|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
Originally posted by j_lyet at 2-2-2009 04:40 PM 
game ape ni?
bola sepak..kalo berminat nak join, bole surf dkt first page.. follow je instruction.. kalo ada tim kosong, kita akan swap anda..
kalo takde, kna la tggu jap |
|
|
|
|
|
|
|
hai saja2 :victory: ..sib baik aku tak mudah tergoda  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by j_lyet at 2-2-2009 04:40 PM 
game ape ni?
purak2 tak tahu ka?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2365 epitome's post
sy memang tk tahu bang epitome.. |
|
|
|
|
|
|
|
kali ni aku interbiu DonTough FC sbb kecemerlangan dia mng beso semlm.. tggu ajer di press  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2369 neo-painkillerz's post
weh...yob sapu sorang tuh xpert pools...
dah le ms dinara dia tk melawan langsong...hangen jek aku...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kita tak dapat kesan tim tylord dan anakomar fc
sesapa yg dapat jejak kasih kpd mereka sila impom pls jenguk tim |
|
|
|
|
|
|
|
MATCH HIGHLIGHT DAY 9 S4 DIV 4
MATCH HIGHLIGHT DAY 9 S4 DIV 4 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LAPORAN PERLAWANAN LIGA DIVISION 2.
Isnin 02 Februari 2009 Jam 4.00 ptg.
Match 9.
Kiddo Kickers FC vs Bitzam FC
Kiddo Kickers FC masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat teratas liga walaupun sekadar seri menentang pasukan Bitzam FC kelmarin. Kiddo Kickers berjaya mendahului 1-0 melalui Ivandro Rivaldinho. Pasukan Bitzam FC harus berterima kasih kepada Bruno Denilson kerana menjaringkan gol sendiri pada minit-minit akhir perlawanan. Dengan keputusan seri 1-1 itu, Kiddo Kickers terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 9 perlawanan. Apakah rekod ini akan dapat dimusnahkan?sama-sama kita nantikan pada perlawanan yg akan dtg. 3 kad kuning untuk pasukan Kiddo Kickers FC dan 1 untuk pasukan Bizam FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Augusto secco
Pemain terbaik pasukan pelawat: Marshall Bale
Keputusan Muktamad: Kiddo Kickers FC 1 Bitzam FC 1
Haku Power United vs Mucha Lucha FC
Haku Power Utd berjaya keluar dari kelompok zon penyingkiran apabila menumpaskan Mucha Lucha FC 1-0 di kandang sendiri semalam. Walaupun keseluruhan permainan di kuasai oleh pasukan pelawat, namun kegagalan barisan hadapan pasukan yg dibimbing oleh En. Ezham ini menjaringkan gol, membuatkan pasukan mereka terus berputih mata. Gol kemenangan pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Nolberto Marqez hasil dr sepakan percuma Alvaro Coco. 1 saja kad kuning dikeluarkan untuk pasukan Mucha Lucha FC
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Christopher Keir
Pemain terbaik pasukan pelawat: Zachary McElroy
Keputusan Muktamad: Haku Power Utd 1 Mucha Lucha FC 0
Dubai Blues fc vs Pakok United
Pakok United terus memberi tekanan kepada pendahulu liga apabila mencipta kemenangan menentang Dubai Blues fc 3-2. Bermain ditempat lawan tidak sedikit pun menggentarkan limpa pemain-pemain pasukan Pakok United sebaliknya terus memberi tentangan sengit dan menguasai perlawanan. Mendahului 1-0 pada separuh masa pertama, Pakok Utd meneruskan rentak cemerlangnya dengan 2 lagi gol pada separuh masa kedua. Walaupun berjaya menjaringkan 2 gol pada minit 92 dan 93, namun gol itu tidak dapat membantu pasukan tuan rumah untuk mencari kemenangan sulungnya. Dengan kekalahan itu pasukan Dubai Blues fc terus menjadi penghuni tetap di dasar liga. 2 kad kuning untuk pasukan tuan rumah dan 1 untuk pasukan Pakok United.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Tariq Rihab
Pemain terbaik pasukan pelawat: Roberto Curi
Keputusan Muktamad: Dubai Blues fc 2 Kiddo Kickers FC 3
Airod FC vs darulaman fc
