|
Pendpt korang Persembhn Dyg kat Final Icon ::>> Video @ PG7
[Copy link]
|
|
naper dayang tak nyanyi lagu SMAC? dayang boleh menang kalo nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by borneoBoy at 31-7-2007 02:43 PM
malam tuh sebenarnya aku tgk part dayang nyanyi lagu tiba-tiba jerk..x tengok pon yang second round..coz paham2la duk hostel nih...
well bagi aku baju dayang ok jerk...sexy...grrrrrr...hehe... ...
kita kritik, bukan kita nak jatuhkan dia. sebab...kita semua sayang dayang.. itu sebab ramai peminat2 yg x puas hati bile tgk dyg berpakaian mcm tu termasuk aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Jac, OAG konsisten
Oleh Ellyna Ali
Harian Metro - 31/7/07
BANYAK sebab memungkinkan kemenangan Jaclyn Victor dan OAG dalam pertandingan akhir Pentas Ikon Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lalu.
Selain menampilkan persembahan konsisten, kandungan persembahan mereka juga lebih menyerlah dan lebih meyakinkan jika dibandingkan dengan peserta lain yang turut bertanding dalam pertandingan peringkat akhir itu.
Sungguhpun begitu, persaingan yang diberikan setiap peserta sama ada dalam kategori solo mahu pun berkumpulan tetap dirasakan sengit bagi tiga panel juri tetap yang bertugas pada malam itu iaitu Ramli MS, Mac Chew dan Jenny chin (Nadhirah Chin Abdullah).
Malah, Ramli turut mengakui pertandingan paling sengit yang mereka bertiga hadapi ialah menerusi bahagian solo yang mempertandingkan Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Mawi sebagai pesertanya.
揝ukar bagi kami untuk membuat penilaian kerana ketiga-tiga mereka menonjolkan persembahan yang terbaik pada malam itu. Walaupun ramai yang berpendapat vokal Jac dan Dayang paling menyerlah, namun Mawi juga turut memberi kejutan pada malam itu.
揝aya rasa itulah persembahan terbaik daripada Mawi yang pernah saya saksikan selama ini. Sungguhpun begitu, jika dilihat secara keseluruhannya, Jac memiliki banyak kelebihan terutama pada kandungan persembahannya.
揂pabila memperkatakan mengenai kandungan persembahan ini, saya maksudkan ia dari segala sudut. Disebabkan itulah kemenangan berpihak padanya. Namun saya tidak nafikan pemarkahan yang diberikan di antara ketiga-tiga artis ini tidak banyak jauh bezanya, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lemak_berkrim at 31-7-2007 12:10 AM
ntah.. tp dayang cakap sendiri dlm berita harian hari nih... saya ada membuat kesilapan.. pastu cover mana ada org yg sempurna kan? hahah.. dayang dayang... comel la dayang nih.. huhu.. nway... a ...
hahahaha
aku selalu gelak klu baca comment ko ni tau |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bintang^hati at 31-7-2007 08:26 PM
kita kritik, bukan kita nak jatuhkan dia. sebab...kita semua sayangdayang.. itu sebab ramai peminat2 yg x puas hati bile tgk dygberpakaian mcm tu termasuk aku.
tol tu BH....kritikan membina |
|
|
|
|
|
|
|
Jaclyn Victor wakili Malaysia
Oleh Zubir Mohd Yunus
Berita Harian 30/7/07
OAG menang kategori berkumpulan, Mawi gagal memukau
MENEPATIramalan banyak pihak, bintang Malaysia Idol (MI) pertama, Jaclyn Victor(Jac), Sabtu lalu dinobatkan sebagai Ikon Malaysia (kategori solo)dalam pertandingan akhir Pentas Ikon Malaysia di Pusat KonvensyenAntarabangsa Putrajaya (PICC), sekali gus melayakkannya mewakiliMalaysia ke Pentas Ikon Asean yang dijadualkan berlangsung di tempatsama pada 12 Ogos ini.
Mengiringi kemenangan Jac ialah OAG(Old Automatic Garbage) yang diangkat sebagai Ikon Malaysia (kategoriberkumpulan). Jac dan OAG membawa pulang trofi dan hadiah wang tunaiAS$2,500 (RM8,750). Mereka akan berentap bersama peserta yangdinobatkan sebagai Ikon Filipina dan Ikon Indonesia untuk bergelar IkonAsean seterusnya menerima hadiah wang tunai AS$25,000 (RM87,500).
