CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
Post time 4-9-2014 03:30 PM | Show all posts
sedih sangat. salam takziah. apa pun respect dengan mereka yang masih punya kesabaran. doakan segala urusan dan perjalanan hidup waris dipermudahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 01:26 PM | Show all posts
Hishammuddin ke Ukraine Isnin ini

Subang: Kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan persetujuan pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah untuk membenarkan pasukan penyiasat masuk semula ke kawasan nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan ke sana Isnin ini untuk mengadakan perbincangan lanjut terhadap proses pencarian dan penyiasatan berhubung tragedi berkenaan.

“Mandat Kabinet sudah diperoleh dan saya bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin akan ke Kiev kemudian ke Moscow dan Amsterdam untuk memastikan setakat mana kita mampu seperti mana janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pihak kerajaan Malaysia iaitu membuat apa saja yang patut dan mampu untuk kembalikan jasad mangsa MH17 ditunaikan,” katanya ketika ditemui, semalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:29 PM | Show all posts
...perkembangan lain2

Police report lodged against MH17 family member who punched pixman

KUALA LUMPUR - The Malaysian Press Photographers Association (MPPA) has lodged a police report against the individual responsible for punching a photographer at the Nirvana Memorial Centre in Sungai Besi.
Its president Zainal Halim (pic) condemns the act, saying that the assault had ruined public perceptions of photographers as well as the integrity of the profession.

"We view this matter seriously as the assault left him with a fractured nose and a broken camera.
"The photographer was simply doing his job and was not there to pick a fight with anybody.
"The assault on him was completely uncalled for," he said Thursday.

Zainal explained though photographers were assaulted in the past while covering protests, there was never a need to lodge police reports, as emotions are understandably intense during protests.
"The family could have told us in a non-aggressive way that they did not want media coverage.
"We would have understood and give them their space.
"There was no need to resort to violence to get their message across," he said.
Zainal urged the police to investigate the matter with fairness and to consider both sides of the story before taking necessary action.

On Tuesday, a scuffle between a family member of Subashni J. Retnam and an English daily photographer ensued at the funeral parlour.
It was reported that several family members were riled up with the presence of the media as the funeral was supposed to be a private affair.

Subashni, popularly known by her stage name Shuba Jaya, was a television and theatre actress.
Her husband, Paul Goes, was employed by a Dutch-based company in the capital.
The couple had been returning to Kuala Lumpur from Amsterdam, where they had taken their daughter, Kaela Maya Jay, to visit her grandparents, when their plane was shot down
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:58 PM | Show all posts
dimana pengadilan?...apa langkah seterusnya untuk pembunuh ni? kes ditutupkah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 02:01 PM | Show all posts
mmm tunggu aje la preliminary report release by dutch gov 9 sept ni kat web site...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 02:03 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 5-9-2014 01:26 PM
Hishammuddin ke Ukraine Isnin ini

Subang: Kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan persetujuan piha ...

kenapa hisham yg kena pergi? kementerian pertahanan ke yang ketua siasat benda ni? bukan ke polis hari tu dah pergi siasat? ke dia nak pergi cari nenek dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2014 03:26 PM | Show all posts
fiza1 posted on 5-9-2014 06:03 AM
kenapa hisham yg kena pergi? kementerian pertahanan ke yang ketua siasat benda ni? bukan ke polis  ...

Nak buat rundingan utk masuk blk kawasan nahas dgn Ukraine n d rebels..bkn leh masuk mcm tu je..

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 05:42 PM | Show all posts
Wawaahahahhaa...dah di banned pon si sangkak sorang tu..perosak masyarakat!thankss momod!!
tapi jgn ban saye plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 04:46 PM | Show all posts
--
Dua lagi jasad pulang Selasa ini

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong memberitahu dua lagi mayat mangsa penerbangan MH17 akan dibawa pulang ke tanah air pada Selasa ini.

Dua mangsa warga Malaysia itu adalah, Tambi Jiee, 49, dan Benjamin Lee Jian Han, 12 bulan.
Mayat Benjamin melalui upacara sembahyang dan pembakaran di pusat pengurusan mayat Monuta di The Hague, Belanda, hari ini.

***so family lecturer UMS tu pun dah complete
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 04:47 PM | Show all posts
Kumpul bukti bagi menguatkan kes

Putrajaya: Selepas menerima laporan risikan `agak konklusif', Malaysia dan pasukan penyiasatan antarabangsa kini berusaha mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas pesawat MAS-MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi tujuan itu, pasukan berkenaan mahu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.
"Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.

"Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah apabila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah," katanya.


Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini, hari ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 05:45 PM | Show all posts
Tinggal berapa orang lagi ya rakyat Malaysia yang belum jumpa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 11:24 PM | Show all posts
Kittie posted on 6-9-2014 05:45 PM
Tinggal berapa orang lagi ya rakyat Malaysia yang belum jumpa?

11 - bukan totally belum jumpa, mungkin ada yg masih proses pengecaman dna


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 11:27 PM | Show all posts
Hanya mahu cari dan bawa balik jasad

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kluang: Kerajaan berharap apa juga perjanjian ditandatangani antara Russia dan Ukraine membawa manfaat kepada Malaysia dalam kes MH17.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kerajaan tidak mahu mencampuri urusan geopolitik negara terbabit tetapi hanya mahu mengetahui apa sahaja maklumat berkaitan tragedi.
Menurutnya, kerajaan hanya mahu mamasuki lokasi nahas, mencari dan membawa balik jenazah dalam keadaan selamat.

"Wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausaha Kementerian sudah berada di kawasan itu dan saya akan pergi esok untuk memastikan semuanya berjalan lancar," katanya pada sidang media pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:30 AM | Show all posts
Semoga semua mangsa2 MH17 mendapat keadilan dan pihak yg bertanggungjawab, tak kira siapa pon, dihukum dgn seberat2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 10:29 AM | Show all posts
Pilu iringi jenazah Supartini

Kuala Lumpur: Jasad rakyat Indonesia, Supartini yang dibawa pulang dari Amsterdam, disambut dalam suasana tangisan oleh sanak saudara.

Dalam berita yang dipetik daripada Tribunnews.com, jasad tiba di Bandara Adi Sumarmo, Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia pada jam 1.25 petang waktu Indonesia Barat (2.25 petang waktu Malaysia).
Kakak ipar Supartini, Purwanto ketika ditemui menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan Indonesia.

Supartini adalah salah seorang daripada 12 warga Indonesia yang menjadi korban kecelakaan pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.


Pada 1 September, seorang jasad warga Indonesia, Hendry sudah dibawa pulang ke kampung halamannya di Medan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 10:31 AM | Show all posts
Harian Metro

Misi tiga puluh penyiasat

Oleh Ikram Ismail

Kuala Lumpur: Tiga puluh penyiasat akan kembali ke Ukraine untuk meneruskan siasatan di kawasan nahas pesawat MAS bagi penerbangan MH17 berikutan perjanjian damai terbaru antara Russia dan Ukraine.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi, berkata pasukan itu akan berlepas, pada 7 September tetapi tidak pula mengulas lanjut bila pasukan itu akan mula memasuki kawasan itu.

"Sekurang-kurangnya 30 penyiasat akan kembali ke timur Ukraine bagi menyambung kembali tugas yang sebelum tergendala berikutan peperangan di wilayah berkenaan. Kesemua anggota terdiri daripada pelbagai pakar termasuk forensik," katanya.

Julai lalu, pasukan penyiasatan antarabangsa diketuai Malaysia, Belanda dan Australia terpaksa berundur selepas bebarapa hari berada di kawasan itu berikutan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia.


Awal pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipetik sebagai berkata, bahawa Malaysia sudah menerima laporan risikan `agak konklusif' dan pasukan penyiasat antarabangsa kini akan mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas itu.


Najib berkata, bagi tujuan itu, pasukan berkenaan perlu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.

"Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.

"Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah apabila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah," katanya.

Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini, 6 September.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 02:03 PM | Show all posts
rindusangbulan posted on 4-9-2014 08:10 AM
tan bee geok (wife sanjid) sepatutnya duty atas mh370 tapi tukar dgn rakan sekerja...tapi suaminya s ...

s3lepas incident mh370, suami isteri tidak lagi digalakkan bertugas sekali.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 03:46 PM | Show all posts
rakyat malaysia ada 11 lagi yg tak dapat dikesan/dijumpai.

ada tak dalam news yg cakap jumlah mangsa yg dah dapat dikenal pasti daripada 298 orang tu?


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:59 AM | Show all posts
semoga petugas malaysia berjaya masuk kaw nahas dgn selamat n dpt recover remaining jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 12:22 PM | Show all posts
ot jap..

smlm aku dpt emel nie,

cam bodoh jea..

Good day!

I am Alexander Chang, an attorney at law with many years of practice. I was an attorney to a late client of mine who died in the Malaysia Airlines Flight 17(MH17/MAS17)shot by Ukraine Rebels  17th July 2014, killing all 283 passengers and 15 crew on board. My reason of sending you this email is to help secure the amount left behind by my client before it is confiscated or declared unserviceable by the Holding Institution where this amount valued at six million three hundred thousand united states dollar was deposited.

Since you do have the same last name with my deceased client, I would want to present you as the legitimate Close Relative with all legal documents required backing the claim up. The holding Institution has issued me a notice to contact the Close Relative, or the account will be confiscated, and so far, all my efforts to get hold of someone related to this man have proved abortive.This is my proposition; I am asking for your consent to present you to the holding Institution as the Close Relative of my deceased client, since you have the same last name, so that the proceeds of this account can be paid to you. Then we can share the amount on a mutually agreed-upon percentage. I do have a good standing in Malaysia, it is my assurance that this proposition will be successful and that I will make sure that the proposition is done within the applicable laws to guarantee full legitimacy.

All legal documents to back up your claim as my client's Close  Relative will be provided by me. All I require is your honest cooperation to enable us see this transaction through. This will be executed under a legitimate arrangement that will protect you from any breach of the law. However, if this proposition offends your moral values, do accept my apology. Please contact me at once to indicate your interest. Do understand that this proposition does require utmost confidence and you should keep this mail to yourself not withstanding if you are rejecting the transaction or accepting it. Note that I reserve the right to
reject  your acceptance of this proposal if I have reasons to believe that  you may not be honest or discreet as it concerns this proposition.  Further details will be giving as soon as your interest is indicated.

Regards,

Barr.Alexander Chang Esq.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.254561 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list