumbang dan UMNO kalah PRU 14, pembangkang akan mengangkat dan melambung Mahathir tinggi-tinggi?

Adakah Mahathir merasa selamat bila 22 tahun pentadbiran beliau tidak akan dibongkar satu persatu oleh kerajaan baru?

Adakah Anwar Ibrahim yang duduk di penjara selama 5 tahun itu tidak berdendam kepada apa yang berlaku kepadanya dari dipecat, dihina, dituduh macam-macam kes?

Adakah Mukhriz boleh lagi menjadi MB Kedah bila UMNO kalah atau Mukhriz dan beberapa MB UMNO negeri-negeri yang lain akan dipenjara kerana akan dibongkar oleh kerajaan baru?

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO yang marhein dan susah boleh menerima kekalahan BN dan UMNO PRU 14.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO yang sudah biasa susah akan memikir apa strategi untuk memenangkan UMNO semula walau sukar.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO yang hidup sentiasa berharap bantuan dari UMNO akan hidup dan cuba minta bantuan dari kerajaan baru.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO akan cuba adaptasi kehidupan politik baru.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO jika kerajaan baru tidak berlaku adil dan suka menindas itu tidak mengapa oleh kerana mereka tidak ada apa-apa, jika mereka resort kepada satu tindak balas yang revolutioner apa mereka peduli.

Jika rusuhan pilihan terbaik, 3.6 juta ahli UMNO tidak ada yang rugi-nothing to lose.

Tetapi stateman macam Mahathir jika didakwa oleh kerajaan baru dan masuk penjara adalah sesuatu yang tragedi dan memalukan pada hari-hari terakhir seorang negarawan!

Adakah bila UMNO kalah PRU 14, Mahathir lebih selamat???

WZWH meminjam kata-kata seorang sahabat UMNO di Bahagian Indera Mahkota...

Amat malang apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menyerang DS Najib Razak secara terbuka macam ni...

kita bersetuju TunM menegur dan mengkritik Kerajaan UMNO/BN tetapi kena ada cara dan saluran nya, cara yang TunM buat amat tidak wajar kerana ia lebih kepada menjahanamkan UMNO dan menyerang peribadi DSNR kerana PR akan guna apa yang TunM cakap itu sebagai bahan serangan terhadap UMNO/BN, tak kan TunM tak tau implikasinya bila dia buat macam tu... kita pun tak sanggup nak kata TunM dah nyanyok sampai buat benda yang tidak patut dia buat! nak kata DS Najib tak jawab tuduhan dia rasanya DSNR dah jawab dengan jelas...

1) isu BRIM kerajaan dah cakap ia di laksanakan kerana bertujuan bantuan dan subsidi sampai kepada sasarannya... kerajaan nak bantu gulungan yg berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan jadi buat BR1M melalui LHDN supaya orang kaya tak akan mendapatnya.. kalau berikan subsidi minyak atau makanan ke... orang kaya pun akan dapat lebih pulak.... ke TunM nak BR1M jugak?

2) Kes 1MBD pun DSNR dah jawab akan serahkan kepada Audit negara J/K khas untuk buat lapuran dan siasat.. tak kan Tun M tak percaya kepada sistem pentadbiran negara?

3 ) Kes Atlantuya tu dah jelas ia keputusan mahkamah... TunM dah tak percayakan Mahkamah ke? TunM terpengaruh dengan PR ke? patut lah ada yang nak TunM jadi KETUM PKR...

4) kita sedar dan sangat berterima kasih budi dan jasa TunM selama dia jadi PM tetapi di zaman TunM juga bukan sedikit kegagalannya yang kita harus telan kerana TunM juga banyak buat benda yang berjaya! tak kan nak kita senaraikan pulak kegagalan Tun M macam dalam MAS, Proton dll.

5) Apa yang Tun M buat sekarang seolah2 TunM ingin bila sampai waktu dia mati nanti UMNO juga turut Mati!

6) sejarah TunM yang senantiasa berkrisis dengan mantan PM sebelum dia juga dah jadi sejarah pahit bagi UMNO ... keras hati TunM semua orang lama tau! sekarang waktu terbaik TunM dalam usia 90 tahun ini berehat dan tumpukan kepada amal ibadat ... kalau dengan berbisik pun orang boleh mendengar untuk apa TunM mesti bertempek? kesian lah kat DS Mukhriz yang menjadi serba salah dibuatnya...

