CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cakur

All About Bandung Indonesia - Part 23

[Copy link]
Post time 10-1-2017 10:31 AM | Show all posts
Kalau naik teksi pastikan teksi menggunakan meter / Argo.  Namun setiap teksi ada harga minimum bergantung kpd syarikat pengendali. Biasanya harga minimum ada ditampal di cermin kiri pintu penumpang. Paling tinggi harga minimum Rp35K - jadi kalau meter tunjuk Rp10K, kita kena bayar sebanyak Rp35K.  Kalau meter tunjuk Rp40K - kena bayar 40K lah yer Dan kadang-kadang pemandu akan minta duit parking sby Rp2K.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 10:52 AM | Show all posts
Tips untuk naik teksi:

Kalau kita decide nak naik teksi, pastikan sedikit sebanyak kita tahu jalan/route yang akan diambil oleh teksi untuk ke destinasi - kalau tidak pemandu akan bawa kita 'makan angin' keliling bandung.

Saya tinggal di hotel 101 Jln Dago. Saya ambil teksi di dpn hotel (jalan menghala ke Jalan Tol Pasupati Layang) sebab hari hujan. Jalan ini berlawanan arah ke Pasar Baru.  Sepatutnya saya kena cross jalan dan tahan teksi yang datang dari arah Dago.  Makanya driver teksi dengan selambanya memandu ke arah utara tanpa menunjukkan dia akan buat U turn.  Cepat-cepat saya menugur dengan mengatakan, bukankah kita harus ambil jalan yang bertentangan dengan melalui Jalan Merdeka dan melalui Bandung Indah Plaza, Jalan Bancuey dsb?  Then barulah driver tu buat U turn.  Alhamdulillah tambang yang ditunjukkan di Argo dalam 10K Rp kalau tak silap, tapi saya bayar 25K Rp sebab tambang minimum tadi. Selamat, selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 11:28 AM | Show all posts
Masa nak balik ke hotel dari Pasar Baru, driver teksi cuba nak ding-dong ding dong dengan kami.  Ada yang minta 50K Rp dan tak mahu guna meter.  Saya approach teksi Gema Ripah atau bluebird (tak pasti) yang sedang berhenti menunggu passenger sebab saya tahu dia akan guna Argo.  Tapi malangnya dia pun minta 50K Rp dan tak nak guna meter dgn alasan jalan ke Dago macet. Bila saya kata hotel 101 tu dekat dengan junction Jalan Riau/Merdeka dia buat-buat  macam tak tahu Hotel 101 tu letaknya kat mana.  Runding punya runding akhirnya dengan muka masam dia setuju nak hantar dengan tambang 35K Rp - tak apalah kan sbb tambang minimum memang 35K Rp pun

Masa dia lalu di Jalan ABC saya pun pura-pura excited cakap, "Wah Jln ABC, dekat dengan Penjara Banceuy di mana terletaknya penjara Sukarno!" Bila teksi mula masuk Jalan Perintis Kemerdekaan, saya cakap "Di sini mesti ada Gedung Indonesia Menggugat, dan di hadapan sana kita akan masuk ke Jln Westukencana - di situ dekat dengan Gedung Pakuan."  Barulah muka driver teksi tu berubah - tak mencuka.  hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:04 PM | Show all posts
Edited by msaadhamid at 10-1-2017 12:06 PM

Kalau shopping di Pasar Baru, kita akan jumpa ramai penjaja asungan yang menjual macam-macam barang jualan seperti minuman, kueh-mueh, fridge magnet, songkok, dsb.  Kalau kita layan mereka, maka akan datang lebih ramai peniaga menawarkan barangan mereka sehingga membuatkan kita rasa lemas.

Untuk elak dari dikerumuni oleh peniaga asungan tersebut, elakkan bertembung mata dan kalau kedai ada ruang yang luas, masuklah ke dalam kedai dan duduk berhampiran dengan jurujual.  Tektik ini juga dapat mengelakkan daripada berlakukan pencopetan sbb salah satu drpd modus operandi pencopetan ialah mengalihkan tumpuan (distraction) mangsa, bagi memudahkan orang kedua/ketiga execute tindakan copet tsbt.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:25 PM | Show all posts
msaadhamid replied at 10-1-2017 12:04 PM
Kalau shopping di Pasar Baru, kita akan jumpa ramai penjaja asungan yang menjual macam-macam barang  ...

good info. saya biasa naik teksi tapi di bangkok le .mereka guna meter je dan tiada mininum fare.
memang murah tapi kalau tahu jalan2 nya walaupun dah 3x ke bandung...sebenarnya rimas dgn penjaja2
walaupun kita tak cakap tak mau...