Airod FC gagal untuk mengutip 3 mata berharga apabila tumpas kepada pasukan darulaman fc 1-3. Lebih memilukan apabila pemain2 pasukan Airod FC ini terpaksa berlatih tanpa kehadiran jurulatihnya En. Ediefendie yg telah menghilangkan diri hampir 2 bulan dipercayai merajuk dengan salah seorang kerani wanita yg menguruskan bahagian pentadbiran pasukan Airod FC. Dengan kekalahan itu, Airod FC kekal bersama dengan pasukan Dubai Blues fc menghuni di kelompok penyingkiran. Airod FC menerima 1 kad kuning dan 1 kad merah manakala darulaman fc menerima 1 kad kuning sahaja.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Bertram Mustaine
Pemain terbaik pasukan pelawat: Silva Ronaldinho
Keputusan Muktamad: Airod FC 1 darulaman fc 3
Kokesen FC vs sekulakitaFC
Kokesen FC terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata apabila tumpas 2-3 ditangan sekulakitaFC. Kokesen FC kekal ditangga ke 6 liga dengan mengumpul 9 mata hasil dari 3 kemenangan manakala sekulakitafc pula ditangga ke 4 liga dengan mengumpul 16 mata, ketinggalan 7 mata dengan pendahulu liga. Gol-gol pasukan sekulakitaFC telah dijaringkan oleh Tino Moreno seawal minit pertama, Alexender Pavia minit ke 29 dan Stid Fuentes pada minit 55 separuh masa kedua. Kokesen berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan sekulakitaFC apabila menjaringkan 2 gol melalui sepakan percuma Caupolican Moya dan rembakan deras Mauricio Mista. 1 kad kuning buat pasukan Kokesen FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Caupolican Moya
Pemain terbaik pasukan pelawat: Stid Fuentes
Keputusan Muktamad: Kokesen FC 2 sekulakitaFC 3
Perlawanan seterusnya pada Khamis 05.02.2009
Pakok United vc Dubai Blues fc ( 3-0 )
Bitzam FC vs Kiddo Kickers FC ( 1-2 )
darulaman fc vs Airod FC ( 3-0 )
sekulakitaFC vs Kokesen FC ( 2-0 )
Mucha Lucha FC vs Haku Power United ( 1-1 ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FINAL SKOR GAME 9 & PREDIKSYEN TOK MOH KEDAUN GAME 10 DIV 3
GAME : 4.00 PM 02022009
Terlebe dulu wartawan tidak bertauliah ini ingin meminta maap kerana tidak dapek membuat ulasan utk game matchday 8 kerana kesibukan yg teramat sangat.
Tamat udah 1st round game untuk Dibisen 3 dan masih tiada pasukan yg bole mendabik dada mengatakan mereka adalah favourite untuk dipromote ke Dibisen 2.Walopun padang jawa FC bole berbangga dgn rekod tanpa kalah mereka tp dgn 4 keputusan seri membuatkan mereka hanya di tangga ke 2 liga.
padang jawa fc 2 vs Tip Top FC 1
padang jawa FC berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah mereka di 1st round apabila menewaskan Tip Top FC dgn jaringan 2-1.Gol kemenangan yg dijaringkan pada minit ke 88 perlawanan oleh Harald Breidenbach membolehkan padang jawa FC membontoti rapat pendahulu liga,Gang Bang fc.Hanya 1 mata memisahkan antara Gang Bang FC dan padang jawa FC.
Bayangan Merah Jambu 1 vs Tung Po FC 1
Bayangan Merah Jambu gagal memanfaatkan kelebehan bermain di kandang sendri apabila Cuma berjaya seri 1-1 dgn Tung Po FC.Perlawanan yang dikuasai oleh tuan umah hanya rancak di 2nd half kerana kedua-dua gol dijaringkan selang 5 minit antara 1 sama lain.
Gang Bang FC 2 vs kundur united 1
Gang Bang FC masih lagik menghuni puncak liga Dibisen 3 apabila mengutip 3 mata penuh hasil kemenangan 2-1 mengatasi kundur united di kandang sendri.Walopun pemain defender mudanya,Zachary McNamara dibuang padang pada minit ke 65 kerana membuat tendangan ala kungfu terhadap pemain lawan ,Gang Bang FC berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 88 hasil jaringan penyerang veteran mereka,Okan Baran.Penyerang sensasi Gang Bang FC,Berne Christ juga berjaya menghasilkan 1 gol+1 assist dan mendahului dari segi pungutan point.
RedModani FC 3 vs Tempoyak Hotspur 1
Perlawanan hebat yang berlangsung di RedModani Carpet Stadium berakhir dgn kemenangan kepada pasukan tuan rumah 3-1.hattrik oleh penyerang berbisa tuan umah,Hannibal Jönson berjaya mengangkat pasukan RedModani FC ke tangga ke 5 liga dan tidak mustahil pasukan yang pada awal musim dianggap sebagai pasukan belasahan ini akan berjaya mempromote diri ke Dibisen 2.
