CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[SERAM KAMPUS] Kisah Seram di UiTM

   Close [Copy link]
Post time 26-10-2013 08:34 PM | Show all posts
Go Uitm Go..!!! Aku bagi semangat je nih.. Sebab kalau citer melibatkan dalam uitm sume dalam benang aku.. ekekeke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 02:53 AM | Show all posts
ok lah aku pun nak bukak citer gak. panjang sket citer ni ek..

berlaku tahun 1995 di ppp/itm.. masa tu kat kolej kediaman seksyen 18 shah alam. minggu silaturrahim (MSR) bebudak a level batch 14 kot. aku jadik OC. biro disiplin. aku batch 12 so 2 tahun senior la dari bebudak baru ni. selain aku, ada lagi sorang member aku jadik OC biro disiplin gak. panggil dia emon la eh.

biasa la time MSR kan. juniors ni first2 dah kena warning pasal disiplin sepanjang seminggu MSR tu, mesti hormat senior, bagi salam pada OC, pakai nametag etc etc... so pada hari pertama tu aku tengok sume juniors mmg mengikut kata la (takut kot haha sbb aku n emon ni garang habis), kecuali ada sorang budak ni. cam kungajo sket la. tak pakai nametag. tak bagi salam kalo jumpa OC. so aku & emon mmg dah target budak ni. aku panggil dia nama H lah eh.

takpe. hari pertama. lepaskan dulu si H nih.

masuk hari kedua, sama gak. dia buat hal lagi. aku tak ingat apa.. tapi OC2 lain report cakap H ni bermasalah. so at the end of the day (masa tu 11pm+), kat dataran, aku denda semua budak2 juniors macam2 la disebabkan budak sorang ni.. ragging habis huhu.. kesian tgk theyols masa tu. dah la letih dah malam sume, esoknya nak bgn pg tp kne denda lak sampai 12+ baru aku lepaskan.

masuk hari ke-3. eh dia buat hal lagi. pagi2 before subuh selalu juniors kena berkumpul kat dataran sebelum smyg jemaah subuh. so masa kira2 budak tu tengok ada sorang missing. rupanya si H ni membuta lagi kat atas. lepas dah panggil turun tu, cam biasa la budak2 ni teruskan aktiviti diorang, tapi sepanjang hari H ni mmg kurang ajar abis la ngan OC. dengan aku & emon dia boleh selamba je maki. ok kitorang rilek je dulu. dalam hati cakap, siap kau malam ni.

so malam tu kat dataran before release juniors balik bilik, kami denda H depan semua orang. muka dia mmg bebulu habis la ngan kami OC2 ni. pandang aku & emon macam nak telan je. teruk gak la dia kena. lepas upacara mendenda, kami pun lepaskan bebudak suh balik bilik, tapi dia ni kami tahan dulu. ada few OCs ni kira nak slow talk ngan dia la.. nak tanya dia apa masalah kan sbb tgk dia ni mmg lain macam lah..

masa ni aku malas nak join. aku gi lepak kat ada satu meja batu tak jauh dari situ (baru nak makan). sekali tu tetiba aku tengok si H ni terlolong2 menjerit pastu berlari kemain laju. yang OC2 ni sume pakat kejar dia dari belakang. since budak H ni lari melintasi aku, aku pun terus la join kejar dia (kira aku la depan skali).

dengar dia jerit, "tolong! tolong! ada orang gila kejar aku!!!"

aku pun.. aik? orang gila? nak gelak pun ada sbb aku yg kejar depan skali kan. budak2 lain sume banyak terjenguk2 tengok apehal riuh rendah kami kat bawah tu (kolej kediaman ni ada 6 blok kot, semua blok mengadap dataran ni.. so imejin la semua jadi penonton dari bilik masing2 tengok adegan kejar mengejar haha)

H ni lari pegi masuk rumah salah sorang RS (resident staff) ni, semunyik kat bilik anak puan tu. aku & emon beriye la ketuk pintu suh dia kuar tapi dia tanak. dia cakap ngan anak RS tu, dia takut sebab ada orang gila kejar dia. sabo je la. hangin gak aku masa tu. ingat H ni mesti jenis attention seeker.