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 12:28 PM | Show all posts
Bercakap pasal pencopetan ini, salah satu tips untuk elak dari terkena copet ialah tingkatkan tahap kewaspadaan ke tahap maksimum.  Handbag atau sling bag sentiasa diletakkan di bahagian hadapan badan.  Kalau makan di restoran, jangan sekali-kali letakkan bag di atas kerusi kosong di sebelah kita atau di atas lantai lebih-lebih lagi kalau ada pelanggan lain sedang makan/duduk di meja berhampiran (meja belakang/meja sebelah kita) sbb itu akan menarik perhatian si pencopet. Nanti tanpa sedar bag kita akan hilang.

Biasanya kerja pencopetan ini dilakukan secara berkumpulan minimum 2 orang. Modus operandi mereka ialah:

1.  Identify the target  (ibu-ibu yang sedang ghairah membuat pilihan itu-ini)
2.  Distraction - mengalihkan perhatian seperti melanggar badan mangsa, pura-pura bertanya, ramai-ramai ajukan barang jualan kpd mangsa dll
3. lakukan aksi pencopetan yang sebenar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2017 01:00 PM | Show all posts
Edited by msaadhamid at 10-1-2017 01:03 PM

Saya pernah nak terkena copet di depan Pasar Baru pd thn 2012. Masa tu kami baru keluar dari Pasar Baru nak balik ke Hotel Kenangan dengan berjalan kaki.  Di depan Pasar Baru kami berhenti di satu kiosk yang menjual t-shirts Bandung.  Kami letakkan bag barang-barang belian di atas jalan kaki lima dan 'lupa diri' sekejap sebab nak pilih t-shirts yg cantik-cantik.   Masa tu datang seorang peminta sedekah sambil mendesak-desak kpd kami supaya menghulur sumbangan kepadanya.  Berkat memberi sedikit sumbangan kepada orang tadi,  Allah gerakkan hati saya memandang ke hadapan melihat ke arah perginya peminta sedekah tadi, dan pada masa itu saya terpandang seorang wanita separuh umur berjalan dengan tersangat cepat ke arah kami - macam nak kejar sesuatu.  Tiba-tiba saya teringat akan bag yang saya letak atas jalan dan cepat-cepat saya ambil.  Bertepatan dengan itu wanita tadi telah sampai ke tempat kami dan berdiri tercegat seketika dengan muka yang kecewa dan terperanjat kerana saya memandang tepat ke arahnya. Dengan cepat dia berpusing dan menghilang di celah-celah orang ramai.  Saya mengucapkan syukur dan sedikit menyesali diri kerana lalai seketika kerana tersangat ghairah untuk berbelanja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:25 PM | Show all posts
bakal ke bandung lagi nanti bulan depan

baca byk2 post kat sini tak jumpa pun lagi yg pergi makan di warung ampera.

saya suka makan di situ, yg paling senang cari di depan pasar baru.

ada tak porumer2 lain yg suka makan kat ampera jugak, atau ada apa2 review pasal ampera?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2017 10:27 PM | Show all posts
msaadhamid replied at 10-1-2017 09:52 AM
Tips untuk naik teksi:

Kalau kita decide nak naik teksi, pastikan sedikit sebanyak kita tahu jala ...

biasanya, taxi yang menunggu depan pasar baru itu memang tak mau pakai meter.
kalau mau cari taxi yang betul, harus jalan sedikit. ke arah kebun jati atau asia afrika / sudirman. tergantung tempat yang ingin dituju.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:28 PM | Show all posts
msaadhamid replied at 10-1-2017 11:04 AM
Kalau shopping di Pasar Baru, kita akan jumpa ramai penjaja asungan yang menjual macam-macam barang  ...

betul. bila dilayan satu, datanglah sepuluh.

orang yang minta uang pun sama. diberi satu orang, datang sepuluh orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:31 PM | Show all posts
itik_kuning replied at 10-1-2017 04:25 PM
bakal ke bandung lagi nanti bulan depan

baca byk2 post kat sini tak jumpa pun lagi yg pergi makan ...

ampera itu sebetulnya macam makanan sunda. ada ayam, ikan, tahu, tempe, dan lainnya.
kebanyakan makanan yang digoreng. kita ke sana, pilih lauk, lalu minta digoreng lagi.

