CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 30-4-2005 11:43 AM | Show all posts


Begitulah susunan sistem keadilan dan kehakiman Hadhari yang memperlihatkan betapa jujur dan adilnya Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Tidak ada sesiapa pun yang berada di atas undang-undang atau kebal dari undang-undang. Tidak ada sesiapa yang akan terlepas dari per-hukuman bilamana dia bersalah dan tidak ada sesiapa pun yang akan terhukum jika dia tidak bersalah. Ini kerana, dalam kaedah hadhari, lebih baik tidak menghukum daripada tersalah hukum.


Harus ditegaskan bahawa Allah SWT telah memerintahkan hukuman hudud dan ta'zir dijalankan terhadap segelintir orang-orang jahat demi mengawal kebaikan-kebaikan yang wujud dalam masyarakat. Dengan hukuman hudud dan ta'zir tersebut, masyarakat akan selamat dan damai dari gangguan segelintir penjahat.



AHLI MAJLIS KEADILAN (KEHAKIMAN)


Anggota majlis adalah hakim-hakim dan kadhi-kadhi Islam. Khalifah atau pemerintah sendiri boleh melantik dirinya untuk menjadi anggota majlis sekiranya beliau tidak keberatan. Ahli-ahli apabila dilantik tidak terikat dan tidak dipengaruhi lagi oleh pemerintah.

Seperti yang disebut sebelum ini, tujuan utama Majlis Keadilan ialah untuk menyelaraskan undang-undang Islam (hukum hudud dan ta'zir) yang akan digunakan di semua mah-kamah di seluruh negara sama ada terhadap kesalahan jenayah, syariah ataupun kesalahan sivil.[/
b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-5-2005 12:15 PM | Show all posts
Untuk tujuan itu supaya majlis benar-benar berfungsi, bebas dari sebarang pengaruh lain, betul-betul adil dalam urusan membersihkan negara dari maksiat dan mungkar, dan supaya tidak ada yang teraniaya atau yang terlepas dari hukuman, maka syarat-syarat keanggotaan majlis mestilah mengikut kehendak syariat. Di samping orangnya mesti lelaki, beragama Islam, baligh, akil dan merdeka, dia perlu juga ada syarat-syarat tambahan seperti berikut.


1.        Bertaqwa

Sebab orang yang bertaqwa itu, dia sangat takut dengan Allah. Sebab itu dia sangat bimbang dan berhati-hati dalam men-jatuhkan hukuman. Orang yang tidak bertaqwa tidak ada perasaan-perasaan seperti ini.

Orang yang bertaqwa, yang betul-betul cinta dan takut kepada Allah tidak akan tergamak dan tidak akan berani untuk berlaku tidak adil dalam tugasnya. Sebab Allah sangat me-merintah hamba-Nya agar berlaku adil. Firman-Nya:
Maksudnya: "Berlaku adillah, kerana adil itu men-dekati kepada taqwa." (Al Maidah: 8)



Secara fitrah dan kecenderungan semulajadi, semua manusia dicipta Allah cinta kepada keadilan. Tetapi dorongan fitrah sahaja tidak cukup kuat untuk menegakkan keadilan. Sedangkan orang yang bertaqwa melakukannya atas dorongan iman, takut dan cinta kepada Allah yang mempunyai hukum. Tentu orang yang bertaqwa akan lebih berjaya dalam urusan menegakkan keadilan. Di samping dorongan fitrahnya, cinta dan takutnya kepada AUah akan banyak membantu.



Untuk mengenal orang yang bertaqwa, lihatlah cara hidup-nya. Tentang perilakunya terhadap hukum-hukum Allah. Dia lebih serius dengan hukum-hukum Allah. Dia ghairah melaksanakan hukum yang wajib dan sunat dan sungguh-sungguh bermujahadah meninggalkan yang haram dan makruh. Akhlak sesama manusia amat tinggi. Dalam pergaulan, dia tidak pemarah, tidak beremosi, pemurah, pemaaf, mudah minta maaf, simpati, timbang rasa dan pelbagai lagi sifat mahmudah.


