|
Kisah-kisah seram di hotel (Dalam dan Luar Negara)
[Copy link]
|
|
pernah sekali kena kat palm spring, PD. husband yg beriya ajak sbb kwn dia bg voucher free. lgpun mmg dah berkurun x gi PD so mngikut aje la.
kejadian berlaku bukan di bilik yg kami nak duduk tp kena kt bilik lain. budak housekeeping kasi bilik depan bilik kami (tp kedudukan dr bilik kami mcm L gitu) utk rehat kejap sbb anak nak guna toilet nak memerut sementara tggu dia siap. masa masuk bilik tu, terus bulu roma terpacak. mmg dah rasa lain tp i buat donno aje. bilik tu sgt la kelam x de tingkap, tp ada satu connecting door yg kena blocked dgn almari letak TV.
sebaik aje anak start memerut, tetiba aje semua lampu mati, juga tv..gelap gulita..apa lg terjerit kitaorg. terkejut. anak dah nangis jerit2 dlm toilet takut gelap. panik gila masa tu!! husband pi teraba2 cari suis.. i pulak cari pintu sbb nak buka bior masuk cahaya (masa ni dlm pkl 4 pm la). try buka knob pintu tp serious mcm terkunci.. ms tu mmg dah cuak dah.. husband asyik tanya kenapa lmbt sgt nak buka pintu, padahal mmg dkt sgt dgn tmpt i berdiri td. suis dia petik on/off byk kali pun x leh.. bila ckp x leh buka, dia tak caya padahal i masa tu dah start goncang dah pintu tu.mmg tetiba tgn pun start menggeletar. husband teraba2 dtg tempat i, try nak cuba buka tp mmg x leh juga. anak ms tu lagi la menangis dah serak suara. bayangkan ms tu gelap segelapnya, x nampak langsung apa2 kt sekeliling. so i pujuk2 gak dia spya stay dendiam kt toilet tu.. bila dia caim down sket, kami mcm tersenyap dalam seminit and terdengar mcm bunyi ramai bebudak ketawa halus aje bunyi dlm bilik tu.. apa lg, masa ni terus peluk husband kekuat and bisik kat dia, better azan. husband i ni jenis lambat skit benda2 gini.. tp dia azan la juga sbb bini dia ni mmg dah gigil thp goncang bahu dia lg. lepas dia azan tu alhamdullilah, terus lampu teron n pintu pun da bo buka. i pandang husband, dia pandang i.. terus cecepat bersihkan anak dan keluo dr bilik tu pergi balik kat bilik kitaorg. kebetulan budak housekeeping tu dah siap kemas. nasib baik, bilik kitaorg tu ok.. tak de le pulak benda2 pelik jadi. tp spanjang dua hari kat PD, mmg x duduk hotel le, merayap awal pg, petang balik x keluo bilik.. bila keluo pun, maa memang le tak meliar nak pandang bilik yan satu lg tu.. x sanggup.
tp serious buruk gila palm spring ni.. byk bgnn tgerbior x maintain.. habis tercabut pintu/tngkap.. kalau satu/dua bilik x pe, ni sampai satu blok..st scary ok.. kebetulan masa tu, depa tgh ada case budah lemas kat kolam dewasa.. mmg x jejak la mandi kolam.. sekrg x sure palm spring ni buka lg ke tak, sbb Tiara beach resort tu berdepan dgn dia. ramai yg lebih suka serbu sana. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
grace hotel lahad datu
ada 2 story.
story dari laki aku dulu.laki aku ni selalu out station.inilah tempat dia selalu kena pergi sebelum aku kawin dulu.mmg lama pun dia kena pegi makan bulan jugaklah stay sana.pada satu malam, dia habis keja masa tu pukul 11.habis keja mereka pergilah makan2 lepak2 kejap hilangkan penat.lepas tu baru masuk bilik.dalam bilik tu ada 2 katil single.kira lagi satu katil tu kawan dia lah.
balik2 tu mandi solat dan terus tertdo sebab dah terlalu kepenatan dari pepagi buat keja tanpa henti hari2.walaupun penat dan ngantuk tiba2 laki aku tersedar.masa ni tak taulah pukul berapa.masa bukak mata tu baru perasan ada satu lembaga putih duduk di hujung kaki dia dan sedang memandangnya tapi disebakan laki aku dah terlalu letih n ngantuk xde masa nak melayan dia pun amik selimut dan cuma memusingkan badannya saja kelain.esok bangun tengok dah xde pun.
story kawan dia pulak.
