CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
Post time 14-12-2013 03:43 PM | Show all posts

RE: banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

sayawifenikmie posted on 14-12-2013 12:49 PM
... huhuuuuu .. pahitnya kenyataan .....   
... kak lid percaya ... ada jer penyokong BN yan ...

Takper, saya faham dalam keadaan in denial kak lid seperti mana saya bersembang dengan makcik saya seorang ex guru kemas berkenaan bantuan yg terima contohnya mengedarkan pakaian terpakai, katanya ada 2 tempat baju terpakai dan dia pegi kedua dua tempat memilih baju dan pusat kedua tuh paling banyak baju terpakai dia dpt, dan apabila saya beritahu yg pusat kedua tuh under fuziah salleh, trus pantas dia mengatakan owhh kat situ banyak baju byk basah dan kotor, saya terus diamkan diri sahaja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2013 03:56 PM | Show all posts
slippergombak posted on 14-12-2013 03:43 PM
Takper, saya faham dalam keadaan in denial kak lid seperti mana saya bersembang dengan makcik saya ...


... kejiiiiii .... watper la kak lid in denial ....... kat keliling kak lid ni berlana kokna penyokong PR penyokong BN ... sama sahaja mereka ini secara peribadi ... cuma ada seketul dua yang ekstrimist  ... kaklid menyokong BN .. tapi tidak pulak anti PR .. adik ipar kak lid sendiri (adik suami) penyokong tegar PAS .. di ruang tamu rumahnya tergantung besar poster Nik Aziz  .... .. tapi ke rumah dia lah kami pulang bila kami balik ke kelantan..tiap malamkami tidur mengadap muka nik aziz .... tidak ke  rumah kakak ipar (kakak suami) yang suaminya Ketua Umno kat sinun ... gituuuu ... ko nampak tak keneutralan kak lid?

buang karan je kak lid nak ber in denial bagai .....  sepert korang2 karatz PR ....  kak lid juga bencikan orang2 BN yang salah guna kuasa ni semua .... but so far ... . tak terbuka hati nak menyokong PR yang tak kurang kerakusannya ..... errrr .. tiba2 teringat ke abe mustafa ali ... apa ke cerita lanjutnya?

hujan balik dah ni .... harap2 tidak dilanda banjir teruk semula di pantai gimur ...





Last edited by sayawifenikmie on 14-12-2013 04:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 09:44 PM | Show all posts
Keluar parti biar kerana prinsip bukan kerana roti

KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu sebenarnya tidak lebih daripada 40 orang.

Mereka dikatakan daripada Cawangan Umno Tanah Putih Baru, di sini.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang berkata, beliau sendiri menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar ahli-ahli Umno itu bertindak demikian.

“Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

“Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, beliau faham dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

“Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

“Sebenarnya dalam situasi kritikal akibat bencana banjir ini, kita faham roti amat bermakna kepada mangsa dan keluarga, terutama yang ada ramai anak,” katanya.

Adnan berkata, beliau faham dan tidak berasa kecewa dengan keputusan ahli Umno itu, tetapi jumlah yang terlibat tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

“Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

“Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti,” katanya.

Kisah kira-kira 100 ahli Umno menyertai PKR itu tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Mereka dilaporkan menyerah borang penyertaan keahlian kepada Ahli Parlimen Kuantan, yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 09:59 PM | Show all posts
baru balik oversea.. masa flight approach tanah melayu lalu la area pantai timur ni.. kawasan terengganu.. mak aih tebal nya awan bila flight lalu kawasan ni...awan musim tengkujuh cenggitu la kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:06 PM | Show all posts
semalam pergi melawat kawan di sg isap
teruk sangat2 keadaan kawasan tu
kebetulan semalam ada aktiviti pembersihan
nampak lori2 MPAJ,DBKL dengan staff dia orang
sekali...


keadaan kawasan tu memang teruk sangat2
sampah perabot, peralatan rumah yang rosak
berlonggok2

kesian sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:07 PM | Show all posts
nampak geng ikram jugak
i bantu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2013 10:15 PM | Show all posts
slippergombak posted on 14-12-2013 03:43 PM
Takper, saya faham dalam keadaan in denial kak lid seperti mana saya bersembang dengan makcik saya ...

dulu kini selamanya



welll

ermmm


gosh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:20 PM | Show all posts
sepiITUindah posted on 13-12-2013 01:42 PM
org macam ni kalau mati...mayat dia boleh bangun tauuu
tak mahu org dari parti lain uruskan jenaz ...

betul2..memang betul
lawaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh le tok nan.....bn phg akan bungkus x lama lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:23 PM | Show all posts
noqiz posted on 15-12-2013 10:06 PM
semalam pergi melawat kawan di sg isap
teruk sangat2 keadaan kawasan tu
kebetulan semalam ada akti ...

