CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jelita

[V46] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ FOREVER FAZBULOUS ~ LOTS OF LOVE ~

 Close [Copy link]
Post time 6-5-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 6-5-2019 08:48 AM
uols dasha dah x jdi PA kaka fazz eh? so skrng sape PA kaka?

Dee aziz sis....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2019 11:18 AM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 11:20 AM | Show all posts
hahaha...faz marah2 manja...anyway, Salam Ramadan librarians! Salam kemaafan sekiranya ada kekilafan sepanjang iols melepak kat library ni.

  

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
http://salamtoday.com/kisah-nur-fazura-hijab-di-bulan-ramadan/
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 12:14 PM | Show all posts
love_warrior replied at 6-5-2019 11:49 AM
http://salamtoday.com/kisah-nur-fazura-hijab-di-bulan-ramadan/

Nice reading...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 12:15 PM | Show all posts
love_warrior replied at 6-5-2019 11:49 AM
http://salamtoday.com/kisah-nur-fazura-hijab-di-bulan-ramadan/

Kisah Nur Fazura & Hijab Di Bulan RamadanMei 6, 2019

By Helmi Anuar

Selamat datang bulan Ramadan Al-Mubarak. Sempena bulan yang mulia ini, kami tampilkan pelakon, penyanyi dan jelitawan popular tanah air, Nur Fazura sebagai Wajah Salam untuk edisi yang ketiga.

Kenapa Fazura? Ya, kami tahu anda pasti tertanya-tanya. Setelah dua isu pertama kami tampilkan selebriti yang berhijab, tetapi kali ini sengaja kami memilih Fazura sebagai Wajah Salam sempena bulan Ramadan.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin punya kisah menarik dan boleh dijadikan tauladan  semua pembaca SalamToday. Jika anda peminat setia Fazura, pasti anda sudah tahu bahawa isteri kepada aktor popular Fattah Amin ini akan memakai hijab setiap kali bulan Ramadan menjelma.

Untuk pengetahuan para pembaca SalamToday, Fazura sebenarnya adalah selebriti pertama yang bersetuju untuk menjadi Wajah Salam. Tetapi sengaja kami menyimpan beliau untuk edisi bulan istimewa ini.

Sewaktu hari penggambaran, Fazura berada dalam keadaan yang kurang sihat. Tambahan pula pada ketika itu, beliau baru sahaja dikaitkan dengan kontroversi di Festival Filem Malaysia yang lalu. Namun profesionalisme Pelakon Wanita Terbaik FFM27 ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Fazura tetap kekal memberikan kerjasama yang baik sepanjang kami melakukan sesi penggambaran.

Melihat wajahnya yang jelita memakai hijab sewaktu penggambaran ini dilakukan, mengingatkan kami kepada drama lakonannya bersama suami iaitu ‘Hero Seorang Cinderella’ kira-kira dua tahun lalu. Pasti ramai peminat yang mendoakannya semoga terus kekal berhijab.

“Memang sudah ada di dalam hati saya keinginan untuk berhijab. Cuma untuk berhijab sepenuhnya saya belum bersedia lagi. Kenapa? Itu biarlah menjadi rahsia di antara saya dan Allah. Apa yang saya boleh jelaskan adalah saya tidak mahu jika saya berhijab sekarang dan kemudiannya ada percanggahan dalam kerjaya saya terutamanya di peringkat antarabangsa. Saya tidak mahu singkatkan tudung atau ubah cara pemakaian saya untuk mengikut kehendak antarabangsa tanpa mematuhi shariah. Kalau saya nak berhijrah biarlah saya berhijrah sepenuhnya. Saya tidak mahu lakukannya dengan separuh hati.”

Temui Ketenangan Berhijab Di Bulan Ramadan

Tahun ini merupakan tahun kelima Nur Fazura memakai hijab di bulan Ramadan. Kongsi Fazura kepada kami selain dari menghormati kesucian bulan yang mulia ini, beliau menemui kepuasan dan ketenangan sepanjang berhijab di bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan adalah bulan terbaik untuk saya
practice memakai hijab. Selain daripada menghormati bulan Ramadan, saya menemui kepuasan, ketenangan serta kebahagiaan selain dari istiqomah”

Tanya kami kepada Fazura bagaimana beliau berdepan dengan kritikan netizen apabila beliau kembali tidak berhijab selepas berakhirnya Ramadan, kata Fazura dia sudah biasa berdepan dengan situasi seperti itu.

“Saya okey sahaja sebab saya buat sesuatu bukan kerana manusia, saya buat kerana Allah.
When people look at you, they are actually reflecting themselves. Apabila mereka tengok saya mungkin mereka fikir itu apa yang ada dalam diri mereka. Mereka mungkin berkata saya buat begini kerana saja-saja untuk buat orang suka. Bila mereka berfikir seperti itu, mungkin diri mereka sebenarnya yang seperti itu. Saya sudah lali dengan situasi ini kerana saya lakukan perkara ini pun bukan setahun dua, tahun ini adalah tahun kelima saya berhijab. Kalau orang nak cakap ala dia pakai sebab bulan Ramadan sahaja, yes, it is true, memang saya pakai di bulan Ramadan sahaja for now, tetapi bila dah sampai masa saya berhijrah sepenuhnya nanti saya akan buat kerana Allah bukan kerana orang.”

