CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2013 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Medical team mercy di kuantan contact number 0182198858
Calling channel radio amateur v40
Tolong sebarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 08:03 AM | Show all posts
semalam masa hantar barangan derma kat wakil persendirian utk bantuan ke kuantan ni, aku perhatikan, rakyat marhaen malaysia memang pemurah. berkotak2 pampers dan tuala wanita didermakan. syukur, rakyat malaysia masih kekal dengan sifat pemurah, walaupun dengan semua harga barang naik, yg pasti antara perkara yang tak turun, adalah sifat pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:09 AM | Show all posts
miss_kikilala posted on 5-12-2013 09:40 PM
cenderawasih

Mesti kereta nie air-tight. Bila air takleh masuk, dia jadi terapung dan kemudian terbalik..

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:14 AM | Show all posts


Buletin TV3

Like This Page · 6 hours ago

Sekitar lawatan PM ke pusat pemindahan di Pekan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:15 AM | Show all posts


MOHD Muslim Mohd Zuki, 20, mendukung pasangannya, Sauba Osman,18, bagi meneruskan majlis perkahwinan yang tetap dilangsungkan dengan menumpang rumah jiran berikutan jalan ke kediaman mereka dinaiki air di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:21 AM | Show all posts
putr@polo posted on 5-12-2013 08:25 PM
TINJAU… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau keadaan banjir di Pahang dari udara ...

jahat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2013 08:29 AM | Show all posts
Mangsa banjir di Pahang dan Terengganu mulai berkurang
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu semakin berkurangan mulai petang tadi.

Bagaimanapun bagi negeri Johor, jumlahnya meningkat berbanding pagi tadi dari 2,027 ke 2,852 orang mangsa.

Kluang menunjukkan pemindahan mangsa tertinggi dengan 774 orang, diikuti Segamat 491, Pontian 476, Batu Pahat 474, Kota Tinggi 218, Muar 217, Mersing 194 dan Ledang 8.

Menurut Jabatan Meteorologi, negeri-negeri yang dilanda banjir esok dijangka terus mengalami hujan di sebelah pagi dan petang dengan ribut petir di beberapa kawasan.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir semakin susut kepada 29,270 berbanding 38,323 pada pagi tadi.

Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat jam 11.30 malam, jumlah itu terdiri daripada 7,494 keluarga yang masih di tempatkan di 98 pusat pemindahan di tujuh daerah.

Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 21, 222 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,180 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan, di Pekan 3,124 orang di 16 pusat pemindahan dan di Maran 637 orang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Di Jerantut, 79 orang mangsa masih berada di satu pusat pemindahan, di Lipis melibatkan 21 orang di dua pusat pemindahan dan di Temerloh tujuh orang berada di satu pusat pemindahan.

Enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu pula menurun kepada 6,604 orang setakat jam 11.30 malam berbanding 7,780 orang pagi tadi.

Berdasarkan laporan portal MKN, seramai 1,116 orang mangsa di Hulu Terengganu masih lagi di pusat pemindahan.

Sehingga petang tadi, sebanyak 14 daripada 27 pusat pemindahan telahpun ditutup.

Di Kemaman, jumlah mangsa setakat jam 11.30 malam turun kepada 3,971 orang, diikuti Dungun, 1,504 orang dan Marang 13 orang.

Keadaan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu pula masih pada tahap merbahaya.

Keadaan cuaca pagi ini terus mendung dengan sesekali hujan lebat di kawasan pedalaman.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 06, 2013 00:30 (MYT)


Sumber : Astro Awani Webpage


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:37 AM | Show all posts
razhar posted on 5-12-2013 05:35 PM
degree in fying pan?

how i wish...

but nope...

p/s kalo terer masak leh tlg masak utk warga kontan~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 08:40 AM | Show all posts
putr@polo posted on 6-12-2013 08:15 AM
MOHD Muslim Mohd Zuki, 20, mendukung pasangannya, Sauba Osman,18, bagi meneruskan majlis perkahw ...

diorang ni bru nk nikah ke atau buat majlis sambut menantu?
kalo bru nk nikoh, x leh ke minta tangguh kejap?

bukan apa...
ada orang yang bersedih, kita lak bergembira sambut nikah...


ni pendapat kecil dr sy je
jika tukang angkut hantaran tu boleh menjadi sukarelawan mangsa banjir kan lg molek

atau nasi di kenduri nya dia sedekah ke mangsa banjir?


