Rasa terpanggil nak buat post pasal data roaming ni bila pagi tadi terbaca orang complaint caj melampau penggunaan data internet bila ke luar negara. 2 minggu lepas pun sahabat saya bercerita pengalaman dia ke India, hotel tak ada free wifi. Kalau nak guna kena bayar dengan harga yang mahal. Saya tanya kenapa tak guna daily data roaming RM38 per day. Katanya dia tak tahu pasal tu dan pernah ada pengalaman dikenakan bil RM2,000 lepas balik dari luar negara dan sejak tu dia dah tak berani guna. Kalau baca kat komen-komen di media sosial ramai yang cakap Celcom menipu, Maxis menipu, Digi pun penipu. Jadi saya tak kan ulas isu tipu menipu ni haha. Saya cuma ingin kongsikan ilmu dan secebis pengalaman yang saya ada sebagai pengguna Celcom bila keluar negara. Kadang-kadang kita rasa macam ilmu tu semua org tahu, tapi sebenarnya mungkin ada terselit orang yang tak tahu. Sosaya harapkan ada yang beroleh manfaat atas perkongsian ni. Bila baca orang complaint bil beribu ringgit memang bukan perkara yang mengejutkan sebab saya sendiri pun selalu dapat bil beribu ringgit bila balik dari luar negara. Kalau takde rebate tu, mau nya tak pitam nak bayar bil banyak macam tu. Maknanya sehari bil sy ialah RM 2,900. Sila bayang kalau 7 hari RM20,300. Boleh travel sampai lebam dengan duit tu. Haha.
Boleh refer bil terbaru saya bulan lepas semasa Trip Turki & Greece. Ada terselit caj sebanyak RM5,800 dalam bil tu. Untuk pengetahuan, tu sebenarnya caj yang dikenakan oleh telco disebabkan saya telah aktifkan penggunaan data internet selama 2 hari ketika saya di Turki. Tapi dekat bawah tu akan ada potongan rebate seabb saya gunakan Daily Data Roaming RM38.
|