CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

[Copy link]
Post time 2-9-2014 12:39 PM | Show all posts
Sebak tengok...

....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:45 PM | Show all posts
Hari ini hari jadi Uncle’

Shah Alam : "Uncle (pak cik/Wan Amran Wan Hussin) ada maklum pada ibu saya (Puteri Ummi Maharum, 50) supaya menjaga isteri dan anaknya dengan baik sekiranya dia sudah tiada nanti," kata Atikah Hasanah Abdul Rahman, 21.

Atikah adalah anak saudara juruterbang MH17 Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin yang jenazahnya dibawa pulang ke tanah air bersama lapan lagi jenazah mangsa nahas MH17, pagi ini.

Menurut Atikah, kali terakhir dia dan keluarga bertemu dengan Wan Amran ketika mengadakan majlis makan malam di kediaman Allayarham, kira-kira sebulan sebelum pemergiannya ke Amsterdam.

Ika berkata, dia sedih dengan kejadian yang menimpa bapa saudaranya itu apatah lagi jenazah beliau tiba hari ini iaitu hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-50.

"Pada tahun sebelum ini, kami sekeluarga tidak pernah lupa mengucapkan hari lahir kepada uncle, namun suasananya sangat berbeza tahun ini.

"Uncle seorang yang sangat baik, penyayang dan mengambil berat mengenai anak saudaranya terutama hal pelajaran. Kami sangat rapat dan pemergiannya satu kehilangan yang amat besar buat kami dan keluarga, " katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:48 PM | Show all posts
MH17: Jenazah Muhamad Firdaus selamat disemadikan

TELUK INTAN 2 Sept. - Jenazah pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak di sini pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al Naim, Taman Seri Setia di sini - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:00 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 30-8-2014 11:48 AM
Russia urges UNSC to stop ‘speculation around MH17 flight’

At a UN Security Council meeting, Ru ...

Nampak sangat diorang ni cuba nak sorokkan sesuatu. Nak tuduh Russia tapi takde bukti kukuh, so aku agak diorang saja lengah-lengahkan kerja untuk karang cerita lain, buat Russia nampak bersalah. Damn betul lah %$^&%^&%&

Malaysia tersepit lagi dalam drama orang-orang gila kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong posted on 2-9-2014 12:06 PM
A pillar of strength to her children



Bless you guys. I respect their strength and perseverance. Ternyata orang yg sabar ni mmg deserve pahala tanpa batasan as mentioned by Allah SWT.

Kuat kan...bless them.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:15 PM | Show all posts
tapirbiru posted on 2-9-2014 09:58 AM
tadi family hakimi dengan family shaikh je ek..pengacara lelaki dua org tu menangis...sedih sgt

kenapa famili hakimi ade lg..?? bkn ke dia dh selamat kebumi mase first batch..??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 01:21 PM | Show all posts
MH17: UPACARA PENGURUSAN JENAZAH BERAGAMA ISLAM PENUH SOPAN DAN TERTIB

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- "Assalamualaikum. Siapa pun kamu, apa
jua keadaan kamu, kami hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
"Bantulah kami dalam menyempurnakan jasad kamu sebelum dikebumikan nanti.
Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah."


Itu antara ucapan, doa dan amalan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) sebaik sahaja menerima mana-mana jenazah pesawat malang MH17 untuk
upacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam.

Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah
adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di
Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, jenazah kemudian melalui lima proses
penting.
Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan,
laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan
pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.


MH17-JENAZAH 2 KUALA LUMPUR
Selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta
Innemee, S-Gravenhage, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan
pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.

Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah mayat itu, pasukan JAKIM terdiri
daripada pakar bahagian pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh kedutaan
Malaysia di Belanda, Malaysian Airlines (MAS) atau agensi yang dilantik untuk
menguruskan jenazah mengikut agama Islam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Mohd Ajib Ismail
berkata jenazah yang diletakkan di dalam bilik yang ditetapkan rumah mayat itu
kemudian akan menjalani proses 'embalming' sebelum boleh dimandikan atau
dikafankan.

"Sekiranya jenazah tersebut lelaki, proses embalming akan dilakukan oleh
pekerja lelaki Monuta Innemee.
"Kemudian, kami akan meminta pasukan pemandi jenazah lelaki dan perempuan
(bergantung kepada jenazah) untuk bersedia menjalankan tugas dengan kelengkapan pakaian khas dan peralatan memandikan jenazah yang dibawa dari Malaysia.

MH17-JENAZAH 3 KUALA LUMPUR
"Ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak
untuk memandikan jenazah menggunakan air atau sebaliknya berdasarkan kepada
keadaan mayat atau jenazah yang diterima pada masa itu," katanya kepada Bernama
baru-baru ini.
Seorang pemandi jenazah yang enggan dikenali berkata dalam memudahkan tugas
di fasa ini, beliau akan cuba 'berbual' ringkas dengan jasad dan 'buat seperti
biasa' tanpa ingin tahu siapa jenazah tersebut.

Seterusnya, Mohd Ajib yang juga koordinator pasukan JAKIM sepanjang tugasan
di Belanda itu berkata jika sesuai dimandikan atau boleh menggunakan air atau
dialirkan air, maka jenazah tersebut akan dimandikan.

Jelasnya,  proses seterusnya dilakukan dengan kelengkapan set pemandian atau
peralatan jenazah seperti kebiasaan yang dilakukan apabila memandikan jenazah
Malaysia.

