|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
Di Bintulu nie so far hujan sekejap2 jer. Cuma waktu malam hujan agak kuat lar, pastu reda sblm subuh. Skarang tido sedap jer, tak payah pakai aircon. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong, kami kekurangan makanan, rayu mangsa banjir di Kuantan
Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan untuk menghantar bantuan segera ke tempat yang dinaiki banjir di Kuantan ekoran dakwaan pelbagai kekurangan yang berlaku kepada mereka.
Antara laporan yang diterima The Malaysian Insider adalah bekalan makanan tidak cukup, kanak-kanak dan bayi menangis kesejukan manakala warga emas pula menggigil kerana terpaksa bertahan di dalam pusat pemindahan yang juga dimasuki air.
Sukarelawan pula tidak menang tangan apabila tempat penempatan banjir pun dinaiki air.
"Kami tak ada alternatif. Dia orang terpaksa bertahan dalam air. Kesian bayi dan warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sangat malam ni.
“Bekalan air bersih pun kurang. Kami yang jadi sukarelawan ni petang tadi baru dapat makan sebab bekalan tak cukup," lapor seorang sukerelawan yang bertugas di Kuantan hari ini.
Yang lebih merisaukan mereka adalah banjir gelombang kedua yang dikatakan bakal datang.
"Info yang kami dapat gelombang kedua akan bermula malam ini," kata sukarelawan yang bertugas di Kuantan itu.
Gelombang kedua maknanya banjir akan naik lagi sekali. Petang ini, katanya, ada tempat air dah surut tetapi amaran gelombang kedua bermula malam ini.
Menurut beliau, Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami air sepenuhnya.
Kawasan Sungai Isap, Jalan Gambang, Jalan Pekan, Permatang Badak dan Chendering adalah tempat yang paling teruk dilanda banjir kali ini.
"Sedih la tengok keadaan ni... sayu. Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat petang tadi makan nasi kawah lauk ikan masin saja," katanya lagi.
Bagi beliau, ini adalah banjir besar yang teruk dengan kemusnahan harta benda besar besaran termasuk haiwan ternakan yang mati bergelimpangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meninggalkan Perhimpunan Agung Umno lebih awal untuk meninjau sendiri apa yang berlaku di sana menggunakan helikopter.
Beliau berjanji akan memberikan bantuan segera termasuk wang tunai untuk mangsa banjir kali ini.
Sementara itu, Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga melawat kawasan yang dilanda banjir di Kemaman.
Antaranya, baginda melawat sendiri jambatan yang runtuh akibat banjir kali ini.
Turut turun melawat mangsa banjir adalah para pemimpin PAS. Kebanyakan pemimpin Umno berada di Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno.
http://www.themalaysianinsider.c ... a-banjir-di-kuantan |
|
|
|
|
|
|
|
keadaan Sungai limbong di Kemaman
|
|
|
|
|
|
|
|
Kampung Durian Mentangau,Dungun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey posted on 5-12-2013 07:16 PM
yelahhh..kami dekat kuantan ni tgah2 main2 kan satu mesia pasal banjir ni..kami kat sini suka2 j ...
bingai mana yg bangang sgt tu? |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 5-12-2013 07:51 PM
bingai mana yg bangang sgt tu?
post dihantar dari Kuala Ibai, TErengganu..tatau la malaun mana...
|
|
|
|
|
|
|
|
silentwinner posted on 5-12-2013 07:46 PM
Tolong, kami kekurangan makanan, rayu mangsa banjir di Kuantan
Pihak berkuasa diminta mengambil t ...
Kesiannya...terutama bdk2 dan org tua....
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang tanya...jeli..gua musang...besut cemana?...err raub juga... |
|
|
|
|
|
|
|
miss_kikilala posted on 5-12-2013 07:44 PM
Kemaman
ya allah...teruknya banjir....
KL shah alam pun boleh dikatakan hujan hari2...
|
|
|
|
|
|
|
|
TGHH menaiki bot ,turun ke kawasan banjir di Kemaman, untk mengagihkan sdkt bekalan makanan bg mangsa yg terputus bekalan makanan.
