CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

Novel Manisnya Cinta akan difilemkan: Manisnya Cinta Sam & Faz?

[Copy link]
Post time 7-7-2013 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Seyesly rasa suka tgk stail faz tahun ni.. sempoi.. suka makan... she looks more relax n happy.. love love love
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2013 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pnh_aa posted on 7-7-2013 08:06 PM
Seyesly rasa suka tgk stail faz tahun ni.. sempoi.. suka makan... she looks more relax n happy.. lov ...

Biasa la.owg sdg d lamun cinta.sam sowg yg sempoi so die kena la sempoi gak.sam ckp faz mmg suka mkan.u ada bc metro hari ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 10:41 PM | Show all posts
i tepek yg berkaitan dgn dorg je
metro

Sam akui dia memang teringin mahu berumah tangga terutama apabila melihat kawan-kawan semuanya bahagia bersama pasangan dan anak-anak.

“Tapi mungkin kita berbalik pada soal jodoh. Saya percaya Allah sudah tentukan bila dan dengan siapa jodoh saya. Walaupun saya nak sangat berkahwin, saya tidak ambil serius kerana buat masa ini saya bekerja untuk mengukuhkan kewangan.
Foto

SAM akui senang berkawan dengan Fazura.


“Saya mahu adik beradik dan keluarga saya hidup senang. Bila berkahwin, saya akan berkahwin dengan ahli keluarga bakal isteri juga jadi, saya perlu bersedia,” katanya tenang.

Kata Sam, memang dia mempunyai masalah menjadi seorang yang pentingkan kesempurnaan (perfectionist) kerana terlalu memperincikan seseorang dari hati dan keperibadian. Itulah juga sebabnya dia payah untuk menerima wanita yang hadir dalam hidupnya.


Mengenai Fazura yang dikatakan teman istimewa Sam akhir-akhir ini dek fotonya bersama artis jelita itu sering dimuat naik di laman sosial Instagram baik milik Sam dan juga Fazura, Sam hanya ketawa.


“Saya sedar perkara itu sebab dari Januari sehingga beberapa minggu lalu, saya banyak keluarkan foto Fazura. Tahun ini saya rapat sebab kami mula bekerja bersama sejak awal Januari lalu dari drama sehinggalah ke filem.


“Drama Kisah Cinta dan terbaru filem Manisnya Cinta. Jadi mungkin dalam tempoh masa itu orang asyik kaitkan saya dengan Fazura saja. Hakikatnya, kami berkongsi minat sama yakni suka menikmati makanan lazat.

“Sepanjang penggambaran, ada kalanya kami keluar makan bersama sehingga ada yang beranggapan wujud hubungan istimewa antara kami.


“Tanggapan itu pasti berlaku selagi saya bergelar lelaki bujang dan bukan mudah hendak mengubah persepsi orang,” katanya.


Dalam seloroh, secara peribadi Sam mendakwa Fazura seorang yang kuat makan. Tambahnya, Fazura seorang yang baik dan dia mengenalinya sejak 2008 tetapi rapat sekejap saja sebelum kembali senyap.

“Tidak sangka kami dapat bertemu semula. Awal dulu dia seolah susah nak didekati tetapi bila dah mulai rapat kembali, saya lihat Fazura seorang yang jujur dengan dirinya sendiri. Boleh bawa bergurau, senang bergaul dan tidak ada halangan.

“Dalam masa enam bulan ini adalah beberapa kali kami keluar dan terserempak tapi setakat itu saja. Mami Sam juga tidak pernah menghalang atau memaksa Sam lebih rapat dengan Fazura kerana beranggapan itu hak saya untuk melakukan apa yang terbaik.


“Mami juga tidak pernah menekan saya untuk berkahwin cepat. Apatah lagi saya percaya, mungkin disebabkan melihat adik beradik lain semua sudah mendirikan rumah tangga, mami tidak terlalu risau,” katanya.


Sam akui pernah meluahkan hasrat kepada ibunya untuk berkahwin dan ibunya tiada masalah untuk anaknya bekerja mencari duit atau berkahwin segera.


“Bila ditembak dengan soalan sama pasal kahwin, saya terpaksa bercerita benda sama berulang kali. Saya tidak tertekan tetapi saya tahu akan melaluinya (soalan bila akan berkahwin serta dikaitkan dengan orang itu dan ini). Itu masalah yang saya terpaksa lalui selagi belum berkahwin.


“Tapi nak buat macam mana sebab kerja saya masyarakat nampak dan tengok. Saya tidak ada masalah untuk berkahwin dengan sesiapa saja, mungkin pelakon, penyanyi, gadis biasa atau mungkin juga peminat,” katanya memohon peminat mendoakan semoga jodohnya dipermudahkan.


Tanpa berselindung Sam akui hampir setiap malam sebelum tidur, dia akan berfikir adakah dia akan berkahwin. Sehinggakan kadangkala air matanya hampir gugur memikir perkara itu. Usia sudah mencecah 31 tahun dan mengandaikan jika mendapat anak pada usia lewat, dia bimbang masa depan zuriatnya nanti.


“Saya ada niat rasa nak kahwin tapi pintu hati untuk siapa, saya belum terbuka. Ada juga kawan-kawan nasihat saya buat solat hajat mohon petunjuk tetapi sejujurnya, saya takut dengan hasilnya kelak. Itulah masalah saya, terlalu fikirkan perkara yang membabitkan soal masa depan,” katanya serius.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 10:48 PM | Show all posts
zucheezy posted on 7-7-2013 10:41 PM
i tepek yg berkaitan dgn dorg je
metro

masih menafikan ker...hehek

takpe lah we all pray for the best utnk Sam-N-Faz ye...