last2 RS pujuk dia pegi kat living room rumah dia n tanya dia baik2 la. aku & emon tak dibenarkan dekat sama skali so hanya few OC lain yg ada. since aku pun panas ati ngan perangai budak ni, aku malas nak layan. balik bilik la nak tido sebab masa tu pun dah kul 1 pagi. esok nak bangun awal lagi kul 5 pg nak make sure juniors turun smyg subuh. tapi aku dengar dari OC lain yang RS dah bawak H ni pegi hospital klang. saspek cam ada gangguan jiwa la.

so esoknya kul 5 pagi cam biasa, dengan hailer di tangan suruh budak juniors beratur kat dataran. roll call la.. nak kira semua budak ada ke tak. sekali tu kira punya kira ada sorang ni missing. memang H lah yang takde kan. aku ingat mmg dia kat sepital lah lagi. skali tu emon cakap H dah balik dah around 3 pagi (sebab dia ada ikut masa gi sepital) n dia sendiri yg anto H balik bilik. doc cuma bagi ubat je n cakap H ni stress kot sbb kena ragging ngan kami.

aku pun pikir ok takpe.. release kan budak dulu untuk subuh. kami OC2 ni pegi naik bilik budak H ni. tengok2 takde pun dia. aduh panik gak masa tu semua OC. pikir2 ntah dah lari ke apa budak ni.

tapi kami rilek dulu tanak kecoh2. just inform RS je.

lepas make sure budak2 dah siap subuh, ceramah subuh, bekfes n anto diorang ke seksyen 17 untuk ceramah kat dewan, aku & emon stay kat kolej kediaman ni sbb nak cari si H ni. bayangkan masa tu memang takde orang okeh kat semua bilik. kami masuk setiap blok, setiap rumah, setiap bilik nak cari dia. yang best tu aku & emon siap berpecah tu. macam berani je. tapi ada gak aku terbayang kot si H ni dok belakang pintu tetiba sergah aku ngan parang je kan

akhirnya jumpa jugak budak H tu. tau kat mana?
dalam loker ok. tapi loker orang lain kat tingkat 5 (bilik dia tingkat 3). loker tu dah la kecik.. boleh pulak dia sengih2 dok dalam tu.
dalam hati cakap, "ok sah budak ni mental".

lepas tu kami siapkan dia nak bawak pegi dewan. sambil tu aku cek la brg2 si H ni nak tengok budak ni betul ke ada sakit jiwa ke apa. dalam satu buku MSR (setiap student akan dapat buku MSR ni) aku tengok la dia conteng2 dalam tu. dia tulis macam2 la semua XXX belaka. macam biang habis la. H ni pulak lepas kami jumpa tu dok gelak2. cakap pasal main la, nak kawin la..

kat dewan aku cari roomate H ni. tanya diorang ada notis apa2 tak pasal budak ni. diorang cakap H ni suka cakap cam merepek2 la, macam tak betul sikit.. ada satu hari tu dia pegi amek baju dia letak kat loker orang lain. baju orang tu dia letak kat loker dia. pastu baju dalam baldi dia campur baju orang lain punye yang bersih n kotor. tapi since budak2 ni jadual diorang hectic kan seminggu tu campor penat lagi, diorang takde la rasa nak bgtau kami OC2 ni..

kami OC2 & RS ni pun miting. akhirnya call parents H ni, cadang nak anto dia balik la. tp diorang ckp H ni saja je nakkan perhatian kot. hmm.. susah gak kami masa tu. dengan nak handle budak2 lain lagi. so last2 decide hold je H ni dulu follow aktiviti. lepas MSR baru pk apa nak buat.

malam tu ada aktiviti qiamullail kat masjid shah alam. petang tu dah gerak gi masjid n juniors kne tido sana la semua. so kami bawak la si H ni skali ke masjid.

since H ni bebulu habis sama aku n emon, kami tak handle dia masa ni. pass kat another OC yang free. lepas je smyg maghrib, tetiba ada few OCs ni datang kocoh-kacah panggil aku & emon suh pegi bilik imam. rupanya budak H ni dah meracau2 dah. masa tu dia dok berdiri atas meja, kaki mengangkang n jari tuding ke atas sambil memaki2 mencarut2 kat imam masjid shah alam tu.  muka H masa ni merah hitam la. seram lak aku tengok kan. imam masa tu rilek je dok baca2. lepas tu dia picit ibu jari H ni. ha amek kaw.. melolong2 masa tu. aku & emon la yang tukang pegang dia. mata dia terbeliak2 pandang imam tu.

