CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 18-4-2017 11:58 AM | Show all posts
best..  errrr ade care tak nak dpt auto-noti kalau ade update kat sini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 03:04 PM | Show all posts
@dammerung tenkiu up cete baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2017 03:48 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 18-4-2017 04:49 PM

Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian II)


Sementara menunggu dibawa ke klinik, Rohani terpaksa bersendirian di dorm. Semasa ditemani Ecah yang membawa sarapan untuknya, berat sahaja hati Rohani untuk membenarkan rakan baiknya itu pergi ke kelas, kalau boleh dia nak Ecah cuti satu hari menemaninya di dorm.

Menurut kata Ecah tadi, dia akan dibawa ke klinik pukul 11 pagi nanti. Kepala berat, kelopak mata berbahang dan tubuhnya mengigil. Rohani mengerekot sambil menyelubung tubuh dengan selimut.

Perlahan dibuka mata sebaik terdengar tapak kaki di koridor luar dorm. Seorang pelajar senior yang sudah lupa namanya dan pembantu warden memasuki ruang dorm 13 dan menuju ke arah Rohani.

Tetapi langkah mereka terhenti secara tiba-tiba, terpaku melihat luar tingkap belakang Rohani.

"Siapa tu?" Tanya pelajar senior

Pembantu warden tidak menjawab. Matanya tidak berkelip lihat sesuatu yang jelas sedang berada di kawasan padang.

"Boleh bangun?" Tanya senior pada Rohani tergesa-gesa dan riak wajah cemas.

"Errr..." Apa punya soalan lah kata Rohani dalam hati. Kalau larat bangun dah lama dia bangun. Ini nak angkat kepala pun seksa.

Tengah terkial-kial cuba bangun, Rohani terus dipapah berdiri oleh dua orang itu. Tak sempat nak pakai bra, nak sarung seluar dah di seret keluar dorm. Bengang lah si Rohani, dah lah tengah sakit kena pula diheret-heret begitu.

"Awak pakai macam ni je pergi klinik takpe ye" Kata senior pada Rohani.

Eh eh, ada pula selekeh bangun tidur begitu mahu dibawa ke klinik. Kalau tak kerana badannya terasa longlai yang amat dah lama dia mencarut. Senior tak senior, dia peduli apa. Macam tak nak tolong sahaja, dia pun tak minta tolong dua orang itu menguruskan dia ke klinik.

"Ya Allah, siapa tu Kak Wan?" Cemas suara senior bertanya pada pembantu warden.

"Dah dah jangan tegur" Balas pembantu warden dengan tegas.

"Kak saye tak nak lah pakai macam ni pergi klinik. Malu lah" Keluh Rohani.

"Kita ke dorm akak, awak pakai akak punya dulu" Balas senior kepada kerisauan Rohani.

Blok B terletak di antara Blok C dan Dewan Makan. Kata Rohani, masa itu hati dia memang tengah panas membara. Kejap pergi klinik, kejap pergi blok B, dengan sendi-sendi sakit, kepala berdenyutnya lagi. Tiba di dorm blok B, Rohani disuruh baring dulu di katil milik senior. Tanpa segan-silu, selamba aja dia menarik selimut yang telah diperkemaskan menutupi tubuh.

Disebalik merintih demam itu, Rohani perasan senior kelihatan panik dengan nafas turun naik dan ditenangkan oleh pembantu warden yang beria-ria menyuruh senior tersebut duduk di tilam.

"Jangan fikir bukan-bukan"

"Siapa dua orang tu tadi? Itu orang kan? Siapa orang hitam tu? Kenapa merangkak macam tu? Saye takutlah Kak Wan, Takut!" Bertalu-talu soalan kepada Kak Wan, pembantu kepada Ustazah Fauziah.

Kak Wan tidak menjawab pertanyaan tapi cuma suruh bertenang dan jangan banyak tanya. Tangannya mengurut-ngurut bahu senior yang terkesan dari apa yang dilihat sebentar tadi.