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:47 AM | Show all posts
Sultan Pahang dukacita



KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa dukacita di atas kejadian banjir di negeri ini hingga lebih 35,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan sehingga jam 10 pagi semalam.

Baginda bertitah, pada masa ini Kerajaan Negeri Pahang sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Saya berdukacita kerana negeri kita dilanda banjir tapi kita kena terima ketentuan ALLAH.

"Saya sedih tengok mangsa yang duduk beramai-ramai di pusat pemindahan.

“Saya sendiri dan kerajaan negeri bertungkus-lumus menolong mangsa terlibat,” titah baginda kepada pemberita selepas meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Chung Ching, semalam.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah turut berpuas hati dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan individu dalam membantu mereka yang terjejas.

Pada masa sama baginda  berharap semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dalam masa dua atau tiga hari lagi, bergantung kepada keadaan cuaca.

Dalam perkembangan sama baginda turut dukacita berikutan banjir kali ini turut mengundang tragedi apabila  dua beranak di Sungai Isap Jaya di sini dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik petang semalam.

“Perkara seperti ini berlaku tanpa diduga dan mereka (mangsa) tidak harus disalahkan.

“Dalam situasi seperti ini mangsa ada kalanya terpaksa kembali ke rumah untuk melihat keadaan dan menyelamatkan harta benda walaupun terpaksa membahayakan nyawa,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah sempat menghadiri taklimat banjir di Wisma Seri Pahang kira-kira jam 10 pagi sebelum melawat pusat pemindahan pertama di SJK (C) Chung Cheng.

Baginda kemudian meneruskan lawatan meninjau lokasi banjir dan pusat pemindahan di sekitar Sungai Isap yang turut terjejas.

Selain itu baginda juga melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Wisma Belia, Indera Mahkota dan Stadium Sukpa.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:48 AM | Show all posts
Bah di Kelantan, Terengganu makin buruk



KOTA BHARU - Banjir yang masuk hari keempat semalam menyaksikan musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan meningkat.

Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 2,078 manakala Terengganu 7,163.

Keadaan sebaliknya berlaku di Pahang, Johor dan Melaka apabila air di semua kawasan yang banjir mulai surut.

Mengikut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jajahan Kuala Krai mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir yang berpindah iaitu 753 orang di enam pusat pemindahan di Mengkebang dan Olak Jeram.

Di jajahan Machang, 242 orang dipindahkan di lima pusat pemindahan iaitu di Ulu Sat, Labok, Pulai Chondong dan Temangan sementara di Pasir Puteh, seramai 109 orang dipindahkan di tiga pusat iaitu di Limbongan, Gong Datok dan Bukit Awang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2meRhWfvF
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:52 AM | Show all posts
Ramalan cuaca empat negeri

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60km/j dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.



sumber- metro
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:54 AM | Show all posts
pembela bangsa katanya





nmpk bebenor sdang mngencing rakyat msia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:55 AM | Show all posts
temerloh

ni gambar di tanjung belengu awal pagi ni..


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:55 AM | Show all posts
Gambar kiriman :-
Mohd Shahrel Edlan
Kg.masjid...kg.kubang sekendal pulau tawar jerantut.
5/12/2013@6:56pm



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:56 AM | Show all posts
Sek Keb Bukit Dinding...
jerantut


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 08:56 AM | Show all posts
Kg simpang tebing tinggi jerantut di naikki air.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:57 AM | Show all posts
jerantut ngan temerloh pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:59 AM | Show all posts
Lokasi Kg Seberang Chenor , air drp sungai Pahang mengalir memenuhi kawasan paya..beberapa jalan terputus..kg Kuala wau , Kg pejing , Kg pesagi , Kg berlawan antara yg terlibat






Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 09:00 AM | Show all posts
MiLo SuaM

PRIHATIN — Dato Najib meninjau lokasi banjir di Kuantan melalui udara untuk merasai sendiri kesusahan mangsa banjir



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.121622 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list