|
kisah keluarga yang penuh misteri (cerita benar) #new# link cerita disediakan.
[Copy link]
|
|
bukan bangun lewat la
batu habis urusan seh
ermmm
pu3 welcome....cam maner mak?...
bro unic.......mis u
(kang ckp kat dok woni kene marah) |
|
|
|
|
|
|
|
cmne nk tukar gmbar kt sebelah ni ek?
hehehe jgn mrh yer....
korang sume tukar kta pn nk tukar jugak la.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. dok woni dok maroh eh.. kan? kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ismiulammraja at 11-9-2009 11:01
memandangkan ismi xder cite sangat so lebihbaik ismi kongsi citer ni ngan kawan2.citer ni bg impact yang sangat besat dalam hidup ismi, sesuatu yang di luar pemikiran....
JIN BARAH
"Pengalaman ini adalah perawat yang pernah dilatih diAkrine dan adakalanya menggunakan nama samaran Muallij. Ia bukan pengalaman saya, harap maklum dan mari berkongsi pengalaman beliau:
Agak mengecewakan apabila rawatan ke atas dua pesakit kanser yang mendatangi saya gagal menemukan apa-apa kaitan dengan makhluk halus. Kegelisahan saya mula bertambah apabila tidak lama selepas rawatan tersebut, salah seorang rakan sekolah saya meninggal dunia akibat kanser payudara. Semenjak ketiga-tiga peristiwa tersebut saya mula mencari-cari jawapan kepada penyakit kanser dan kaitannya dengan makhluk halus.
Sebenarnya dalam 'Pengalaman Merawat 24', saya pernah bertanya kepada jin resdung perihal kanser, dan secara tegasnya beliau menyatakan bahawa kanser adalah berpunca dari jin dan cara rawatan TB3 adalah yang paling berkesan. Bermula dari hari itu saya mula berdoa supaya Allah temukan saya dengan mana-mana pesakit kanser bagi saya mencuba kaedah TB3.
Alhamdulillah, akhirnya pada suatu hari saya dikunjungi oleh seorang pesakit kanser payudara yang pernah menjalani pembedahan dan beberapa sesi chemotherapy.
Saya mulakan rawatan seperti biasa walaupun hati saya seperti mendesak supaya saya terus melakukan TB3. Teknik scanning yang dilakukan telah menyebabkan wanita ini mengantuk dan tersengguk-sengguk.
Saya: "Akak mengantuk ke?"
Pesakit: "Ya la, akak mengantuk sangat-sangat."
Saya: "Kalau ngantuk sangat, tidur la..."
(Pesakit terus tidur dengan nyenyaknya dalam keadaan kaki berlunjur dan badannya bersandar pada dinding)
Saya perasan bahawa yang tidur tu bukanlah pesakit malahan dia sebenarnya adalah watak jin yang berada dalam badannya. Saya kemudiannya cuba memanggil jin yang tidur tu dengan pelbagai kaedah namun tiada hasilnya. Setelah saya menggunakan TRO, barulah kelihatan air mata mula mengalir keluar dari mata pesakit yang sedang dipejam rapat. Barulah saya tahu bahawa jin kesakitan akibat TRO.
Saya: "Kamu jin kanser ke?"
Jin: (mengangguk-angguk perlahan)
Saya: "Kamu dah tua sangat ke?"
Jin: (mengangguk-angguk perlahan)
Saya: "Saya mahu kamu tinggalkan dia kerana Allah."
Jin: (mengangguk-angguk perlahan)
Proses tarik dilakukan pada tangan kanan (berdekatan dengan payudara kanan yang sakit). Semasa proses tarik, pesakit sedar dan beritahu yang tangan kanannya terasa amat panas. Saya sendiri juga dapat merasakan haba kepanasannya.
Setelah jin-jin tersebut telah ditarik keluar, saya mulakan bacaan ruqyah kepada pesakit sambil memegang kepalanya. Secara tiba-tiba air bisa mula keluar tanpa henti dari payudara pesakit. Bau yang tidak menyenangkan juga mula memenuhi bilik rawatan. Pesakit mula mengadu kesakitan yang amat pada payudaranya. Beliau seperti menggelupur kesakitan. Maknanya sebahagian jin-jin yang tidak keluar telah mula tunjuk lagak dan protes.