Rohani dibawa ke klinik ditemani Kak Wan. Dipendekkan cerita, Rohani dirujuk ke hospital besar dan dimasukkan ke dalam wad kerana disyaki denggi. Tiga hari kemudian dia dibenarkan keluar setelah disahkan cuma demam biasa. Sekembalinya ke asrama, Rohani mendapati suasana Aspuri suram. Selalunya mesti ada ketawa, berbual, radio dan sebagainya, ini macam di penjara pula, bukanlah Rohani cuba kata yang dia pernah masuk penjara tapi nak menggambarkan suasana Aspuri ketika itu ibarat berubah 180 darjah dari sebelumnya.

Dia pulang ketika semua lagi bersiap mahu prep petang. Agak terkilan apabila kepulangannya tidak disambut oleh teman-teman. Waktu dia masuk dorm, Ecah yang ketika itu sedang membetulkan tudung cuma berkata "Eh balik dah Kak Long?"

'Eh balik dah Kak Long? Itu je?' Pertanyaan acuh tak acuh Ecah diulang dalam hati Rohani.

"Eh tak lah, aku balek nak ambil barang lagi, sambung tidur kat spital lagi setahun!" Sindir Rohani dengan muka masam. Sudahlah sepanjang di hospital tiada seorang teman pun datang melawat. Teman-teman kampung yang duduk jauh itu pun sanggup datang. Dia menuju ke locker untuk memasukkan barang-barang dan tidak mempedulikan lain-lain. Kata Rohani, masa itu mata dia agak berkaca-kaca lah juga. Se tomboy-tomboy Rohani, dia agak sensitif soal hati dan perasaan ini.

"Kak Long" Suara Ain kedengaran dari belakang Rohani.

"Ha amende!" Sebaik Rohani berputar, dia melihat Ain, Ecah, Ida, Siti dan Lin dengan wajah sugul. Ada yang sampai bengkak-bengkak mata.

"Sorrylah kitaorang tak lawat kau, bukan tak nak lawat tapi kitaorang tak dibenarkan" Jelas Ida dengan mata bengkak seperti baru lepas menangis.

Dari kemuraman wajah mereka, ini bukan kerana kecewa tak lawat Rohani di hospital tetapi ada perkara lain yang terjadi ketika dia di hospital.

"Korang ni kenapa?" Tanya Rohani.

"Kau siap lah dulu pergi prep" Kata Ecah dalam suara sedih.

Rohani bersiap lebih kurang. Walaupun dia tak diwajibkan ke prep hari itu tetapi hampir seminggu bersendirian di hospital, dia tak sanggup nak melepak sorang-sorang dah. Ketika keluar dari dorm dia perasan katil Aminah dah kosong, kosong maksudnya tak bertilam. Dia sempat melirik ke arah locker Aminah yang tertutup tetapi tidak bermangga.

Suara dari PA tegas mengarahkan penghuni asrama baik Aspura dan Aspuri untuk mengosongkan dorm masing-masing sebelum pukul 2:30 tengahari. Pelik, kata Rohani dalam hati. Sebelum ini tak pernah pun sampai ada arahan di PA untuk pergi prep. Lagi bertambah pelik apabila semua beria-ria keluar meninggalkan asrama untuk ke kelas. Apa yang seronok sangat prep sampai berebut-rebut nak keluar pintu Aspuri?

Dalam perjalanan ke kelas, semua senyap sahaja. Tiada gurau senda dan hilai tawa. Kata Rohani, dia terasa seperti berjalan sendirian di lautan manusia yang sedang berarak di koridor menuju ke kelas. Hening.

"Ecah, baik kau bagitau aku apa cerite asrama kite tu selama aku takde" Kata Rohani sebaik tiba di kelas.

Ecah gusar. Dia lihat kiri dan kanan.

"Aku..aku tak tau la nak cerite camana Kak Long"

Aihh, ada yang kena tempeleng kejap lagi ni, fikir Rohani yang mula panas hati.