Scooby-Doo FC 0 vs Ac Acstakonna 0
Perlawanan yang sungguh membosankan ini berlangsung di YokohaMA Stadium dan bola hanya berlegar-legar di tengah padang.Habis game Cuma 3 peluang untuk menjaringkan gol dihasilkan,1 utk tuan umah dan 2 utk pelawat.Scooby-Doo FC juga dilihat tidak menset -up pasukan dgn baik apabila tiada 1 pong pemain simpanan disediakan dan diharap Enche Apit_buloh dapat take note.
Perlawanan pada 05/02/2009 Prediksyen Tok Moh Kedaun
Tip Top FC vs padang jawa FC 1 - 1
Tung Po FC vs Bayangan Merah Jambu 1 - 1
kundur united vs Gang Bang FC 0 - 2
Tempoyak Hotspur vs RedModani FC 0 - 1
AC Acstakonna vs Scooby-Doo FC 2 - 0 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isnin lalu berakhir sudah pusingan pertama di semua divisen dan dari kedudukan semasa di LCX Premier menampakkan beberapa pasukan semakin mendaki liga dan tidak kurang juga yang merundum prestasinya.
Di tangga teratas, pasukan Rocky FC tampak gah dan kembali menyinar musim ini selepas terlepas mahkota kejuaraan musim lalu dengan mengumpul 24 mata hasil dari 8 kemenangan dan hanya tewas sekali. Jentera tengah mereka dilihat paling berbisa di LCX Premier setakat ini dengan menyumbangkan 25 gol diketuai oleh Alastair Breckin(7), Wilfred Linton(6), Gabriel Lightfoot(5), Brandon Chorlton(4) dan Michael Murfin(3). Pada perlawanan Isnin lalu mereka menumbangkan KBM-unite di tempat lawan. Jika prestasi ini dikekalkan adalah tidak menghairankan mereka bakal sekali lagi muncul juara gemilang LCX Premier untuk tiga kalinya. Untuk perlawanan pusingan kedua esok, mereka bakal melayani kunjungan KBM-unite di Sungai Penchala dan mereka tidak seharusnya tertekan bagi menjarakkan lagi kelebihan.
Di tanga kedua, pasukan Saja Saja F.C semakin digeruni dengan persembahan yang sukar dijangka dengan mengumpul 20 mata hasil dari 6 kemenangan, 2 seri dan hanya tewas sekali. Rekod tanpa kalah mereka lebur Isnin lalu apabila tunduk kepada pasukan TRUE BLUE FC di tempat lawan. Dengan reputasi Arthur Rowlands selaku penjaring kedua terbanyak liga setakat ini, perlawanan khamis nanti di antara kedua-dua pasukan pastinya sukar buat pasukan pelawat. Dilaporkan Rowlands akan kembali cergas untuk perlawanan esok.
Di tangga keempat dengan 16 mata. pasukan Nasri Kawase FC yang turut dilihat antara pencabar utama kejuaraan liga musim ini dan terbaru mereka menundukkan penyandang juara musim lalu Saro FC dengan jaringan 2-1 di HanJiHye stadion. Dengan kelibat Th閛dore Celle selaku calon hangat memiliki kasut emas musim ini dan dua golnya Isnin lalu ke atas pasukan Saro FC pastinya kian menghadirkan gerun kepada semua barisan pertahanan pasukan lawan. Esok mereka sekali lagi bakal berdepan dengan Saro FC dan kali ini di Stamford Bridge.
Di tempat keempat, pasukan KBM-unite selalu juara Division 1 musim lalu dengan 13 mata setakat ini dilihat semakin serasi dengan rentak pantas pasukan-pasukan di LCX Premier. Kekalahan terbaru mereka tidak harus dijadikan kayu ukur prestasi mereka telah merundum. Mereka dilihat bakal memberi saingan kepada setiap pasukan elit LCX Premier lain dan buktinya mereka kini berada dikedudukan yang agak selesa seteah tamat pusingan 1. Panayotis Poulios merupakan aset di barisan depan mereka dan Jermain Merchiot pula dilihat semakin kreatif mencipta gerak di bahagian tengah. Perlawanan di Sungai Penchala esok dilihat bakal sengit dan mereka dijangka mampu membuat kejutan.
