CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kentang.Goreng

[Tempatan] Rakyat Malaysia dijadikan TEBUSAN oleh Korea Utara (Update: kita balas dengan ME

[Copy link]
Post time 7-3-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jiwakacau06 at 7-3-2017 10:33 PM
dcruins replied at 7-3-2017 10:26 PM
dilema gak China, dia marah N.Korea, masa sama marah gak kat S.Korea yg pi bagi jalan Amerika letak  ...


Dilema China ke dilema Malaysia?China da kpentingan kt malaysia..us da asset ke kt Malaysia ni...ke us cuma nk gduh dgn north Korea...soalan serious...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 10:39 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 7-3-2017 10:30 PM
Dilema China ke dilema Malaysia?China da kpentingan kt malaysia..us da asset ke kt Malaysia ni...k ...

dilema Malaysia nak selamat kan orang2 kiterrr kat sana jerrr.

Dilema N.Korea dan kuasa2 besar sekeliling nyerrr lagi merbahaya, China sepatut nyerrr sokong N.Korea,cuma baru2 ni China pun dah macam tak senang dengan NK ni sampai sekat business arang dengan NK ni. Amerika pulak macam biasa dengan S.Korea & Japan dia....

M'sia ni dengan US pun ok jerrr & ada kemungkinan akan ada deal military dengan mereka lagi, dengan China lagi laaa ok....



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:48 PM | Show all posts
berita selingan dari lobai :

Keadaan Tegang Antara Korea Utara & Malaysia: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat

SHAH ALAM, 7 Mac - Umat Islam di negara ini diseru agar mengadakan solat hajat susulan keadaan tegang antara Korea Utara dan Malaysia.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata perkara itu perlu bagi mendoakan kesejahteraan 11 rakyat Malaysia yang kini terperangkap dan tidak dibenarkan keluar dari negara terbabit.

"Dalam keadaan ini, Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.

"Marilah kita sama berdoa bagi keselamatan mereka dan melakukan solat hajat sebagai ikhtiar bersama," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Dalam masa yang sama, Mohamad Raimi juga menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh Pyongyang.

"Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran  diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara,  tanpa mengkompromikan  kedaulatan serta keselamatan negara," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:51 PM | Show all posts


37 warga Korea Utara ditahan di Sarawak kerana salaguna Pas Lawatan

07/03/2017 – Seramai 37 pekerja pembinaan warga Korea Utara ditahan hari ini selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke Sarawak dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Memetik laporan Berita Harian, semua pekerja terbabit ditahan dalam operasi rutin oleh Jabatan Imigresen termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin di sebuah tapak pembinaan di Kuala Tatau, antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sumber berkata, operasi terbabit adalah susulan arahan dikeluarkan kerajaan yang melarang warga Korea Utara di negara ini meninggalkan Malaysia, selain mewajibkan visa kepada rakyat mereka.

“Ketika operasi dilakukan, sebahagian besar pekerja terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana pasport masing-masing disimpan oleh majikan mereka.

“Agensi berkaitan sedang berhubung dengan majikan terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk membantu siasatan, selain mematuhi prosedur berkaitan,” katanya.

Katanya, sebahagian besar pekerja terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah, malah menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

“Semua pekerja terbabit mempunyai rekod dengan Jabatan Imigresen untuk memohon permit kerja, namun tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Katanya lagi, kesemua mereka akan didenda RM300 atas kesalahan tinggal lebih masa dan bayaran RM100 untuk pas khas selama 30 hari sejurus menerima pasport daripada majikan masing-masing.

Mereka kemudiannya diberi tempoh 30 hari untuk proses pengusiran ke negara asal dengan pasport mereka disimpan Jabatan Imigresen sementara menunggu prosedur itu.

“Setiap pekerja terbabit perlu menanggung sendiri kos tiket penerbangan masing-masing untuk pulang ke negara asal,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 7-3-2017 10:48 PM
berita selingan dari lobai  :

Keadaan Tegang Antara Korea Utara & Malaysia: Umat Islam Diseru A ...

Ini btl la..msa Gaza perang dulu kita buat solat hajat...ni kn rakyat kita sndri...Negara kita sndri...mmpu brdoa sja...bikma xda kuasa nk call kju...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:54 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 7-3-2017 10:52 PM
Ini btl la..msa Gaza perang dulu kita buat solat hajat...ni kn rakyat kita sndri...Negara kita snd ...

dah2, cepatlah doakan kimak jong un dapat strok lumpuh satu badan. tak pun guna ayat cliche semoga kimak jong un diberikan hidayah peluk islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 7-3-2017 10:51 PM
37 warga Korea Utara ditahan di Sarawak kerana salaguna Pas Lawatan

07/03/2017 – Seramai 37  ...