Sambil merenung tepat ke anak mata Ecah berwarna coklat itu, Rohani dalam suara tegas berkata;

"Ecah, baik kau cerite" Penumpuk Rohani dah berkepal menandakan kalau masih berdolak-dalik, mungkin akan singgah ke pipi putih kemerahan si Ecah;

Rakan-rakan Rohani hanya dimaklumkan mengenai statusnya sebaik mereka tiba di dorm dari Dewan Makan pada hari Rohani dibawa ke klinik. Mereka sepakatlah untuk berjumpa Ustazah Fauziah meminta kebenaran melawat Rohani di hospital selepas prep petang. Ketika tengah bersiap untuk prep, dua wanita berketurunan India Muslim beserta Kak Wan masuk ke dorm 13 dan mengosongkan locker Aminah. Kata Ecah, kedua wanita yang kemungkinan besar ahli keluarga Aminah, bergegas mengosongkan locker. Kotak biskut, toilettries ditinggalkan, cuma baju-baju di ambil itu pun longgok atas telekung kemudian ikat pikul sebelum tergopoh-gopoh keluar.

"Aminah dah tukar sekolah lain" Jelas Kak Wan ringkas sebaik ditanya Ecah dan rakan-rakan. Agak mengejutkan tetapi tidak hairan jika Aminah bertindak sedemikian selepas kejadian malam tadi. Lagipun Aminah seperti kekok dengan kehidupan asrama dimana dia lebih banyak menghabiskan masa bersendirian dan sering menangis.

Rutin berjalan seperti biasa dan mereka membuat hal sendiri ketika prep berlangsung. Ketenangan tengahari yang panas digemparkan dengan lolongan dari kelas Tingkatan 5. Bunyi meja dihempas sana-sini menambah kepada kegemparan tersebut. Tak lama untuk semua warga sekolah bergegas ke arah jeritan untuk mengetahui apa yang terjadi.

Dari lolongan seperti anjing, bertukar jadi mengilai dan kemudian menjerit-jerit. Pelajar-pelajar senior lelaki bertempik menyuruh para junior untuk kembali ke kelas.Kata Ecah, situasi memang serius sehingga sesi prep hari itu di batalkan dan semua warga asrama dikehendaki pulang ke dorm, menyambung prep di sana. Apa lagi, seronok lah semua orang. Kalau dah 'prep' di dorm, memang tak ada maknanya nak 'sambung prep'. Sambung tidur adalah.

Girang semua pulang ke dorm yang ketika itu tak sampai pukul 3 petang pun. Hiruk-pikuk jeritan di kelas Tingkatan 5 tidak lagi diperdulikan. Lantaklah nak meraung ke, mengilai ke, whoever that is, thank you seloroh semua junior.

Keadaan di Aspuri meriah. Kata Rohani, jangan ingat budak lelaki aja jenis memekak tak terkawal, orang perempuan pun sama. Lagi-lagi dengan ketiadaan seorang pun pelajar senior, warden dan pembantunya, lagi naik tocanglah semua.

Tapi kejap sahaja lah. Lepas itu hingar-bingar Aspuri reda lepas semua mula ambil kesempatan untuk tidur. Ini termasuklah penghuni dorm 13. Kata Rohani, tengah syok tidur, mereka dikejutkan apabila pintu dibuka kasar oleh geng Kelantan yang tak pernah duduk dorm itu. Mereka semua bersidai di tingkap. Hairan dengan perlakuan mereka, Ecah dan lain-lain pun turut serta.

Di tangga batu, ada beberapa guru sedang berkumpul, di atas dan di bawah. Semua memakai baju dan seluar putih. Bahang tengahari dengan matahari tegak atas kepala seolah tidak memberi kesan kepada mereka untuk berjemur disitu. Di tangga kelihatan seorang perempuan dalam keadaan tak terurus, dipapah Ustazah Fauziah dan seorang lagi ustazah sekolah perlahan-lahan menaiki tangga kemudian turun semula dari hujung ke hujung anak tangga. Kegiatan aneh itu diulang hampir 10 kali. Selepas itu perempuan dipapah tadi ditinggalkan di tengah tangga. Guru-guru lain menjauhkan diri dari tangga, seperti menunggu sesuatu.

Beberapa ketika kemudian, sepasang lelaki dan perempuan muda, tak tahu dari mana datangnya, tiba-tiba muncul menaiki tangga. Pasangan itu membongkok lalu memeluk perempuan di tangga dan menghayun tubuh kiri dan kanan. Masa itu kata Ecah, semua tingkap sisip di Blok C penuh dengan penonton tapi tak ada seorang pun berani bersuara.