still hotel yang sama.hari yang berlainan.kawan dia ni malang sikitlah time tu.orang lain ada teman sebilik.dia kena tdo sorang2 terpaksalah nak buat macam mana.kadang2 bos antar 3 orang so sorang confirm xde genglah kan.kawan dia ni sebelum tido dah tutup tv siap2 dah.entah camne tengah sedap2 tido tu dia pun tersedar tiba2 dan dia tengok tv terpasang.jadi dia amik remote atas katil dia tu dan off lah.tak lama lepas tu tv tu on dengan sendirinya.dia off balik guna remote.pastu on balik dengan sendirinya.disebabkan fedup yang amat dia tutup terus suis tv dan cabut plugnya sekali.sekali amik....tv tu still on lagi. haaa masa ni barulah dia cuak giler dan terus lari kuar bilik dan ketuk pintu bilik kawan2 dia dan tumpang tido sana terus sambil menceritakan apa yang terjadi... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2166# shahbp
laguna ni mmg ngeri..aku dok cni 2taun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2182# pinktriangle
kebiasannye, kalu tetibe kte tersentak / terjaga dr tido, mesti kte akan nampak 'bende' tu kan..
sengaja jer kejut kte, soh kte tgk dier
heshhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2174# cmf_blanco
hotel mane nie... |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling x boleh tahan swiss inn sungai petani....sampai sekarang aku x boleh lupa....Apa yg aku d ...
HannahMontana Post at 3-3-2011 23:03 
Dah dua kali stay kat Swiss Inn Sg. petani ni. tempatnya biasa je, cuma kawasan hutan dia tu agak menakutkan sikit. Setakat ni tak ada apa2, cuma masa first time dok situ, dapat bilik yang bathtubnya ala2 usang, cam tak selera nak mandi. Lagipun malam2 san pasang ayat-quran kat llaptop, so sbb tu tak jadi apa2 kot. |
|
|
|
|
|
|
|
seramnyaaaaa, mcm2 cite ada pasal hotel, i penah kena sekali masa pg bangkok last year, stay dekat prince palace hotel, kalau ada masa nanti i cerita, tapi biasa je takdelah hardcore sgt mcm yg i baca dlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tulun refresh thread....huhuhuhu...artikel dlm kosmo...
‘Doktor’ ikut Azrul balik
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
BEKAS bangunan Hospital Lady Templer tempat Azrul selalu ‘cari pasal’ pada malam hujung minggu.
INSAN terpilih mungkin satu tafsiran luar biasa bagi jejaka yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azrul, 27.
Pemilik sisi penuh mistik dalam diri itu punyai kelebihan melihat alam ghaib seawal usianya tiga tahun.
Dalam ingatan yang berbalam-balam, Azrul menceritakan dia melihat dua jasad kecil berpakaian putih memegang sebilah pisau sambil bergaduh.
“Mereka bergaduh di satu kawasan lapang tempat sebuah pondok simpanan padi pernah didirikan. Badan mereka berlumuran darah,” getusnya.
Tambahnya, bekas rumah padi pada zaman moyangnya itu pernah dikawal oleh ‘penjaga’ bagi mengelakkan kecurian.
Saka
Azrul juga mengakui ada ahli keluarganya yang memiliki saka untuk menjaga keselamatan diri, keluarga serta harta.
Namun, kebolehan istimewa Azrul melihat alam ghaib tiada kaitan dengan saka atau amalan karut lain.
“Mungkin rezeki saya dapat melihat makhluk Tuhan di alam lain.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk menuntut ilmu hitam semata-mata untuk melihat mahkluk itu,” jelas lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini.
Anugerah itu turut dikongsi adik dan ibu saudaranya, menyebabkan ada antara ahli keluarganya yang lain sering dirasuk.
Menurut Azrul, dia berupaya melihat makhluk halus di mana-mana sahaja namun masjid satu-satunya lokasi yang belum pernah dia terserempak dengan makhluk itu
“Apa rasanya kalau tiba-tiba ada perempuan tumpang kereta kita tanpa diundang?
“Seriau dibuatnya, tapi kalau dah selalu sangat perkara itu berlaku, ia dah jadi biasa pula,” tuturnya yang melabelkan dirinya seorang yang penakut.
Pernah juga Azrul melihat penunggang motosikal berketurunan Cina memboncengkan makhluk tanpa kepala di belakangnya selain dia sendiri sering diganggu setiap kali cuba melelapkan mata.
Berbual
Kadangkala interaksinya bersama makhluk itu bukan sekadar melihat.
“Pernah saya terpandang ada wanita berbaring di atas almari pakaian saya sambil tersenyum lebar.
“Tak diduga terpaksa pula saya layan dia berbual sampai ke pagi dan akhirnya dia minta saya bela dia,” katanya yang mengakui kerap ‘dipancing’ makhluk halus untuk dijadikan tuan.
Azrul berkata dia tidak pernah mempelajari teknik melihat dan mengenali makhluk halus.