karena itu, ada juga orang yang tak mau makan di sini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:36 PM | Show all posts
nampaknya jalan setiabudi bandung akan semakin macet dengan adanya tempat ini.

https://www.facebook.com/AmazingArtWorld.Bandung/
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 09:02 AM | Show all posts
cakur replied at 10-1-2017 10:31 PM
ampera itu sebetulnya macam makanan sunda. ada ayam, ikan, tahu, tempe, dan lainnya.
kebanyakan m ...

saya suka amik yg bakar pak, tak berminyak. lagi2 ayam bakarnya mmg enak. lagi sedap dari ayam penyet surabaya tu. pilihan pun banyak.

yang nak ke bandung jugak boleh la cuba warung ampera nih, masukkan dalam list sbb macam tak famous di kalangan orang malaysia. mula2 makan di sini pun orang bandung lokal yang kenalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:50 PM | Show all posts
pak cakur sila lihat pm

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 02:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum ...lama dah tak masuk sini..bz sikit...jalan2 Aceh dan menginap lama sikit di Kuching.

kepada yang dah booking transport dan hotel untuk bulan feb boleh lah update akak lagi. takut ada yang tercicir nama.

kepada yang dah pm akak tadi akak dah reply ya..tolong check.
untuk reply awal boleh watsup 0172262458


transport murah2 je.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:37 AM | Show all posts
salam ..
sy ahli baru ..
trip sy ke bandung 18-21 feb
saya dh booking supir dengan cakur trav
nak tanya spi sana mmg perlu beli sim card ke?dan ade x cadangan kedai telekung ..kain cotton ..lace yg murah..plan nk beli telekung pattern mcm SK tu
terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 01:55 PM | Show all posts
Edited by wck7-2011 at 17-1-2017 01:59 PM
zaidah82 replied at 17-1-2017 09:37 AM
salam ..
sy ahli baru ..
trip sy ke bandung 18-21 feb

bergantung keperluan ...saya guna simpati je..utk call ke malaysia dan upload gambar.tak payah beli pun tak pa
akhir2 ni kami call guna whatsapp call je ke malaysia .sebab ada wifi di hotel tempat menginap.
telekong siti kadtijah/lain2 tu kami beli  di pasar baru je utk keperluan sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 03:42 PM | Show all posts
snazri replied at 4-1-2017 11:27 AM
Maksud Pak Cakur di kedai kain ni macam di kedai kain taman kopo / rumah sulam pesona? atau di Pas ...

Maaf mencelah....saya pernah buat blazer di Pasar Baru Lantai 2....bila jadi kecik pulak.
saya dah ukur dari rumah sebab saya ni pun boleh menjahit juga cuma buat blazer tak pandai la.
bawa ukuran anak dari rumah, bagitau ikut ukuran saya jangan dilebih atau dikurangkan.

bila ambil nampak...apasal plk baju ni jadi kecit ni (sebab kita tau la size anak kita). ukur balik tanya
kenapa tak ikut ukuran yang saya bg. tukang jahit tu jawab..biasanya buk kalau bikin baju harus gitu..gini...bla...bla.
dia pulak yang pandai2 ubah ukuran. bawak balik anak pakai mmmm....sarung nangka la jadinya..

FYI juga,,,saya dah buat 5-6 helai blouse di Bandung...memang tak sesuai dengan saya, semua jadi
macam sarung nangka. saya tak pasti adakah memang di sana mereka suka baju yang muat2 atau
macamana. kain beli elok2 hancus....sejak tu memang saya tak pernah buat lagi baju di sana.

Mungkin saya salah pilih tukang jahit.
Good luck la kepada yang mencoba dan berjaya mendapat yang bagus...
saya hanya ingin berkongsi pengalaman sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 03:43 PM | Show all posts
coinstar replied at 26-12-2016 08:32 AM
Tq bebanyak kak lina... Supir memang terbaek... Menyesal x ambil full package.. sesapa nak booking ...

Alhamdulillah......tq juga guna perkhidmatan kami.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:53 AM | Show all posts
salam geng.. saya bercadang hendak ke bandung bulan 5 ni.
4 hari 3 malam
boleh suggest pak supir, dengan harga sekali
dan juga penginapan yang selesa, kalau ade swimming pool lagi cantek, sebab bawak anak2..
jasa anda amat dikenang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.570115 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list