Edited by une_fille at 10-12-2015 05:09 PM
Pengalaman sendiri ni..x tahu la seram ke tidak..
1st semester.. duduk di seroja 1.. masa ni,seroja 1 dah fully renovate. Lantai bilik dah tile, katil & wardrobe semua besi…kalau x silap tahun 2005 rasanya, masuk bulan Jun.. biasa la satu bilik 8org ada 4 katil double decker..tapi yg mana katil atas, mlm semua bawak turun tilam tido kat bawah tgh2 hall bilik.
Ada satu malam ni, dah tido actually..tiba2 rasa sunyi je..macam tido sensorg dalam bilik tu..pastu terjaga..tengok sekeliling..huaaa. .mmg sensorg pun semua org xde...ingatkan mimpi.. tgk jam time tu dekat pukul 3pg..tapi mmg betul semua org xde..toleh belakang..(kedudukan tido..kaki mengadap tingkap.. pintu di bahagian kepala..so bila bangun, kedudukan pintu di belakang la) pintu ternganga luas..time ni rasa marah yang lebih ..dah la tinggalkan sensorang..boleh pulak biarkan pintu ternganga luas..rupanya semua roommate duduk bersidai kat luar depan bilik..
Tanya la.. kenapa semua dekat luar..roomate bagitahu, ada budak bilik hujuang sebelah kanan kena ganggu..dalam bilik tu saya paling berusia time tu..roomate yg lain fresh SPM &STPM..kira pangkat adik2 la roommate semua tu.
Ada budak sorang ni suggest..akak..akak pegi la tengok.. lepas budak tu suggest macam tu..xde terpikir ape pun, cuma teringat amik wuduk ladulu..huhu..pastu terus pergi toilet hujung level.. huhu pergi sensorg pulak tu..tapi time tu x de rasa seram ke ape..menonong je pegi toilet..lepas amik wuduk..terus la pergi bilik budak yang diorg bagitahu kena ganggu tu..ada la3-4 org duduk kat luar..
Bagi salam..masuk2 bilik..budak yg kena ganggu tu dah terbaring tgh2 hall.. dah ada orang yang sedang tolong tenteramkan..kiri 2 orang, kanan 2 orang & sorang kat hujung kaki. Budak ni dia pejam mata x nak buka2 tapi dalam keadaan sedu sedan menangis..dia ada cakap2..tapi x ingat apa yang dia sebutkan..yang duduk kiri kanan tu AJK blok rasanya & Ketua Blok..sebab tgk ada la budak2 lain yang duduk kat katil masing2..mungkin roommatenya la kot.
Dah masuk tu..terus duduk dekat hujung kepala budak tu..sebabnya itu je ruang yang ada nak duduk..kedudukan membelakangkan pintu..
…Ketua blok, tanya budak tu “kenapa ni? Budak tu cakap.. ‘dia ada’ saya nampak 'dia'.. masa ni baru terpikir..Ooooo agaknya sebab ni kot budak ni pejam mata..
..pastu Ketua Blok suruh dia bukak mata, tunjuk “dia” dekat mana..budak tu menangis bertambah kuat.. cakap x nak bukak mata..takut..takut..
…Ketua Blok cakap lagi “..ok..ok xpe x yah bukak mata..bagitahu je nampak “dia tu” kat mana.”
…budak ni angkat tangan tunjuk kat mana tau…huhu..dekat atas pintu masuk bilik..errk.. haa..time ni baru datang rasa seram dia..terus rasa macam duduk x cecah lantai..huhu..tapi dalam pada rasa takut tu..ingat baca lafaz istia’zah je..baca yang tu je dalam hati..huhu..time ni ada jugak terpikir nak toleh belakang tengok..tapi ntah kenapa dalam hati macam berlawan x payah toleh tengok..
Kemudian Ketua Blok cakap " ..ok xpe..jom kita baca ayat kursi reramai.." sambil dia pegang tangan budak tu dia baca ayat kursi..hehe.. tapi yang baca kuat ketua blok sorang je..yang lain baca dalam hati kot..termasuk la yang bercerita ni..hehe..sebab rasa takut tu ada..baca pun x terkeluar..
Masa ketua blok baca sampai tempat berhenti yang ke 8 nak masuk yang ke 9..dia macam xboleh baca..nak keluar suara macam x lepas..dia cakap.. “minta bantu baca kuat sama2..saya x boleh nak habiskan baca..” time ni ntah datang dari mana rasa ni..baca la sama dgn dia semula kuat2..
Alhamdulillah dapat baca sampai habis..yg tempat berhenti akhir tu kami ulang tiga kali..alhamdulillah..budak tu berhenti menangis..pastu dia sendiri perlahan2 buka mata. Mungkin dia rasa benda tu dah xde .. dia bangun tapi dalam keadaan duduk, Ketua Blok bagi dia minum air..kemudian dia baring semula, terus tido. Ketua Blok pesan minta roommate dia tengok2an..kalau jadi balik..minta cepat2 panggil dia semula.
Kemudian..kami pun semua beredar la..balik bilik masing2.. balik bilik..terus rasa ngantuk..sambung tido..huhu..
Sekian, cerita yang x berapa nak seram.
|