Saya cuba menggunakan teknik TRO tetapi ia gagal memberi kesan kepada jin-jin yang mengganggu. Amaran akan disembelih pun gagal menakutkan mereka. Akhirnya saya buat keputusan untuk menggunakan TB3.
SubhanAllah, tak sampai 3 minit kesakitan hilang serta merta dan pesakit terus bangun dari baringan. Bermakna kesan dari bakaran telah terkena kepada jin-jin kanser tersebut. Saya kemudiannya menyarankan supaya mereka meneruskan TB3 di rumah.
TB3 - Teknik Bakar Batu Bata
TRO - Teknik Rotan Objek" { dipetik dari http://akrine.blogspot.com/search?updated-max=2009-08-08T08%3A17%3A00%2B08%3A00&max-results=10 pada 11 august 2009 pukul 11 am} |
|
|
|
|
|
|
|
ishh......citer ni......huhuhuhu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mandi Bunga
Ramai Perawat tidak jujur apabila mengesyorkan kaedah mandi bunga.
Apa sebenarnya mandi bunga itu sendiri hendaklah dijelaskan....
Mandi bunga bukannya untuk anak dara tua dan janda sahaja...Ia boleh sahaja kepada setiap lapisan umur tanpa mengira jantina....
Lazimnya Mandi bunga dilakukan untuk menaikkan seri wajah...Seri Wajah boleh luntur akibat Stress, Mainan Sihir seperti pelalau ( Penghalang Jodoh ), Kesan Sihir yang berlarutan, terkena apa yang dikata Cuca mayat, Terkejut yang amat sangat, mainan sihir yg melibatkan menyimpan semangat/rawan/roh dan berbagai sebab yang lain.
Memulihkan Seri Wajah adalah antara lainnya dilihat menarik..mudah mendapat kawan, musuh lembut hati, untuk temuduga dan lain-lain lagi.
Mandi Bunga hanya suatu pembaziran jika perkara2 yang menyebabkan Seri Wajah tidak dibuang terlebih dahulu...Mengikut Kaedah Tradisi..hendaklah dilimaukan pesakit setelah sihirnya dibuang/pulihkan atau rawan pesakit dikembalikan kepada Diri Terdiri dengan sempurnanya.
Biasanya jarak antara Mandi Limau penutup dengan Sesuatu Mandi Bunga ialah 7 hari...
Dewasa ini ramai perawat melanggar batas-batas agama bila perawat lelaki memandikan pesakit wanita. Sebaiknya perawat wanita yang melakukan mandian itu kepda pesakit wanita begitu juga sebaliknya.
Mandi bunga juga hendaklah berhati-hati kerana ada perawat yang mengambil kaedah mandi bunga Bunian..Antara tanda2 nya ialah ada unsur kain kuning atau warna2 tertentu samada sebagai kain basahan atau ditempat rawatan dimana perawat duduk dalam kelambu berwarna...Mandi kaedah Bunian ini boleh menyebabkan kita mendapat seekor pendamping yang bertugas seolah-olah menaikan seri muka kita....Maka berhati-hatilah..janagn tersalah pilih perawat.
Ketahanan Mandi Bunga ialah selama 6 bulan...selepas itu seri akan menurun secara beransur......
{dipetik dari http://darulsaka.blogspot.com/2009/06/mandi-bunga.html pada 11 ogos 2009 pukul 11.04 a.m) |
|
|
|
|
|
|
|
HUHU
dasyat nyer.....
tapi kn doa ruqyah tu memang dibaca utk halau jin, n batalkan sihir.... |
|
|
|
|
|
|
|
mandi bunga..pastu muke berbunga2 la kekdahnya yer...
ala sebelum nk kuar tu...tadah tangan baca selawat nabi..sabu je dari bawah dagu bawak ke keliling muke..pasti berseri..hehe xpun cube basuh muke dengan air basuhan beras yg ke 3..pasti berseri2..cm kueh seri muke..hehhe xpun berseri cm raja sehari je..hhe |
|
|
|
|
|
|
|
erm rmai yang guna ruqyah ni, tapi ada yang jenis jin yag tak takut bila di ruqyah...
maka kat sini ruqyah ni hanya ayat ALLAH, yang jua memberi kesakitan dan menghalau jin bagai hanya DIA, berserah pada DIA jer la. baca fatihah, tapi kita bergantung hanya pada DIA, insyaALLAH bleh menghalu jin bagai ni... |
|
|
|
|
|
|
|
apa susah nak berseri ni, pastikan wuduk tu xhabis, mesti berseri la,orang tgk pun redup jer
hehe
selamat beramal |
|
|
|
|
|
|
|
k lah out dulu byeee |
|
|
|
|
|
|
|
mas - klik kat menu User CP kat atas tu..
nak naikkan seri muka senang je... makan seri muka banyak2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pendamping atau Dampingan
Apakah beza Pendamping dengan Saka...