Apapun DSNR kena banyak bersabar dan ada perkara2 yang di sentuh oleh TunM yang boleh di perbetulkan itu, perbetulkan lah walau pun cara TunM menegur dah menyimpang jauh.... sikap berdiam diri juga boleh memakan diri jika silap cara mengurusnya... semuga ALLAH selamatkan UMNO!
Posted by Wan Zamzuri Wan Hasenan at 4/03/2015 11:58:00 PM   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2015 08:02 AM | Show all posts
org tua nogori, klau thread berkenaan ameno bijan, hang ni segan komen ye...kopi dan paste je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:14 AM | Show all posts
amenda la macai bijan tua ni merepek
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:34 AM | Show all posts
Tua dungu kerjanya kopipes, ulasnya tidak.


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:42 AM | Show all posts
Bersatu di belakang P
M tangani tuduhan
04 April 2015 1:25 AM

KUALA LUMPUR 3 April – Pelbagai persepsi negatif dan tuduhan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam cubaan menjatuhkan kerajaan adalah seperti pepatah ‘alah bisa, tegal biasa’ yang telah dihadapi oleh setiap Perdana Menteri sebelum ini.

MOHD. Razlan
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, desakan-desakan tersebut termasuk pelbagai fitnah dan propaganda kepada pemerintah turut dialami oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun kaedah pelaksanaannya ketika itu tidak seperti sekarang yang lebih mudah dan meluas.
Sehubungan itu katanya, perkara sama yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang akan dapat diatasi sekiranya pemimpin-pemimpin kerajaan bersatu hati untuk menangkis setiap dakwaan yang ditimbulkan.

Kritik kerajaan = jatuhkan kerajaan
Pemahaman pemikiran peringkat kebabian dungu apakah yang cuba diterapkan ini?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 08:45 AM | Show all posts
bagus juga ade psikologi warfare dari JASA ni...it gets the juices flowing...harap2 dlm JASA tu ramai yg bijak pandai utk psikological warfare ni...biar red bean lawan depa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:52 AM | Show all posts
madey dipengaruhi mahfuz?mahfuz tu takde pekdah  satu  benda pun pegi australia haritu.ingat sirul cabut australia tu dgn lenggang kangkung kaa.kalo takde kabel yg tolonnnnggg......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 08:53 AM | Show all posts
najib ni antara pm paling teruk dlm sejarah malaysia...pak lah pun gagah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:57 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 4-4-2015 03:10 AM
Friday, April 3, 2015

Adakah Bila UMNO Kalah PRU 14, Mahathir Lebih Selamat?

this statement is sooooooooo stupid.

nak muntah baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2015 09:41 AM | Show all posts
idadzira replied at 4-4-2015 08:57 AM
this statement is sooooooooo stupid.

nak muntah baca

tulah antara komen2 yg menunjukkan sekarang ramai dah tak setuju dgn Tun..dulu masa dia balun pak lah...jarang kita dengar komen2 sebegitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 10:09 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 4-4-2015 09:41 AM
tulah antara komen2 yg menunjukkan sekarang ramai dah tak setuju dgn Tun..dulu masa dia balun pak  ...

Orang lain tak begitu setuju Ngan CHE DET, orang dalam board ini tak kosa nak tahu...apa yang orang dalam board nee nak tahu...apa komen / pendirian kau tang his  pendedahan yang ini?

If I may, aku nak quote your Very words few weeks back............"CHE DET nee Kalau citer tak betul...dia JARANG nak kongsi.......( with reference to Surat berpuluh puluh mukasurat dari jijah padanya)

Kau lupa atau dah tahap nyanyok utk lupa pendidirian kau yang ini?





Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 10:18 AM | Show all posts
ketua twitter ckap: ni masalah kecil, tiada tangkapan akan dibuat.

klau lim kit siang, rapizi...ketua twitter cepat2 je tweet suruh tangkap org
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 10:26 AM | Show all posts
Agenda Sulit Serangan Tun M Terhadap Najib
Saturday, 04 April 2015        Written By Moderator E-mailPrintPDF
0 Komen

inShare





BLOG SALLEH SAID KERUAK - Akhir-akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.

Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Najib. Beliau berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru beliau cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?

Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, beliau menyasarkan kepada Najib. Beliau seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!

Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Najib agar masyarakat percaya yang Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.‎

Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.

Apapun, saya pasti Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Beliau mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.

Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.

Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Beliau menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.

Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.

Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.

Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.

Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.

Yang jelas, pimpinan Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.

Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Najib mengetuai PRU14 akan datang.

Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Beliau mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.

Dari persepsi politik, Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.


* Ini adalah pendapat peribadi penulisPenulis ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak  yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Rakyat News.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061853 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list