Edited by renee at 23-2-2015 02:02 PM
MAKAN MALAM AMAL FLORISHES 2015 DIRASMIKAN OLEH YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
Rentetan kejayaan cemerlang SP WINDS di Singapura (2012), Sydney, Australia (2013), Vienna, Austria (2014), pada tahun SP WINDS telah terpilih ke Pertandingan Winds Orkestra peringkat antarabangsa. Pada tahun ini, SP WINDS akan mewakili negara ke New York International Band Festival (NYBF) 2015 yang akan berlansung di Carnagie Hall, New York. Pertandingan ini ialah satu pertandingan yang sangat berprestij dan dinaungi oleh World Projects Corporation iaitu satu pertubuhan antarabangsa yang menganjurkan pertandingan muzik antarabangsa di serata dunia termasuk Australia dan Britain. Selain dari mengadakan persembahan untuk pertandingan di Carnagie Hall, SP WINDS juga terpilih untuk bekerjasama dengan komposer dari Boston Composers' Coalition dalam satu sesi bengkel yang dianjurkan oleh NYBF.
Bagi merealisasikan impian besar ini, SP WINDS yang dinaungi oleh Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman dijangka memerlukan dana dalam anggaran RM1 juta bagi menanggung kos keseluruhan penyertaan di peringkat antarabangsa ini. Kami yakin jumlah tersebut akan memberikan pulangan yang berganda dari aspek kewibawaan pendidikan negara di mata dunia.
Dalam hal ini, PIBG SSP dan SP WINDS telah bergerak bersama menganjurkan Majlis Makan Malam Flourishes sebagai salah satu usaha untuk mengumpulkan dana membiayai penyertaan SP Winds ke New York. Di samping itu, sebahagian daripada sumbangan yang diperoleh tersebut juga akan disalurkan untuk menaik taraf peralatan ICT di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Flourishes yang akan diadakan tersebut. Antara artis yang dijangka memeriahkan majlis tersebut termasuklah Dato' Khadijah Ibrahim, Fazley Zainal, Haleeda, Ewal (AF 2014) dan Aman (AF 2014). Sehubungan dengan itu, PIBG SSP amat berbesar hati menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membuat tempahan meja atau sumbangan bagi menjayakan Majlis Makan Malam Flourishes 2015 ini.
Tempahan meja bermula daripada Platinum (RM 25,000.00), Diamond (RM 20,000.00), Gold (RM 15,000.00), Silver (RM 10,000.00), Bronze (RM 5,000.00). Sementara satu kerusi bernilai RM 200.00 sahaja.
Mereka yang berminat untuk membuat tempahan kerusi atau meja bagi Makan Malam Amal Florishes boleh menghubungi mereka seperti maklumat di bawah :- - Pn. Shahriyah (019-4352090)
- Pn. Norain (019-3808806)
- Pn. Malissa (012-6470411)
- Sekolah (03-83192414)
Jumpa anda di Majlis Makan Malam Amal nanti. Semoga sumbangan anda akan membawa SSP dan Malaysia ke pentas dunia!
http://www.seriputeri.edu.my/v1/
https://www.facebook.com/SSPCyberjaya/photos/a.409694095711941.115247.356898010991550/1021009134580431/?type=1&theater
masih blm dapat dipastikan adakah ewal akan dijemput atau tidak sbb kat nstonline tak de sebut nama ewal. minta2 ada la.
http://www.nst.com.my/node/72468
|