CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe1983

Berita Roda2 Kehidupan

[Copy link]
 Author| Post time 28-5-2006 05:18 PM | Show all posts
Polis tahan remaja disyaki tembak rakan

TUARAN 27 Mei - Polis menahan seorang remaja berusia, 15, kerana disyaki menembak rakannya dengan menggunakan senapang patah buatan sendiri yang dikenali sebagai 慴akakuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2006 05:19 PM | Show all posts
28 cedera remaja mengamuk di Berlin

BERLIN 27 Mei - Sekurang-kurangnya 28 orang cedera apabila seorang remaja mengamuk dan menyerang orang ramai yang menyaksikan satu persembahan di sini, semalam ini.

Menurut jurucakap polis, Bernhard Schodrowski, suspek berusia 17 tahun, merupakan rakyat tempatan dari kaum buruh di Daerah Neukoelln, telah ditahan namun tiada mangsa yang mati akibat serangan tersebut.

Kata Schodrowski, sebelum kejadian suspek menyertai beribu-ribu penduduk untuk menyaksikan perasmian stesen kereta api utama, yang terbesar di Eropah dua minggu menjelang Kejohanan Piala Dunia.

Sebanyak 11 buah ambulans terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian.

Sementara itu, motif di sebalik serangan tersebut masih belum jelas, sama ada dia di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Pihak polis turut mengenali suspek yang pernah beberapa kali terbabit dengan keganasan.

- AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2006 05:20 PM | Show all posts
Pendaki Everest disangka mati hidup

SYDNEY 27 Mei - Seorang pendaki Everest dari Australia, Lincoln Hall, yang dikatakan meninggal dunia semasa mendaki ke puncak gunung tersebut, pulang ke khemah dalam keadaan sihat sepenuhnya, semalam.

Menurut seorang rakannya, Hall dilaporkan mati oleh rakan-rakan sepasukannya selepas mencecah paras 8,848 meter di puncak Gunung Everest kelmarin, namun dilihat tercungap-cungap menahan nafas akibat kekurangan oksigen lalu mula turun semula dari tempat itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Internet, ketua ekspedisi pendakian tersebut, Alexander Abramov memberitahu, Hall yang merupakan seorang pendaki yang berpengalaman, tiba-tiba terkeliru lalu baring di atas salji dalam cubaan melawan kesakitan dengan ditemani oleh beberapa orang Sherpa bagi membantunya.

Bagaimanapun, dua orang Sherpa yang bersamanya, terpaksa meninggalkan Hall kerana mereka kekurangan oksigen.

Seterusnya, Abramov telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa pendaki rakyat Australia itu meninggal dunia.

Sementara itu, satu kumpulan lagi yang diketuai oleh rakyat Amerika Syarikat, Dan Mazur yang sampai sebelum Hall tiba beberapa jam kemudian, menemui lelaki tersebut masih hidup.

Mazur seterusnya memaklumkan tentang perkara itu kepada pengurusan khemah dan menjalankan operasi menyelamatkan Hall.

- AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2006 05:22 PM | Show all posts
Haramkan upacara buka, tutup Olimpik

LONDON 27 Mei - Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip hari ini meminta supaya upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik diharamkan kononnya tidak masuk akal.

Menurut Putera Philip, beliau akan melakukan 搒esuatu yang kecil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:07 AM | Show all posts
Edisi KL: Kalung kebal pengedar

Oleh Hadzlan Hasaan
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang warga Thailand yang ditahan dalam satu cubaan membawa masuk lebih 70 kilogram ganja awal bulan ini di Changlun, Kedah didapati memiliki ilmu pengunci diri menggunakan kalung enam bismillah selain seutas tasbih.

Ilmu yang dimiliki lelaki yang ditahan bersama seorang lagi warga tempatan itu dikatakan membolehkan dia menahan rasa sakit serta melupakan perasaan sedih bagi memastikannya tidak membocorkan rahsia sindiket kepada pihak berkuasa.

Sumber polis berkata, lelaki itu pada mulanya mengaku beragama Islam tetapi tidak dapat melafazkan dua kalimah ketika diminta berbuat demikian.