ha masa ni baru la betul2 tau budak H ni bukan sakit jiwa atau mental, tapi memang ada sesuatu dalam badan dia. hehe.. memang lembab betul kami ni. dah brp hari jadi tapi tak sangka langsung kes ni berkaitan mistik ke hapa..

tak lama pastu kami sapu muka dia ngan air yasin. dia pun pensan. imam suh kami bawak dia tido kat satu bilik dalam masjid tu (tak sure bilik apa tapi diorang cakap bilik sultanah yg mangkat dulu). lepas tu aku tak jaga dah H ni sebab kena handle budak2 juniors lain. ada duorang OC la yang bergilir2 baca yasin sambil jaga dia. kat luar bilik tu pun ada few OCs yang tido berkawal la kununnye.

around 3.30 pagi kecoh lagi. budak H ni hilang. rupanya OC yang berjaga ni sume pakat tertido. sedar2 je budak H ni dah takde. so OC ni masing2 merata la cari H ni. masa ni plak budak2 juniors lain dah start bangun untuk aktiviti qiamullail, so masa aktiviti mencari ni aku takde la join.

dekat kul 5 pagi baru jumpa H ni. nak tau kat mana? ha nuuuunnnn kat atas salah satu menara masjid tu. dah la dari 4 menara tu, satu menara tu je yang tak berlampu. boleh pulak dia gi tido kat situ. seram giler.

esok paginya kira hari last MSR. balik dari masjid direct terus ke dewan sebab aritu last day MSR. kira ada majlis penutup la. tapi sepanjang tu kami tak bagi H join. RS pun dah call parents dia suh datang amek n bawak berubat. baru la parents dia mengaku yang ada kemungkinan kes saka. maybe dari atok dia ke yang baru meninggal aku tak ingat sangat.. tapi saka tu dalam proses nak dipasskan pada H ni la.

sepanjang menunggu parents dia mai tu aku & emon la kena jaga dia. melayan je la dia merepek2 sepanjang tu. dia siap cakap dia benci ngan aku & emon sebab muka kitorang cam kueh pau. haha sabo je la. ada part tu nangis2. ada part tu gelak2. masa tu pun dah tak berapa nak seram sangat sebab lebih rasa cam kesian kat dia. ye la.. beriye ragging aritu kan tatau plak dia ni dirasuki jin. rasa guilty plak huhu.

lepas parents dia amek, aku pun tatau la apa yg jadi kat dia sebab masa  tu aku pun dah habis a level n nak fly ke UK. tapi dari juniors aku dengar dia dah pulih dah. alhamdulillah.

oh ye, aku penah skodeng fb H ni. dah jadik loyer kauuuu... heheh..

sekian, cerita aku. pengalaman seram2 sejuk sewaktu di UITM.
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 01:47 PM | Show all posts
setankuning posted on 28-10-2013 02:53 AM
ok lah aku pun nak bukak citer gak. panjang sket citer ni ek..

berlaku tahun 1995 di ppp/itm.. ma ...

Ok. Part 'lari2, orang gila kejar aku' dengan 'muka mcm kuih pau' buat aku tergelak besar yer
Susah jugak kalau keturunan ada saka nie. Dia dah sihat lah tu agaknya kan sebab ko pun cakap dia dah jadi lawyer kan

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:42 AM | Show all posts
tolong...org giler kejar aku....kahkahkahkkk..memang kalau aku pun cam "eeehhhh aku ker yg giler?"
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
setankuning posted on 28-10-2013 02:53 AM
ok lah aku pun nak bukak citer gak. panjang sket citer ni ek..

berlaku tahun 1995 di ppp/itm.. ma ...

seram kelakar posting ko nih!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 11:46 PM | Show all posts
Kpd momod @Santeira . Time kaseh bg kite tacang setahun yg lepas... Masa tu kite xtau apa itu tacang.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 02:32 PM | Show all posts
uuiishh bny gilaa pasai uitm nih,,sereemm
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 03:25 PM | Show all posts
wow. lagi dasyat dri usm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 05:08 PM | Show all posts
setankuning posted on 28-10-2013 02:53 AM
ok lah aku pun nak bukak citer gak. panjang sket citer ni ek..

