CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presiden_Lanun

[Tempatan] V25 MH370: PETUNJUK BARU BERCANGGAH DENGAN MAKLUMAT TERDAHULU

 Close [Copy link]
Post time 3-4-2014 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl posted on 3-4-2014 10:01 AM
tu mmg betul capt, tapi pendapat sy indon siam n temasik yg terletak disekeliling malaysia seharus ...

Belah us europe ada nato or pakatan atlantiknutara walauoun negara2 demekian sudah kuat...yg belah sini kail sejengkal pun masih eksyen sesama sendiri apa lg nak buat pakatan gitu....ckp asean buat hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 10:11 AM | Show all posts
guesswho09 posted on 3-4-2014 09:29 AM
mcm la prc tu boleh tutup mulut
akhirnya nanti leak jugak kat foreign media
tokok tambah citer

tau tak pe. siap sedia je lah dicerca
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:13 AM | Show all posts
pumpkingirl posted on 3-4-2014 10:07 AM
kadet diploma ni pilot je kebykannya..yg lama2 masih spm..yg degree ni samada dr upnm atao graduat ...

Yang ni lagi canggih dr uni tu sbb dia nanti akan boleh ambik license... boleh kerja sbg engineers bila berhenti dan boleh kerja sbg LAE untuk aviation company... tu semua engineering kat uni awam tak boleh buat ... so diaorang ni mmg privilege la kira sbb nanti bila keluar mccm mcm cabang boleh masuk. Tp hard work la ...
Last edited by scorpionkiki on 3-4-2014 10:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:13 AM | Show all posts
mamanoni posted on 3-4-2014 10:09 AM
Wahhhh ameno eh, kelasss kau jah, salam kenal...

salam kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:15 AM | Show all posts
pumpkingirl posted on 3-4-2014 09:18 AM
Time susahla baru kita kenal siapa kawan n siapa lawan..jiran terdekat yg selalu dibantu cepat2 meng ...

tau tak pe. dah tu sibuk dok mintak kita merayu bagai. bila da merayu baru lah beri kerjasama sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
poyohabis posted on 3-4-2014 09:04 AM
Malam tadi dua pupu arwah bapak aku call saje sembang2... So aku tanya la pendapat suami dia bekas b ...

I do heard the same comment...
Kerja org luar with the help of 1@some malaysian...
But definately not najib or anwar involvement....
Cuma situasi telah menyusahkan najib and twist the situation...
Walaupun I tak suka dgn kepimpinan dia tapi I kesian tgk dia sejak incident ni...
Muka stressnya and eyebag nya...no more synical smile
Just hoping one day he will realize greed wont bring you happiness and what bad things you have done will come back to you..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 posted on 3-4-2014 01:22 AM
Right from the word go jer dah bercanggah sebenarnya...
Last word from MH370...." Alright, goodn ...

apa la abang kelana
kan diorg x disclose
haha
sbb tu dato dca pon konpiyus...

mcm nk beri penegasan..mmg ada dia sebut 5 org x naek.. (gigih)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:16 AM | Show all posts
honeybee1802 posted on 3-4-2014 10:11 AM
Belah us europe ada nato or pakatan atlantiknutara walauoun negara2 demekian sudah kuat...yg belah ...

Dulu masa Tun M kalau tak salah dia nak buat  tp untuk blok ekonomi saja tp China nak masuk ... then US sudah marah... correct me if I'm wrong. Tu tak nak buat mcm NATO lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 10:16 AM | Show all posts
terkini


MH370: Syarikat telco enggan komen

SHAH ALAM - Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.

Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:17 AM | Show all posts
Bagaimana jika tidak terhempas?

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari  malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang  berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki posted on 3-4-2014 01:56 AM
@dino... kalau I tukar IP guna dns kira selamat tak? Tak maulah kena angkut...mcm mcm gambar ada d ...

boley imagine gamba2 apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:19 AM | Show all posts
edisi pak selamat dan isteri

Penjenayah kembalikan pasport

BERA - Belum reda kesedihan berikutan kehilangan anaknya, Mohd Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi semalam.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60,  tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu  perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Hanya isterinya, Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya, Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.

Menurut Rosila, dia tersedar dari tidur apabila lampu bilik terpasang, dan terkejut bila melihat dua orang bertopeng berada di hadapannya.

“Salah seorang mengacukan parang ke arah saya menyuruh saya supaya senyap, dan meminta memberikan gelang dan anting-anting.

“Sementara seorang lagi menyelongkar almari baju untuk mencari barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosila berkata, kedua-dua penjenayah itu yang memecah masuk melalui tingkap biliknya itu menggeledah rumahnya hampir setengah jam dan turut melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank.

"Saya merayu supaya mereka tidak ambil pasport kami kerana bimbang akan menyukarkan urusan ke luar negara sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai pesawat yang hilang itu di Perth, Australia.

Katanya, mereka turut mengambil beberapa kad bank, kad pengenalan dan dua telefon bimbit tetapi memulangkan kad Maybank, lesen memandu dan pasport.

“Selepas mereka ambil semua barang, saya ada dengar salah seorang menelefon rakan lain memberitahu untuk jumpa di tempat biasa. Dan mereka keluar ikut pintu utama, tetapi tidak langsung dengar bunyi motosikal atau kereta,” katanya.

