CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Saya pakai duit sendiri, bukan duit Nedim – Nora Danish pg 92

 Close [Copy link]
Post time 4-11-2013 07:13 PM | Show all posts
cepheid posted on 4-11-2013 06:24 PM
Suka tengok gambar ni. Sweet sangat.

see baiknya hati qal takde simpan dendam mcm macit2 pprt..so lo soh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2013 07:45 PM | Show all posts
ira_229 posted on 4-11-2013 07:11 PM
agak dia pakai hp takleh delete.

Dik non kaka pn pakai hp bole jah
cuba try kP
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 posted on 4-11-2013 07:11 PM
agak dia pakai hp takleh delete.

Boleh je delete ... sg kedit la tu .... hahahhaa...
Kat seblah kanan compose box ada delete  function... delete je... hilang semua ...

Last edited by adelea on 5-11-2013 02:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:27 AM | Show all posts
Hi cik adelea, kucing Nora ko tak nak keji ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:33 AM | Show all posts
Utk tatapan cik adelea, comot tak ? Prfttt

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:34 AM | Show all posts
Saya pakai duit sendiri! – Nora Danish



BEBERAPA blog cuba memanipulasi kenyataan Nora dan Nedim mengenai hubungan mereka selepas dikecam dalam laman Instagram masing-masing.


BUKAN kekecohan baharu, tetapi kisah 'cinta' Nora Danish dengan Nedim Nazri kini menjadi semakin hangat.

Keintiman mereka yang kebanyakannya dipamerkan menerusi akaun Instagram milik masing-masing mencetuskan pelbagai persepsi daripada semua pengikut, pembenci, malah pemerhati bebas yang menanti perkembangan terkini hubungan baik mereka.

Terkini, kisah Nora dan Nedim menghabiskan masa lebih seminggu di kota London dalam kembara yang disifatkan sebagai percutian sekali gus menguruskan bisnes di sana menarik perhatian umum.

Ia menjadi panas apabila Nora dan Nedim memuat naik aktiviti mereka di sana selain beberapa keping gambar yang agak intim seperti berpegangan tangan, kedua-duanya juga telah mengeluarkan kenyataan tentang hubungan mereka dalam bentuk sarkarstik.

Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp menjawab persoalan yang dikemukakan Kosmo! kepadanya dengan berhemah.

Kosmo!: Ada dua perkara yang diperlukan daripada anda, jika sudi ditemu bual. Pertama, tentang dua pencalonan serentak dalam Anugerah Skrin pada malam Jumaat lalu iaitu untuk kategori Pelakon Drama Terbaik dan Pelakon Filem Terbaik. Kedua, tentang kisah anda dan Nedim.

NORA: Persoalan tentang Nedim itu lemah sikit (ketawa). Kalau boleh, saya minta jasa baik untuk tidak menjawab persoalan tersebut atau berkaitan peribadi lagi terutama tentang kerja dia dan hal-hal berkaitan politik sebab ada pihak mula memanipulasi jawapan saya dan menjadikan ia satu agenda lain pula. Jujurnya, saya lihat sekarang hubungan kami sudah mula diheret dalam kancah politik pula.

Tapi mungkin sebab anda berdua orang terkenal dan ia menjadi bualan bila kalian terbuka mengenai hubungan dengan memuat naik gambar-gambar dalam Instagram masing-masing. Terkini, hangat juga mengenai percutian kalian di London. Komen sikit?

Sebenarnya, kalau nak tanya pasal saya, saya tak ada masalah kerana saya faham dunia selebriti, tapi bukan dia. Pada saya, hal peribadi dia, orang lain tak perlu ikut campur. Tentang percutian pula, memang kami tak kisah berkongsi gambar bersama.

Kosmo! ada menerima kiriman jumlah harga tiket penerbangan anda ke London yang mencecah RM25,000. Ia satu jumlah yang besar dan ia mula mencetuskan banyak persoalan tentang perbelanjaan tersebut. Bagaimana anda boleh katakan tentang hal ini?

Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.

Susah menjadi Nora Danish sekarang?

Agaklah (ketawa). Susah sebab saya single (solo) pun saya kena, sudah ada kawan pun susah. Pening. Malah, saya tak sorok tentang dengan siapa saya berkawan dengan memuat naik di Instagram, pun orang mahu mencari benda yang boleh dijadikan hal lain pula.

Bercakap tentang Instagram, hubungan baik kalian dikecam teruk oleh haters (pembenci) akhir-akhir ini. Bagaimana kalian menanganinya?

Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa. Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya.

Jadi macam mana caranya anda mahu mengawal perkara-perkara negatif ini?

Saya belajar untuk kurang memberi jawapan jika ditanya tentang hubungan atau kisah peribadi kami, berbanding kisah karier saya. Saya kira, jika saya mahu berkongsi sesuatu pun, saya akan kongsi menerusi Instagram. Jika saya muat naik sesuatu di situ, maka adalah, jika tiada, tak perlu dikorek lagi.