Menurutnya, ketika disoal siasat di bilik siasatan Balai Polis Bukit Kayu Hitam oleh sepasukan anggota Jabatan Anti Narkotik (D8) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu sambil mengeluarkan tasbih.

揟indakan itu menyebabkan polis menanggalkan rantai dan tasbihnya dan selepas diperiksa rantai itu didapati mempunyai rangkaian ayat enam bismillah. Sepanjang proses siasatan lelaki itu langsung tidak bersuara.

揚asukan itu menjalankan pemeriksaan teliti kepadanya kerana ketika serbuan terhadap kenderaannya, polis menemui sarung pistol tetapi tidak menemui senjata api itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:08 AM | Show all posts
Edisi Utara: Menangis kena serbu

Oleh Zulfa Mohamad
[email protected]

PRAI: Tiga wanita warga China menangis teresak-esak selepas ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika menyerbu sebuah rumah di Lorong Kurau 5, Taman Chai Leng, di sini, yang dijadikan stor menyimpan cakera padat digital (DVD) cetak rompak, kelmarin.

Tiga wanita terbabit dan seorang lelaki juga warga China ditahan dalam serbuan empat pegawai penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Mohamad Faisal Nashru, jam 1.30 petang.

Serbuan dilakukan selepas menerima aduan ejen pengedar sah DVD yang berpejabat di Butterworth, Tai Seng Entertainment Network dengan kerjasama sepasukan pegawai Perlindungan Harta Intelek (PHI) dan KPDNHEP Seberang Prai.

Selepas mendapati rumah berkenaan dijadikan stor menyimpan DVD cetak rompak, empat warga China terbabit dan dua lelaki tempatan berusia 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Tiga wanita warga China terbabit menangis tidak henti-henti sebaik ditahan.

Ketua Cawangan KPDNHEP Seberang Prai, Khalid Tik, berkata ketika serbuan penguat kuasa mendapati pintu rumah berkenaan terbuka dan ada penghuninya sedang makan manakala sebahagian lagi berehat di ruang tamu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati dua bilik dalam rumah berkenaan dijadikan tempat simpanan DVD cetak rompak dengan sebahagian besarnya drama bersiri dengan setiap set DVD mengandungi lima siri selain beberapa kotak DVD ditemui di luar rumah.

揚enguat kuasa merampas 3,000 set DVD drama bersiri bernilai kira-kira RM30,000. Rumah berkenaan disewa beberapa bulan lalu dan dijadikan stor simpanan DVD sebelum dijual di pasar pagi berhampiran,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2006 07:12 AM | Show all posts
Edisi Timur: 2 janda khalwat 10 lelaki

Oleh Betty Subaryati

TUMPAT: Dua janda muda, masing-masing didenda RM700 dan RM900 selepas mengaku salah berkhalwat dengan 10 lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Palekbang, di sini.  

Seorang daripada janda terbabit, Esah Salleh, 24, turut dikenakan hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Tumpat, semalam, selain denda RM900.

Bagaimanapun, Esah membayar denda itu tetapi kemudian membuat rayuan supaya hukuman penjara 14 hari ditangguhkan dan minta mahkamah menetapkan tarikh lain bagi membolehkan dia melantik peguam.

Seorang lagi janda, Suhaibah Muhammat, 22, dituduh melakukan perbuatan itu pada April lalu.

Kumpulan lelaki yang dituduh itu pula adalah Mohd Shukri Ramli, 23, Zulkifli Salleh, 26, Zulkifli Zainun, 32, Mohd Rizam Abd Sani, 27, Abu Hassan Shaari, 24, Mohd Anizan Arifin, 22, Abdul Shomad Azizan, 28, Rosli Amazah, 30, Mohd Shukri Azizan, 32, dan seorang tertuduh berusia 15 tahun.