Ketika sedang berhayun-hayun itu, salah seorang dari guru dengan berhati-hati menghampiri dan meletakkan dua pinggan nasi di anak tangga. Sebelum letak pinggan-pinggan, guru itu siap macam menyembah duli. Ini disusuli oleh guru-guru lain yang meletakkan piring lauk, buah, sepasang kelengkapan baju di letak atas dulang dan macam-macam lagi sampai penuh anak-anak tangga bawah dengan pinggan, piring dan dulang. Setiap dari mereka yang memberikan barangan tersebut akan menyembah duli dulu.

"KEPADA PARA PELAJAR ASPURI SAHAJA, SEMUA DIKEHENDAKI BERKUMPUL DI DEWAN MAKAN SEKARANG INI JUGA" Suara wanita di PA tidak diendahkan. Selepas ahli jawatankuasa Aspuri terpaksa pergi ke setiap dorm Blok C menengking suruh turun ke Dewan Makan barulah terhegeh-hegeh semuanya.

Hampir dua jam menunggu, Ustazah Fauziah masuk ke dalam Dewan Makan. Seperti biasa warden yang terkenal dengan wajah bengis itu memaki-hamun semua pelajar junior. Tak tahu kenapa, adakah sebab menyaksikan kejadian pelik di tangga belakang Aspuri sebentar tadi? Kalau gara-gara itu, tak adil lah nak marah-marah begitu.

"Siapa yang tengah period sekarang angkat tangan" Tiba-tiba Ustazah Fauziah bertanya soalan pelik di sebalik situasi yang udah sedia pelik.

Semua junior berpandangan antara satu sama lain. Apa kes pula ini nak tau siapa tengah period bagai? Memanglah semua perempuan tapi agak peribadi juga nak maklumkan ke semua orang tengah datang haid.

Sudah tentulah tiada siapa yang angkat tangan.

"SEKALI LAGI SAYA TANYA SIAPA YANG TENGAH HAID ANGKAT TANGAN. KALAU TAKDE SIAPA NAK MENGAKU, SEMUA KENA KURUNG KAT DEWAN MAKAN SAMPAI ADA YANG MENGAKU!!!"

Seorang demi seorang angkat tangan.

"BANGUN DAN IKUT KETUA ASPURI"

Mereka yang tengah period dikumpulkan dan di bawa ke Blok B. Ini termasuklah Ain dan Siti.

Bisikan memenuhi ruang Dewan Makan.

"DIAMMM!!!" Jerit Ustazah Fauziah sambil menolak periuk besi besar kosong di atas meja sebelahnya jatuh berdentum ke lantai.

Warden meluru keluar sebaik Dewan Makan menjadi hening. Kata Ecah, ada yang mula menangis. Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu Asar. Mereka dibenarkan pulang ke dorm masing-masing, bersiap untuk solat. Sebelum itu ketua Aspuri membuat pengumuman, mulai hari ini, semua waktu solat diwajibkan berjemaah di surau. Kalau tengah period, kena tunggu di Dewan Makan. Tidak ada sesiapa dibenarkan melepak di dorm melainkan untuk pulang salin pakaian, mandi dan tidur. Waktu mandi dan menggunakan tandas pun hanya dibenarkan untuk waktu sekian-sekian. Kalau ada sesiapa tengah malam nak memerut ke apa, tahanlah atau gunakan baldi. Sesiapa yang melanggar peraturan akan diambil tindakan keras.

what the...

Dewan Makan kembali gamat dengan ketidakpuasan hati. Ini dah macam duduk penjara pula. Mungkin duduk penjara pun tak separah ini peraturannya. Disebabkan semua masih budak-budak lagi, ikut aja lah arahan yang diberikan.

