|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
hehehehe...mane la bro ni...ari tu die kol aku kejap je ckp...huhuhu...sbb ade mintak tolong die carik org hilang...tak tau udah ketemu atau belom... |
|
|
|
|
|
|
|
naik balik thread nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sedutan dahulu,....
Mendapat ikan dan hidupan air , amatlah menyeronokkan dan ianya dibubuh ke dalam botol yang selalunya bertukar baru kerana botol yang berisi hidupan air selalunya dibuang oleh ibuku selepas beberapa hari kerana airnya di dalamnya dah jadi busuk sebab ikan kat dalam botol tu dah mati.
Aku sambung kembali....
Maka setiap petang hari, aku akan berada di bawah jambatan.
Sehinggalah pada suatu hari.....
Eh...eh... pada suatu malam.
Aku pulang seperti kebiasaan rutinku... |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah mandi dan makan malam,aku tak nonton TV sebab abangku ada di rumah.Dia ni cukup marah bila
aku nonton semasa dia ada di rumah, maklumlah seorang pemegang ijazah(masa tu dia ngah study lagi,
Masa ni belum grad lagi).
Aku ingat lagi pada suatu waktu sedang aku asyik menonton TV cerita Klasik Inggers, aku dilemparkannya
sebuah kamus English - English yang besar, berat dan tebal ke atas ribaku.
Dengan suara keras dia berkata kepadaku bahawa ada baiknya aku melihat kamus tersebut apabila
sesuatu perkataan di dalam cerita yang aku tonton itu tak aku fahami.
Aku terperanjat sambil memandangnya....
Namun akibat daripada perbuatannya itu telah membuatkan aku fasih Berbahasa Inggeris, malah ada pada satu
ketika aku menggunakan High English Language untuk berkomunikasi di tempat aku berkerja sehingga
Mat Saleh yang bekerja di tempat aku lebih senang mendapatkan aku jika ada apa- apa yang mereka perlukan
untuk perbincangan mahupun ingin tahu situasi harian di tempat kerja.
Dan SPM aku dapat satu dalam B I manakala B M dapat 2... |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah makan aku mengaji Al- quran.
Pengajianku digurukan oleh ibuku sendiri.Sambil dia di dapur aku memperdengarkan tarranumku.
"Haaaa....Salah tu! !" jeritnya dari dapur.
Aku terhenti sambil mendengar dia memperbetulkan bacaanku.
Begitulah sehinggalah aku katam dan sehingga kini aku katam dalam pembacaan Al- quran pada setiap tahun.
Pengajian ku teruskan setiap kali selepas solat tak kira walaupun aku berada di mana.Kecuali jika tempat
aku bersolat itu tiada cahaya yang menerangi.
Ibuku adalah seorang bilal memandikan mayat untuk Wilayah Persekutuan.
Pernah ibuku bercerita bahawa pada suatu hari tu, aku memeluk mayat yang diletakkan di tengah- tengah rumah.
Sememangnya, kebiasaanku akan berbaring dan terlelap di tengah rumah.Ini kebiasaanku sejak dari bersekolah
rendah, menengah sehinggalah aku bekerja.
Masa itu aku ngah sedap lena dan ada jenazah budak kecil dimandikan dan dikafankan oleh ibuku.
Sementara menunggu keluarga jenazah datang maka ibuku meletakkan jenazah tersebut di sebelahku.
Ya kan...Letaknya ditengah rumah dan di sebelahku...
Manalah aku tau ....Bantal peluklah tu..kan??.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam- macam cerita berkenaan dengan jenazah yang dimandikan ku dengar dari ibuku.
Jangan ingat dah pergi kursus dan dah 'pass' boleh buat,,,...
Korang ingatlah sendiri...he..he..he... |
|
|
|
|
|
|
|
( Selingan : )
Suatu ketika pada awal tahun ini ada kematian di taman perumahanku.
Kami menunggu di depan rumah arwah.
Aku yang baru sampai setelah bersalaman jugak menunggu.
"Dah sampai belum?" tanyaku mengunjurkan kepada arwah.
"Dah, sedang tunggu orang masjid untuk mandikan." balas seorang jiran.
" