dari blog mazidul
NukilanMazidul Akmal SidikJam10:14 PG 4komen
ADAKAH (PEMBUNUH) ARDI HAMZA ITU ARDI ODE PUTRA KATELA?
Saya menerima informasi menarik dihantar oleh pembaca blog.
Nama lelaki di atas, Ardi Ode Putra Katela. Manakala nama pembunuh pegawai operasi Ambank, Ardi Hamza, 37 tahun dan kad pengenalan lelaki berasal dari Sulawesi, Indonesia itu dipercayai palsu.
Adakah 2 gambar di atas lelaki sama?
Berikut status facebook lelaki di atas, pada 21 Oktober, 2 hari sebelum kejadian bunuh berlaku di Subang Jaya, Selangor.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kemaskini status terbaru.
Melalui maklumat dikongsikan di dua laman sosialnya, dia berasal dari Wakante, Barangka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Baca perbualannya bersama Aisah Ajha, di bawah.
Berikut data mengenai dirinya dipaparkan di facebook.
AHER PUTRA WA RUMBEI (JUGA PENGAWAL KESELAMATAN DI MALAYSIA) UPDATED
Lelaki sama ...
Aher Putra Wa Rumbei? Dia adalah seorang daripada rakan facebook pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya, Selangor dalam kejadian pada 23 Oktober lalu. Perhatikan nama Ardi Ode Putra Katela (Ardi Hamza), nama ke-5 dari atas like gambar Aher di bawah.
Aher kini dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan haram dan berada dalam kebimbangan berikutan kes bunuh membabitkan kenalannya.
Setelah meneliti logo syarikat di lengan baju Aher, saya kemudian menghubungi kakitangan syarikat pemilik baju seragam dipakai oleh rakyat Indonesia itu.
"Bagaimanakah dia boleh mendapat seragam kami? Encik boleh menghubungi HR ( Jabatan Sumber Manusia ) syarikat," jawab lelaki menjawab panggilan telefon.
Saya memperkenalkan nama dan diri sebagai blogger.
"Saya bukan hendak meminta tolong, cuma ingin memaklumkan bahawa lelaki memakai seragam pengawal keselamatan syarikat encik itu warga Indonesia. Mengikut pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, hanya warganegara Malaysia dan rakyat Nepal memiliki permit kerja lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita," balas saya.
Molek sekiranya kakitangan penguatkuasa KDN menjenguk syarikat terbabit dan mengumpulkan maklumat lengkap berhubung Aher.
Klik di sini untuk meneliti facebook lelaki terbabit. Di bawah, seorang lagi rakan mereka, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Kendari (klikdi sini), SULAWESI, INDONESIA.
Klik di sini.
Ya Allah! Menjaga sekolah rupanya.
Saya telah menghubungi Guru Besar sekolah terbabit dan berikut respon beliau.
"Tidak ada pengawal keselamatan Indonesia, dari Sabah ada"
Jika benar kenyataan itu, mungkin Arshanikum Endeyn, pengawal keselamatan warga Indonesia gemar merakamkan gambar pelajar sekolah sama.
Lihat kemaskini status terakhir wanita terbabit.
Terkenang saya, gambar keluarga mangsa, 2 anak dan suami Norazita Abu Talib juga dipaparkan di media dan media sosial.
Saya lebih bersimpati dengan mereka.
|