|
Sebab theyols bercerai dulu
view-source:http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_05.htm
Saya kecewa - Khir
DIA cuba sedaya upaya untuk tidak menggembar-gemburkan kisah perceraian dengan isteri yang telah dikahwini selama 17 tahun. Namun beberapa gosip kurang enak muncul berkisah perihal rumah tangganya itu selepas kedua-duanya mengambil keputusan berpisah pada 5 Januari lalu.
Bercerai talak satu dengan Suriati yang juga pernah melibatkan diri dalam dunia lakonan, menurut Khir, dia kecewa kerana banyak dakwaan yang dilemparkan kepadanya tidak benar sama sekali.
Antara yang membuatkan hatinya luluh adalah perihal tuduhan kononnya dia melupakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa serta menggunakan duit bekas isterinya.
Bagi pelakon Khir Mohd. Nor, 48, sepanjang perkahwinannya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Suriati Baharom, 35 dan empat anak-anak mereka yang berusia antara 16 tahun hingga lapan tahun. Malah jauh sekali menggunakan wang hasil berniaga bekas isterinya itu.
"Kalau nak kata orang ketiga sebagai punca perceraian saya masih boleh terima walaupun hakikatnya tidak benar. Dan saya akui itulah punca perceraian.
"Sebab dia memang agak cemburu orangnya. Saya pula bekerja dalam bidang ini. Tahu sajalah, selalu berurusan dengan orang. Itu membuatkan dia curiga dan syak wasangka.
"Tapi janganlah menyalahkan hal-hal lain seperti melupakan tanggungjawab. Selama ini (sepanjang perkahwinan) siapa yang tanggung belanja keperluan rumah, anak-anak, bayaran bil dan sebagainya. Kalau nak bekerja ke luar daerah, saya tinggalkan duit untuk belanja mereka.
"Tiap-tiap tahun, pada musim persekolahan dan perayaan, saya sediakan belanja untuk mereka membeli kelengkapan. Walaupun saya ini bekerja tak tetap sebagai pelakon dan pengarah, insya-Allah, duit cukup untuk menyara keluarga. Kalau berniaga tiga empat tahun, berbelas tahun lagi itu, siapa yang tanggung?," jelas Khir ketika menghubungi Pancaindera baru-baru ini.
Malah tegas Timbalan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) itu lagi, dia juga tidak pernah mengambil wang hasil perniagaan yang diusahakan bekas isterinya.
"Modal untuk dia mula berniaga dulu pun saya yang bagi. Kalau saya ambil duitnya, bolehkah dia pakai kereta, beli rumah?
"Tempat dia berniaga pun saya tak selalu pergi. Kalau ada pun masa bulan puasa, kami berkongsi niaga sama. Bulan lain saya tak ganggu. Saya sendiri pernah berhabis duit bukakan restoran untuk dia," ujarnya lagi.
Khir juga menyatakan kekecewaannya apabila dituduh sering mabuk malah memberitahu tidak pernah meminta isterinya membuka tudung sebagaimana yang didakwa. Tegas Khir, bekas isterinya itu sendiri tidak pernah mengenakan tudung kecuali ketika menghadiri majlis tertentu.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal rumah tangga mereka, jauh sekali untuk bermusuhan dengan bekas isterinya, Khir juga mengakui terkilan dengan sikap isterinya yang tidak pernah menjenguk anak-anak yang kini di bawah jagaannya atau bertanyakan khabar mereka selepas bercerai.
Malah bekas isterinya itu juga seperti tidak endah tak endah dengan anak sulungnya yang baru memperoleh keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
"Janganlah begitu. Saya faham, dia mungkin masih marah. Tapi kalau tak mahu jumpa saya, jenguklah anak-anak masa saya tak ada. Segala kemudahan komunikasi ada. Anak ada telefon. Mengapa tak hubungi mereka?
"Saya tak mahu bermusuh. Mungkin jodoh kami setakat ini tapi dia masih ibu kepada anak-anak dan tetap saudara saya sesama agama," ujarnya.
|
|