Melihatkan imej yang dibawa oleh Fazura sekarang, penampilannya kini lebih sopan jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu di mana beliau lebih seksi dan daring.

“Apabila saya melihat gambar-gambar lama saya, saya kata
wow, I wore that! I would say that I don’t regret it nor proud of it because that is part of my journey. Now looking back, I was like wow okay I have done that, and I have become better. Ini adalah saat yang saya akan kenang in the future that, I have become better and better. It’s a part of living and part of our life journey.Kita tak patut menghakimi kehidupan sesiapa kerana setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Apa yang paling penting adalah anda cuba untuk menjadi lebih baik. Dan kenapa saya cuba berpakaian dengan lebih sopan sekarang adalah ia salah satu latihan untuk saya menghadapi Ramadan. Saya rasa pada detik ini tidak perlu lagi saya berpakaian provokatif. Tambahan pula sekarang saya sudah berkahwin. I just want to please my husband, I dont want to please anybody else. Segala-galanya sekarang hanyalah untuk dia.”

Bercakap mengenai suaminya Fattah Amin, Fazura bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan tidak pernah memaksa dirinya untuk berhijab.

“Sebelum kami berkahwin saya pernah cakap kepada Fattah jika dia mencari seseorang wanita yang bertudung, I am not that person yet. I hope you don’t pressure and force me because if you do it is not going to be permanent and it is not going to come from my heart. Dia beritahu saya dia mencintai saya seadanya and the fact that I have intention to wear a hijab dah ada pahala di situ. Saya bersyukur dikurniakan imam yang baik seperti Fattah.”

Selain dijodohkan dengan suami yang begitu memahami, Fazura juga bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat menyayangi dan menerima dirinya seadanya.

“Sewaktu pertama kali saya mahu bertemu keluarga Fattah, saya agak takut juga kerana ibu dan adik-adiknya bertudung. Tetapi Fattah kata kepada saya, saya harus bertemu mereka dahulu dan lihat bagaimana penerimaan mereka. Selepas bertemu dengan mereka akhirnya saya bersetuju untuk menjadi isterinya selepas enam bulan kami berkenalan.”

“Saya pernah bercinta lebih lama dari itu. Dua tahun, empat tahun tetapi saya masih tidak pasti untuk berkahwin dengan jejaka tersebut. Namun selepas saya mengenali Fattah selama enam bulan dan dia ajak saya berkahwin saya terus terbuka hati kerana dia dan keluarga dia dapat menerima saya seadanya.”
“Saya tahu saya boleh hidup bersama keluarga yang begitu positif, tidak menghakimi orang lain, sentiasa menyokong dan tahu perjalanan seseorang manusia dan percaya kepada Tuhan. Saya sangat bersyukur mempunyai keluarga mertua yang tidak pernah masuk campur urusan perkahwinan kami, tidak pernah menghakimi saya sejak dulu lagi biarpun saya tidak berhijab. Ibu Fattah akan melayan saya dengan baik, memeluk saya malah adik-adiknya juga dulu sering bertanya bila kami akan berkahwin.”
Sekat Komen Negatif Di Media Sosial
Lumrah menjadi figura yang popular, pasti tidak akan dapat lari daripada menjadi sasaran haters di social media. Namun Fazura ada caranya yang tersendiri dalam menangani negativiti yang dicetuskan oleh haters.
“For me, haters no matter what you do, they always have something to say. I always believe that even if you walk on the water haters will say it’s because you can’t swim.”
“Orang yang suka mengata dan membenci ini sebenarnya adalah orang yang kurang berpelajaran, minda mereka sempit jadi saya cuma ada rasa kasihan terhadap golongan seperti ini. Mungkin dari kecil mereka dididik dengan kurang kasih sayang dan rasa kurang keyakinan diri. It’s not something yang saya perlu ambil tahu kerana ia racun fikiran saya.”
“Tetapi kalau ada komen-komen yang negatif saya terpaksa sekat. Pembantu saya juga akan memantau dan menyekat individu-individu yang negatif yang cuba menyebarkan kebencian di media social saya. Saya ada suami, ibu dan peminat terutamanya yang mudah tersentuh dan sakit hati membaca komen-komen negatif daripada haters. Saya perlu menjaga hati mereka. It’s very important for me untuk menjaga keamanan, keharmonian serta kesihatan minda dan jiwa saya serta pembaca lain.”