2. Luas ilmu

Mempunyai ilmu yang luas tentang hukum-hakam, sah dan batal, hudud dan ta'zir dan lain-lain ilmu yang berkaitan dengannya. Sepatutnya ilmunya mesti bertaraf mujtahid. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya dia terkenal sebagai pakar hukum.



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-5-2005 12:22 PM | Show all posts
3. Ada pengetahuan umum

Dia mesti ada ilmu tentang psikologi manusia, situasi masyarakat dan pengetahuan luas tentang isu semasa.

4. Cerdik dan peka



5.  Berpengalaman

Dengan segala syarat yang disebut di atas, barulah seseorang hakim atau kadhi itu dikatakan berwibawa. Dia diyakini dan disegani oleh orang ramai. Mahkamah Islam hanya dipertang-gungjawabkan kepada hakim-hakim dan kakitangan yang beragama Islam sahaja. Sebab hanya orang Islam yang lebih tahu tentang hukum-hakam Islam dan hanya orang Islam yang bertaqwa. Hakim-hakim bukan Islam tidak dilibatkan kecuali apabila berlaku kesalahan-kesalahan orang bukan Islam yang berkaitan dengan adat-istiadat dan agama mereka. Hal itu akan ditanya kepada hakim-hakim mereka
.


Kesalahan-kesalahan umum seperti zina, curi, bunuh dan sebagainya maka hukum hudud dan ta'zir akan dijalankan oleh hakim dan mahkamah Islam, sekalipun terhadap pesalah yang bukan Islam.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-5-2005 10:58 PM | Show all posts


HARAPAN UNTUKYANG BUKAN ISLAM


Orang yang bukan Islam yang menjadi warga negara di dalam negara Islam tidak perlu takut dan bimbang. Cara hidup Islam, undang-undang Islam dan hukum-hakamnya tidak akan menyeksa sesiapa bahkan ia menjamin keselamatan, ke-amanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat sama ada yang Islam atau yang bukan Islam. Kalau dalam negara yang sekular, iaitu negara yang ditegakkan atas ideologi ciptaan akal manusia pun, kita rasa sudah boleh tumpang hidup, inikan pula dalam negara yang dicatur sendiri oleh Allah, Tuhan langit dan bumi ini, yang maha Mengetahui semua masalah manusia. Demi pemurahnya Dia, orang bukan Islam pun diberi peluang untuk hidup berbahagia di dunia.


Negara Islam yang dimaksudkan di sini bukan seperti negara Islam yang ada di dunia hari ini seperti Pakistan, Iran dan Arab Saudi. Yakni negara yang meriuh-rendahkan hukum hudud sedangkan hukum-hukum lain yang lebih utama dan indah seperti akhlak, kasih sayang, bertimbangrasa, ber-tolong-bantu, jujurdan lain-lain lagi tidakdihiraukan. Hingga kerana itu Islam dilihat begitu menakutkan oleh orang-orang yang tidak faham. Sedangkan Islam sebenarnya adalah agama fitrah, yakni agama yang selamat dan indah. Kalaulah kita dapat peluang hidup di dalam negara yang benar-benar Islam, kita akan merasai kepuasan, keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki.


Saksikanlah sejarah umat Islam di zaman gemilangnya da-hulu. Di waktu itu, bukan sahaja umat islam bahkan orang bukan Islam pun rindu untuk berada dalam kerajaan naungan Islam, sekalipun mereka tetap mempertahankan agama asal mereka. Mereka menanti-nanti datangnya pemimpin-pemim-pin Islam ke negara mereka untuk menggantikan pemimpin lama yang tidak mampu memerintah seperti yang dibuat oleh pemerintah Islam di waktu itu.

