TIME'S UP!!!
Q65) Jawapan yg tepat C).
Lintasan untuk suicide adalah sangat common dan ini sangat jarang direalisasikan oleh individu. Mereka yang tiada berpenyakit mental pun seringkali mendapat fleeting suicdal ideation ini. Ini berlaku bila kita mendapat stress, dan ramai mereka yang normal mungkin didalam forum ini pun pernah terlintas. Antara tanda tanda yg ianya serious ialah bila seseorang itu ada penyakit mental, dan jikapun mereka mempunyai lintasan pemikiran sebegini yg amat kerap, peratusan menrealisasikannya adalah masih lagi rendah. Tanda tanda yg serious yg lain ialah bila membuat aktiviti kearahnya eg kunci pintu, dan melukakan diri sendiri. Menulis nota suicide adalah risiko yg tinggi.
A): budak 5 thn masih mentah untuk memahami concept mendapat sesuatu melalui penipuan symptoms eg agar tidak perlu kesekolah; adalah amat penting untuk medical komplen kanak kanak diambil dengan serius. Jika ada signs eg muntah, ini bermakna sakit kepala tadi adalah kerana pressure di dalam cranium sudah naik di moment ini (eg pendarahan, meningitis, tumor etc), symptom selanjutnya mungkin koma
B) ini adalah petanda serious paranoid schizophrenia; mereka kelihatan diam dan seolah bersembunyi di penjuru bilik, kerana mendengar suara suara sebegini. Pesakit yang menyerang org lain, adalah seringkali pesakit schizophrenia yang mendengar dan bertindak mengikut arahan suara tadi. Umur sebegini adalah umur yg biasanya schizophrenia mula muncul. Rawatan segera adalah perlu dan ''Involuntary Commitment'' ie penahan di hospital psychiatry tanpa kebenaran pesakit, adalah outcome yg terbaik demi keselamatan semua
D) darah dalam urine ialah ''haematuria''. haematuria boleh terjadi kerana bladder infection (UTI) etc. wanita mendapat nya kerap juga, mungkin beberapa kali setahun; tetapi jika lelaki mendapat UTI, ianya perlu disiasat segera. Haematuria pd lelaki therefore kena disiasat segara, lebih lebih laki bila berumur. Siasatan segera dilakukan di ''Haematuria Clinic'', yg meneliti khas lelaki yg komplen ada haematuria.
Haematuria ialah cancer bladder atau kidney, sehinggalah siasatan membuktikan sebaliknya. Setiap sehari menangguh, beberapa juta cells cancer baru membiak. Berkejar ke Emergency Dept adalah scenario yg sepatutnya
E) ini ialah ''amaurosis fugax'', dan ianya ialah sejenis ''mini-stroke''. ianya berlaku bila pecahan dari tompokan cholesterol didinding saluran darah dibawa oleh darah ke retinal artery, lalu tersumbat seketika. Berkejar ke Emergency Department adalah mandatory; pecahan yg selanjutnya, mungkin akan dibawa ke saluran darah otak, membawa kepada stroke.
|