“Macam-macam rupa makhluk itu, ada yang boleh terbang, merangkak, berjalan, tinggi, pendek, gemuk dan kurus.
“Muka mereka ada seperti manusia tapi yang macam dinosaur pun ada. Cantik, buruk, berbulu, hitam, putih dan macam-macam lagi,” ceritanya.
Corak interaksinya dengan makhluk halus juga berbeza.
Ada antaranya yang boleh bercakap seperti perbualan harian manusia tetapi ada juga yang sekadar berbisik. Namun, terdapat juga yang berbicara melalui kata hati.
“Mereka kadangkala boleh berbahasa Melayu, ada juga Mandarin malah bahasa yang tidak kita faham pun ada.
“Mereka akan datang kacau kalau tahu kita boleh nampak mereka, mungkin sekadar menyapa,” ujarnya berseloroh.
Dalam pada itu, kata Azrul ada juga makhluk halus yang boleh menegur dan memperbetulkan bacaan ayat suci al-Quran.
Sepanjang hidupnya, Azrul baru sekali dirasuk sehingga tidak sedarkan diri.
“Sebabnya saya suka cari pasal dengan pergi ke Hospital Lady Templer di Cheras ketika saya menuntut di UTM Kuala Lumpur dahulu,” bicaranya mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 2003 itu.
Pengsan
Hospital itu pernah digunakan untuk merawat pesakit tibi sebelum ditutup pada tahun 1985. Menurut Azrul, suasana pada waktu malam di hospital itu memang menakutkan.
Katanya, cubaan menduga diri sendiri dan rakan-rakan membuatkan Azrul berani memasuki bangunan tinggal itu selepas pukul 12 tengah malam.
“Sehingga satu peringkat saya melihat seorang lelaki berpakaian seperti seorang doktor berdiri pegun di tepi tingkap tingkat dua sambil memandang keluar.
“Selepas 15 minit perjalanan pulang ke hostel, saya berasa seram sejuk dan tidak dapat mengawal badan sebelum memandang rakan di tempat duduk belakang kereta dan tanya dia ‘kau kenal aku?’” ceritanya yang kemudian mengarahkan dua lagi rakannya menghantarnya semula ke hospital tersebut.
Selepas tiba di sana, Azrul tidak sedarkan diri dan hanya sayup-sayup kedengaran suara rakan-rakannya memintanya mengucap kalimah syahadah dan beristighfar.
Kini, kesibukannya menjalani kehidupan membuatkan keupayaan Azrul melihat makhluk halus pudar perlahan-lahan.
Kali terakhir dia melihat makhluk itu adalah pada awal tahun ini. Telahannya, mungkin anugerah istimewa itu sudah sampai ke penghujungnya.
Baginya, kebolehan deria keenam itu membuatkannya semakin yakin bahawa bukan manusia sahaja yang mendiami dunia ini.
“Cuma jangan mudah terpesong dengan pelawaan ‘mereka’ hingga kita tersesat daripada ajaran Islam sebenar,” simpulnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tpi sy buang jauh2 perasaan tu & trus naik pg lift..waktu smpi kat5th floor, kluar jer dr lift mmg dah rasa aura keseraman & kathujung sblh kiri sy dah terspot sekor kakak pon sdg bertenggek..mukadia buroks dah la gumuk sambil pandang kat sy tpi sy trus pg kat bilikyg berkenaan..dah abis check apa smua,sy pun kluar dr bilik &berjln menghala ke lift.. kak pon tu dah xder kat tmpat tdi,so sy puntekan la lift..ting!!bukak jer pintu lift,laa...akak pon tu ada kat dlmrupanyer..tpi sy x takut pun kat dia & sy masuk dlm lift camtujer..sy berdiri kat sblah kanan,dia kat sblah kiri..kami ber2 main tgk2jer..sy pandang dia,dia pandang sy sampai la kat ground floor kitoranggtu..huhu..bila lift bukak sy trus kluar.. kak pon msih dlm lift.. 
astaga berani betul kau.. dah terserempak buat derk je.. kalau aku lari tak cukup tanah dah  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2123# cmf_blanco
alaa kat shangrila rasa ria ke .. aku baru je bercadang nak pegi ke sana tengok orang utan kat situ. terus ngeri nih.. by the way aku dari semenanjung nak pegi stay kat hotel shangrila tanjung aru, KK cuti 1 may ni.. shangrila tanjung aru ok tak ada tak benda2 yang ko cite ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
ini pengalaman yang budak ofis ash citer. adik dia steward MAS and ada satu hari ni diorang trip ke Tokyo. stay kat Holiday Villa Tokyo. member dia pompuan ni dapat bilik dok sorang2 pehtu jenis tido meniarap. malam tu tengah dia tido tetiba ada benda pijak belakang dia. siap jalan turun naik jap pastu dia pijak kepala pompuan ni pastu terus ilang.
