|
Reply #2237 nolita's post
org minyak... |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak Masak?
Minyak Urut?
Minyak Injin?
|
|
|
|
|
|
|
|
mak saya lak penah terdengar macam bunyi dua org yg sedang terkejar2.. bergaduh kat atas siling rumah....dentam dentum bunyinya...apakah itew? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2243 Bruxelle's post
kucing kot...takpon tikus mondok... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2238 rdzaccess's post
thank you....akan dipraktikkan...dan diamalkan....bole ke agaknye bangun sebelum subuh??? sebelum tido tak bole ke??? ke kena tido dulu baru bgn semyg?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tap...tap....tap....
Bunyi ketukan di pintu.
Aku memperlahankan bunyi radio dan mendapatkan pinyu bilik dan membukanya.
"Heii,..kenapa you pasang radio kuat-kuat?" tanya penyeliaku.
"Aaahhh...saja test power. Lagipun bukan ada orang lain nak dengar."balasku.
"Kami baru balik,pergi makan lepas tu main badminton.Nanti kau boleh join." kata penyeliaku.
Dia pun berlalu meninggalkanku menuju ke biliknya.
Aku lihat dia hanya berseluar dalam aje.Memang setiap malam dia macam tu bila balik dari kerja.Memang dah kelaziman dia kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap hari, setiap malam,... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pernah lupa roti dan kekadang sebungkus nasi berlauk ikan aku bawa pulang ke rumah.
Aku letakkan di tepi dinding di sebelah tingkap.
Anak anjing tersebut telah pun agak besar.
Anjing girl.
Setiap kali aku balik dari kerja, ia akan mendapatkan ku, berlari mengekori kereta.
Menggoyang-goyangkan ekornya.
Dan setiap pagi aku memandu ke tempat kerja dia akan mendahului sehingga ke tepi jalan sebelum aku membelok ia akan berhenti, duduk, dan memerhati sehingga aku tiada kelihatan.
Aku namakan dia "Suzi" |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah sekali tu aku nak balik dari memburu burung merbah.
Kedapatan beberapa ekor anjing liar menghalangi perjalanan pulangku.
Aku menjerit memanggil nama Suzi.
Adalah dalam seketika Suzi muncul dan berlari ke arah anjing-anjing liar tersebut.
Ia menyalak garang ke arah mereka dan mengejar, menghalau.
Kemudian Suzi datang kepadaku dan kami sama-sama pulang ke rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada satu hari Sabtu, aku membawa pancing menghala ke belakang rumah.
Setelah merentasi Sungai Gadut aku tiba di satu kolam yang kecil.
Aku mula memancing ikan.Adalah dapat beberapa ikan tilapia dan puyu.
Suzi pun ikut sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah beberapa lama, aku lihat Suzi melompat ke dalam kolam dan menuju kepadaku.
Agak hampir ia mengarah ke tebing dan naik.Kemudian ia hilang.
Sebeberapa ketika sekali lagi ia terjun ke dalam kolam dan menuju kepadaku.
"Ooi Suzi, aku pancing ikanlah, bukan jaring ikan, yang kau pergi halau ikan buat apa?"
Aku tersenyum sendirian , terhibur dengan gelagatnya.
Mungkin ia cuba menolong kiranya perbuatannya boleh menyebabkan ikan berenang kepadaku dan aku boleh menangkapnya.
"Dah jom ,mari balik!" teriakku.
Dia menoleh, dan berlari dan melompat-lompat mendapatkanku.
Seronoknya dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Suzi tiada lagi...
Ia mati di langgar lori....
Aku membawanya ke klinik haiwan dengan kereta 'pick-up' syarikat.
Doktor cakap tulang belakangnya patah.
Suzi memandangku sayu,...
Sesekali semacam ada getaran di badannya, mungkin menahan sakit...
Aku mengusap-ngusap tengkuknya....
Ia diam hanya nafas yang turun naik...
Mungkin dia berasa sedikit selesa kerana aku berada disampingnya... |
|
|
|
|
|
|
|
"Dia tak boleh hidup lama...kalau you biar macam ni pun dia akan mati.Dia punya belakang sudah patah." kata doktor.
Aku hanya diam sambil mengusap-ngusap tengkuknya.
Sesekali kaki hadapannya menguis-nguis.Matanya kini pejam.
"Saya kasi satu injection." doktor memberitahu.
Dengan lemah aku menganggukkan kepala.
Airmataku berlinangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku membawa badan Suzi pulang ke pejabat.
Mataku merah menahan kesedihan.
Aku naik ke atas jentera 'pay-loader Cat 960' dan menggali lubang.
Suzi ku masukkan ke dalam lubang dan aku menutupnya kembali dengan tanah.
Aku telah kehilangan teman yang setia. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap malam kecuali hari Sabtu dan Ahad, aku bermain badminton bersama-sama Pengurus dan penyeliaku.
Kami menyewa gelanggang yang di buat oleh penduduk taman perumahan di Rasah.
Hari Sabtu dan hari minggu tinggallah aku sendirian di rumah.
Ini adalah kerana keduanya akan pulang ke rumah masing-masing menjenguk anak isteri.
Aku...aku...masih seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Di satu ketika aku pulang agak awal ke rumah.
Selepas habis tugas aku terus aje ke Taman Tuanku Jaafar dan makan makanan kegemaranku.
Berbual-bual seketika dengan rakan-rakan yang ada disekitarnya.
Aku pulang sesudah itu dan jam menunjukkan pukul sembilan malam.
Setelah mandi aku, berbarinbg di atas katil dan mengelamun kosong.
Radio memainkan lagu kegemaranku seperti biasa dari petikan piano Richard Clayderman.
Sekoyong-koyong aku terlena. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terjaga dari tidur.Melihat sekekeliling.Radio sudah pun senyap.Pita rakaman dah habis pusingannya.
Aku memasang CD pulak.Lagu baru dari artis yang sama.
Aku kemudian keluar dari bilik menuju ke tandas.
Setelah sudah aku masuk semula ke dalam bilik.
Pintu ku kunci. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tidak boleh melelapkan mata.
Aku melihat di sekeliling. Bosannya.
Cahaya dari lampu jalan ada sedikit menerangi bilik ku, masuk di antara celah-celah tingkap.
Aku diam.Mengelamun.
Memandang ke arah tingkap dan mengalihkan pandangan ke arah pintu.
Agak lama aku memandang kosong ke pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masa aku memandang pintu aku terperasan ada satu pergerakan bayangan muncul dari pintu walaupun ia tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Lama-kelamaan seperti muncul satu bentuk seperti seseorang dari daun pintu dan masuk ke dalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|