Sebab itu, dengan mudah sahaja Islam dapat menguasai tiga per empat dunia di waktu itu dan memerintah dengan aman dan makmur. Peperangan yang berlaku hanyalah di antara tentera Islam dengan pihak berkuasa atau tentera kepunyaan raja di negara berkenaan. Rakyat jelata negara itu sudah memihak kepada tentera Islam, kerana rakyatnya sudah jemu dan benci dengan sikap raja dan kerajaannya yang zalim serta tidak berperikemanusiaan. Sebab itu mudah sahaja negara berkenaan jatuh ke tangan orang Islam. Bacalah sejarah Islam. Kaji dan teliti bagaimana ianya telah membawa dunia kepada keselamatan di waktu itu. Hakikat sejarah jangan dinafikan serta jangan dibohongi.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 04:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 4-5-2005 09:32 AM | Show all posts
Hidup di dalam masyarakat Islam, orang bukan Islam tidak perlu takut apa-apa. Hukum hudud yang dijalankan adalah untuk kebaikan bersama. Apakah anda tidak gembira kalau pencuri yang telah mencuri di rumah anda dipotong tangan-nya? Anda pasti setuju penjahat mesti dihukum dengan hu-kuman yang sepadan. Kalau orang mencuri barang anda, hati anda mengharapkan dia dihukum. Sebab keselamatan adalah menjadi idaman setiap individu dan semua bangsa, bukan idaman orang Islam sahaja. Itulah yang orang Islam mahukan. Jadi apakah yang hendak ditakutkan. Orang yang menentang hukum hudud ini kemungkinan dia orang jahat dan ada cita-cita hendak mencuri. Sebab hanya orang yang jahat sahaja yang takutkan hukuman. Orang-orang yang baik merasa lega dan aman kerana adanya undang-undang dan hukuman kerana ia menjamin keselamatan mereka.


Undang-undang dan hukum-hakam Barat dan sekular yang dijalankan di Malaysia sudah terbukti tidak berdaya dan tidak mampu untuk membendung jenayah dan kejahatan dan men-jamin keselamatan. Lagi banyak undang-undang dibuat dan dijalankan, jenayah semakin bertambah dan menjadi-jadi. Nampaknya orang-orang jahat tidak langsung mempedulikan atau takut dengan undang-undang yang ada.



Di samping itu, ada hukuman sekular ini yang sedang berkuatkuasa yang tersangat zalim dan jauh lebih dahsyat dari hukuman Islam iaitu ISA, yang menahan dan memenjarakan orang tanpa bukti, tanpa bicara dan tanpa pembelaan. Hukuman seperti ini tidak ada dalam ajaran Islam. Kalau ini pun orang-orang bukan Islam boleh terima kenapa tidak hukum Islam. Undang-undang dan hukum-hakam Barat tidak menganggap zina, judi, minum arak, pengambilan dadah dan pergaulan bebas lelaki perempuan itu sebagai satu kesalahan atau jenayah. Walhal perkara-perkara itu merosakkan agama, akhlak dan jati diri rakyat. la menjatuhkan peribadi dan moral rakyat. la punca berlakunya berbagai jenayah yang lain.


Islam bukan agama melulu dan mengikut nafsu. Setiap yang diperintah dan dilarang penuh hikmah, cukup alasannya dan cukup syarat rukunnya. Tidak ada satu pun ajaran Islam itu yang boleh membawa bencana kepada manusia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 6-5-2005 08:18 AM | Show all posts
Islam   Hadhari  dan  Masyarakat Majmuk


            Kalau tertegak Islam Hadhari, akan berlaku satu perubahan      
            yang  luarbiasa dan  sangat menguntungkan. Integrasi dan
           perpaduan kaum akan menjadi kenyataan. Jenayah dan gejala           
            masyarakat yang menakutkan akan berkurangan.


