CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

   Close [Copy link]
Post time 26-1-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 09:56 PM
Xpernah try  kopi cap gantang..

Sedap.. Wangi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 10:43 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 09:59 PM
Tadi tanya member kat Perlis.. Dia kata banyak paste yg iols suka

haah betul.. hrtu member balik perlis dia beli pes tomyam putih.. sedap.. ank iols suka tomyam putih
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 10:43 PM
haah betul.. hrtu member balik perlis dia beli pes tomyam putih.. sedap.. ank iols suka tomyam put ...

Nanti nak cari la.. Iols letih.. Baru balik dressing luka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:06 PM | Show all posts

ada yg 3in 1 ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:07 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 11:02 PM
Nanti nak cari la.. Iols letih.. Baru balik dressing luka.

ooyeke.. xpe la hang pi la rest dlu.. penat tu.. iols pun nak semak kerja sek ank2 buat siang td
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 11:06 PM
ada yg 3in 1 ke

Kopi cap gantung kita kena bancuh manual.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 11:07 PM
ooyeke.. xpe la hang pi la rest dlu.. penat tu.. iols pun nak semak kerja sek ank2 buat siang td

Tgh sedap makan.. Anak makcikyg iols dok pi dressing wasap bgtahu dah basah.. Kena tukar juga mlm ni juga..luka dah nak sembuh.. Tapi ada satu bahagian kena debrec.. Iols ada minta matron pencen mai potong dead tissue.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:45 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 11:26 PM
Tgh sedap makan.. Anak makcikyg iols dok pi dressing wasap bgtahu dah basah.. Kena tukar juga mlm  ...

so hang pi balik la buat dressing? jauh ke rumahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 11:46 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 11:22 PM
Kopi cap gantung kita kena bancuh manual.

oo ingat mcm kopi 434 yg kopi muor tu.. ada dlm uncang.. tp kopi o jela.. iols suka kopi 434 tu sbb pekat.. lama xdpt.. putus stok dah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 11:45 PM
so hang pi balik la buat dressing? jauh ke rumahnya

Jauh juga dlm 30 minit.. Pi... Balik anak makcik tu hantar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 11:46 PM
oo ingat mcm kopi 434 yg kopi muor tu.. ada dlm uncang.. tp kopi o jela.. iols suka kopi 434 tu sb ...

Oh.. Org kedah tak minum kopi beruncang.. Kami bancuh manual.. Hahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 08:57 PM
Lama xjumpa asam ni.. dlu2 buat lipstick ms kecik2

Ada jual kat kedai runcit...kat Lumut ada kat kedai Jamilah seafood...tgh sahur ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 06:47 PM
Allahuakhbar!
Ni yg kita minta dijauhkan ni.. Doa dan rajin2 sedekahkan Al-Fatihah buat fil & la ...

hi kak leen, yg ni fil kata jatuh dari kerusi masa sembahyang subuh..
nurse bg kerusi yg ada hand rest bkn bangku.. so, now sembahyang atas katil ja senang.
lg pun skrg dlm icu, jd mmg nurse suruh buat atas katil.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:49 AM | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 06:42 PM
Sedap bg iols tapi tak la sekick kopi cap gantang

eh kopi cap gantang ni buatan Perak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:52 AM | Show all posts
Bod sinun-


Ekoran daripada penularan wabak COVID-19 ketika ini, ada pesakit yang perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah, mengikut kepada kriteria seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pesakit yang menjalani kuarantin sendiri di rumah perlulah mengasingkan dirinya daripada ahli rumah yang lain sepanjang tempoh kuarantin sehinggalah pesakit itu disahkan sembuh.




Gambar hiasan




Justeru, bagi sepanjang tempoh kuarantin itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi saranan dan cara yang betul ketika mencuci pakaian dan linen yang telah digunakan oleh pesakit:


1. Simpan pakaian atau linen di dalam beg plastik dan ditutup sehingga ia dibasuh.


2. Jangan campur dengan pakaian ahli keluarga atau rakan serumah yang lain.


3. Pakai pelitup muka dan sarung tangan ketika mengendalikan pakaian kotor.


4. Jangan goncang pakaian dan linen kotor kerana virus boleh merebak ke udara.


5. Gunakan air dan sabun pencuci pakaian biasa untuk membersihkan pakaian dan linen.


6. Sebaik-baiknya, cuci pakaian dan linen dengan air panas 60°C sehingga 90°C. Jika cucian tangan, rendam pakaian di dalam air panas terlebih dahulu sebelum mencuci.




Kredit foto: KKM




7. Buka sarung dangan dan cuci tangan menggunakan sabun selepas selesai mencuci.


8. Keringkan pakaian dan linen di bawah sinar matahari.


9. Cuci tangan selepas menyidai pakaian dan linen.




Sumber: Era.je

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 07:22 PM
Adui.. kesiannya.. FIl tu ada penyakit lain ke.. kalau xde penyakit ok. Kalau ada risau skit la

ada.. kencing manis la yg paling utama.. selain ada sakit mata..
masuk icu supaya senang dr monitor oxygen level..
rasanya sebelum ni masa kat wad, oxygen reading ok je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 07:27 PM
Keypo x minum lagi kopi kedah.. tgk member mebi nescare sunrise pulak.. adui.. tahan nafsu je ni.. ...

waa got aa nescafe sunrise?? lama tak browse supermarket..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kaka_tima replied at 26-1-2021 08:21 PM
Kaka first time try plum cooler tealive. Sedap juga ya
Alamak nak attach gambar tapi file not suppo ...

hii

kut cara ni..mmg gmbr besar

1)pergi web funkyimg.com

https://funkyimg.com/

ps: click setting, choose for message boards

2)Kemudian browse image

3)Skrol ke bawah touch upload images

4) Pilih copy BB Code img

5) Tampal kat kotak content
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:04 AM | Show all posts





KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dilaksanakan, mulai 5 Februari depan dijangka lebih ketat dan memperuntukkan sekatan tertentu.


Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata langkah tidak menambah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari ini berkemungkinan mempunyai beberapa asas.


Katanya, ia termasuk mengambil kira tanggapan masyarakat terhadap PKP fasa kedua kali ini yang disifatkan sangat longgar dan lebih mirip PKPB.


"Sekarang ini kita lihat antara PKP dan PKPB, tidak banyak beza kerana pelbagai kegiatan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa.


"Justeru, tiada masalah untuk beralih kepada PKPB, namun saya jangkakan ia bukanlah longgar seperti sebelum ini bagi memastikan matlamat untuk menurunkan kadar kes harian kepada dua angka berupaya dicapai.


"Oleh itu, sekatan perjalanan rentas negeri berkemungkinan masih dikekalkan, selain beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.


"ergerakan dalam antara daerah dijangka dibenarkan, selari pelaksanaan PKPB tetapi menerapkan SOP ketat," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam dilaporkan berkata PKP yang bakal berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan kerana ia memberi kesan negatif terhadap ekonomi.


Sehubungan itu, mekanisme kawalan bagi membendung penularan COVID-19 di dalam negara akan digantikan dengan PKPB selama tiga bulan, sebelum kadar kes harian dijangka kembali menyusut ke dua angka menjelang 11 Mei.


Berdasarkan beberapa petunjuk, Yahya berkata langkah membendung wabak COVID-19 mula menunjukkan kesan positif apabila kadar 'R naught' (RO) atau kebolehjangkitan menurun kepada 1.04, setakat hari ini.


Selain itu, katanya, jumlah individu yang sembuh atau bebas daripada jangkitan COVID-19 melebihi kadar kes positif harian, sejak 23 Januari lalu.


"Ini mencerminkan bahawa kadar penularan berupaya distabilkan seperti laporan Kementerian Kesihatan (KKM) dan jika pola sedemikian berterusan, RO akan terus menyusut," katanya.


Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, yang turut menyuarakan nada sama pula berkata beberapa pertimbangan harus diambil apabila ingin beralih kepada strategi PKPB.


Meskipun wujud kerjasama swasta dan kerajaan susulan pewartaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, beliau berkata risiko kegagalan sistemik terhadap aspek perkhidmatan kesihatan harus diberikan perhatian.


"Mungkin Ketua Pengarah Kesihatan berdepan tekanan untuk mengurangkan impak terhadap sektor ekonomi, justeru peralihan kepada PKPB ialah jalan terbaik bagi mewujudkan situasi 'menang-menang'.


"Bagaimanapun, kita perlu teliti perkembangan kadar kes harian supaya ia tidak melangkaui kemampuan untuk menampung pesakit, bersandarkan kapasiti di sektor swasta dan awam.


"eralihan kepada PKPB juga mungkin memberi 'sinar' baharu kepada peluang untuk memulakan semula persekolahan secara bersemuka, tetapi menerusi pelaksanaan mekanisme keselamatan tertentu.


"Ini termasuk jadual ke sekolah mengikut kumpulan dan secara bergilir bagi menjaga penjarakan fizikal. Saya juga minta supaya harga saringan COVID-19 diselaraskan dan dikawal supaya lebih ramai yang mampu membuat ujian," katanya.










KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti dilaksanakan pada 18 Mac 2020 akan diumumkan sebelum 4 Februari depan.


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).


Katanya, pelbagai aspek akan dipertimbangkan khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.


"elbagai reaksi timbul apabila dimaklumkan tentang pelaksanaan PKP1 (PKP sepenuhnya), ada pihak setuju dan ada yang tidak kerana mereka mahu PKP1 dilaksanakan bagi menutup sepenuhnya semua operasi iaitu tiada perniagaan dan rakyat... duduk di rumah seperti dilakukan dulu dengan alasan boleh membantu percepatkan penurunan kes harian COVID-19.


"Ramai juga tidak bersetuju, jadi ada pelbagai reaksi, mereka tidak setuju PKP1 terutamanya mereka yang berniaga atau peniaga mikro yang setengah daripada mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian.


"Sehubungan itu, sebarang keputusan kerajaan akan dinilai secara menyeluruh dan memang aspek kesihatan kita perlu jaga, tetapi dalam masa yang sama kita mahu lindungi kepentingan rakyat terutamanya golongan miskin yang terpaksa bergantung kepada pendapatan harian," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.


Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan bahawa PKP di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.


Dr Noor Hisham, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 2.8 juta individu berdepan risiko kehilangan pekerjaan jika PKP penuh dilaksanakan kerajaan.


"Kumpulan berpendapatan rendah (B40) juga akan kehilangan pendapatan bulanan dengan purata RM2,400 sebulan membabitkan RM6.45 bilion kesan pelaksaan PKP penuh.


"Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sejak pelaksaan PKP pada Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah menutup operasi dan ini menyebabkan banyak pihak telah kehilangan pekerjaan.


"Oleh itu, kerajaan akan mengumumkan perkara ini sebelum 4 Februari depan dan perbincangan dengan semua pihak akan dilakukan dengan mengambil kira kesan yang akan timbul jika PKP penuh dilaksanakan baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:42 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-1-2021 02:57 AM
Jauh juga dlm 30 minit.. Pi... Balik anak makcik tu hantar.

ooyeke... ank dia xpernah buat eh.. kalau sebelum ni sape yg buatkan utk depa.. nasib la hang boleh pi semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 1.327565 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list