Dua daripada kumpulan lelaki terbabit berasal dari Pasir Mas dan Tumpat, manakala tujuh lagi dari Kedah dan bekerja sebagai pemandu jentera pembajak padi serta menyewa sebuah rumah di kampung itu sejak awal tahun ini.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama dua wanita yang juga peniaga mengikut Seksyen 9(4) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan No.2/ 1985.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika kertas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Syarie, Rohani Kadir di hadapan Hakim Mahkamah Syarie Pasir Mas/Tumpat, Mohd Hafiz Daud, semua tertuduh mengaku bersalah.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan sebahagian kumpulan lelaki itu sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan, manakala sebahagian lagi sedang berbual, manakala kedua-dua wanita itu pula tidur atas kerusi berhampiran kumpulan lelaki yang sedang tidur.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Tumpat dengan bantuan Skuad Amru Tumpat diketuai Nanulwi Mustapha selepas menerima maklumat orang ramai.

Muhd Hafiz memerintahkan sembilan lelaki itu masing-masing didenda RM750 manakala seorang lagi tertuduh berusia 15 tahun didenda RM500 serta dijamin selain diarah berkelakuan baik.

Semua kumpulan lelaki terbabit membayar denda sejurus selepas hakim menjatuhkan hukuman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:13 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Amuk awal pagi

Oleh Ibrahim Isa
[email protected]

JOHOR BAHRU: Kira-kira 50 peniaga dan pelanggan di medan makan Pasar Awam di Taman Seri Tebrau, di sini, nyaris terbunuh apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk, menyebabkan kira-kira 40 gerai dan empat kereta musnah, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, hampir semua peniaga terbabit sudah berkemas untuk pulang sebelum seorang lelaki tiba-tiba memberhentikan sebuah kereta dan meluru ke arah gerai serta kereta berhampiran.

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Johor Bahru, Chin Yoke Weng, berkata lelaki berusia 27 tahun itu menyerbu masuk ke tempat makan pada jam 2 pagi dan merosakkan 31 gerai termasuk skrin televisyen.

Katanya, ketika kejadian kebanyakan peniaga sudah berkemas hendak pulang.

揚ada mulanya, lelaki itu datang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic warna hitam dan meletak kenderaannya itu di kawasan berhampiran.

揇ia kemudian keluar dari kereta dan terus mengamuk dengan merosakkan gerai.

揕elaki itu turut mengeluarkan dua pisau dan mengugut peniaga dan beberapa pelanggan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2006 07:15 AM | Show all posts
Edisi Timur: Belia liar cemarkan Chini

Oleh Ilham Nusa

PEKAN: Kegiatan tidak bermoral seperti minum arak, menghidu gam, minum air ketum dan perlakuan sumbang membabitkan belia di Chini, dekat sini, semakin membimbang penduduk.

Antara lokasi perbuatan golongan berkenaan membabitkan Taman Kasut di tengah Bandar Chini, ladang kelapa sawit dan kawasan tapak pembuangan sampah Jalan Tasik Chini.

Seorang penduduk, Azman Mohd Ali, 32, berkata, golongan belia liar yang minum arak, menghidu gam dan berasmara secara terbuka tidak bimbang dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Menurutnya, masalah sosial golongan berkenaan dianggap lebih teruk berbanding Kuala Lumpur dan bandar lain yang sebelum ini dikatakan mengamalkan cara hidup bebas.

Katanya, perbuatan sumbang kini semakin berleluasa walaupun usaha membendung aktiviti berkenaan sentiasa dilakukan pihak berkuasa.

揝etiap hari belia terbabit berada di Taman Kasut untuk melepaskan gian minum arak dan menghidu gam termasuk minum air daun ketum.

揕ebih memalukan ada antara mereka berpelukan, bercumbu di celah batu dan bawah pokok,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:16 AM | Show all posts
Edisi Utara: Bawa lelaki dalam bilik

Oleh Zuliaty Zulkiffli
[email protected]

LANGKAWI: Sepasang suami isteri terkejut apabila dimaklumkan anak perempuan mereka membawa teman lelakinya untuk tidur bersama dalam rumah mereka di Kampung Syed Nahar, Pokok Asam, di sini, kelmarin.

Lelaki seorang warga Indonesia itu dicekup berkhalwat oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam keadaan bogel ketika bersembunyi dalam almari baju di dalam bilik tidur teman wanitanya.