Rosila memberitahu, dia bergegas ke rumah jiran untuk memaklumkan berhubung kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Mengkuang.

Difahamkan, Rosila sudah menghubungi suaminya (Selamat) untuk memberitahu perkara ini, dan dia agak terkejut mendengar apa yang berlaku serta memaklumkan akan pulang ke Bera hari ini selepas urusan di Putrajaya selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan kejadian tersebut dan kes sedang disiasat manakala pihak polis sedang memburu penjenayah itu.



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:21 AM | Show all posts
lorelai posted on 3-4-2014 10:18 AM
boley imagine gamba2 apa

Imagine boleh...tengok tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:21 AM | Show all posts
Siasatan polis tumpu 12 kru

Kuala Lumpur: Siasatan kehilangan MH370 kini lebih tertumpu kepada semua 12 kru pesawat termasuk juruterbang dan pembantunya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia susulan hasil siasatan awal Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang mengklasifikasikan semua 227 penumpang dari 15 negara termasuk Malaysia itu bersih dan bebas daripada elemen rampasan, sabotaj, psikologi dan peribadi.

Katanya, siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada keluarga dan kenalan mereka, selain beberapa elemen lain yang mungkin memberi petunjuk kepada punca kejadian.


“Berdasarkan keterangan hasil temu duga dan soal siasat ke atas lebih 170 individu, semua penumpang dikategorikan sebagai bersih dan bebas sebelum siasatan beralih kepada kru penerbangan termasuk mereka yang tidak berada dalam pesawat.


Belum ada maklumat

“Setakat ini, siasatan dibuat mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Kita belum ada maklumat mengenai motif sebenar kejadian,” katanya.
Beliau berkata, siasatan juga bukan hanya menjurus terhadap pemeriksaan ke atas simulator pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah, sebaliknya pelbagai bukti dan maklumat lain.

“Setakat ini, kami belum menerima laporan daripada pakar asing yang menjalankan pemeriksaan ke atas simulator itu serta maklumat lain oleh pasukan keselamatan luar negara yang turut membantu dalam siasatan.

Prosedur siasatan sendiri

“Kami mempunyai prosedur siasatan sendiri, ada antara maklumat yang boleh diberikan kepada anda (media), ada yang tidak boleh didedahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan,” katanya.

Katanya, polis juga tidak dapat menjangka berapa lama diperlukan untuk melengkapkan siasatan, namun memberi jaminan kes akan terus disiasat sehingga keputusan mengemukakan pertuduhan dibuat.

Beliau juga berkata, polis tidak pernah menerima permohonan daripada mana-mana agensi keselamatan asing untuk mengambil-alih mengetuai siasatan, sebaliknya banyak yang menawarkan diri dan kepakaran bagi membantu siasatan, selain maklumat yang diberikan oleh mereka.

Katanya, dakwaan media asing kononnya Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) serta beberapa agensi perisikan Britain dan Australia, mahu mengambil alih siasatan, tidak benar.

“Setakat ini kita masih mampu menjalankan siasatan di bawah kendalian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah, selain mempunyai pegawai dan anggota berkaliber dan berkemahiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid memberitahu media mengenai perincian contoh siasatan dalam mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Jika sebelum ini, apabila pihak MAS memaklumkan ada empat tan manggis dalam kargo kapal terbang, siasatan polis meliputi dari mana datangnya buah berkenaan seperti siapa yang memetik manggis, siapa membekalkannya, siapa yang membeli dan dihantar kepada siapa.

“Bukan hanya buah manggis, kita turut menjalankan siasatan di peringkat dalaman, seperti siapa yang memasak dan menghantar makanan ke dalam MH370, sebelum berlepas ke Beijing,” katanya

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:22 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:23 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 3-4-2014 10:19 AM
edisi pak selamat dan isteri

Penjenayah kembalikan pasport

Perompak ambik kad pengenalan? Indon ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl posted on 3-4-2014 01:33 AM
tak mcm siam temasik dan indon

spore la negara asean pertama tawarkan bantuan..
pm dia pon buat press conference
hari pertana..aset dia lg banyak deploy

tp matilah jap lg ada org tuduh aku pro spork la apa la.

walhal org dah tolong,wajib la cakap tenkiu. jangan jadi kaduk naik junjung..bila britain semua da tolong lupa jasa baik orang kt kita..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki posted on 3-4-2014 10:23 AM
Perompak ambik kad pengenalan? Indon ker


Klu tgk muka mmg sebijik ,passport tu utk dia ke OZ konon, sgt ambk brt anak tiri .... bg i biarlah mk sendiri yg pegi sana, minggir minggir Last edited by ladyxez on 3-4-2014 10:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:25 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 3-4-2014 10:23 AM
Perompak ambik kad pengenalan? Indon ker

lepas ni boleh jadi mcm2 hal lain pulakk..kesian depa sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:25 AM | Show all posts
lorelai posted on 3-4-2014 12:44 AM
betol..
memula kata ada 5 yg check in. bags da dikeluarkan semula..

lolo,

kiranya 5 org yg tak jadik naik tu tak termasuk la depa2 ni kan, sbb depa totally tak check in kan

1- Jessica (student)
2- Kwn Jessie (rakyat china)
3- pompuan yg katanya kawan dia kawin on 8/3 tu?
4- KaidenDL

pautan berita
http://www.themalaysianinsider.c ... ng-tidak-naik-mh370


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043510 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list