Terdahulu,tirai Pentas Ikon Malaysia dibuka dengan gimik pengacaranya, SarimahIbrahim yang muncul di pentas meniru gaya persembahan Ratu Gelek, MasIdayu. Gelekan dan cara Sarimah memegang mikrofon memanaskan dewan PICCyang memuatkan hampir 2,000 penonton.
Semua 19 calon artis solodan berkumpulan yang membawa cabaran di Pentas Ikon Malaysiadiperkenalkan kepada penonton. Mereka ialah Adam Akademi Fantasia 2(AF2), Dayang Nurfaizah, Shanon Shah, Ezlynn, Reshmonu, Farah AF2,Daniel, Jaclyn Victor, Dina, Mawi AF3, Jinbara, OAG, Mirwana, Def GabC, Gerhana Ska Cinta, Amuk, Flop Poppy, Disagree dan May.
Memulakanpersembahan ialah Flop Poppy. Namun, sedikit mengecewakan apabila vokalpenyanyinya, Andy kurang menyengat ketika mendendangkan medley Dewi danYe Ke. Suara Andy seakan tenggelam dan kurang jelas apabila vokal danmuzik diadun bersama. Mungkin mempersembahkan lagu yang kurang diminatiramai, sambutan penonton agak hambar.
Apabila muncul pada sesikedua persembahan, sesuatu yang segar diharapkan daripada Flop Poppy,namun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila dendangan laguJangan Begitu dan Sembunyi seolah-olah gagal mencuri perhatianpenonton. Secara keseluruhan, persembahan Flop Poppy seperti kehilanganidentiti walhal mereka adalah kumpulan muzik yang begitu diminatisebelum ini.
Sebaik Sarimah mengumumkan Jac adalah artisberikutnya, suasana dewan semakin gamat memberi petanda awal sesuatuyang luar biasa akan dipersembahkan penyanyi itu. Dia memulakanpersembahan menerusi lagu Jangan Tinggal Daku. Jac membawakan lagu itudalam irama R&B. Seperti dijangka, Jac memberikan persembahanmemukau!
Diikuti selepas itu ialah lagu yang pernah dipopularkanAllahyarham Sudirman Haji Arshad, One Thousand Million Smiles. Menjadiidentiti Jac, dia menyanyi dengan mikrofon di dahi, namun vokalnyaterus 慻arang |
|
|
|
|
|
|
|
Jac juara solo Ikon Malaysia
Oleh Ellyna Ali ([email protected])
30/7/07
BUKANsesuatu yang memeranjatkan apabila Jaclyn Victor berjaya membawa pulangkemenangan sebagai juara dalam bahagian solo pertandingan akhir PentasIkon Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen AntarabangsaPutrajaya (PICC), Sabtu lalu.
Dengan kekuatan vokal yang adapadanya, juara Malaysian Idol musim pertama ini ternyata mempunyailebih banyak kelebihan untuk menawan hati tiga juri tetap yang bertugaspada malam itu, Ramli MS, Mac Chew dan Jenny Chin @ Nadhirah ChinAbdullah.
Bukan setakat itu saja, Jac yang kali ini nampaklebih bersedia dari sudut fizikal dan mental berbanding apa ditonjolkandalam pertandingan separuh akhir Pentas Ikon Malaysia sedikit hari dulujuga kelihatan begitu cemerlang sekali apabila menyampaikan beberaparangkaian lagu medley seperti Jangan Tinggal Daku, One Thousand MillionSmiles, Gemilang, Cepat-Cepat dan Impian.
Vokalnya dilontarkandengan begitu jelas bersama penghayatan yang cukup konsisten. Saat ituJac seolah-olah seperti mengulangi semula magik yang pernah dicetuskanketika bertanding pada pertandingan akhir Malaysian Idol dulu.
Sungguhpunbegitu, pencabar terdekatnya, Dayang Nurfaizah yang membawakan lagupenuh berjudul Tiba-Tiba berserta medley Lagenda dan Jeritan Batinkuturut memberikan saingan sengit buat Jac.
