|
MASAKAN BARAT [SAUCE, CHICKEN/LAMB CHOP, GRILL, FISH & CHIP]
[Copy link]
|
|
Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
5 sudu besar lada hitam yang telah dikisar (kalau suka pedas, tambahkan lagi)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dicincang halus
2 sudu besar Demi-glace brown sauce (larutkan brown sauce dalam 1 gelas air)
1/2 tin susu cair ideal (brand yang dicadangkan)
kicap pekat / karamel (untuk menghitamkan sos, kalau nak nampak hitam letak lebih sikit)
tepung beras (untuk pekatkan sos) - larutkan dalam air
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
*garam
*gula
*MSG
2 sudu besar minyak
500ml air
nota *: mengikut citarasa anda
Cara-cara:
1- Panaskan minyak, tumis bawang besar hinnga naik bau.
2- Masukkan air.
3- Masukkan larutan brown sauce, kicap pekat / karamel, lada hitam yang telah dikisar, susu cair, garam, gula MSG.
4- Biarkan mendidih dengan api yang sederhana. Masukkan larutan tepung beras sehinnga agak pekat.
5- Masukkan daun oregano dan thyme.
6- Setelah masak, rasa sudah cukup tutupkan api.
*penggunaan tepung beras digunakan untuk memekatkan kuah lada hitam.
*lebihkan kuantiti ml untuk susu cair jenama lain, untuk kuah rasa lemak. Boleh juga gunakan butter untuk bagi rasa lemak.
Resepi ni diambil dari http://wnc-resepi.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# kurniarizq
owh...ok...thnks kurnia |
|
|
|
|
|
|
|
fish & chips
bahan -bahan perap
ikan tanpa tulang (lap dengan tisu sampai kering)
serbuk lada hitam
garam
tpg gandum
Lumur ikan dengan garam dan lada hitam serbuk. Salutkan ikan dengan tepung gandum di kedua dua belah ikan. Ketepikan.
batter
1/2 cup water
1/2 telor
secubit soda bikar bonat
garam
tepung gandum secukupnya
Bancuh semua bahan di atas dalam sebuah mangkuk. Adunan semestinya pekat.
Panaskan minyak dlm kuali. Celup ikan dlm adunan batter di kedua-dua belah ikan. Goreng sampai perang keemasan. toskan atas kertas tisu.
Hidang segera |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FISH & CHIPS & CAESAR SALAD |
|
|
|
|
|
|
|
Ada x sape2 ada recipe buat lasagna ala2 Delifrance' ? tq |
|
|
|
|
|
|
|
FISH & CHIPS & CAESAR SALAD
sitipayung Post at 12/5/2012 22:39
fuyooo.. nmpk delicious tu ! |
|
|
|
|
|
|
|
..... |
|
|
|
|
|
|
|
..... |
|
|
|
|
|
|
|
assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sitipayung posted on 30-6-2012 03:20 PM
chicken chop & mushroom sos/potato salad
akak, nak mintak resipi mushroom sauce boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
neersanco dibawah nie adalah resepi
sos cendawan
Bahan-Bahan
1 biji bawang besar didadu
4-5 sudu besar lada hitam (tumbuk dengan lesung batu)
2 s/besar sos tomato
2 s/b kicap pekat
1 cawan air rebusan ayam /daging (bolih gak ganti dengan kiub)
1 s/b tepung gandum
1/2 cawan air
3 s/b fresh milk
1 s/b butter
garam dan gula
5 biji cendawan butang dlm tin dihiris nipis
Panaskan butter tumis bawang dadu masukkan air dan kiub.masak hingga mendidih,masukkan bahan2 lain rasa garam gula kacau rata. kepekatan kuah adalah ikut citarasa sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
hirokuyumi posted on 27-3-2008 09:40 AM
BBQ Pulled Beef Homemade Burger.
yummy,love homemade burger
puas mkn
|
|
|
|
|
|
|
|
sos lada hitam
lada hitam biji, tumbuk
bawang merah ,cincang halus
bawang putih, cincang halus
minyak zaitun
susu segar
sos tiram
sos tomato
garam, gula
kicap pekat
air rebusan ayam atau daging
larutan tepung jagung @ gandum untuk memekat
Panas minyak zaitun, tumis bawang merah/ putih sampai harum. Masukkan air rebusan, biar sedikit pekat. Masukan susu segar, sos tomato, kicap, sos tiram , garam dan gula. Masukan larutan tepung . Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. Siap.
|
|
|
|
|
|
|
|
ayam ala kenny rogers
Bahan-bahan
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-bahan di bawah dimesin untuk diperap dengan ayam : (A)
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir @ gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar
1 sudu mentega
Cara-cara
Campur kesemua bahan A dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap semalaman.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam ala kenny rogers , kentang bakar, dan sos lada hitam
kentang bakar
kentang
mixed herbs,
oil oil
bawang putih, dicincang halus
Campur semua bahan. Masukan dalam baking tray. Bakar sampai kentang lembut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|