Sejak dari petang itu, kemeriahan Aspuri mula berkurangan. Malam itu semua junior diarahkan pergi prep tapi di dewan sekolah. Memang tak ada mood lah semua terpaksa buat kerja sekolah bersila atas lantai berhabuk. Tepat pukul 10 malam, ahli jawatan kuasa asrama dah bertempik suruh beredar ke Dewan Makan untuk minum malam. Semua bengang kerana kena arah-arah begitu. Apa, ingat semua ini budak-budak ke. Mentang-mentanglah awal 90an, tak ada smartphone lagi, kalau tak memang dah viral kejadian di sekolah itu.

Sudahlah gerak-geri mereka dipantau dan dikawal, nak pakai telefon awam menghubungi keluarga pun tak dibenarkan. Siap gagang telefon dicabutkan. Kalau sesiapa ada kecemasan sahaja dibenarkan menggunakan telefon, itu pun telefon pejabat sekolah.

Cerita Ecah lagi, malam itu ada lagi yang terjerit-jerit, tapi bukan di kelas tapi di Blok B Aspuri. Para senior dah bertempik bagi arahan jangan ada sesiapa pun cuba busybody bertenggek di luar dorm. Makanya terbaring lah mereka semua atas katil masing-masing tak boleh tidur sehingga histeria senior tersebut selesai sekitar pukul 2 pagi.

Semenjak kejadian itu juga, mereka tak dibenarkan menggunakan ampaian belakang Blok C untuk sidai baju. Sidailah kat mana-mana asalkan bukan belakang blok. Masuk hari kedua, tak ada kejadian aneh tapi peraturan ketat masih berjalan. Ecah ada tanya Ain, apa dia kena buat lepas kena panggil pasal period itu. Kata Ain, mereka diminta ganti tuala yang dah berdarah dengan yang baru dan kumpul dalam satu plastik besar warna kuning. Tak tahu nak buat apa dengan benda kotor itu.

Masuk hari ketiga, ramai warga junior Aspuri mula merasa impak peraturan baru yang ketat. Memang meletihkan gara-gara tidak mendapat rehat secukupnya. Itu yang semua murung sahaja sebaik Rohani pulang ke asrama.

Rohani terkejut mendengar cerita Ecah tapi dia agak lega apabila mengetahui bahawa penampakan pasangan misteri di tangga adalah benar. Mahu sahaja dia ungkit soal hari pertama di asrama yang dia nampak pasangan tangga ke Ecah tetapi dipendamkan saja sebaik melihat keletihan yang terpancar di wajah temannya itu.

Cuma ada satu sahaja yang masih menjadi rahsia peribadi Rohani, makhluk hitam yang dia nampak dan bersemuka semasa hari terakhir orientasi dan malam Aminah buat hal.

Teringat pada Aminah, Rohani bertanya mana pergi ahli dorm nya itu.

"Aminah dah tukar sekolah" Jawab Ecah pendek. Rohani ingatkan adalah penjelasan terperinci tentang perpindahan Aminah tapi cuma itu sahaja jawapan diterima.

Penerangan Ecah yang panjang lebar bersambung hingga ke prep malam dan Rohani hanya sedar bila loceng elektrik berbunyi menandakan prep malam sudah tamat. Kalau sebelum ini, agak meriah warga asrama beransur pulang ke dorm, tapi kali ini tepat berakhirnya loceng, semua bangun dan meninggalkan kelas serta-merta. Macam ada latihan kebakaran pula. Seperti siang tadi, koridor menuju ke Dewan Makan padat dengan pelajar tapi tak ada satu suara pun kedengaran, hanya derapan tapak kasut memenuhi suasana malam.

Susulan dari perintah berkurung, ada yang skipped minum malam untuk menggunakan tandas. Blok C ada tiga tingkat dan setiap tingkat ada satu bilik air/mandi di hujung tingkat. Satu tingkat ada 6 dorm, setiap dorm ada 12 orang. Jadi setiap malam ada 36 orang nak guna bilik air setiap tingkat yang hanya diperuntukkan untuk 10 orang dalam satu masa. Sebelum ini boleh lah ambil giliran tapi kalau sekarang ini hanya ada 30 minit sahaja, lepas itu perintah berkurung, memang berebutlah. Bila dah terdesak macam itu, tahap kebersihan mulalah jatuh. Itu yang ada masa, setakat nak buang air kecil, tanpa segan-silu ada yang selamba bercangkung di longkang, tak kisahlah senior atau junior.