berlaku tahun 1995 di ppp/itm.. ma ...

meroyan2 pun jadi lawyer jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 12:24 PM | Show all posts
ChintaQaseh posted on 26-10-2013 01:56 PM
perrhhhh berminggu2 jugala aku nk habiskan tread ni...
aku baru je daftar cari ni..sbb nk kongsi  ...

xslp ak kolej zamrud kot..aik dpt kolej lg ke bdk degree..apsal ak kne duk luar
alhamdulillah 5thun ak duk itm sgmt dr diploma (kolej baiduri) sampai degree (kolej SAB)(tu pon 1sem je) xde mnde scary meri..
sampai la kena duk luar ade kls mlm untuk bdk degree kna lalu jirat cina tu xde pape la yg skeri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:02 AM | Show all posts
nordin84 posted on 17-11-2013 12:24 PM
xslp ak kolej zamrud kot..aik dpt kolej lg ke bdk degree..apsal ak kne duk luar
alhamdulill ...

aku dok 1 sesi je pun..mase part 1 then aku buat intersesi so aku apply kolej...time tu la aku kne...member aku pn pernah kne kat belakang kolej intan,kan situ hutan sesangat...kalau nk study,bukak je tingkap mmg meremamg la bulu roma...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:16 PM | Show all posts
ChintaQaseh posted on 19-11-2013 11:02 AM
aku dok 1 sesi je pun..mase part 1 then aku buat intersesi so aku apply kolej...time tu la aku kne ...

ooo intersesi..time tu mmg xde org..ak intersesi duk rmh sewa je..sbb xde stok nk mkn haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 08:57 AM | Show all posts
disketkosong posted on 22-4-2013 09:23 AM
uitm ada kampus baru khas untuk jurusan perubatan kan?
kampus tu kat sg. buluh..
alkisah adik aku  ...

alamak!!!!!! en disc...tempat kerja baru saya tu nanti fakulti pergigian tuuu. adoi. mggu lps baru bt site visit dgn dean + kontraktor+staf. nak tgk project progress. nasib baik xbaca lagi post en disc ni time tu..kalo x maunya masa tgk basement parking tu sy pegang tangan dean.. masak la cmni, kalau sampai awal pagi mmg sanggup tggu kt RnR dulu kot. time balik pulak maunya pukul 5 dh terpacak kt tmpt thumb print. errr....nak gi toilet la cemana??? masuk berjemaah la nmpknya nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebb ak bace treat ni la ak kne kacau mlm td..ak kne posting kat hospital ampnag,so dudk hostel nurse kat sini,smlm ptg smp mlm td beriye ak baca benang ni..skali ak terlelap,kwn ak xtdo lg..skali,ad benda hitam himpap ak..ak jerit xklua suara..bnda tu pon jerit smbil tolak mke ak kat ttepi supaya xpandang die..perhhh..seramm...pastu ak bgn,ak jerit,kawan ak pelik dah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde sape2 ke nak cerita pasal kampus puncak alam nun?ak dulu memg batch 1st masuk sne..so memg hutan habis la..lpas pintu masuk sblm naik bukit nak g kampus ad tugu keris kat bulatan tu,diorg cite slalu nampak babi berkeliaran kat tugu tu..hutan gile!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:24 AM | Show all posts
aku pon ada cerita kat UITM SA, kat menara s&t dan perindu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 11:59 AM | Show all posts
perindu dulu bila cuti sem selalu tido. sebab g kursus btn la kursus rakan muda la. program anak angkat la.
sunyi dan gelap. tp x pernah jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:57 AM | Show all posts
senyap pulak.baru cuba nak meriahkan lagi benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 01:50 PM | Show all posts
chakkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 11:01 AM | Show all posts
ChintaQaseh replied at 19-11-2013 11:02 AM
aku dok 1 sesi je pun..mase part 1 then aku buat intersesi so aku apply kolej...time tu la aku kne ...

Aku pon ex-UiTM Segamat gak 2012-2014 JBM229 (Islamic Banking) . Kolej Intan juga tapi dormm punye yang bawah tu. Adelah 2-3 cerita time stay dekat dorm tu. Aku ada ada cerita hari tu klat thread lain,. nanti aku tempek sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083126 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list