ISLAM HADHARI DAN KAUM BUKAN ISLAM

Perbincangan Islam Hadhari dan masyarakat majmuk di negara kita sebaiknya dimulai dengan memperkata-kan tentang Islam Hadhari daripada mengutarakan isu negara Islam. Ini penting bagi mengelak kekeliruan dan salah faham. Islam Hadhari tidak boleh disalah faham. Kaum-kaum lain dan orang bukan Islam tidak perlu takut atau bimbang. Islam Hadhari bukan bersifat agama semata-mata iaitu hanya menyakinkan Tuhan dan melibatkan cara peribadatan, penyembahan dan sembahyang. Walaupun negara mengajak kepada Islam Hadhari, ini tidak bermakna negara mengajak semua kaum dan bangsa memeluk Islam.


Yang bersifat agama, iaitu soal Tuhan dan soal penyembahan, masing-masing rakyat boleh pertahankan agamanya, kepercayaan dan pegangan masing-masing. Dalam Islam, soal Tuhan, kepercayaan dan agama tidak ada paksaan. Itu adalah hak asasi setiap manusia. Bahkan kalau ada orang tidak mahu percayakan Tuhan pun, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa. Agama adalah hak peribadi setiap manusia. Jadi tidak perlu bimbang.

[color=Beige]Tetapi untuk kepentingan bersama di dunia, khususnya bagi semua kaum, bangsa dan etnik dalam sebuah negara, kita boleh mencari jalan dan sistem yang menjamin keselamatan dan keharmonian. Itulah sebabnya, di dunia hari ini, dasar setiap negara adalah berasaskan prinsip yang bukan ciptaan negara itu sendiri. la diambil dari negara atau bangsa lain dan disesuaikan untuk kegunaan sendiri. Dalam sesebuah masyarakat, sistem dan peraturan perlu ada. Ini semua bagi tujuan untuk mencapai keadilan dan keselamatan.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 7-5-2005 11:43 AM | Show all posts
Sebagai contoh, asas undang-undang bagi kebanyakan negara di dunia adalah berasaskan perundangan dan sistem Islam dari zaman kegemilangannya. Misalnya, peraturan mengenai hak mendapatkan sinar matahari ajaran Imam Al Ghazali dalam bab kejiranan diterima dan dilaksanakan di Barat pada abad ke-20 dengan termaktubnya Akta Perancangan Bandar (Town Planning Act) setelah orang Barat bertelingkah berabad-abad lamanya tentang isu yang sama. Barat yang terlebih dahulu menggunakan perundangan Islam sebagai panduan. Kemudian ia dari masa ke semasa diubah dan disesuaikan dengan keadaan dan perubahan zaman. Orang Barat tidak membantah. Mereka nampak akan kebaikan dan manfaatnya. Orang Barat tidak pula memeluk Islam. Mereka ambil cara hidup dan perundangan Islam tetapi tidak mengambil agamanya. Mereka tetap dengan agama asal mereka. Maka jelas bahawa sistem, peraturan dan cara hidup Islam boleh diambil tanpa diambil agamanya. Sistem, peraturan dan cara hidup islam memang sesuai untuk semua manusia, tidak kira apa kaum, bangsa, etnik ataupun agama.


Memang setiap bangsa dan negara dari masa ke semasa sentiasa mencari-cari sistem dan peraturan untuk kebaikan rakyat mereka pada setiap zaman. Sistem dan peraturan yang ada dibuat perubahan mengikut keperluan dan peredaran zaman dari masa ke masa. Mana yang tidak sesuai ditinggal-kan. Cara baru yang munasabah diguna pakai.


Contoh lagi ialah demokrasi. Demokrasi adalah ajaran dari Barat. Tetapi banyak negara di timur mengamalkan demokrasi mengikut acuan masing-masing. Perkara ini tidak dipertikai-kan oleh rakyat mereka. Begitu juga komunisma dan sosialisma. la juga ajaran dari Barat. Pengasasnya ialah Karl Marx.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 9-5-2005 10:59 AM | Show all posts


Negeri China mengamalkan komunisma. Rakyat China tidak membantah.
Bahkan dunia sedang mencari-cari ajaran dan sistem-sis-tem yang baru untuk diamalkan kerana demokrasi, komu-nisma dan sosialisma nyata sudah nampak kelemahannya. lanya punca krisis, perpecahan, ketidakadilan, kerosakan moral dan akhlak dan peperangan. Kalau Perdana Menteri hendak negara mengamalkan Islam Hadhari, itu tidak salah.