*Mata org yg terpandang melihat kemesraan tu, tk kan menipu plak. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 11:01 PM | Show all posts
Syikien3 posted on 7-7-2013 10:48 PM
masih menafikan ker...hehek

takpe lah we all pray for the best utnk Sam-N-Faz ye... {: ...

tu la,, mase PC ni kot yg si zubir usik2 die pasal "Aktor kehilangan kata2 bile ditanya soal cinta" ... huhu .. tapi SAM still deny ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:05 AM | Show all posts
masa berlakon dgn yana, nora, nad, etc x sempat agaknya nak upload kat insta eh...
Adoila sam....kalau masih nak cari yg 'sempurna' good luck lah to you..
Harap akan ada peluang lagi utk jatuh cinta...

Kpd Pajura...ingat apa yg mommy kathy tweet, sekali petik jari...10 yg datang...ekekek....
Nak sangat tengok sugus faz...cepatlah gi bawak makan sup kambing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 12:13 AM | Show all posts
ziah posted on 8-7-2013 12:05 AM
masa berlakon dgn yana, nora, nad, etc x sempat agaknya nak upload kat insta eh...
Adoila sam....ka ...

hahaha.. obvious sgt kan ... jauh di sudut hati i sangat mengharap depa ni declare ... ramai je kt sini yg doa baik2 utk couple nih kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:17 AM | Show all posts
Syikien3 posted on 7-7-2013 10:48 PM
masih menafikan ker...hehek

takpe lah we all pray for the best utnk Sam-N-Faz ye... {: ...

masa belum sesuai lgi kot ..x pe lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 12:28 AM | Show all posts
zucheezy posted on 8-7-2013 12:17 AM
masa belum sesuai lgi kot ..x pe lah

bersangka baik kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 09:48 AM | Show all posts
ziah posted on 8-7-2013 12:05 AM
masa berlakon dgn yana, nora, nad, etc x sempat agaknya nak upload kat insta eh...
Adoila sam....ka ...

rasanya lirik lagu yang Faz pos di instagram ada kena mengena Sam tergamam masa PC agaknya.  Sebenarnya suka tengok Faz-Sam together tapi kalau betul Sam masih tidak hendak declare / rasa Faz ni tak sempurnanya untuknya, harap2 Faz dapat jodoh yang lebih baik. Hati perempuan mudah terasa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:45 AM | Show all posts
feline posted on 8-7-2013 09:48 AM
rasanya lirik lagu yang Faz pos di instagram ada kena mengena Sam tergamam masa PC agaknya.  Seben ...

Biarkan aje si Sam tu masih tkmo declare his relationship with Faz. mungkin Faz yg kehendakan begitu jgak. lagi2 bile si Faz pun very the secretive of her personal life so we need to respect that and hope for the best of this sweet couple. tk pernah sekalipun Faz declare any of her relationship secara terang dan lagi bersuluh. so i tk fikir Faz akan amek hati kalo ini adalah kehendaknya.


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:35 AM | Show all posts
Syikien3 posted on 8-7-2013 10:45 AM
Biarkan aje si Sam tu masih tkmo declare his relationship with Faz. mungkin Faz yg kehendakan begi ...

harap-haraplah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lah itu kehendak faz.sbb tu la sam pon hormat kputusan faz.lagipun dowg msih bru.klo dowg ta couple ta mgkin la sam na bwak faz p umah sam.faz bwak sam brcuti.kite doa je yg trbaik tok dowg.msa dowg
psti akn sampai.so kite tggu dan lihat saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 04:19 PM | Show all posts
love Bernard's film .. king of rocom
cant wait
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
feline posted on 8-7-2013 09:48 AM
rasanya lirik lagu yang Faz pos di instagram ada kena mengena Sam tergamam masa PC agaknya.  Seben ...

Lirik lagu? Mana mana? Huhu.. tak perasan pon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 09:24 PM | Show all posts
carlzz posted on 8-7-2013 02:09 PM
Mmg lah itu kehendak faz.sbb tu la sam pon hormat kputusan faz.lagipun dowg msih bru.klo dowg ta cou ...

rupa-rupanya faz yang rahsiakan?  sorry saya tidak tahu sebab dia rajin juga tepek gambar mereka berdua di instagram..apa-apa pun harap mereka tidak bergaduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 10:31 PM | Show all posts
carlzz posted on 8-7-2013 02:09 PM
Mmg lah itu kehendak faz.sbb tu la sam pon hormat kputusan faz.lagipun dowg msih bru.klo dowg ta cou ...

mirror mirror on the wall show me who @carlzz is... hehek... confident je u jwb ek.. on behalf FAZ ke SAM ni?...
nyway kalau u antara org yg rapat dengan this lovebird.. sampaikan salam kami ek ... dengan ucapan cepat2 la declare ... bile Wedding of the year nnt .. hehek ..


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 11:15 AM | Show all posts
feline posted on 8-7-2013 09:24 PM
rupa-rupanya faz yang rahsiakan?  sorry saya tidak tahu sebab dia rajin juga tepek gam ...

faz mmg tak suka her private life di diskusi di dlm suratkhabar. mmg itu kehendaknya dari dulu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rinduuu....... rindu serindu rindunyaaaaaaa...... tp diaorg x mengerti.. ohoooo oooo...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 01:47 PM | Show all posts
sunyi nye benang ni sekarang ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.145285 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list