|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
tekanan tu mmg bw padah. tp ada kalanya mmbw untung.. tgk keadaan kot  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2244 ibujarikaki's post
tu la..kalo tim lawan power kat midfil..terpaksa guna tekanan kot utk balance dgn midfil lawan..tu yg haku guna tekanan tu..
lpas ni lawan tim ko lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2240 Don Henley's post
tim ak lps lwn kacak aritu midfield sume form jatuh.. ..overplayed kot time lawan kacak aritu....ak men normal je lwn koben xleh nk men offensive player byk off-form... .. |
|
|
|
|
|
|
|
koben buat upset!!
luck plak lawan tim KaCak..sori ye |
|
|
|
|
|
|
|
pakar seri lah tim haku neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
gibab aku main kat dibisyen wan neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
MATCH HIGHLIGHT DAY 5 S4 DIV 4
MATCH HIGHLIGHT DAY 5 S4 DIV 4 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Prebiu LCX Premier Match 5 Isnin 19/01/09
Saja Saja F.C 4 - Rocky FC 1
Sentuhan pemusnah ArthurRowlands semakin berbisa apabila meledakkan 2 gol lagi apabila pasukan Saja Saja F.C menundukkan pasukan Rocky FC dengan keputusan 4-1 di Stadium Saja Saja kelmarin. Tuan rumah selesa di depan dengan 4-0 melalui gol Patrice Sohier dan Andre Redondo sebelum pasukan pelawat mendapat gol saguhati menerusi sepakan penalti Alastair Breckin. Kekalahan ini menyaksikan rekod tanpa kalah pasukan R0cky FC lebur setelah mencapat 4 kemenangan berturut-turut. Manakala pasukan wakil Brunei ini gah di persada liga dengan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Bagi perlawanan khamis nanti, Saja Saja F.C bakal berkunjung ke Stadium Temoh bagi berdepan dengan pasukan Team Kuku Cekam manakala pasukan Rocky FC berkelana berhadapan dengan pasukan Nasri Kawase FC di HanJiHye stadion. Perlawanan tumpuan Khamis nanti!
KBM-unite 2 - Team Kuku Cekam 0
Tiga mata penuh buat julung kalinya diperolehi pasukan KBM-unite apabila mereka mengecewakan pasukan Team Kuku Cekam 2-0 di Shah Alamanda kelmarin. Gol Davor Suker(24) dan Edgar Davids(56) membezakan kedua-dua pasukan biarpun perlawanan dilaporkan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Perlawanan khamis nanti, KBM-unite bakal berdepandengan pasukan korr fc di Giggsy Lane manakala Team Kuku Cekam akan menanti kunjungan pasukan Saja Saja F.C di Stadium Temoh.
TRUE BLUE FC 4 - korr fc 0
Ternyata pasukan korr merupakan lubuk untuk 3 mata di Premier musim ini apabila sekali lagi tunduk dengan jaringan yang sama seperti khamis lalu kepada pasukan tuan rumah TRUE BLUE FC di Blue Lane Stadium. Felipe Marazzina membuka jaringan buat tuan rumah di minit ke 5 dan Tommaso Mazzi menambah satu gol lagi hanya selang seminit. Pesta gol berterusan apabila tandukan Urbano Artico(22) dan penalti Nari Lotti(25) melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah. Tiada gol di babak kedua.
Perlawanan berikutnya, TRUE BLUE FC bakal menanti kunjungan KACak FC manakala korr fc pula menanti KBM-unite dan pastinya sukar untuk mereka menahan asakan pasukan pelawat nanti.
KaCak FC 1 - Saro FC 2
Keputusan dramatik di ol trapod kelmarin apabila pasukan tuan rumah akhirnya tunduk melalui jaringan di minit 95 Ricardo Carvalho setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 Kesungguhan tuan rumah mencari gol awal berhasil apabila di minit pertama mereka sudah di depan menerusi rembatan 觭car Montez. Aksi keras yang ditunjukkan oleh pasukan tuan rumah menyaksikan beberapa insiden kecederaan menganggu kelancaran permainan. Nasib agak menyebelahi pasukan pelawat apabila gol penyamaan yang dinantikan muncul di minit 80 menerusi sentuhan penyudah Lary Calderwood sebelum gol Carvalho di minit 95 memberi igauan ngeri buat pasukan tuan rumah.
Bagi perlawanan petang Khamis nanti, KaCak FCbakal berkunjung ke Blue Lane Stadium bagi berdepan dengan TRUE BLUE FC manakala pasukan Saro FC bakal menanti kunjungan CFC Koben di Stamford Bridge.
CFC Koben 1 - Nasri Kawase FC 0
Keputusan paling sensasi petang kelmarin di Premier apabila CFC Koben mengejutkan pasukan Nasri Kawase FC yang masih dibuai dengan kejayaan berpesta gol ketika menentang KaCak FC minggu lalu.Rembatan jarak jauh Sadi Karahan berjaya memperdayakan penjaga gol pasukan pelawat di minit 47. Sekaligus memberi 3 mata pertama buat pasukan tuan rumah di Premier selepas 5 perlawanan dan bakal dijadikan suntikan moral bagi berdepan dengan Saro FC di Stamford Bridge khamis nanti. Buat Nasri Kawase FC, ianya kekalahan yang diluar dugaan ketika mereka dilihat mampu mara jauh musim ini bagi merebut kejuaraan liga. Selepas ini pasukan Nasri Kawase FC bakal diuji oleh Rocky FC di HanJiHye stadion.
Manager Xpert Match 5: Koben19 ( CFC Koben )
Kita tunggu keputusannya khamia nanti!
Dengan beberapa keputusan upset kelmarin saingan LCX Premier dijangka semakin sengit dan dengan perjalanan liga yang masih panjang, semua pasukan masih berpeluang merebut kejuaraan liga!
[ Last edited by srumut at 20-1-2009 09:55 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|