Di tempat kelima liga dengan 13 mata, penyandang juara, Saro FC yang dilihat semakin merundum prestasinya dan memperlihatkan aksi yang hambar dalam tiga perlawanan terakhir. Hanya 12 gol dijaringkan oleh pasukan ini antara punca mereka kini semakin jauh dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga. Jentera depan hanya menghasikan 4 gol setakat pusingan 1 berakhir dan selebihnya banyak dibantu oleh jaringan dari pemain-pemain di bahagian tengah dan pertahanan. Kelibat penyerang utama mereka pula, Jack Davis lebih banyak menghuni senarai pemain yang kerap mengalami kecederaan antara faktor pasukan ini perlu segera pencari penawar bagi memperbaiki kedudukan. Berdepan sekali lagi pasukan Nasri Kawase FC biarpun di tempat sendiri esok tidak menjanjikan 3 mata penuh jika aksi lepas diambil kira.
Di tangga keenam juga 13 mata, pasukan yang meningkat naik TRUE BLUE FC dengan aksi terpuji Isnin lalu apabila meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Saja Saja F.C di Blue Lane stadium. BArisan pemain muda pasukan ini semakin serasi dengan rentak pasukan dan buktinya Didier Drogba muncul wira apabila meledakkan 2 gol Isnin lepas di samping membuat hantaran untuk Tommaso Mazzi menjaringkan gol kedua pasukannya. Bagaimanapun kad merah yang dikutip oleh Drogba bakal menyaksikan beliau tersisih dari senarai pemain yang berlepas ke Brunei Darul Salam hari ini. Perlawanan kedua pasukan esok dijangka sengit namun kelebihan dilihat kepada pasukan tuan rumah.
Di tangga ketujuh dengan 9 mata, pasukan Team Kuku Cekam antara pasukan dari Division 1 yang menyinar di LCX Premier musim ini. Kelincahan Stu Armstrong dengan 5 gol setakat ini, cabaran pasukan ini tidak harus dipandang mudah oleh pasukan elit Premier lain. Isnin lalu mereka hampir mengutip 3 mata penuh apabila mereka mengejutkan pasukan KaCak FC di minit ke 8 menerusi Pat Dorsey sehinggalah di minit 73 Benedito Aires penyerang pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan bagi kedua pasukan berkongsi mata. Perlawanan esok dijangka sengit dan pastinya pasukan Team Kuku Cekam ingin mencapai kemenangan pertama musim ini di arena sendiri.
Berada di tangga kelapan dengan 8 mata, pasukan CFC Koben yang dilihat bergelut di zon penyingkiran selepas pusingan 1 berakhir Isnin lalu namun ianya masih awal dan pasukan ini rata-rata dibarisi pemain yang berpengalaman dan mereka pastinya akan cuba bangkit untuk meperbaiki kedudukan bermula esok apabila berdepan sekali lagi dengan pasukan bermasalah korr fc di Giggsy Lane. Dengan tambahan 3 mata lagi esok, mereka dilihat bakal kembali bersaing. Luis De Pedro makin berbisa bergandingan dengan Taffarel. Bagaimapun Martim Proen鏰 yang pertama kali diturunkan mencuri tumpuan dengan 3 gol pada aksi lepas yang sedikit sebanyak bakal memeningkan pengurus pasukan bagi meletakkan jumlah penyerang di depan untuk aksi lebih sengit minggu hadapan.
Di tangga kesembilan dengan juga 8 mata, pasukan KaCak FC perlu segera bangkit untuk tidak terus berada di zon penyingkiran apabila sekali lagi berpeluang berdepan dengan Team Kuku Cekam esok di Stadium Temoh. Dengan aksi konsisiten pasukan dari Division 1 musim lalu itu, pasukan KaCak FC perlu memikirkan strategi terbaik bagi mencuri mata esok. Penyudah berbisa Martinho Valim sekali lagi dituntut esok bagi mencari gol awal dalam usaha mengejutkan pasukan Team Kuku Cekam di hadapan penyokong mereka.
Di tangga terakhir liga dengan tanpa sebarang mata, pasukan korr fc yang semakin parah dan khabarnya kelab bakal dijual musim depan bagi mendapatkan pengurusan baru. Tiada harapan bagi pasukan ini untuk kekal di Premier musim depan dan hanya keajaiban sahaja yang boleh mengubah tanggapan pemerhati di Liga cari Xpert11.
Selamat berjuang untuk kemegahan kelab masing-masing untuk 9 perlawanan terakhir di Pusingan 11 yang akan berlangsung esok! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|