hai semua... saja nak share ngan korang..
sy bru blk langkawi 25-28 Aug lepas..
tido hotel Holiday Villa..
sewa kereta dgn sham sibah..
utk 4 hari 3 mlm dpt harga rm180.. masa booked mntak kereta MYvi..
bila smpai airport langkawi dpt kereta nissan latio.. kereta myvi ada problem kata nya..
tapi harga tetap sama rm180..
masa booked byr deposit rm50.. sampai airport langkawi bru byr full rm180..
amek kereta masa tu dlm kul 11am.. sepatut nya kena pulangkan pukul 11am jugak.. klu lambat dia cas sejam rm10.. akan tolak dari deposit..
sy pulangkan dlm pukul 2pm.. lambat 3 jam.. tp dia x tolak deposit.. siap pulangkan blk full deposit rm50.. mmg bagus...
langkawi musim hujan skg ni.. pagi ptg hujan..
sempat naik cable car, skybridge, pegi borong coklat dekat HIG, beli souvenir tshirt keychain semua kt area pantang cenang jer..
sempat mkn laksa kaw ikan sekoq, dinner seafood kat restaurant Haji Ramli pantai cenang, lunch dekat Kak Yan nasi campur..
tempat2 lain x pegi pon.. byk lepak dekat hotel jer mandi kolam dan gi pantai..
hotel Holiday Villa best dekat dgn pantai cenang.. senang nak keluar cari makan..
ada private beach so x crowded sgt mcm kat pantai cenang..
siap water sport jetski, parasailing, banana boat semua ada..
tp skg tgh arab season.. so guest hotel mmg semua pak arab la.. dan mat salleh..
pegi dan balik naik MAS.. masa pegi 2 kali cubaan nak landing x jadi.. kecut perut..
masa blk pulak MAS delay..
yg lain2 semua ok..
apa2 pon langkawi mmg best
pernah tahun lepas
ambil bilik yg bangunan baru unit bawah tepi sekali
bilik utk dua org tapi sangat luas boleh tambah dua tilam lagi
ada coridor betul2 ngadap laut
sarapan biasa je. basic. nasi lemak sedap
saya stay Delta Cenang last month.
Tapi yang chalet tu.
Chalet papan, dalam ada kipas dan aircond.
toilet macam baru jugak la. Toilet tiles dan dinding batu.
Agak selesa.. tak la mahal sangat.
harga Rm114 pernite per room.
Cuma skrg kena bayar Kutipan Bayaran Penggalakan Pelancongan.
Bayaran tu ikut harga bilik.
Mcm kat Delta ni, bayaran Rm1 Pernite/per room.
Harga ikot kategori bintang hotel.
Bfast kat chalet ni sedap la pada tekak saya.
bayaran dah termasuk harga bilik.
Parking pun senang.
otai2 langkawi nak tanya sket, kat pantai cenang tu mmg tade public toilet ke? lepas mandi pantai nak bilas2 tak jumpa plak public toilet. kalau stay kat area situ senang lah terus masuk bilik. ni stay kat resort world.