"Proses mandi akan dimulakan oleh ketua pemandi jenazah dengan dibantu oleh
semua anggota pasukan berdasarkan pada jantina jenazah. Proses ini mengambil
masa sekurang-kurangnya 30 minit berdasarkan kepada keadaan jenazah.


MH17-JENAZAH 4 KUALA LUMPUR
"Jika jenazah tidak boleh kena air atau dilalukan air dan boleh luput bila
terkena air, ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan untuk menggunakan
kaedah tayamum dan kelengkapan tayamum perlu disediakan di tempat pemandian
yang juga dibawa khas dari Malaysia.

"Proses tayamum akan dimulakan berdasarkan jantina jenazah dan proses ini
makan masa sekurang-kurangnya 30 minit," katanya.
Mohd Ajib menambah setelah proses mandi atau tayamum selesai, ketua pemandi
jenazah akan memulakan proses mengkafan jenazah dengan bantuan anggota pasukan.

Beliau berkata jenazah tersebut akan diangkat ke pangkin bersih di sebelah
pangkin mandi yang telah dihamparkan kain kafan berserta kapas dan keperluannya
dengan lapisan keduanya, lapisan plastik memandangkan jenazah ini akan dibawa
(pulang) jauh  sebelum diikuti dengan lapisan kain putih yang lain.
Menurutnya, selepas dikafankan, jenazah akan diangkat ke dalam keranda
jenazah oleh kakitangan rumah mayat itu untuk proses selanjutnya sebelum
diletakkan ke dalam sebuah bilik khas.


MH17-JENAZAH 5 KUALA LUMPUR
Difahamkan antara proses itu ialah 'menghias dan mencantikkan keranda'
selain meletakkan bendera Jalur Gemilang.

Sebaik selesai proses tersebut, jenazah kemudian disolatkan oleh Imam Besar
Masjid Putra, Putrajaya Abd Manaf Mat yang turut menganggotai pasukan itu
sebelum dipersiapkan untuk dihantar pulang.

Sementara itu, Mohd Ajib berkata pasukannya seringkali ditanya sesetengah
pihak mengenai bagaimana keadaan fizikal jenazah yang telah lama meninggal itu.
Jelasnya, baik mana-mana jenazah sekalipun, tugas mereka hanyalah
menyempurnakan upacara pengurusan jenazah dan tidak akan sekali-kali membuka aib atau rahsia jenazah.


"Jenazah telah pun pergi. Tidak perlulah diketahui akan keadaan mereka sebaik sahaja kami terima kerana itu tidak penting, yang pentingya jenazah selamat disempurnakan.


MH17-JENAZAH 6 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Apa yang patut kita semua lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mana-mana
jenazah agar tenang di alam seterusnya," katanya.


FZL FZL RS
09/01/2014 18-40ST

**bagus info ni, so kita paham la tugasan mereka dan paham mcm mana proses pengurusan ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja posted on 2-9-2014 01:15 PM
kenapa famili hakimi ade lg..?? bkn ke dia dh selamat kebumi mase first batch..??

Xdak salah pn panggil family arwah hakimi tu walo jenazah beliau dah sampai masa 1st batch haritu. Saja la tu pihak mhi panggil sbgai jemputan.

Theyols mungkin nak share segala rasa, pengalaman bsama2 dgn family shaikh yg blum tahu lg bila akan sampai jenazahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 01:38 PM | Show all posts
kakasotong posted on 2-9-2014 01:34 PM
Xdak salah pn panggil family arwah hakimi tu walo jenazah beliau dah sampai masa 1st batch haritu. ...

oo.. mmg confirm la famili dia ade.. ingat kan salah tulis..
hehehe...
jgn mara naaa...


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:41 PM | Show all posts
Ya Allah berderai air mata aku tgk suasana pengkebumian..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja posted on 2-9-2014 01:38 PM
oo.. mmg confirm la famili dia ade.. ingat kan salah tulis..
hehehe...
jgn mara naaa...

Eh xde la noks. Iols xmarah la. Iols cuma mnjawab jah soalan uols tu td. Hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:55 PM | Show all posts
cameraman NST yg kena pukul oleh waris mangsa MH17 kat Nirwana tu apa kes?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:08 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 29-8-2014 09:03 PM
Ok, ok.. I tak sure umur dia. So ni kira Benjamin dah kira terkeluar dr senarai...
I gugel2, Ka ...

i day old- 2 years old - infant
2 years old - 12 years old - kids
12 years old and above - adult
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tinggal 11 lagi... harap dipermudahkan semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:42 PM | Show all posts
Moga dipermudah urusan yang lagi 11
dan moga ada closure untuk mh370...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 04:20 PM | Show all posts
eyansss posted on 2-9-2014 02:08 PM
i day old- 2 years old - infant
2 years old - 12 years old - kids
12 years old and above - adult ...

menurut berita ari tu, katanya 9 dibawa pulang termasuk sorang kanak2..
tu yg i list semua budak.. i saspek mathew la sebab dia 10 tahun,
tgk2 Kaela, so bayi pun dia masuk list kekanak la kot...
senang cerita gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 04:52 PM | Show all posts
crying.. again..

sob sob.. semoga semua roh tenang di sana
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:54 PM | Show all posts
baru lepas tgk ulangan mhi kat tonton...ya allah sedihnya tgk dua2 keluarga tu..especially keluarga shaik tu...dgn bini dan anak2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:48 PM | Show all posts
Hisham kate nak kene pegi lg tapak nahas..nak kene carik lg.,sedihhhhhhhhhhhhh sgtt.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:44 PM | Show all posts
Ade Sape2 sudi listkan balance yang belom dibawa pulang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.144805 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list