Ketika ditahan, ibu dan bapa tiri gadis berkenaan sedang nyenyak tidur di bilik sebelah tanpa menyedari tindakan anak perempuan tunggal mereka sering membawa lelaki berkenaan tidur di biliknya.

Difahamkan, lelaki terbabit sering masuk melalui tingkap kaca di bilik kekasihnya dengan membuka skru untuk memudahkan dia masuk ke situ.

Pegawai Penguat kuasa Padal, Saiful Aswad Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan maksiat itu kira-kira jam 3 pagi dan terus ke rumah berkenaan untuk menyiasat.

Beliau berkata, sebaik sampai didapati keadaan dalam rumah berkenaan gelap dan berkunci.

揝elepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berusia 40-an dipercayai ibu gadis berkenaan membuka pintu rumah dan terkejut apabila menyedari kehadiran kami ke rumahnya.

揇ia menyangka kami datang untuk membawanya ke pejabat agama disebabkan dia baru bernikah dengan lelaki warga India dan sering berurusan di Padal untuk mendaftar pernikahan mereka.

揃agaimanapun, selepas diberitahu mengenai tujuan kami, wanita itu terkejut dan tidak percaya apabila mendapat tahu anak gadisnya tidur dengan seorang lelaki lalu membenarkan kami membuat pemeriksaan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:16 AM | Show all posts
Edisi UtaraL: GRO tak mengaku Islam

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]

GEORGETOWN: Seorang wanita sanggup mengaku bukan beragama Islam untuk melepaskan diri daripada diberkas di sebuah pusat hiburan di Jalan Kampung Benggali, Butterworth, di sini, semalam.

Wanita berusia 38 tahun yang berasal dari Satun, Thailand itu ditahan selepas dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan berkenaan.

Serbuan kira-kira jam 11.40 malam sehingga 3 pagi itu membabitkan sembilan pegawai penguat kuasa, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) diketuai Ketua Unit Penguatkuasa Jaipp, Faizal Ibrahim.

Faizal ketika ditemui memberitahu, 慜ps GRO
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:21 AM | Show all posts
Edisi Selatan: Siang kursus kahwin, malam khalwat

Oleh Zalifah Mohd Yatim
[email protected]

KOTA TINGGI: Seorang wanita yang baru mengikuti sesi kursus perkahwinan, pagi kelmarin, ditahan bersama teman lelakinya kerana dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan wanita berusia 20-an itu mengikuti kursus perkahwinan anjuran sebuah syarikat swasta di pusat bandar ini seorang diri, sebelum bertemu teman lelakinya yang datang dari Kluang.

Malah, selepas dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000, wanita terbabit dipercayai menyambung semula sesi kedua kursus perkahwinannya, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan, berkata pasangan itu ditahan dalam operasi mencegah maksiat di sekitar Kota Tinggi yang bermula jam 10 malam hingga 4 pagi, diketuai Nor Rizal Anuar bersama empat pegawai JAJ dan dibantu dua anggota polis.

揔etika serbuan, wanita itu menyorok dalam bilik mandi dengan hanya berselimut tanpa pakaian manakala pasangannya membuka pintu dengan hanya berseluar dalam.

揔edua-duanya bekerja kilang dan difahamkan akan mendirikan rumah tangga tahun ini.

揚asangan itu dibebaskan selepas dijamin ahli keluarga masing-masing dengan bon jaminan RM2,000 untuk hadir bagi memberi keterangan di Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi, Selasa ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:22 AM | Show all posts
Edisi Utara: Bayi tercekik serpihan garfu

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]

GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia 24 bulan nyaris maut akibat tercekik selepas tertelan serpihan garfu plastik dalam nasi goreng dibeli bapanya di sebuah kedai makan, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika ibu bayi berkenaan, Rokiah Shafie, 30, menyuap nasi goreng itu kepada Intan Syuhada Mohd Nazri di rumah mereka di Bayan Baru, dekat sini.

Nasi goreng berkenaan dibeli suami Rokiah, Mohd Nazri Ismail, 34, di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Dua, di sini, ketika pulang dari kerja.

Mohd Nazri berkata, ketika menikmati makanan itu Intan Syuhada tiba-tiba menangis dan meraung seperti tercekik sesuatu.

