|
juna nape x smbg ag....
smbg la.... |
|
|
|
|
|
|
|
xde n3 baru ke??????
x sbr nk tau apa jd seterusnya ni |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh pagi petang memanggil smiley..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jom ramai-ramai kita tekan bell umah smiley ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ding Dong bell....... |
|
|
|
|
|
|
|
Jom ramai-ramai kita tekan bell umah smiley ni
cmf_blingblings Post at 15-6-2010 15:26
Sopan sgt tuh..tak yah tekan2 bell...kita kasi goyang umah juna nie....biar rasa cam gempa bumi sket....barulah dia cepat2 letak n3 nanti....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dah penat tekan bell rumah smiley...tak buka2 juga ni |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
bisingnya korang tekan bell
.................................................................................................................
Selepas menghantar Mak Tam ke rumah orang kahwin, Najlah ke travel agent. Petang nanti dia akan berangkat ke Langkawi, sebaik Mak Tam balik ke Kuantan. Rasa teruja pula nak bercuti seorang diri. Mesti best, sebab boleh pergi ke mana aku suka, buat aktiviti yang aku tak pernah buat. Cuti selama seminggu sudah di luluskan. Tapi hotel belum di tempah lagi. Tengoklah bila sampai sana baru buat pilihan. Dia menekan tetikus mencari informasi mengenai hotel hotel di pulau bersejarah itu. Sekali sekala ingin juga bercuti tanpa itinerary. Feeling feeling macam backpackers gitu.
Tasha menjeling ke arah Najlah yang sedang berteluku di depan computer. Tiga kali dia lalu kubikel Najlah , posisi kawannya tidak berubah. Sekali pandang macam anak patung bertudung mengadap skrin.
“ Assalamualaikum”
Salam di balas tanpa menoleh. Tasha menarik kerusi dan duduk di sisi Najlah. Ofis Akitek Karyabina lengang pada hari Sabtu. Akitek dan pereka hiasan dalaman bekerja 5 hari seminggu kecuali kalau ada urusan penting yang perlu di bereskan. CumaTasha dan pegawai bahagian akaun & kewangan terpaksa bekerja hari Sabtu ini untuk penyelarasan akaun akhir tahun.
“ What’s up? Aku tengok kau dok melangut dari tadi. Baik kau balik rumah tidur dari kau bazir elektrik kat sini”
“ Aku boring.” Adham keluar selepas breakfast untuk berjumpa dengan klien. Tahu sangatlah aku siapa “klien”nya. Najlah nekad. Tiada lagi airmata yang akan menitis. Aku terima hakikat yang ikatan perkahwinan aku akan terlerai bila bila masa sahaja. Sehari dua ini kami terpaksa adakan gencatan senjata demi menjaga hati Mak Tam.
“ Boring? Masih gaduh dengan Adham kah? Tak baik tau, umat Islam tak bertegur sapa selama 3 hari. Lebih lebih pula suami kau sendiri”
“ Bila pula aku tak tegur dia? Semalam aku siap berkungfu panda lagi” Najlah tersengih bila mengingat tendangan yang mengena sasaran. Nasib baik Adham tak duduk mengadap aku. Tak berzuriat lah engkau.
“ Oi… cerita atas katil dan dalam selimut aku tak nak dengar”
“ Kau salah faham lah makcik otak kuning. I literally gave him a kick”
“ Ya rabbi! Are you crazy? Berdosa tau tak?” Kisah cinta dan perkahwinan Najlah dan Adham satu dalam seribu. Aku yang sekadar menjadi pendengar setia ni pun rasa lelah. Banyak betul dugaan dan cabaran. Mengalahkan perkahwinan artis.
“ Masa tu aku tengah geram sangat. Bila dapat peluang, apa lagi” Najlah terus membuka cerita, Tasha ketawa berdekah dekah. Kemudian wajahnya serius.
“ Kau tak pergi check dengan doctor apa sebab kau muntah?”
“ Ala… semalam Dr Faridah datang. Depan Mak Tam si Adham sibuklah nak tunjuk yang dia concern sangat dengan aku konon. According to the doctor its nothing serious. Hari ini aku sepatutnya pergi buat blood test dan urine test tapi aku malas. Lagipun aku dah rasa okay. “
“ Lepas aku siap report ni aku bawa kau pergi klinik buat check up “
“ Hailaa… takyah lah nak sibuk sibuk. Lepas ni kita pergi tengok wayang atau lepak kat KLCC nak? Unless kau ada hot date ”
“ Memang Nazim ajak aku keluar, tapi boleh postpone dulu. Kawan punya pasal aku sanggup. Naj, aku perasan kau dah lama tak cuti”
“ Ha? Semalam aku cuti. Minggu depan pun aku nak ambil cuti panjang. Aku nak relax di Langkawi. All by myself.” Najlah meregangkan tubuh dengan senyuman. Bagai terbayang bayang dirinya di balkoni hotel mengadap laut biru. Tekaknya terasa ketat bila kenangan ketika dia dengan Adham di balkoni hotel di Gold Coast sewaktu honeymoon menyelinap kembali. Shooh…. Shooh.! Dia menepis segala memori.
“ HOI!” jeritan Tasha mengembalikan Najlah ke alam nyata. “Aku bukan cakap pasal cuti itu lah. Aku cakap pasal cuti sembahyang. Kau dah lama tak miss pergi surau”
Rahang Najlah terjatuh. Uh-oh. No.. no… no! Ya Ampunnnnn! Dia mengurut dada. " Tak lah.. tak mungkin. "
" Pergi buat check up Naj. Aku tahu kau marah kat Adham tapi kalau betul kau pregnant, yang dalam perut kau tu benih seorang Islam. Kau bertanggungjawab pada Allah untuk menjaganya"
Najlah terpana dengan kata kata sahabatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sketnya.....lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... tak cukupppppppppppppp tuhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang perjalanan ke klinik Dr Faridah di Damansara Specialist Centre, emosi Najlah berperang. Naluri wanita nya berdebar penuh harapan. Siapa tak nak anak, anugerah Tuhan yang amat berharga bagi pasangan berkahwin. Tapi hatinya yang terluka menidakkan hakikat. Mungkin aku cuma stress. Ataupun aku mengalami perubahan hormone. Aku tak nak “ jerat’ Adham dengan anak yang aku kandung, kalau betul aku mengandunglah. Biarlah dia pergi mengejar cinta yang sebenar. Mungkin selepas berkahwin baru Adham sedar yang dia lebih mendambakan Liza. Layanan Liza di ranjang pasti lebih hebat ala ala pelakun porno berbanding dengan aku yang tiada pengalaman dan pasti membosankan. Kalau itu yang dia dambakan, aku rela berpisah dari membiarkan hidup Adham bergelumang dosa. Berkali kali Najlah menarik nafas panjang untuk meredakan perasaan.
Tasha yang memandu makin resah. Trafik bertali arus tapi keadaan itu perkara biasa di hujung minggu. Ada sesuatu yang menggangu konsentrasinya. Matanya asyik menjeling ke rear view mirror. Kedua mereka membisu. Si penumpang melayan perasaan, pemandunya pula resah gelisah. Cuma lagu Tik Tok dari Kesha yang berkumandang di radio memecah sepi.
“ Naj, aku tak sedap hati lah” Akhirnya Tasha bersuara. Dia membuat korner baring ke laluan yang jarang di guna. Najlah tersentak dan menjerit kecil.
“ Eh, apasal kau masuk jalan ni? Tak bagi signal pula tu. Kalau ikut jalan tadi lagi cepat sampai” Dahi Najlah berkedut. Tasha selalunya memandu dengan berhati hati. Bukan macam minah drift di sebelahnya kini.
“ Ada kereta ikut kita. Maybe its a coincidence. Aku just nak make sure. Now I’m very sure“ Mereka menyusuri kawasan perumahan Damansara Utama. Kereta tadi masih di belakang. Dia menekan minyak.
Najlah memusing kepala. “ Proton tu kah?” Macam aku pernah tengok keretanya. Siapa pula yang pengintip tak professional ni?
“ A’ah. Aku perasan dia ikut kita dari ofis. Kau ada hutang along kah?” Tasha berseloroh untuk mengurangkan tensi.
“ Ceh! Mulut tak guna. Driver dia perempuan lah” balas Najlah. Tiba tiba dia menutup muka.
Ya Allah! Kereta si Liza rupanya. Dia nak buat apa kat aku? Nak tembak aku kah? Atau nak simbah asid kat muka aku? Woi tolong lah perempuan! Ambil sajalah Adham tak guna tu kalau kau nak. Perasaan takut bercampur marah membuat tubuhnya menggeletar.
Hyundai Getz Tasha memasuki perkarangan Damansara Specialist Hospital. Najlah menghembus nafas lega. Kalau makcik birah tu nak buat apa apa pun, aku dah ada di hospital.
“ Najlah. Tunggu! I need to talk to you” Liza melaung sebaik saja mereka turun dari kereta. “ Please, kau kena tolong aku!” Dia bergegas ke arah Najlah dan Tasha dengan airmata berderai.
Najlah berdiri tak berkutik. Mata Liza bengkak dan mekapnya comot. Penampilannya jauh berbeza dari biasa. Berpuluh mata menoleh ke arah mereka. Security guard turut memandang dengan syak.
