|
AKASIA: Adaptasi Novel - Rindu Awak 200% (FLIGHT RA 05)
[Copy link]
|
|
chami posted on 6-9-2014 10:52 PM
tajuk nya nanti...ayda jugak yg kena bahan....sian ayda.....
Yeala kna kat ayda psl cik gayah tu depa psg yerkonnnn....
Apapun kita tepukkk ja nnt.... |
|
|
|
|
|
|
|
chami posted on 6-9-2014 10:55 PM
baik kaka.....sayam kaka.....bulih lepap mata malam ni....
Sama la kita....lelap mata mlm ni....
Sbb bila tgk vid lama zul yg hepi ckp gayah tu gf dia, kaka nmpk kegembiraan yg sama bila dia dgn ayda...
Banding dgn pic malap yg terkini dgn gaya....hahaaa perasaan tu dh hilangggg. |
|
|
|
|
|
|
|
Ungu - Cinta Dalam Hati
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
reff:
ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku
memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 6-9-2014 10:58 PM
Sama la kita....lelap mata mlm ni....
Sbb bila tgk vid lama zul yg hepi ckp gayah tu gf dia, kaka ...
uuuiiii, kaka kata nak tido tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 11:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
drkbaan posted on 6-9-2014 09:47 PM
Ai tak paham kenapa Karangkraf @ Alaf 21 @ mana2 kedai buku tak nak buat meet & greet dgn Liyana Zah ...
Masa adam dan hawa.best sgt,penulis siap turun meet n greet dgn AA dan nadia nysa,last ep,tgk sema hero n heroin dgn penuntun. Masa tu angau dgn AA dan NN. Tp x kapelkan sbb memasing dah ada family. Tp sporting dua2. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 11:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
nickapaeh posted on 6-9-2014 11:11 PM
chami...don't be easily deceived byk indie cafe yg serve good food, indie band or singe ...
Kupas, jgn x kupas, slmt mengupas,weols nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
chami posted on 6-9-2014 11:24 PM
Masa adam dan hawa.best sgt,penulis siap turun meet n greet dgn AA dan nadia nysa,last ep,tgk sema ...
masa BKATC pun ada buat meet and greet, finale buat kat strands yg sgt grand
RA boleh buat asing2 lepas tu hero meratap pilu sbb merindui heroine yg diseberang sana...in character sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
chami posted on 6-9-2014 11:25 PM
Kupas, jgn x kupas, slmt mengupas,weols nak baca
apa nak dikupas lagi chami... digest apa yang kaka inn tulis and you will see the light at the end of the tunnel. what you see is what you get. titik
Last edited by nickapaeh on 6-9-2014 11:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
chami posted on 7-9-2014 08:39 AM
renungan ayzul yg menyebabkan chai pun tak keruan....muahahhaaa.
cair hati iolls...terus meresap dalam hati. hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni genap seminggu cerita RA200%
dan iolls pasti ramai yang mengalami apa yang iolls rasa..RA200 withdrawal..
tiap2 hari iolls ulang scene zillmel..macam hape je kan..sebab rindu punya pasal kat depa..
pastu tgk kat ig dorg lg..sedihhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
kat metro...
|
|
|
|
|
|
|
|
tgh tgk 'terlanjur cinta' kat tv9.....aqasha dgn siti saleha
ada zul ripin sikit je kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
RA dah habis..sambung drama lain..hahhaa
Setakat ini kami 'happy'
Oleh Amirul Haswendy Ashari
Penangan drama bersiri Rindu Awak 200% bukan saja menaikkan nama Zul Ariffin hingga dikatakan mula jual mahal sebagaimana dipaparkan dalam ruangan CAK minggu lalu.
Malah, dia menjadi sasaran gosip apabila dilihat sungguh mesra de-ngan pasangannya dalam drama itu, Ayda Jebat. Peminat juga suka melihat mereka berpasangan walaupun tahu Zul kini rapat dengan produser Gayatri Suelin Pillai.
Tambah menghangatkan suasana apabila Ayda dikatakan tidak akan melepaskan peluang menjadi kekasih Zul kalau dia belum berpunya. Disebabkan gosip itu, hubungan Zul dan Gaya dikatakan bermasalah dan tidak lagi mesra seperti dulu.
Walaupun Zul dan Ayda menafikan hubungan mesra mereka, banyak mata dalam produksi memandang situasi itu sebaliknya. Apatah lagi Ayda dilihat sering memuat naik foto mesranya bersama Zul di laman sosial miliknya. Itu belum lagi cerita mengayakan sering melihat mereka bersama walaupun di luar penggambaran drama.