apa lagi, dia pun melompat bangun terus lekatkan badan kat dinding. mata dok melilau cari apa benda yang pijak dia tapi dia tak nampak apa la.. pastu sambil belakang dia lekat kat dinding, dia terus jalan kuar bilik, tumpang bilik member. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ai ni dah banyak gak tido hotel sorang2.. kekadang tu ai ni suke travel sorang2.. tapi alhamdulillah belum ada pengalaman ngeri, pengalaman indah pegi melawat tempat orang ade ler.. abishtu ai masih ingat masa masih student dulu ai penah la datang uitm ada hal sket nak settle menda, pastu ai takde tempat menginap ai pegi laa intekma resort nak bermalam sana.. tengok rate pun murah aje bole dapat suite bagai.. ai pun feeling2 la nak duk suite.. dah bayar n amik kunci bagai ai pun menuju le ke bilik .. astaga dah laa koridor gelap gila takde lampu, kat koridor aje pun dah terasa keangkerannye..
ok ai pun masuk la bilik.. astaga berhabuk n gelap n suramnye! lampu pun banyak yg dah rosak.. bilik besar gila tapi usang! mcm rumah kak pon.. ada 2 tingkat lak tu bawah ada bedroom atas pun ada.. dipisahkan oleh tangga pusing2 tu.. ai masuk kejap terus mencicit turun bawah balik.. tak sanggup nak tido situ weh.. mengerikan giler.. walaupun tak nampak apa2 tap suasana tu sungguh tak warm n inviting mcm hotel2 lain..
ai mmg takut gile masa tu sampai kat reception tadi dengan tercungap2 n ai cakap kat budak jaga kaunter tu yang ai tak jadi duk situ.. nak duit balik.. heols tengok ai dah pucat lesi camtu tanpa banyak bicara terus pulangkan duit ai.. maybe heols dah agak kot intekma resort ni mmg teruk aa tak maintain langsung! ai mmg berani orangnye tapi kalau duduk kat bilik camtu mmg ai tak sanggup  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blanco
alaa kat shangrila rasa ria ke .. aku baru je bercadang nak pegi ke s ...
mesmerize Post at 25-4-2011 03:49 
klu kamu x pernah kena,InsyaAllah x kan kena juga....hantu ni pilih org gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
klu kamu x pernah kena,InsyaAllah x kan kena juga....hantu ni pilih org gak....
FARISZONE Post at 25-4-2011 12:15 
masa kat rumah abang aku dulu, aku penah tinggal sorang2 kat situ ..abang aku sekeluarga pindah ke luar negara 4 tahun..
pastu masa mula2 pindah tu ada banyak kali nampak bayang2.. kejap kaler putih kejap kaler hitam.. bayang2 tu kat ekor mata aje bila aku pandang ke sana takde plak..
pastu masa nak tido, penah rasa tanganku disentuh oleh benda sejuk gile 
pastu penah satu malam tu tido, terbangun tengah malam, menggigil2 sejuk gila babeng macam kat negara bersalji gitu.. padahal KL ni kan panas.. aku plak masa tu sehat walafiat tak demam tak apa.. aku rasa kena gangguan masa tu.. tapi kejap je.. mula2 pindah je.. alhamdulillah lepas tu takde dah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blanco
alaa kat shangrila rasa ria ke .. aku baru je bercadang nak pegi ke s ...
mesmerize Post at 25-4-2011 03:49 
kat shangri la tanjung aru sy x brapa pasti keadaan sna aman ke @ x dr gangguan camni tpi hotel mana yg xde mambang tumpang kan..pg jer la kat situ,cantik tempatnya..
p/s:iszaura: hotel ni nama penuhnya shangri la rasa ria resort & spa kat sabah..sesapa yg nak g honeymoon dlm negara pg la kat hotel ni.. sgt sesuai to spend ur honeymoon kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
byknya hotel2 yg seram...... |
|
|
|
|
|
|
|
da 2 malam kat impiana cherating.. takde ape2 yang berlaku lagi.. alhamdulillah.. tp dlm hati cuak jugak.. malam first dtg.. memang bukak ayat quran kat laptop sepanjang malam.. sebelum maghrib da tutup pintu n tingkap.. semalam mandi laut smpi maghrib.. sebelum naik tangge nak masuk bilik bace ayat kursi + 3kul.. alhamdulillah.. malam ni malam last..
nota kaki<s>kutakberbulu</s>--> mase mule2 manaip ni fon berdering.. terkejut jugak.. pk nak angkat ke tak.. takut nnt angkat takde orang jawab.. sekali housekeeping call tnye ade org kemas bilik ke tak.. mmg takde lagi pon..selamat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|