Dari segi teori tiada beza...Hantu Raya yakni tahap terendah dalam ranking hantu boleh menjadi Pendamping dan Juga Saka.
Seorang bomoh yang berdukun biasa akan membela seekor atau lebih hantu raya...Kalau Hantu raya dari penuntutan kita gelar pendamping...Tetapi bila Tok Bomoh sudah mati maka dampingan beliau mungkin turun ke Waris dibawah...Barulah ia digelar SAKA...
Lain perguruan lain kaedah dalam menghadapi Jin jenis Saka maupun Pendamping...
Ramai yg kurang faham..apabila Ustaz memberi garam beserta lada hitam yang di rukyah untuk ditabur keliling rumah...Masih terdapat gangguan SAKA...Kenapa ye ? Saka adalah Family member...mereka tetap akan dapat masuk....kecuali memagar dengan kaedah tertentu sahaja....Kalau setakat ayat2 Ruqyah..lupakan...Jin Sihir memang akan tertahan ataupun Jin liar...Namun pagar tetap bocor kerana JIN2 amat mahir melepasi pagar2 ruqyah tersebut terutama JIN liar yg kawasan penempatan mereka dicerobohi manusia....
Ada saya ceritakan serba sedikit dalam forum bagaimana mereka tetap boleh masuk walaupun dipagar secara ruqyah...
So kepada Perawat-perawat yg mengaku perawat Islam ..sila beri perhatian...Sudah terlalu kerap di kedengaran .... Ustaz dah pagar tetapi kenapa kena lagi...jangan Jumud..Ilmu Allah amat luas...Dalam Al-Quran memang dah ada pun..cuma kita selalu memandang yg selapis...
Berbalik kepada dampingan...ia diperolehi melalui
1) Penuntutan
2) Transfer - melalui barang atau secara jarak jauh sebagaimana yang berleluasa di internet sekarang . Saya amat melarang sebab murid terpedaya dan akhirnya menjadi saka...mula 2 rajin beramal pasal ilmu...lama2 bila dampingan menguasai kita menjadi malas beramal...
3) Dari asal baka yang kurang elok...Maka biasa kita dengar seseorang itu selalu cuba didampingi oleh bunian la..Tok Syeikh dll...Kita pun dengan mudahnya kata..bertuah dia..Sebnarnya itulah tanda malang..bukan salah mangsa tapi salah mak bapak...Semasa bersama kurang berdoa...maka ada percampuran benih JIN...Jin seperti bunian memang suka jenis budak2 yang begini sebab ada genetik mereka...Boleh dikenali...lelangit hitam, degil yang amat sangat, senyap yang amat sangat dan lain2 yg hampir mencarik adat...
Jika benih semasa mengandung melebihi 70 % benih JIN...maka potensi untuk bayi tiba2 hilang dalam kandungan adalah amat besar .....
4) Mangsa melalui sesuatu kawasan yang agak keras...Ada juga makhluk halus yang berkenan menjadi Dampingan...Jenis ini biasanya amat pencemburu...Membunuh benih....
Kelak kalau ada kurnia Allah kita akan membicarakan kadah membuang Dampingan.
Kenapa ramai yang gagal membuang dampingan walhal..teramat mudah tak sampai 10 detik sahaja....Kalau ada Ustaz yang mengatakan hanya Kaedah JIN sahaja mampu membuang dengan Pantas...ingatlah kaedah Ifrit di Zaman Sulaiman a.s. dikira lambat berbanding dgn Asif Barkhiya....Silalah dalami ilmu anda...Takan kita mengubat 10 tahun masih ditakuk itu sahaja...
