|
- Ultras Kedah -
|
|
|
|
|
|
|
|
Import Baru sudah mengganas di permainan sulung beliau bersama Kedah
Vedran Gerc meledakkan 2 gol untuk membenam Sarawak di lubok sendiri. Sarawak 0-2 Kedah...Pemain import dari Croatia ini baru sahaja menandatangani kontrak setahun kelmarin untuk bersama pasukan bola sepak Kedah.
Dalam temubual ringkas bersama Azmizi Azmi pemain pertahan Kedah selepas perlawanan melalui BBM, beliau amat berpuas hati dengan prestasi rakan-rakan yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
' Radhi calon paling sesuai jadi pengurus '
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
PENOLONG jurulatih Kedah Radhi Mat Din yang berhasrat berundur daripada jawatan itu musim depan, layak dipertimbangkan ke jawatan pengurus pasukan.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Kassim Saad berkata, pengalamannya sebagai pemain (14 tahun) dan penolong jurulatih selama lapan tahun sudah memadai buat Radhi untuk memahami asam garam dunia bola sepak Kedah.
“ Radhi calon paling sesuai menjawat jawatan pengurus. Semangat dan kesetiaan jurulatih itu tidak boleh dipertikaikan, ” katanya.
Sementara itu, bekas Penolong Jurulatih Kedah 1990, Mohamed Shariff Nawab percaya pengalaman luas dimiliki Radhi mampu melonjak skuad Kenari ke tahap lebih baik selepas ini.
“ Semasa Radhi bergelar pemain, beliau membantu pasukan meraih Piala Malaysia pertama kali pada 1990. Ketika menjadi jurulatih, beliau antara watak utama membantu Kedah meraih kejuaraan berganda pada 2007 dan 2008.
“ Perwatakannya sangat disenangi semua pihak dan saya percaya Radhi mampu memberi komitmen sepenuhnya jika ditawarkan jawatan tersebut,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Radhi bakal melepaskan jawatan disandang berikutan penetapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa setiap penolong jurulatih mesti memegang Lesen Kejurulatihan Kelas A mulai musim 2013.
- Sinar Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Olubunmi Adigun @ Abd Rahman Adigun
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedah Direct (The Official Online Megastore)
Clothing :
a. Home & Away Kit 2013 Fan Edition
b. Training Kit 2013
c. Full patch ‘Player Issue’ Kit 2013
d. Custom patch and name Kit 2013
e. Fashion: Exclusive Printed T-Shirt by KFA
Printed Material :
a. Team Photo Poster/Framed Print
b. KFA Poster
c. Player Profile Poster
d. Limited Edition Poster Signed by Player
e. Stadium Darul Aman Framed Print
f. Player Framed Print
g. Calendar
Souvenirs :
a. Keychain
b. Mug
c. Mafla
d. Towel
e. Etc
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis, Bujang Senang kenduri gol
2013/01/12 - 05:23:07 AM
Oleh Nazri Abu Bakar dan Bashah Zainol Abidin
Kuala Lumpur : Polis terus berpesta gol dalam kancah Liga Perdana musim ini apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium KLFA, Cheras semalam dengan semua gol dihasilkan selepas pertahanan tuan rumah, Ahmad Jihad Ismail dilayangkan kad merah pada minit ke-55.
Khairul Amar Kassim membuka jaringan untuk Polis pada minit ke-64 dan kemasukan penjaga gol simpanan Kuala Lumpur, Phoo Kai Lun menggantikan Azizon Abdul Kadir menyaksikan Dzul Haikal Shamery (m-83), Afif Amiruddin (m-90) dan Khairul Izuan Abdullah (m-91) menambah jaringan pelawat.
Di Stadium Hang Jebat, Johor menambah derita NS Betaria apabila menundukkan pasukan tercorot itu 2-0 hasil jaringan Farid Ramli (m-66) dan Muriel Juan Orlando (m-85).