Bezanya, Dayangmasih tidak mampu mengekang kehebatan vokal Jac yang begitu'oustanding' pada malam itu dan entah kenapa juga persembahan Dayangjuga nampak seakan biasa.
Biasa dalam erti kata, itulah Dayangyang sering kita lihat setiap kali dia membuat persembahan dimana-mana. Walhal, pemilihan lagu yang dibawakan pada malam itu tidakbegitu mengecewakan.
Biarpun sering dikritik hebat dengan mutupersembahan yang kurang konsisten sejak kebelakangan ini, Mawi yangterpilih dalam pemilihan 'wildcard' pada pertandingan akhir tetapberusaha memberikan persembahan secara 'all out'.
Membawakanlagu penuh Salam Mesra dan La Obe berserta medley Padamu Kekasih, Kiandan Gadis Ayu, persembahan yang ditonjolkan Mawi berserta pertunjukanmagiknya bukan saja disifatkan menarik tetapi juga menghiburkan.
Bagipertandingan bahagian berkumpulan pula, persembahan ditonjolkan OAGatau Old Automatic Garbage nyata lebih memberikan impak berbandingpesaing mereka, Flop Poppy dan Def-Gab-C yang terpilih menerusipemilihan 'wildcard'.
|
|
|
|
|
|
|
|
OK. Aku dah tengok klip video TIBA-TIBA dayang tu (terima kasih kepada KARLREEF). Ini komen aku...
TIBA-TIBA
... tiba-tiba lak dia nak nyanyi lagu tu. Kenapa lah... Lagu tu sememangnya tak mesra pendengar... aku layan lagu tu pun sebab kekuatan vokal dayang nyanyi lagu tu dalam vokal... ternyata dayang belum bersedia sepenuhnya nak nyanyi lagu tu secara live... dayang sendiri pun tahu hal itu rasanya. sebab tu pada part yg sepatutnya boleh jadi klimaks lagu tu telah diubahnya dari awal2 lagi... dipendekkan wpun tak mencacatkan lagu. memang kecewa sikit dia tak boleh bawa lagu tu secara live lagi. lagu tu memang susah dinyanyikan sebab memerlukan pernafasan yg betul2 mantap. part-part yg last tu memang nampak sgt dayang letih dan hilang nafas... dayang tak terkucil sebenarnya, masih dalam note yg betul sebab tu kita tak rasa ianya sumbang. cuma tak 'bersih', terlalu tak bersih... kenapa? sebab (1) dayang tak cukup persediaan, e.g. rehat atau tidur... biasanya tu lah penyebabnya... (2) dayang tak cukup latihan... sebab tu kawalan pernafasan dia jadi kucar kacir sikit...
Walaubagaimanapun, persembahan dayang ini masih powerful. malangnya, ini suatu pertandingan. ketidaksempurnaan yg dipersembahkan dayang di akhir lagu memang menjejaskan keseluruhan persembahannya.secara ringkasnya:
pilihan lagu: - tak mesra pendengar; nasib baik vokal dayang memang vokal dayang, kalau tak semestinya boring!
vokal: power tapi kurang kemas
pernafasan: tidak setanding dgn keperluan utk menyanyikan lagu tu...
pakaian: tak jejas penilaian juri pro sebenarnya. tak lah seseksi semasa konsert 3 diva tu dan tak seburuk semasa pakai seluar pendek berbaju tak blengan masa pelancaran album dia hari tu
rambut: berserabai... dia nampak tak selesa mengenakan style macam tu...
make-up: tak sesuai lah...
nak komen lagi... huhu...
andaikata dayang boleh nyanyi lagu tiba-tiba tu secara live sebijik macam dalam album, rasanya dayang boleh buat juri pening kepala malam tu... ketidaksempurnaan dia sememangnya memudahkan para juri menobatkan jac sebagai IKON malaysia... memang kes salah pilih lagu dan kurang persediaan utk bawa lagu tu secara live...