Keadaan berterusan hingga masuk bulan kedua. Kata Rohani, semangat warga asrama dah betul-betul jatuh ketika itu. Sesi outing pun ramai yang tak keluar, kalau tak ada keluarga datang melawat, mereka menghabiskan masa tidur sahaja. Hubungan dia dan teman-teman pula semakin pudar. Siti dan Lin pindah semula ke sekolah lama mereka manakala Ida dapat kebenaran khas untuk menjadi 'pelajar luar' dimana dia dibenarkan untuk tinggal di luar dan hanya datang ketika sesi persekolahan. Kira nasib baiklah kerana Ida ada saudara tinggal berdekatan dan ada juga dia tawar ke Rohani dan yang lain tapi apa pula kata saudaranya nanti beramai-ramai menumpang. Akhirnya tinggallah Rohani, Ecah dan Ain dalam dorm 13. Lima lagi ahli dorm lebih sanggup ambil risiko bermalam di dorm teman mereka dan hanya pulang ketika ada spotcheck dilakukan.

Memandangkan banyak katil kosong, mereka bertiga mencantum tiga katil double decker supaya boleh tidur bersama. Kata Rohani, mereka menghuni katil bawah dan dah macam kubu mereka 'hias' dengan cadar dijadikan dinding meliputi sekeliling bukaan dan hanya satu 'pintu'. Disitulah mereka menghabiskan masa berborak sebelum tidur dan sebagainya. Walaupun merindui Ida, Siti dan Lin, Rohani dan yang lain menghargai persahabatan yang ada dan mereka menjadi bertambah erat.

Pada satu malam Jumaat, warga asrama dibenarkan pulang awal dari prep untuk berkemas kerana besoknya, selepas tamat persekolahan, mereka dibenarkan pulang ke kampung. Guruh dan angin kuat mula 'bekerja' dari waktu prep lagi. Seronoklah semua kerana malam itu sedap tidur dalam hujan. Rohani, Ecah dan Ain berkumpul dalam kubu mereka sebaik lampu dimatikan. Malam itu juga, geng Kelantan pulang bermalam di dorm 13.

Kata Rohani malam itu, aktiviti berborak sampai terbongkang berakhir awal kerana Ain dan Ecah tiba-tiba rasa mengantuk teramat sangat. Nak tak nak, Rohani pun tidur awal juga. Tak susah untuk dia terlelap dalam dingin ribut petir itu.

Tubuhnya bergegar. Sayup-sayup terdengar namanya dipanggil.Terpisat-pisat Rohani membuka mata mendapati Mimi, salah seorang dari geng Kelantan mengejutnya bangun.

"Apebende ni Mimi?" Tanya Rohani yang masih mau menyambung tidur.

"Tolong lah aku Rohani" Pujuk Mimi yang masih cuba menghalang cubaan tidurnya.

"Temanlah aku pergi toilet, yang lain aku cuba kejut tak bangun. Tolonglah Rohani, please, please. Aku dah tak tahan ni" Kalau tak kerana dia pun ada terasa nak kencing, memang pergi matilah dia nak temankan Mimi. Dia tak sanggup nak buat macam orang lain yang kencing dalam baldi atau yang dorm tingkat bawah, kencing di longkang. Jangan kata kencing dalam baldi, buang air besar dalam baldi pun ada. Rohani tak sampai tahap macam itu lagi. Baginya kehormatan wanita harus dijaga dan walaupun Mimi itu bukanlah dia suka sangat pun, tak sanggup dia nak biarkan kalau dia buang dalam baldi pula nanti.

Mereka berdua curi-curi keluar dorm menuju ke bilik air di hujung tingkat. Nak buka lampu takut tertangkap pula, jadi terpaksalah mengharap cahaya bulan untuk melakukan pelaburan.

Selesai melabur, Rohani dan Mimi terbongkok-bongkok di sebalik tembok koridor pulang ke dorm. Sempat jugalah Rohani bertanya, siapa sahaja yang dia kejutkan untuk temankan pergi bilik air?