Oh ya, ada yang mendakwa anda tidak hadir ke malam pencalonan Top 5 Anugerah Skrin baru-baru ini kerana mengelak ditanya tentang percutian dengan Nedim. Betul ke?

Tak, saya tidak hadir bukan sebab mengelak, tapi sebab saya demam dan masih jet lag akibat perubahan zon waktu.

Jadi, apakah perasaan anda apabila dicalonkan untuk dua kategori utama serentak?

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur terhadap kedua-dua pencalonan yang diberikan. Ini merupakan kali pertama saya tercalon dalam anugerah tersebut.

Saya kira kekuatan saya sehingga tercalon terletak kepada kedua-dua jalan cerita dan karakter yang saya bawa. Alhamdulillah, kita tengoklah, kalau ada rezeki, adalah. - MALIAH SURIP



Credits: kosmo.com.my


p/s: @miawpink  bole tukar tajuk tak?.....malas nak buka benang baru sbb nanti ada org cakap menyemakkan bod gosip je...hehe... Last edited by achik2009 on 5-11-2013 10:36 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2013 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
leotazz818 posted on 4-11-2013 02:09 PM
ye aku ckp mcm tu sbb nak suruh si melinda tu bukak mata.. jgn nak mengata kat Qal.. sbb org pun b ...

Oklah.. I baru bukak mata.. Cak! Oklah. For fs and nd fans.. Lihatlah dunia! Qal comel.. Fal comel and of coz Dre comel.. Mcm comel je mcm comel je.. Semuanya comel! Hehe. Tu baru ckp comot dah kena hen-tam seribu. Oklah. Nk tutup mata balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2013 10:51 AM | Show all posts
achik2009 posted on 5-11-2013 10:34 AM
Saya pakai duit sendiri! – Nora Danish

betul lah haters sebenarnya terdiri daripada budak2 atau orang tua pemikiran level budak2..

padanlah 1 photo caption nora letak i'm tired..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2013 10:52 AM | Show all posts
achik2009 posted on 5-11-2013 10:34 AM
Saya pakai duit sendiri! – Nora Danish

ya udah di tukar tajuk nya
ok x tajuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada jodoh... amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:56 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-11-2013 10:52 AM
ya udah di tukar tajuk nya
ok x tajuk ni

TQ cik miaw....

Salam Maal Hijrah dan selamat bercuti....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:57 AM | Show all posts
bayar pakai faraj sundri bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Oklah saya tahu anda pelakon terhebat tiptop tu anda banyak duit sebab duit nedim semua di sedekahkan ke rakyat pprt, uat masjid.. ned mmg berjiwa rakyat.. hidup #neno..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 11:39 AM | Show all posts
Ye la  ye la..kami paham..
ND anak yatim..
ND ibu tunggal..
Tapi ND banyak duit a.k.a ber'uang'...

So kami konpius..ni nak kena kesian ke tidak neh???
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:02 PM | Show all posts
suterabiru123 posted on 5-11-2013 11:18 AM
Oklah saya tahu anda pelakon terhebat tiptop tu anda banyak duit sebab duit nedim semua di sedekahka ...

dah habis modal dah nak mengutuk??
benci anda dah tak boleh di bendung lagi kah??? istigfar lah byk2...
dr dok pk duit org kaya ke tidak.. pk je la hal diri sendiri dulu sempurna atau tidak..
buku amalan lama baru ditutup.. buku baru dibuka sempena maal hijrah, awak dah penuhkan dgn amalan2 yg -ve.... astagfirullahhalazim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2013 12:04 PM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 5-11-2013 10:57 AM
bayar pakai faraj sundri bukan?

ini seorg lagi.. astagfirullah..
kalau ia fitnah, sanggup awak tanggung dosanya?? fikirlah ya saudara kassim.. hanya mengingati..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:12 PM | Show all posts
serimaya posted on 4-11-2013 05:35 PM
manusia macam gini in real life aku rasa dorang jenis tak ramai kawan..depa ni jenis tak boleh ten ...

ha a.. itulah.. mmg tak de life.. perangai buruk sape nak, dah la perangai buruk.. rupa pun hudoh.. dah ler hudoh.. busuk pulak tu... itu dok bedengki dgn org 24 jam tu.. tak boleh tgk org lebih dr dia.... kalau dia dah cukup itu ini, mana nak jaki dgn ND
Last edited by leotazz818 on 5-11-2013 12:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:17 PM | Show all posts
Byk jgk duit nak g sne ek. Kena kumpul nii
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 5-11-2013 10:57 AM
bayar pakai faraj sundri bukan?

Jahatnya mulut......, tahun baru nak tambah dosa ke? Insaf2 lah bila mengeluarkan tuduhan sebarangan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.215761 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list