Kehadiran Gayatri pada majlis pelancaran filem Amir & Lokman Pergi Ke Laut baru-baru ini, tentu menjadi perhatian untuk mengetahui hubungan mereka kini. Pada awalnya, Gayatri enggan mengulas lanjut tapi selepas diasak berkali-kali, produser Tayangan Unggul dan Astro Shaw itu terpaksa akur.
“Hubungan kami okey dan tidak ada perkara yang nak diceritakan sangat. Setakat ini kami ‘happy’, itu sudah cukup,” katanya ringkas.
Mengenai statusnya di laman sosial yang didakwa ditujukan secara berlapik kepada Ayda, Gayatri mengakui tidak ingat apa yang ditulisnya dalam Twitter.
“Saya pun tak tahu apa yang saya tulis. Saya periksa juga status sebelum ini yang pernah saya muat naik tapi tak jumpa. (munian....)
“Memang saya tak ‘follow’ Twitter atau Instagram sesiapa kecuali teman rapat dan keluarga. Lagipun saya bukan jenis manusia yang akan skrol dan baca status sesiapa di laman sosial milik orang lain.
“Saya juga jarang bercakap atau bercerita mengenai kisah peribadi secara terbuka,” katanya menepis dakwaan itu.
Mengenai perasaannya berdepan perkara ini, Gayatri akui terkejut tetapi sebagai produser, dia melihat banyak faktor secara matang berlaku.
“Pertama sekali, Zul bukan suami saya dan kedua, saya produser dan Zul pelakon. Kalau Zul dan Ayda artis yang berlakon dalam drama terbitan produksi saya, usaha mereka mempromosi drama ini secara meluas adalah perkara menggembirakan.
“Kalau diikutkan, memang saya tidak mahu bercerita mengenai perkara ini. Ia mudah, setiap manusia kena ada rasa cemburu. Kalau tak cemburu walaupun sikit, maknanya hati kita kering. “Kita kena ada perasaan itu. Zul juga ada perasaan itu. Contohnya, saya belum mula penggambaran lagi, apabila saya di set, saya dikelilingi 40 lelaki. Jadi, takkan tak cemburukan?” katanya.
Dalam pada itu, Ayda, 22 yang ditemui pada acara berbeza mengakui menjadi diri sendiri dan bersikap jujur apabila berdepan media. Katanya, dia pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah kalau bertemankan Zul Ariffin jika dia masih solo dalam satu portal hiburan tempatan.
Dia tidak melihat jawapan diberi sebagai memerangkap diri yang akhirnya memakan diri kerana berpegang kepada prinsip menjadi diri sendiri dan bercakap jujur. “Saya tak suka berselindung dan propa. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Zul seorang yang baik dan tak mustahil boleh berlaku kalau betul dia solo.
“Saya tidak lihat ia memakan diri saya tetapi memang saya tidak bersedia apabila ditanya soalan begitu. Media mahu kita jawab jujur, jadi saya tidak rasa ia isu besar,” katanya.
Kata Ayda, dia tidak akan memberi jawapan klise dan selamat atas sebab mahu menyelamatkan diri sendiri. Bak kata orang lama, biarpun kebenaran itu pahit, ia perlu ditelan.
Mengenai dakwaan dia menjadi punca Zul dan Gayatri bergaduh apabila wujud orang ketiga dalam hubungan mereka, Ayda harap semua pihak bersikap profesional dan bersedia untuk terima dengan hati terbuka.
“Dalam situasi seperti ini, saya dan Zul kena bersedia dari awal. Kalau betul dakwaan saya penyebab mereka bergaduh, saya tak nak masuk campur atau ambil tahu.
“Lagipun, ia babitkan masa depan orang lain dan saya sebagai pelakon baru juga akan terkesan,” katanya yang sikit terkilan kerana terpalit kontroversi. Ayda akui tidak pernah berjumpa Gayatri sejak isu ini timbul, tetapi tetap menyimpan hasrat untuk bekerja di bawah produser itu satu hari nanti.
Katanya, sebagai pelakon baru, dia memang menyimpan harapan untuk bekerja di bawah produser yang menerbitkan puluhan filem pecah panggung dan berkualiti. “Kami tidak ada masalah dan kalau ada rezeki, kenapa tidak?” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07 |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan ayda ...pro.....cayalah ayda...baik cakap perkara sebenar...dari berdolak dalik...last....lagi susah nak terangkan....suka cakap suka kankan kaan...ta salah pun kalau kita nak suka sesiapa pun...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|