Mimi cakap kalaulah ada di antara kawan geng Kelantannya bangun, tak adalah dia nak ganggu Rohani tidur. Jangan kata kawan-kawannya, Ecah dan Ain yang dia cuba kejutkan pun tidur macam orang mati. Sebab itu Rohani jadi mangsa. Ditanya juga kenapa malam ini tidur dalam dorm? Bukan selalunya tidur kat dorm kawan-kawan dia ke?

"Malam ni semua tiba-tiba berpakat nak tidur awal atas katil masing-masing, ngantuk sangat katenye" Balas Mimi.

Rohani teringat akan sesuatu janggal.

"Mimi, tadi kau minum malam tak?" Tanya Rohani sebaik mereka selamat menyelinap masuk ke dalam dorm.

"Tak sempat, aku banyak minum air fanta prep tadi, itu yang asyik terkencing je ni"

Rohani pun sama. Dia tak minum malam sebab dah jadi amalan tak singgah Dewan Makan lepas prep malam sebab tak nak bersesak guna bilik air sebelum tidur. Baru nak tanya lagi, Bunyi seperti berdengung kedengaran di luar dari arah padang. Kedua ahli dorm 13 sekali lagi terbongkok-bongkok di lantai dorm 13 dan meninjau dari tingkap.

Sekumpulan orang berkumpul di tepi tangga batu. Ada yang tunggu di atas dan ada tunggu di bawah, macam nak menyambut seseorang. Bila diamati bunyi dengung itu hasil dari gabungan dengungan suara manusia.

(Bersambung)

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:04 PM | Show all posts
huiyooo dammm sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:10 PM | Show all posts
yesss!!ada sambungan! tq bam Dam!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:19 PM | Show all posts
tq dam... sambung g.. best giler cite ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 04:37 PM | Show all posts
Adoii!! bersambung lagiii!!arghhh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank u damm! Tak sabar nak baca sambungan lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 04:56 PM | Show all posts
dammerung replied at 18-4-2017 03:48 PM
Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian II)


damn bg la alamat ko duk mana..rasa nk dtg rumah suruh hbs kan cite



waaa terseksa batin tggu update cite ko ni damnnnnn


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah..student kena ubat tido.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 05:37 PM | Show all posts
wahhhhhhhhh..
dah ada sambungannnnn

speku :

>>>darah haid tu untuk persembahan mentera jampi serapah untuk makanan jin/makhluk merangkak  kat tangga batu tu

>>> whatever makhluk merangkak tu sebenarnya ia ada kaitan dengan pasangan misteri kat tangga batu. darah haid tu makanan dialah..srutt..srutt....nak jilat darah.

>>> Cikgi2 kat sekolah tu bersengkongkol dengan pasangan misteri dalam upacara pelik kat tangga  batu untuk fulfill kehendak pasangan misteri itu. kalau tak, budak2 asrama kena kacau


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 06:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-4-2017 05:37 PM
wahhhhhhhhh..
dah ada sambungannnnn

setuju ngn ipo

zaman awal 90 an agama islam mcm x berapa nk kuat sgt...pegangan agama sekadar atas nama..tp mesti ada selit syirik2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 12:36 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-4-2017 05:37 PM
wahhhhhhhhh..
dah ada sambungannnnn

Hehehe...nak speku gitu jugak
Tapi nak tambah, aminah ditukar sekolah sebab dia tahu rahsia cikgu dan rahsia tangga batu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Omgggggg apsal semua bersekongkol dengan upacara tangga batu? Curious gila sambung lagi damm!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:19 AM | Show all posts
siap bagi ubat tido dalam air minum budak2 ni ke?
dasat ni.. nak kaberline buat benda2 syirik kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 10:40 AM | Show all posts
damm dah update cerita...thanks damm
nah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Confirm bg ubat tidoq...

Besaq kepala la setan tu..cikgu2 ikut kemahuan depa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:16 AM | Show all posts
omg.. upacara ape yg cikgu cikgi ni  buat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:22 AM | Show all posts
walaoooo.. seram gila dowhh cite kamu ... sambung erkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 01:20 PM | Show all posts
wooo..dasat citer dia..aku leh terbayang setiap babak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.763479 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list