Mudah pulak rakyat asing masuk Sarawak ni..rakyat malaysia yg g sna utk bljr pn da border asing...mgkin masuk xkluar kut...tu xboleh trace tmat tempoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 7-3-2017 10:54 PM
dah2, cepatlah doakan kimak jong un dapat strok lumpuh satu badan. tak pun guna ayat cliche semoga ...

Xda mkna nya..rakyat dia pn beragama kn kju...agama apa pn skrg ni...sma2 la doa..effect perang xkira agama bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:58 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 7-3-2017 10:55 PM
Mudah pulak rakyat asing masuk Sarawak ni..rakyat malaysia yg g sna utk bljr pn da border asing... ...

bukan memang kerajaan ke yang restu dan mengalu-alukan kemasukan pekerja dari korea utara untuk operasikan lombong kat sarawak nun? ke aku silap dapat maklumat?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 10:59 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 7-3-2017 10:57 PM
Xda mkna nya..rakyat dia pn beragama kn kju...agama apa pn skrg ni...sma2 la doa..effect perang xk ...

apa pula efek doa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ade teori lom?
Keybod warrior km suka teori
Umno bn dajal kiamat iluminati yahudi dap bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya aku tepikir adekah ada mission imposible untuk keluarkan 11 rakyat malaysia?  jalan laut?udara? darat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 7-3-2017 12:22 PM
ini lah padah nya bila kita berbaik dgn sebuah negara berijim gila. apa faedah nya kita adakan hubun ...

Jawapannya satu je - CHINA
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 7-3-2017 10:58 PM
bukan memang kerajaan ke yang restu dan mengalu-alukan kemasukan pekerja dari korea utara untuk op ...

Utk pekerja mmg I xtau la...untk student mmg da border biru klau msuk lma kt sna...kna cop stiap kli kuar masuk semenanjung - srwak...
Psl effect doa tu mmg xmmpu la I nk jwb...semoga selesai cara yg baik la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:13 PM | Show all posts
Edited by edee_91 at 7-3-2017 11:14 PM

Rakyat Malaysia di Korea Utara dijamin selamat, kata PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (empat, kiri) mempengerusikan mesyuarat tergempar MKN hari ini berhubung tindakan Korea Utara menyekat rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 7 MacDatuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Perdana Menteri berkata fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pulang ke tanah air dengan selamat.

"Saya faham perasaan dan kebimbangan keluarga serta kenalan rakyat Malaysiayang ditahan di Korea Utara," kata Najib menerusi catatan di laman blog beliau, hari ini.

Perdana Menteri yang kembali dari lawatan kerja ke Jakarta petang tadi telah mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan tindakan Pyongyang hari ini yang mengenakan larangan sementara ke atas semua warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Menurut Najib, beliau telah diberikan taklimat terperinci mengenai situasi semasa yang berlaku ketika ini dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 45 minit itu.

Antara yang hadir pada mesyuarat tergempar MKN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, seramai 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kini masih di Korea Utara dan dalam keadaan selamat.

Mereka yang lain terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak yang memberi maklum balas segera bagi membolehkan pembebasan pelajar Malaysia Ibrahim Mohd Azmi di negara itu Selasa lepas. Isteri Perdana Menteri berkata beliau menghubungi wanita pertama Mesir itu pada pukul 6.15 petang semalam bagi memaklumkan penahanan pelajar perubatan dari Universiti Bristol, United Kingdom itu dan lega apabila pelajar itu kemudiannya dibebaskan kira-kira empat jam selepas panggilan dibuat. "Saya telah merayu kepada Suzanne bahawa seorang pelajar kita telah ditahan dan sebagai seorang ibu kami faham perasaan ibu bapa Ibrahim. Sesiapa punya anak juga jika saya boleh tolong atau membuat sesuatu untuk meringankan beban ibu bapa, Insya-Allah saya akan tunaikan kewajipan saya.
"Saya juga telah maklumkan (kepada Suzanne) pelajar ini muda penuh dengan emosi, ditahan kerana ambil gambar dan mungkin beliau tidak mengetahui kesalahannya. Saya amat menghargai respon yang diberi Suzanne apabila beliau terus meminta nama pelajar dan butir-butir seperti nombor pasport dan tarikh lahir," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... womK66fE85Vsux0A.99

Mohon suh bik mama runding dgn NK...kat mesir dia dah setelkan skg try NK lak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mat_arof replied at 7-3-2017 10:26 PM
apa yang kuasa besar nak dengan malaysia ni?

malaysia ni apa lar yang ada...

Malaysia pon ade ape kapal selam .. mahal tu beli...siap kecoh.dulu2x isu beli kapal selam kebanggaan malaysia...minyak mahal skrg xtaulah bole jalan ke idak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 7-3-2017 11:14 PM
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri Presiden ...

Dengan trump pon die boleh calling2x roger n out lg..   
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:19 PM | Show all posts
bruh n sista, buat masa ni kita kena letak parti, agama , kaum sebelah dulu. hand in hand for our fellow Malaysians di NK . lepas dah setel baru kita gaduh balik hihihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068421 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list