Mahu Luangkan Masa Dengan Peminat

Sepanjang bulan Ramadan nanti, Fazura bercadang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama  peminat-peminatnya selain menumpukan perhatian kepada memperbanyakkan amal ibadat.
This is the only time that I will be more relaxed. Only focus on my business not so much on my career. Jadi saya ingin meluangkan lebih masa bersama peminat, berbuka puasa bersama mereka dan melayan mereka yang datang membeli-belah di butik saya.”
I am also looking forward to berbuka puasa with my friends and families. This is the time for us untuk mengeratkan lagi silaturahim dan mengenali satu sama lain dengan lebih baik. Saya juga tidak sabar untuk menunaikan solat tarawih dan memperbanyakkan amal ibadat sepanajng bulan Ramadan,” luah Fazura mengakhiri perbualan.

Di Sebalik Wajah Salam
  • Wajah Salam : Nur Fazura
  • Gambar : Whitenery
  • Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
  • Teks (Bahasa Melayu ) : Helmi Anuar
  • Suntingan : Ili Farhana
  • Pereka grafik: Asyraf Tamam
  • Penata gaya : Vee Mukhtaram
  • Jurusolek : KF Bong
  • Penata Gaya Hijab : KF Bong & Vee Mukhtaram
  • Busana : Kot trenc, playsuit & kemeja polo- Bally. Jaket kulit- H&M. Lain-lain- milik Penata Gaya.


















Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2019 03:09 PM | Show all posts

iols masuk library sejuk hati tgk cover pastu sejuk hati baca statement kaka fazz. i love that woman lah! #untunglahfattah #untungdapateachother
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:17 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 6-5-2019 03:09 PM
iols masuk library sejuk hati tgk cover pastu sejuk hati baca statement kaka fazz. i love that wom ...

Suka baca apa dia tulis...pengakuan yg jujur dari wanita yg matang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2019 03:22 PM | Show all posts
Incanto replied at 6-5-2019 07:17 AM
Suka baca apa dia tulis...pengakuan yg jujur dari wanita yg matang

how can we not syg her and husband? semoga sentiasa dlm peliharaan Allah SWT selalu these 2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:23 PM | Show all posts
qwerty02 replied at 5-5-2019 02:15 PM
Comelnya la haii Fazura ni. Rupa2nya banyak gambar dari peti besi Fattah ya. Ni gambar curi2 ke apa  ...

benci lah, iols rasa byk lg dlm peti besi bamtah lah. hahaha! iols paling suka igs yg dia buat curi2 kaka fazz tgh mengunyah makanan kat belakang. pastu bamtah komen kata asyik mengunyah jer mulut tu. hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:26 PM | Show all posts
coyote_ugly0911 replied at 5-5-2019 02:15 AM
Mayb event bukak posa with ank yatim ke.. jgn laa malu2..

Happy Fasting sume2 warga library!!  ...

slmt berpuasa too kaka coy! and the remaining librarians. kita sebarkan kasih syg kepada semua manusia kecuali warga media yg pggl Penunggang Ugama serta wife kat tv tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:32 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 6-5-2019 03:09 PM
iols masuk library sejuk hati tgk cover pastu sejuk hati baca statement kaka fazz. i love that wom ...

cantikkan, hampir tidak kukenal...

  

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:39 PM | Show all posts
Edited by arsasa at 6-5-2019 03:40 PM
sora13 replied at 6-5-2019 03:32 PM
cantikkan, hampir tidak kukenal...

gambar nie meols tengok tadi sora...faz ke ni dalam hati meols...nampak lain. Cantik
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:41 PM | Show all posts
arsasa replied at 6-5-2019 03:39 PM
gambar nie meols tengok tadi sora...faz ke ni dalam hati meols...nampak lain. Cantik

iols pun tak confident nak repost sbb macam faz tapi macam org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 03:59 PM | Show all posts
sora13 replied at 6-5-2019 07:32 AM
cantikkan, hampir tidak kukenal...

meols tgh berzikir memuji ciptaan Allah yg Maha Agung. cantiknya nur fazura!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 6-5-2019 03:32 PM
cantikkan, hampir tidak kukenal...

Hampir x kenal....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
arsasa replied at 6-5-2019 03:39 PM
gambar nie meols tengok tadi sora...faz ke ni dalam hati meols...nampak lain. Cantik

Mcm Lindsay Lohan pulak nampak hehe. Tapi Faz mmg cantik sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 6-5-2019 03:17 PM
Suka baca apa dia tulis...pengakuan yg jujur dari wanita yg matang

Matang dan keep it real....
Bole lagi consider hati peminat dia...x padan badan kecik hati nya besar.....

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 6-5-2019 03:17 PM
Suka baca apa dia tulis...pengakuan yg jujur dari wanita yg matang

Ilove how much faz has become such a matured &  classy woman.she's truly found her happiness with her marriage. So happy for her.kita pula yg rasa bahagia. Iolss x pernah rasa bahagia camni bila tgk artis lain bahagia.
Maybe sbb dah lama minat faz dlm diam n  dah lali engan kecaman yg faz terima masa dulu2.sorry teremo pulak ptg2 ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.916595 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list