Apakah beza membuang saka dan dampingan walaupun ia jenis yg sama seperti pelesit...begitu juga pelesit yang dihantar untuk melakukan sihir...apa bezanya...
dipetik dari http://darulsaka.blogspot.com/2009/06/pendamping-atau-dampingan.html pada 11 /8/09 pukul 11.20a.m |
|
|
|
|
|
|
|
best info ni...nak lagi ismi..share la |
|
|
|
|
|
|
|
jap ek
nanti ismi tampal lagiii
biar umah ni tutup hari ni
hahaha
banyak info ni
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenal JIN - Islam atau Tidak
Bab inile yang paling payah...Terutama bagi perawat2 yang tidak nampak.
Secara umum...mana2 JIN yang di rukyah dan mengikut balik..bacaan tersebut...BUKANLAH JIN ISLAM...Amat bersalahan sekali dengan dakwaan Ustaz2 seperti didalam rancangan Expose Mistik...DEN ulangi bukanlah JIN ISLAM....
Seperti yang dijelaskan oleh Hj Nazri...Jin Islam tidak akan mempermainkan Al-Quran kerana mereka pun terikat kepda syariat..Namun Jin Kafir....memang akan mempermainkan perawat. Lebih-lebih lagi kalau perawat percaya bahawa Ayat memberi bekas. Sebenarnya tidak ada satu ayat pun yang boleh mengeluarkan JIN...Tetapi Allah jua..itu pun atas tawakal Perawat...Maka ayat yang terbaik ialah AYAT SERIBU DINAR..Penyerahan secara Total..Maka pasti Allah s.w.t menunjukan jalan keluar...
Apakah jenis hantu terbaik untuk tujuan mempermainkan perawat sehingga goyah...HANTU RAYA...Jenis yang suka mengulang-ulang ayat Al-Quran....Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tak terbakar...Cuba ambil contoh orang2 Yahudi yang hafaz Al-Quran untuk mencari silap dan mempermainkan ayat Al-Quran...mereka tidak pun terbakar atau meletup, walhal Al-quran sudah dalam ingatan mereka...Ingat ...Ayat tidak memberi bekas...Maka kalau nak mengenakan mana2 perawat...tambatkan hantu raya pada badan pesakit...meleleh air liur mengaji...nak kasi lepas
Maka DEN ijazahkan sesiapa nak mengamalkan Ayat Seribu Dinar ini...Amat luas pemecahannya bukan setakat rezeki sahaja...Yang Pokoknya ialah Tawakal...Maka yakinlah Allah s.w.t akan menunjukan jalan keluar dari segenap arah..
Kaifiat amalannya ialah 40x selama 41 hari...lebih tak mengapa...dan boleh diteruskan selepas jazam...Ingat apa-apa masalah pun pasti ada jalan keluar...
Dalam kaedah Scan Musyahadah...Boleh dilihat secara terus..pada dahi JIN tersebut..Namun perhatian harus diberi kerana DEN pernah memakaikan Hanuman ( sejenis Jin Mainan Dewa bertahap tinggi ) dengan Jubah dan Serban yang bercahaya serta Tasbih...Kemudian DEN suruh scanner2 scan..mereka kata macam wali...siap
ada kalimah Alif Lam Lam Ha ( ALLAH ) di dahi...
He...he...DEN kata cuba tgk dibelakang jubah...Berapi ekor Hanuman tersebut...Aik...mereka kata camna boleh nampak kalimah Allah di dahi...DEN kata cuba scan dari tepi atau atas....Hek eleh...Sifu letak kat depan dahi je tulisan kalimah Allah tersebut, kata mereka..Sepatutnya kalimah tersebut melekat didahi....He..he...maka DEN terangkan satu persatu kepada scanner2 terbabit...akan tipudaya makhluk halus. Setakat jubah bercahaya tu, mana2 JIN boleh buat...begitu juga kalimah ALLAH dipaparkan didepan...bukan diatas dahi...maka nak scan kena lihat dari semua sudut...
Kalau malas nak scan...jurus aje...kalau yang baik..depa senyum aje...kalau yang menyamar..sure lari tinggal jubah..tak cukup tapak kaki..
Pengajaran ini boleh menjelaskan kehadiran Tok-tok Syeikh didalam mimpi yang datang mengajar sepotong dua ayat buat amalan...He..he..Lu pikirla sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
kak pu3 nak gi mana eh?.. |
|
|
|
|
|
|
|
manyaknye citer arinih..
nak baca sat erk.. |
|
|
|
|
|
|
|
pas ni ismi bukak rumah baru tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|