Islam Hadhari adalah satu sistem yang boleh dipakai untuk pentadbiran negara seperti juga demokrasi. Malahan ia mungkin sistem yang terbaik untuk negara kita. Kerana Islam itu bukan sahaja bercorak agama. la adalah juga cara dan peraturan hidup (way of life) dan cara bernegara atau tata-negara yang sesuai bagi semua kaum dan bangsa walaupun tidak Islam. Bagi yang bukan Islam, tidak perlu ambil agama-nya tetapi boleh ambil tatanegara dan peraturan hidupnya sepertimana juga kita mengambil demokrasi.


Inilah bezanya Islam dengan agama-agama lain. Islam bukan hanya penyembahan atau peribadatan. Islam ada undang-undang, peraturan dan sistem hidup. la mengatur ke-hidupan manusia. Islam adalah cara hidup atau way of life. Ini tidak ada dalam agama-agama yang lain. Bagi agama lain, kalau mereka mahu bertamadun, mereka terpaksa gunakan akal kerana soal tersebut tidak digariskan oleh agama mereka. Maka hasilnya rosak dan merosakkan. Sebaliknya kalau umat Islam mahu bertamadun, mereka mesti taat pada agama.



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 12-5-2005 08:52 AM | Show all posts
Bagi Malaysia, Islam Hadhari mungkin lebih baikdari demo-krasi. la lebih menjamin perpaduan kaum, keharmonian dan keselamatan. Mari kita lihat keindahannya. Kalau tidak pada agamanya, pada cara hidup dan peraturannya dan dalam konteks tatanegaranya. Ini boleh kita lihat dalam maksud istilah Islam dan Hadhari itu sendiri seperti berikut:


Apa erti Islam? Islam ertinya keselamatan atau lebih tepat lagi selamat dan menyelamatkan. Keselamatan termasuklah keadilan, sama ada disegi undang-undang, keadilan mendapat pekerjaan, keadilan pengagihan kekayaan mengikut kemam-puan dan kebolehan. Keselamatan termasuk berkasih sayang, bersatu padu, rasa bersama dan bekerjasama yang semua orang perlukan. Keselamatan termasuk tolong-menolong, bela-membela dan bertolak ansur. Keselamatan juga ialah hormat-menghormati antara satu sama lain, tidak boleh hina-menghina kerana berlainan agama atau bangsa. Keselamatan juga ialah kebebasan melaksanakan apa yang jadi hak asasi masing-masing mengikut undang-undang dan peraturan supaya tidak ada pelanggaran. Itulah maksud keselamatan mengikut pengertian Islam. Islam itu selamat dan menyela-matkan. Bukan orang Islam sahaja yang selamat tetapi orang lain pun ikut selamat.



Apa erti Hadhari? Hadhari ertinya kemajuan. Kemajuan yang membawa kemakmuran. Makmur di segi makan minum dan pakaian. Cukup keperluan asas seperti tempat tinggal, alat-alat perhubungan, alat-alat pentadbiran dan kemudahan mencari ilmu dan pengetahuan. Alat-alat pula canggih mengikut keperluan dan perubahan zaman. Kampung maju dan bandar pun maju. Kelengkapan ketenteraan moden dan canggih.



Itulah Islam Hadhari iaitu gabungan antara pembangunan insan dan kemajuan material. Dua perkara yang diperlukan oleh setiap insan, bangsa dan negara mengikut zaman. Ke-selamatan, keharmonian, kemajuan dan kemakmuran yang dibawa oleh Islam Hadhari adalah idaman setiap manusia. Islam Hadhari itulah sebenarnya yang diidam-idamkan oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia. Hanya mereka tidak sedar dan tidak tahu. la khabar gembira bagi seluruh rakyat. la perubahan yang benar-benar kita perlukan.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-5-2005 10:20 AM | Show all posts
Kalau tertegak Islam Hadhari, akan berlaku satu perubahan yang luarbiasa dan sangat menguntungkan. Integrasi dan perpaduan kaum akan menjadi kenyataan. Jenayah dan gejala masyarakat yang menakutkan dan memeningkan kepala semua kaum akan berkurangan. Kita tidak dapat semua ini dalam sistem demokrasi.