Dimana2 kawasan bencana sama jah keadaannua sekarang...sampah sarap rumah dilonggok ditepi2 jalan rumah sendiri atau ditepi jalan besat hala2 baharu kena tsunami sebegitu....pada saya pemandangan ini udah terlalu biasa...semacam berada di indonesia sepertinya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:29 PM | Show all posts
C.K posted on 15-12-2013 10:23 PM
Dimana2 kawasan bencana sama jah keadaannua sekarang...sampah sarap rumah dilonggok ditepi2 jalan  ...

bagi orang lain memang biasa tapi bagi saya yang tak pernah tengok...
nak ambil gambar pun tak sampai hati

tak terkata..belum lagi beramah mesra dengan mangsa banjir yang
daif seperti cerita2 forumer2 yang pergi melawat..




Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 10:33 PM | Show all posts
noqiz posted on 15-12-2013 10:29 PM
bagi orang lain memang biasa tapi bagi saya yang tak pernah tengok...
nak ambil gambar pun tak ...

Itulah pentingnya mengaktifkan diri menjadi seorang sukarelawan dik...tidaklah cengeng sngat tatkala berhadaoan dengan keadaan2 sebegini...ga perlu bermula dengan bencana skala besar segini...cukuplah hanya bermula dengan merajinkan diri melawat ke rumah anak yatim/warga emas/gelandangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 03:07 AM | Show all posts
C.K posted on 15-12-2013 10:33 PM
Itulah pentingnya mengaktifkan diri menjadi seorang sukarelawan dik...tidaklah cengeng sngat tatka ...

sebab tu saya kata org maalysia jakun bab bencana
dokkutuk palestin, ereb, indon kena gempa bumi, perang, gunung berapi di rumah sambil main fb
cuba kena diri sendiri apa jadi? sebab tu saya doakan kl kena malapetaka yg amat dahsyat, supaya ummahnya sedar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 03:32 AM | Show all posts
batusembilan posted on 15-12-2013 10:22 PM
Dh le tok nan.....bn phg akan bungkus x lama lg

Owh tidak..... pahang tak berharap rakyat bandar dan kampung sebab fix deposit mereka kawasan felda dan kem askar yg menangkan mereka... disamping pendatang kemboja yg jadi melayu express...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 07:35 AM | Show all posts
melaka dh ok ke....coz next week aku holiday kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 08:03 AM | Show all posts
bila Bung Nuar nak balik ni?
apa seronok sangat kat US tu?
dah tak nak jadi bakal PM ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 08:34 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 16-12-2013 07:35 AM
melaka dh ok ke....coz next week aku holiday kat sana...

tak taulah ok ke tak
tapi kat fb kata kemungkinan tuk banjir lg kat pantai timur
sumber :Fb Orang Jengka




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 08:40 AM | Show all posts
I ♥ PAHANG

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) / Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.

Dikeluarkan pada: 08:00pm pada 15 Disember 2013

SEKSYEN A : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 8:40am pada 15 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Segamat dan Mersing) mulai Rabu, 18 Disember 2013 sehingga Jumaat, 20 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikemaskini pada: 8:00pm pada 15 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan dan Pendang), Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), N. Sembilan (Daerah Jelebu dan Jempol), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Jerantut) dan Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Marudi) dan Bintulu dijangka berterusan sehingga lewat malam, Ahad 15 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Kedah (Daerah Kuala Muda, Sik dan Baling), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Pahang (Daerah Bentong), Sabah : WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Miri).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 08:42 AM | Show all posts
dauswq posted on 13-12-2013 11:47 PM
spt yg direkues...
mohon share ya kaka kim...

biras aku duk beserah kuantan mmg tak terjejas ngan banjir neh tapi company dia keje mmg suka bersedekah..
bila baca part last ade umah org tua tak terurus tu iols penah tgk kt fb gambar2 umah org2 tua yg dah terjaga kotor dan usang yg dilawati geng2 company biras aku tuk bagi bantuan..
taktaulah jkm ade bantu ke tidak,takut bantuan yg diberi tak seberapa je kot
mohon wakil2 rakyat bantu org2 tua susah neh
mujur ada NGO yg sudi bantu..


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 08:55 AM | Show all posts
KIM.mafia posted on 13-12-2013 11:38 AM
x sempat nak follow thread banjir dr volume 1-2 sbb bz
cumanya iols nak komen

mcm ade terbaca yg mmg bantuan tuk mangsa kat pusat pemindahan je yg tersadai kat umah tak dapat..yg menumpang umah sedara mara pun cam tak layak nk mintak bantuan walhal mangsa banjir jugak kan
ade yg kata tak yah dh bagi mknn bagai sbb banjir dah nk abis,bg aku tak salah pun bg bantuan mknn..atleast duit yg dorang ade leh beli tuk kperluan lain cam perabot,tilam or persiapan anak2 nk sekolah..
bagus gak bg mknn so dorang tak yah fikirkan ttg bab mkn sgt leh fokus tuk lain2 keperluan,mmg lg bagus kalo bg tilam n sbgnya tp nk bg mknn pun bagus..kalo aku pun dgn keadaan umah yg masih tak terurus masih kotor n sbgnya nak masak pun tak de mood..
kalo ade sarikat2 perabot yg pemurah sudilah kiranya bantu dorang bg tilam ke,lemari2 kecik pun jd..kawan aku mangsa banjir gak
abis separuh brg umah dia takleh pakai..lemari2 jahanam belaka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.155174 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list