Di Stadium Hang Tuah, KL SPA menang 4-2 ke atas Perlis dengan gol-gol tuan rumah diledak Fadly Iskandar (m-2), Sazali Suwandi (m-64) dan Khairol Azry (m-68 dan 73), manakala jaringan Singa Utara dihasilkan Ailim Fahmi (m-8) dan Antwi Agyare (m-39).
Di Stadium Selayang, Sime Darby melakar kemenangan pertama dalam misi menjuarai Liga Perdana musim ini apabila menewaskan Sabah 3-1. Pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi Koh Traore (m-15) tetapi anak buah Ismail Zakaria bangkit merakam kemenangan menerusi Fahrul Razi Kamaruddin, Karlo Primorac dan satu gol sendiri pemain Sabah.
Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak berpesta gol dengan kemenangan 5-0 ke atas UiTM hasil jaringan Bobby Gonzales (dua gol), Joseph Kalang Tie, Ivan Babic dan Guy Bwele.
Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah mengatasi Pos Malaysia 1-0 hasil jaringan penalti pemain import dari Chile, Nelson San Martin pada minit ke-83.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Piala Presiden 2013 Chart (4/2/2013)
FT: Result Piala Presiden 2013
N.Sembilan 2-2 Terengganu
Melaka 2-1 Pahang
Kelantan 0-1 Sabah
Perak 2-0 SSTMI
Kedah 6-1 ATM
K.Lumpur 0-2 Selangor
PDRM 2-5 Perlis
SSBJ 0-3 P.Pinang
Sarawak 1-2 Johor
Piala Presiden 2013 Next Match (7/2/2013)
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by HangPC2 on 11-2-2013 11:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ESOK LIVE OOOOIIIIII........... |
|
|
|
|
|
|
|
Watsons Piala Malaysia 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by HangPC2 on 15-8-2013 01:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara penyokong Sang Kenari
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
19 Oktober 2013
KETIKA pasukan lain sedang rancak menyusun strategi menghadapi musim 2014, Sang Kenari masih dilihat berdiam diri tanpa sebarang usaha memancing atau mengekalkan pemain sedia ada walaupun menjadi buruan pasukan lain.
Memang strategi berdiam diri atau sebaliknya hanya pengurusan lebih mengetahui namun bagi peminat setia Kedah keadaan ini mengusarkan mereka terutamanya beberapa pemain utama menjadi rebutan pasukan dari Selatan dan Timur.
Khyril Muhymeen (KM18) antara pemain yang menjadi sasaran kerana kelincahan dan kepantasan larian malah mampu melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti.
Gaji lumayan dan beraksi di pentas Liga Super pastinya ditawarkan yang mampu memujuk pemain untuk berhijrah.
PERLU DEDAH
Melihat situasi ini, lima gabungan kelab penyokong Kedah merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), gagal mendedahkan segera perancangan bagi membina skuad Liga Premier 2014.
Hijau Kuning.Com, Kenari Fans Squad, Penyokong Setia Hijau Kuning, Ultras Kedah dan Peminat Bola Sepak Kedah antara suara penyokong Kedah yang mahukan penjelasan tersebut malah memberi KFA masa sehingga 21 Oktober ini.
TUNAI JANJI
Jurucakapnya, Sazali Sobri berkata, gesaan dibuat bagi menuntut persiapan serius, drastik bagi melunaskan apa yang dijanjikan sebelum ini.
Tidak berminat dan berniat untuk memainkan isu politik dalam bola sepak kerana bagi mereka di Kedah, sukan untuk semua bersatu dan merupakan hiburan nombor satu rakyat negeri Kedah.
“ Barisan kepimpinan baharu negeri yang dipilih rakyat Kedah telah embuat satu manifesto yang merupakan janji khusus mengembalikan maruah bola sepak Kedah.
" Kami mahu ia dilaksanakan kerana apa yang berlaku kini sebaliknya, ” katanya.
- Sinar Harian -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|