SAJAK 4
Islam Hadhari di Dalam Masyarakat Majmuk


Lebih baik kita memperkatakan Islam Hadhari
daripada negara Islam
Islam Hadhari janganlah sesiapa salah faham,
takutkan dan bimbangkan
la bukan bersifat agama semata-mata yang hanya
meyakinkan Tuhan dan ketuhanan serta cara penyembahan
Janganlah hendaknya jika negara mengajak
kepada Islam Hadhari

Ada yang mengertikan mengajak semua kaum
dan bangsa masuk Islam
Yang bersifat agama masing-masing boleh pertahankan,
pegangan masing-masing tentang Tuhan
dan penyembahan tanpa paksaan,
itu adalah hak asasi setiap insan

Bahkan kalau ada orang tidak percaya Tuhan pun
tidak ada sesiapa pun boleh paksa tinggalkan keyakinannya demikian
Agama adalah hak peribadi setiap insan yang janganlah dibimbangkan
Tapi di dalam kepentingan bersama di dunia
di sebuah negara untuk semua kaum dan bangsa,
semua orang boleh mencari jalan keselamatan
dan keharmonian

Kerana itulah di dunia hari ini, setiap dasar negara
asas-asasnya bukan dari negara berkenaan
Masing-masing negara mengambil asas-asas dan sistem
negara masing-masing untuk diundang-undangkan
mengambil di mana-mana sahaja yang boleh membawa
keadilan dan keselamatan
Tidak pula kaum dan bangsa di negara itu persoalkan
dan menentang

Saya membawa beberapa contoh sebagai pengetahuan
Rata-rata negara di dunia asas undang-undang negara itu
mengambil dari undang-undang dan sistem Islam yang
silam di zaman gemilangnya

Baratlah yang mengambil lebih dahulu untuk panduan
Kemudian undang-undang dan sistem mereka itu
dari masa ke semasa diubah dan disesuaikan
dengan keadaan dan perubahan zaman
Tidak pula kaum dan bangsa yang ada di barat menentang
dan persoalkan kerana itu adalah kebaikan

Tidak pula ada yang mengatakan mengapa kita dipaksa
atau mesti masuk Islam!
Mengambil peraturan dan sistem hidup itu
tidak boleh dikatakan masuk Islam

Ini adalah satu kenyataan yang sangat terang
dan satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan
Memanglah setiap bangsa dan negara dari masa ke semasa
sentiasa mencari-cari sistem dan peraturan
untuk kebaikan rakyat tempatan setiap zaman
Dari masa ke semasa sentiasa dibuat perubahan-perubahan
mengikut keperluan dan peredaran zaman
Yang rasa tidak sesuai ditinggalkan, ada pandangan baru
yang munasabah digunapakai menjadi tambahan


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2005 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 2005-4-15 04:28 PM:
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia dilepaskan dari masalah hidup dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga." (At Thalaq: 2-3)



At Thalaq:2-3 Saya sudah semak tapi tak sama.
:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2005 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 17-5-2005 10:47 AM:



At Thalaq:2-3 Saya sudah semak tapi tak sama.
:stp:



ermmm...kuman, tatie pun semak gak...yer ler mana nak tepat setiap terjemahan yg kita tengok tu sebb yg terjemah org lain-lain, gantung gak pada ilmu penterjemah tu...

tapi yg tatie dapat lebih kurang dgn hafizi posting tu....