MEDLEY - LAGENDA & JERITAN BATINKU
Time dia bawa lagu ni memang aku tengok secara langsung... kalau segmen pertama dia nyanyi serupa ini, rasanya dia boleh menang... ada peluang menang... masa dia bawa lagu lagenda tu... suka dgn improvasi pada lagu tu... memang sedap, memang menyerlahkan kelebihan dayang mengalunkan lagu org lain dgn caranya yang tersendiri berbanding penyanyi2 lain... wpun ada gak yg kurang menjadi... macam lagu gemilang jac, aku cinta kepadamu shiela majid seketika dahulu... dan bila dia nyanyikan lagu jeritan batinku... aku gerenti bulu roma ramli ms meremang! dari verse sampai ke chorus... kalau satu lagu sahaja yg dipertandingkan, dan lagu ini dinyanyikan oleh dayang... rasanya 'high note' jac tak cukup utk menjatuhkan kegemersikan suara dayang, penghayatan dayang, malah powernya setanding jac... malah mencengkam perasaan! tak membingitkan suasana dgn tone yg nyaring... tapi bergema memenuhi ruang! aku puas hati dgn persembahan dayang dalam segmen ini. sangat tersangat sangat... secara ringkasnya:
pilihan lagu: ok sebab memang menyerlahkan vokal dayang yg tiada sepertinya di malaysia ini...
vokal: 100%, wpun pada akhir lagu part 'la...' tu kurang bersih part '... genda...' tu cover. sememangnya, ia mengesahkan pendapat aku yg dayang tak cukup rehat. nasib baik lagu tu ada bagi peluang dia bernafas... tak lah sesukar lagu TIBA-TIBA tu... tapi kalau amati betul2, dayang ada buat kesilapan sebenar yg mungkin 90% org tak sedari. lagi kerana habis nafas. apapun overall, aku puas hati!
pakaian: aku suka, dayang tampak lebih konfiden...
rambut: aku suka
make up: tak nampak janggal dgn pakaian dan rambutnya...
kekalahan dayang bukan lah sesuatu yg di luar jangkaan. tapi rata2 peminat mengharapkan dayang buat satu keajaiban... bagaimanapun, peminat kecewa kerana TIBA-TIBA dayang... pertama sekali, lagu tu bukan yg diminati olh kebykan peminat dayang termasuk saya sendiri (kecuali vokal dayang bawa di akhir lagu dalam album tu memang menyerlahkan vokal dayang). kedua, dayang tak nyanyi dgn cemerlang apatah lagi lagu tu telah 'dipermudahkan', terlalu byk part 'tak bersih' dan ada ketikanya dayang tak dapat menghabiskan bait-bait pada lagunya kerana kurang nafas! dayang yg selama ini jadi kebanggaan peminatnya setiap kali nyanyi lagu secara live tiba-tiba menonjolkan satu persembahan yang amatur! sayang sekali...
bab pakaian tu... malas dah nak sentuh... no thanks to sesiapa yg menggalakkan dia, dan sesiapa yg tak menjaga sensitiviti masyarakat... andaikata itu pilihan dia sendiri... tak tau lah dayang...
apapun... sekarang ni dayang patut rehat dulu... pergi lah berlakon dulu... sementara di indon, cari lah guru2 vokal yg boleh memantapkan suara... especially tang pernafasan.... sebenarnya vokal baru dayang ni ternyata lebih powerful daripada dahulu... tapi masih kena belajar... final IKON jelas menunjukkan yg suara dayang dalam proses pematangan lagi... sebab tu masih tak menjadi lagi meskipun tak sumbang. apapun potensi itu ada, sekiranya kita dengar dia bawa lagu tu dalam album. kalau dayang boleh mantapkan part yang itu... tak semput, tak cepat habis nafas bila lontar dan sustainkan suara pada part yang tinggi... (byk kuasa yg diperlukan nak buat tu..)... memang akan bagi impak yg sgt bkesan pada penonton.... dayang mungkin dah boleh buat dah tapi perlu berlatih lagi sehingga benda tu jadi senang nak dibuat... dan tak semacam dipaksa-paksa dan lebih rilek... sekarang ni masih tak konsisten, masih pra-matang... terutama dalam keadaan yg tak cukup rehat dan persediaan... maka terjadilah apa yang dah terjadi...