“ Macam perempuan gila je aku tengok. What is wrong with her?” bisik Tasha.
Memandangkan kehadiran mereka menjadi tumpuan ramai, Najlah segera mengajak Liza ke cafeteria yang agak lengang. Cuma satu keluarga sedang menjamu selera. Mereka bertiga mendapatkan meja di sudut yang agak tersorok. Liza asyik memandang jam. Pukul 2. 30. Mulutnya terkumat kamit. Rasa kasihan timbul bila melihat keadaannya yang tak ubah seperti watak Esah 50 sen tapi rasa benci lebih meruap ruap. Inilah dalang segala masaalah yang timbul dalam hidup aku.
“ Najlah… Najlah.. aku.. aku.. bersalah’ Suaranya tenggelam timbul di sebalik esakan. Segala tipu daya di luahkan. Bagaimana dia mengambil gambar tanpa di sedari oleh Adham yang tidur pulas selepas memakan ubat, kemudian menghantar nya ke handphone Najlah.
“ YOU STUPID BITCH!” tempek Tasha. Jarinya di kepal. Ingin sangat dia membenam buku lima ke muka Liza. Najlah masih terkebil kebil. Adham tak bersalah rupanya.
“ Aku tahu. Aku minta ampun Najlah. Aku dengki kat engkau. Kau ada segalanya. Kau cantik dari aku, kau anak orang kaya. Aku cemburu bila Yem memilih engkau yang dia baru kenal sedangkan aku dah kenal dia lama. Aku tak boleh terima kekalahan.”
“ Kenapa kau datang jumpa aku sekarang? “
“ Yem.. Yem nak hantar gambar itu pada bakal suami aku. Dia bagi aku deadline tiga jam untuk aku selesaikan masaalah ini. Sekarang dah tinggal sepuluh minit. Aku cuba cari kau dari pagi tadi tapi tak jumpa. Aku ke ofis Karyabina tapi tak sempat jumpa kau. .Nasib baik aku nampak kau naik kereta Tasha. Tolong lah call Yem. Dia tak bersalah langsung. ” Liza merayu.
“Biarlah dia hantar gambar itu pada bakal suami kau. Ada aku kisah… Cak..cak cak cak cak” Najlah meniru gaya Azwan Ali. Seronok tengok minah ni menggelabah. Sadis juga aku ni.
Tasha ketawa tak hengat. Padan muka Liza. Selama ini dia mencuba berbagai agenda untuk memporak perandakan hidup Najlah dan Adham. Sampai nak bercerai berai kawan aku.
“ Tolonglah Najlah. Kau boleh hina aku, kau boleh kata apa saja. Aku tahu aku jahat. Tapi perkahwinan aku dua minggu lagi. Malu keluarga aku kalau aku tak jadi kahwin. Mana aku nak sorok muka aku. .. aku..aku ..dah mengandung dua bulan” Liza merendahkan suaranya.
“ Kau memang perempuan sundal Liza. Aku hairan, ada juga orang nak jadi laki kau” tembak Tasha.
Najlah melihat jam di dinding cafeteria. Cuma tinggal 5 minit. Perlukah aku tolong Liza? Naluri keibuannya tak sanggup membiarkan anak dalam kandungan Liza terkapai kapai tanpa seorang ayah. Bayi itu tidak berdosa. Liza sudah melutut di depannya.
“ Okay, aku kesiankan kau. Tapi aku tetap simpan gambar ini. Anytime aku boleh hantar kat suami kau. So you better watch out. Jangan ganggu hidup aku lagi”
Liza terus memeluk Najlah. Tasha menjeling tak puas hati. Lembut hati sangat Najlah ni.
“ Terimakasih Najlah. Aku bersyukur sangat kau sanggup tolong aku. Patulah Yem sayang sangat kat kau. Kau perempuan yang berhati mulia. Aku harap kita dapat jadi kawan lepas ni” Najlah meleraikan diri dari pelukan Liza.
“ Dah lah tu. Over lah kau ni. Aku bukan kesian kat kau, aku kesian kat baby dalam perut kau tu. Tapi jangan harap aku nak jadi kawan kau lepas ni. Just stay out of my life.” Najlah mengambil handphone nya dari beg. Dia memikir sejenak apa yang patut di tulis sebelum mesej di hantar pada Adham. |
|
|
|
|
|
|
|
Baiknye lala maafkan liza mcm tu..
juna nk lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyyyyyy.....liza mangkuk dan mengaku... apa lagi lala sila la pujuk si yemmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka Liza....bagus lala tak nak kawan ngan liza...tak rugi pun tak kawan ngan liza the STUPID BITCH ni...hidup menyusahlan org jerr... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|