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

Sumber : HARF
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2005 11:53 AM | Show all posts
Ok..saya tersilap mukasurat tadi . Maaf
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 18-5-2005 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 17-5-2005 11:21 AM:



ermmm...kuman, tatie pun semak gak...yer ler mana nak tepat setiap terjemahan yg kita tengok tu sebb yg terjemah org lain-lain, gantung gak pada ilmu penterjemah tu...

tapi yg tatie dapat  ...



Terima kasih ....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 18-5-2005 09:36 AM | Show all posts

Saya bawa contoh-contoh lain agar kita memandang jauh
dan terbuka fikiran
Hampir seluruh dunia hari ini asas-asas dasar negara
mereka diambil dari luar mungkin ramai tidak perasan
Banyak negara di dunia hari ini, mengambil demokrasi
sebagai dasar negara untuk diundang-undangkan



Demokrasi adalah ajaran dari barat
bukan dari negara masing-masing atau ajaran tempatan
tidak pula dipertikaikan
la hanya sebagai sistem yang ada di dalam ideologi
buatan manusia



Cuma setiap negara itu mengubahsuaikan ajaran
yang diambil dari luar itu,
kemudiannya diterimapakai
Begitulah faham komunis dan sosialis
yang dipakai oleh setengah negara di dunia adalah ideologi dari barat juga
Pengasasnya adalah Karl Mark,
negara Cina yang penduduknya begitu ramai
meneima ajaran itu sebagai pegangan negaranya,
dianggap satu kebaikan


Tidak pun rakyat Cina itu membantah dan menentang
setelah diundang-undangkan
Bahkan dunia sedang mencari-cari ajaran
dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan
Kerana ajaran yang sedang diamalkan sekarang
sama ada komunis, sosialis, mahupun demokrasi
sudah nampak kelemahan


Bahkan ketiga-tiga ajaran itulah yang sedang menyumbang
kepada gejala masyarakat yang tidak sihat
yang sedang berlaku sekarang
Krisis poiitik, krisis moral, penzinaan, pembunuhan,
rasuah, dadah, ketidak adilan dan peperangan
adalah kesan oleh sistem dan ajaran
yang sedang diamalkan


Jadi kalau ada pemimpin-pemimpin negara sekarang
hendak mencari dan cuba mengundang-undangkan
satu ajaran dan sistem yang baru
bukanlah satu kesalahan


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 20-5-2005 03:44 PM | Show all posts


Sebagai contoh PM Malaysia hendak mengamalkan
Islam Hadhari untuk diundang-undangkan
sama ada bertulis atau tidak di negara Malaysia
bukanlah satu kesalahan

Kerana ajaran Islam itu bukan sahaja bercorak agama
tapi ia adalah peraturan hidup,
cara bernegara atau tatanegara dan bangsa,
untuk semua kaum dan bangsa
Kalau kita tidak mahu agamanya, kerana masing-masing
sudah ada agama menjadi pegangan
tidak mengapalah ia tidak boleh dilarang
dan tidak boleh ditentang



Agama adalah hak individu tidak boleh dipaksa
sekalipun oleh negara
Agama ada hubungan dengan keyakinan yang ghaib
dan ketuhanan

Peraturan hidup, cara atau tatanegara apaiah salahnya
diterima untuk keselamatan
Kita bukankah sedang mencari-cari satu sistem
yang lebih baik untuk semua kaum dan bangsa
di dalam sebuah negara demi perpaduan kaum,
keharmonian dan keselamatan?



Oleh itu mari kita memperkatakan Islam Hadhari,
cara hidup dan tatanegaranya sahaja untuk difahami
Supaya kita dapat melihat keindahannya
dan boleh dipakai bersama demi keharmonian kaum
dan bangsa Malaysia yang bersefahaman


Apa erti Islam?
Apa erti Hadhari?