TIBA-TIBA adalah pilihan yg kurang bijak. sayang sekali... dalam satu artikel, dayang pernah kata yg lagu TIBA-TIBA tu lagu syok sendiri... tapi pada masa yg sama, peminat2 tak begitu meminati lagu tu... memang vokal dayang dalam lagu tu very-very the powerful tapi dayang belum cukup bersedia sebenarnya nak nyanyikan lagu tu secara live... sebenarnya... dayang tersilap apabila dia cuba showcase vokal dia yg baru (nyanyi tinggi-tinggi power-power) tapi belum cukup kuat untuk dipersembahkan pada umum... segmen kedua memang menonjolkan kelebihan dayang yg sebenarnya...
kita tunggu sahaja nanti bila dayang boleh nyanyikan lagu tiba-tiba tu dengan perfect sampai kita kata... wah, macam dalam album lah! sebenarnya, aku masih ragu2 gak yg dayang boleh nyanyi lagu Satu, lagu Mana Mungkin dan lagu Biar Akhirnya Di Sini secara live sepertimana nyanyiannya dalam album tanpa kedengaran habis nafas atau letih... memang dayang masih perlu belajar... tone dah sedap... teknik dan lenggok suara ada kelas... power dah mula ada... nafas jer yg perlu diperbaiki banyak lagi... kena byk senaman tu... satu lagi power yg ada pun kena pandai kontrol gak...
apapun geng-geng semua... aku tahu perasaan korang semua... marah, kecewa bukan sebab dayang dikalahkan oleh jac tapi dayang tak buat apa yg kita harapkan, e.g. pilih lagu yg sememangnya dia best bawak, tak buat silap, tak berpakaian terdedah sgt atas bawah... walaupun segmen kedua dayang memang first class, TIBA-TIBA tu memang memusnahkan segala harapan kita... kalau segmen pertama tu cemerlang macam segmen kedua, dia kalahpun kita memang puas hati.
satu sikap korang semua yg aku banggakan... walaupun kita minat dayang macam mana sekalipun, dia kalah kita takpun kutuk jac. kita semuanya matang lah aku tengok. kita terima kemenangan jac dan tidak memburuk-burukkan dia. pada masa yg sama kita mengakui kesilapan dayang. bravo!
apapun, bagi lah dayang sedikit ruang untuk memperbaiki dirinya. rasa-rasanya dia pun sedih dan kecewa, bukan kerana jac lebih bagus tetapi kerana dia ada melakukan kesilapan... apapun, aku cadangkan dayang rehatkan diri dulu dan tingkatkan usaha untuk memantapkan lagi vokalnya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by mr-judd at 1-8-2007 12:07 AM
Jac juara solo Ikon Malaysia
Oleh Ellyna Ali ([email protected])
30/7/07
Apa pulak. Jac pun biasa gak... style tu gak. Dayang cuba lari dari persembahan dia yg biasa tu yg sampai hilang suara tu! tak paham aku...dia tewas sebab jac tak buat silap, tapi dayang banyak part yg tak perfect... apa lah punya ulasan...
[ Last edited by male30plus at 1-8-2007 12:32 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #237 male30plus's post
i think Dayang bknnya tak bersedia utk nynyi lagu Tiba Tiba secara live.. if not, i don't think she'll choose the song.. i've seen Dayang nynyi lagu ni 5 times secara live, and this is the worse.. tak pernah Dayang gagal sustain note mcm masa final Ikon tu.. like you said, Dayang may be too exhausted.. bayangkan seminggu sblm final Dayang smpt lg buat showcase kat PH.. mana nak practice utk itu lagi, utk Ikon lagi.. pity her.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #238 male30plus's post
yes agree.. Dayang kalah sbb Jac gave a flawless performance & x buat silap.. in terms of vocal potential, both are almost at the same level but within different areas.. |
|
|
|
|
|
|
borneoBoy This user has been deleted
|
Reply #240 mr-judd's post
yeah agree..jac maybe tak buat silap..but i think her performance was boringg |
|
|
|
|
|
|
|
Perit sangat tengok ikon kat rumah dengan kluarga+sedara mara.Asyik2 kene komen je.Dayang buat silap skit,aku yang kene.Macam la aku ni Dayang!Merah telinga.Bernanah!malam tu aku tak dapat tido sebab pikirkan persembahan dayang yang suam2 kuku..