Last edited by miss_kikilala on 5-12-2013 08:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 5-12-2013 06:33 PM
harap hujan2 ni takde kes tanah runtuh
Tu yg takut berlaku kat cameron highland tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Najib, Muhyiddin bergilir tinjau keadaan banjir
2013/12/05 - 13:44:06 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir meninjau keadaan banjir yang kini melanda beberapa negeri.
Muhyiddin berkata beliau akan ke Terengganu esok, sementara Najib telah bergegas ke Pahang sebaik sahaja merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
"Oleh kerana kita sedang mengadakan perhimpunan agung dan mesyuarat ini tidak boleh kita tangguhkan, maka kami bergilirlah, saya akan hadir di sini dalam mesyuarat pada hari ini dan esok saya akan turun (ke Johor).
"Yang penting ialah untuk menentukan segala persiapan yang telah kita buat sebelum ini telahpun beroperasi dan digerakkan di bawah panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013.
Muhyiddin berkata beliau yakin segala aspek termasuk keselamatan, logistik dan bantuan makanan kepada mangsa banjir sudah diuruskan sebaik-baiknya oleh Jawatankuasa Bencana Alam.
"Apa saja bentuk peralatan yang telah kita susun dapat kita gunakan sepenuhnya, untuk menentukan kesan daripada banjir ini tidaklah begitu teruk sekali terutama dari segi menjaga keselamatan dan nyawa penduduk.
"Di samping itu aspek logistik yang perlu kita siapkan baik dari segi makanan dan bantuan lain serta tempat pemindahan itu juga berada dalam keadaan baik," katanya.
Muhyiddin berkata parti Barisan Nasional (BN) juga sudah menggerakkan semua sukarelawan parti itu untuk membantu dari segi pemindahan, bantuan bahan makanan serta peralatan kepada mangsa banjir.
"Ini adalah satu malapetaka bencana alam dan kita perlu hadapi serta tangani dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak membawa bencana dan juga maut terutamanya kepada penduduk-penduduk kita," katanya.
- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Najib akui banjir buruk di Pahang dan timbang beri bantuan khas kepada mangsa
2013/12/05 - 17:49:25 PM
Cetak Emel Kawan
Kuantan: Masalah jalan utama terputus akibat dinaiki air secara mendadak dengan kadar hujan luar biasa dalam tempoh tiga hari bermula Ahad lalu menjadi punca bekalan makanan sukar diagihkan kepada pusat pemindahan banjir di Pahang, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri turut mengakui keadaan banjir di negeri ini buruk berbanding sebelum ini.
Beliau juga berkata, semua jabatan dan agensi berkaitan juga tidak perlu terikat dengan peraturan Jabatan Audit Negara dalam menyalurkan pelbagai bantuan bencana seperti banjir.
"Kita sudah sedia menimbangkan bantuan khas kepada mangsa banjir," katanya pada sidang media selepas meninjau beberapa pusat pemindahan banjir di Pekan dan Rompin sebentar tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 5-12-2013 06:24 PM
TINJAU… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau keadaan banjir di Pahang dari udara ketika dalam perjalanan melawat Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah dan di Sekolah Sungai Miang di Pekan serta di Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri Rompin di Pekan, Khamis.
 Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kesibukan perhimpunan Umno, meluangkan masa bagi mengetahui perkembangan terkini banjir di Pahang. 
-fotoBERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 5-12-2013 08:21 PM
Najib akui banjir buruk di Pahang dan timbang beri bantuan khas kepada mangsa
2013/12/05 - 17:49: ...
org duk mengamuk kat FB..nak timbang apa lagi nyer....bagi je la..time pru bukan main lagi juta sana, juta sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 5-12-2013 08:25 PM
TINJAU… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau keadaan banjir di Pahang dari udara ...
@slippergombak
tinjau dari heli je layg dia pandai...kaki sluar tak basah pung...
|
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 5-12-2013 08:27 PM
@slippergombak
tinjau dari heli je layg dia pandai...kaki sluar tak basah pung...
bertabahlah Kaka....
PM banyak benda nak pikir tue..
|
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 5-12-2013 08:02 PM
post dihantar dari Kuala Ibai, TErengganu..tatau la malaun mana...
klo kena kat sne..kita wat xtau je.. |
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 5-12-2013 07:08 PM
kalo dpt bdk ni eloknya selam dlm air banjir biar mampus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|