Islam ertinya keselamatan, apakah ada orang
tidak suka keselamatan?
Erti keselamatan secara umum yang besar-besar
dan asas-asasnya yang pentingnya
adalah seperti berikutan:
Keadilan adalah termasuk keselamatan,
keadilan di segi undang-undang,
keadilan mendapat pekerjaan,
keadilan pengagihan kekayaan mengikut
kemampuan dan kebolehan

Termasuk keselamatan juga berkasih sayang,
bersatu-padu, rasa bersama, bekerjasama
semua orang memerlukan
Tolong-menolong, bela-membela, bertolak ansur



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2005 08:12 AM | Show all posts


Sangat penting di dalam kehidupan
Hormat-menghormati satu sama lain,
tidak boleh hina-menghina kerana berlainan agama
dan bangsa sangat diperlukan di dalam pergaulan



Setiap orang diberi kebebasan melaksanakan
hak asasi masing-masing mengikut undang-undang
dan peraturan supaya tidak ada perlanggaran
Begitulah ertinya keselamatan mengikut Islam Hadhari
secara lebih kurang atau secara rambang



Setelah digambarkan sepintas lalu
erti keselamatan mengikut Islam Hadhari
saya rasa semua orang memerlukan,
apakah ada yang menentang?!
Itulah yang patut semua kaum dan bangsa
di dalam negara ini faham dan perjuangkan



Erti Hadhari pula, perlu setiap kaum dan bangsa di negara ini ada pengetahuan tentangnya
agar tidak salah faham untuk diamalkan di dalam kehidupan

Hadhari kalau dihuraikan ertinya Islam yang maju dan membawa kemakmuran
Keperluan-keperluan asasnya setidak-tidaknya seperti tempat tinggal, alat-alat perhubungan, alat-alat pentadbiran, kemudahan-kemudahan mencari ilmu dan pelajaran melalui alat yang canggih mengikut keperluan dan zaman



Keperluan-keperluan di bidang makan minum, pakaian dapat diwujudkan dan di dalam kesejahteraan dan kemakmuran
Kemajuan kampung dan bandar, alat-alat ketenteraan diwujudkan mengikut zaman

Itulah dia Islam Hadhari adalah gabungan di antara pembangunan insaniah
dan kemajuan material yang sangat diperlukan setiap insan,
oleh bangsa dan negara mengikut zaman


Apakah hadhari di sudut insaniah
seperti yang disambarkan di atas tidak diperlukan?


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 26-5-2005 01:21 PM | Show all posts


Apakah kemajuan material seperti yang disebut
ada orang yang hendak menentang dan persoalkan?
Kalaulah setiap warganegara di Malaysia
faham erti Islam Hadhari, maju dan makmur
apakah patut ditentang?

Islam yang membawa keselamatan dan keharmonian
dan membawa kemajuan dan kemakmuran
adalah idaman setiap insan



Kalau rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia
faham memang itulah yang diidam-idamkan

Jika rakyat Malaysia mengerti tentang Islam Hadhari
itu adalah khabar gembira buat mereka



Cadangan Perdana Menteri kita
adalah kebaikan untuk semua
Ini adalah satu perubahan yang memang kita perlukan
Kalau rakyat Malaysia faham dan perjuangkan
Islam Hadhari dari sekarang kita akan lihat
satu perubahan yang luarbiasa akan berlaku
sangat menguntungkan



Mari kita bersatu di belakang PM
dan bersama-sama memahami dan mengamalkan
Islam Hadhari yang membawa keharmonian
dan kemajuan

Integrasi atau perpaduan kaum dan bangsa
akan menjadi kenyataan
la mesti bermula daripada sekarang diperjuangkan



Itulah caranya juga gejala masyarakat
yang sangat ditakuti oleh semua kaum dan bangsa
di Malaysia akan berkurangan

Sangat bijak PM kita mencari satu formula
yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa
Marilah kita berjuang ke arah itu
Malaysia akan lahir satu bangsa baru
yang semua mendapat keuntungan


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 02:06 AM | Show all posts
tumpang tanya

buku Islam Hadhari menurut abuya ni kene haram ke ?,,,minggu lepas gi masjid kat parit buntar dia ada tampal surat dr Jabatan Agama Islam menghalang pengedaran buku ni kat masjid2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.436771 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list