Malam tu aku gembira sebab 2 buah lagu yang aku request dinyanyikan oleh dayang.Malangnya Tiba-tiba dinyanyikan dengan agak teruk.Suara pecah.Pergerakan yang tak natural.And dayang ada tersilap masuk.Walaupun dapat cover,sedikit sebnyk menggangu persembahan dayang.Nampak dia menggelabah.Bila dah menggelabah nampk persembahan dayang cacat sangat.Dah la kecewa dengan nyanyian dayang,penampilan dayang plak teruk dikritik.Paling tak puas hati skali mak and makcik2 aku.Cakap kain tak cukup la,senteng la.Akak aku plak komen rambut dayang.Ada ke patut dia cakap macam rambut Kak Pah.
Dayang tak berpijak pada bumi yang nyata.Mungkin dayang anggap ikon malaysia diberikan kepada calon yang dapat jerit pada tahap yang paling tinggi.Sebab tu la nampak sangat dayang sungguh-sungguh nak berlawan jerit dengan jac sampi terlupa kekuatan yang dayang miliki.Sayangnya kekuatan lenggok irama malaysia dayang tak dipertontonkan.Malam tu macam orang lain plak.Bukan Dayang Nurfaizah!
Time aku dengar dayang nyanyi lagu jeritan batinku kat NTV7 dulu,aku suka sangat.Kawaln vokal yang mantap.Mendayu-dayu.Thats why aku happy sangat dayang nyanyi lagu ni time final.Best.Tapi ending tu plak macam mencacatkan keseluruhan persembahan.Tetap nak menjerit!Sayang sangat..
Dayang malam tu macam sakit.Tak dapat buat yang terbaik.Aku tau kemampuan Dayang.Aku tahu kekuatan Dayang.Aku tau dayang boleh buat lebih baik.As a Die Hard fan aku rasa aku dah jalankan tanggungjawab aku.Mengundi sebanyak mungkin.Tapi Dayang seolah-olah membiarkan peluang tu begitu sahaja.
Juara ikon kita dah tau,so takyah la nak pandang blakang lagi.Biarlah malam tu berakhir.Aku sebagai peminat,aku bangga dengan sapa diri dayang sekarang..Aku nak dayang tahu walaupun aku kecewa,tapi aku takkan biarkan kekecewaan tu terus mengaburi kekuatan,kejayaan,kehebatan dan kesungguhan dayang selama ni.Insyallah,aku akan terus berdiri blakang dayang.Tak kisah la apa orang nak cakap.Yang penting Dayang teruskan perjalanan seni dayang yang nampak gayanya makin lama makin mencabar.Semoga impian dayang akan menjadi rialiti.Aku akan terus mendoakan kejayaan dayang.BALAY SAYANG DAYANG!!!!!!!!!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by balay at 1-8-2007 03:57 PM
Perit sangat tengok ikon kat rumah dengan kluarga+sedara mara.Asyik2 kene komen je.Dayang buat silap skit,aku yang kene.Macam la aku ni Dayang!Merah telinga.Bernanah!malam tu aku tak dapat tido s ...
itulah dugaan jadi die hard fans ni.
bile dayang pakai x semenggah, kita jugak yg kena blaim. bile dayang kalah, kita jugak yg nak kena jawab.
mcmlah kita ni dayang kan. walau apa pun, orang nak cakap tentang dayang, kita tetap kena kuatkan semangat berdiri teguh belakang dayang. |
|
|
|
|
|
|
|
kita bagi dayang masa untuk perfectkan high note dia... potensi tu memang ada. cuma dia perlu dptkn tunjuk ajar daripada seorg guru vokal yg betul. sayang terlalu awal untuk dia persembahkan pada umum... dalam satu pertandingan pulak tu! sikit lagi dayang... teruskan latihan...! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mr-judd at 1-8-2007 12:34 AM
i think Dayang bknnya tak bersedia utk nynyi lagu Tiba Tiba secara live.. if not, i don't think she'll choose the song.. i've seen Dayang nynyi lagu ni 5 times secara live, and this is the worse. ...
no matter what..she can do la beb
tp...aku rasa keadaan sekeliling
tp ntah la..dayang je ada jawapannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|