Katanya, dia yang terkejut dengan perkara itu terus menghampiri anak keduanya itu dan cuba memujuk Intan Syuhada untuk mengetahui punca menyebabkan anaknya menangis.

Menurutnya, selepas memeriksa dalam mulut anaknya itu, tiba-tiba anaknya muntah sisa nasi bersama serpihan garfu plastik sepanjang hampir satu sentimeter.

揝aya terkejut kerana tidak menyangka perkara seumpama ini berlaku kerana sudah lebih lima tahun saya dan keluarga membeli nasi goreng di kedai makan itu.

揝aya bersyukur kepada Allah kerana Intan tidak cedera serius selepas membawanya ke sebuah klinik swasta untuk diperiksa,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:22 AM | Show all posts
Edisi KL: Menyamar kerabat culik gadis 18 tahun

Oleh Hadzlan Hassan
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki menyamar sebagai kerabat diraja bergelar Datuk Seri Tengku Iskandar Tengku Ibrahim bertujuan memperdayakan seorang gadis berusia 18 tahun sebelum melarikannya daripada jagaan keluarganya di Hulu Langat, dekat sini.

Setakat ini, polis percaya lelaki berkenaan pernah melakukan perkara sama dan mungkin ada antara mangsa tidak dilaporkan kerana ingin menjaga nama baik keluarga, selain tidak mengalami kerugian besar akibat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kama Pasha Jamal, berkata kejadian terbaru itu dilaporkan 25 Mei lalu selepas pasangan suami isteri berkenaan diperdaya lelaki berkenaan yang mengaku orang kenamaan dan melarikan anak gadis mereka di depan mata.

Kejadian bermula selepas lelaki berusia lingkungan 30-an itu memikat anak gadis pasangan itu dan berkunjung ke rumah mangsa menaiki kereta mewah yang lengkap dengan pemandu.

揇ia akan berkunjung ke rumah mangsa berkali-kali dan memberikan sedikit wang perbelanjaan sebelum melahirkan hasratnya untuk meminang anak gadis keluarga itu menyebabkan hasrat dipersetujui tetapi dia mendakwa terpaksa berjumpa bapanya terlebih dahulu yang bekerja di Menara Berkembar Petronas, KLCC.

揢ntuk meyakinkan mangsa, dia membawa bersama gadis serta ibu bapanya tetapi meminta mereka menunggu bersama pemandunya sementara dia naik ke menara itu kononnya untuk berjumpa bapanya bagi mendapat persetujuan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2006 07:25 AM | Show all posts
12,000 murid buta huruf

Oleh Aizawati Ahmad

ROMPIN 29 Mei - Lebih kurang 12,000 orang murid tahun satu hingga enam di negeri ini mengalami masalah buta huruf ekoran kegagalan mereka menguasai sistem pembelajaran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rata-rata pelajar yang menghadapi masalah tersebut datang dari sekolah luar bandar dan ketiadaan guru pemulihan antara faktor masalah buta huruf gagal diatasi.

Katanya, sebanyak 159 buah sekolah di Pahang yang mempunyai bilangan pendaftaran pelajar yang kurang terdedah kepada masalah berkenaan.

``Jabatan Pelajaran Pahang ada membuat permohonan untuk mendapatkan guru-guru pemulihan tersebut dan setakat ini ia masih lagi dalam proses, saya harap pihak kementerian dapat mempercepatkan permohonan itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2006 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Auditorium Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib.

Adnan berkata, beliau sendiri akan menghantar surat kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memohon bantuan bagi mendapatkan lebih ramai guru yang boleh membuat kerja-kerja pemulihan supaya para pelajar buta huruf itu dapat dicelikkan.

Adnan turut mencadangkan kepada kementerian agar sistem pembelajaran yang diamalkan di sekolah-sekolah pada masa ini dikaji semula bagi mencari kelemahan yang wujud.

``Anak-anak ini mesti diajar semula seperti orang-orang tua dahulu atau semasa zaman saya belajar iaitu dengan menguasai suku kata,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk menimbangkan cadangan tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059601 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list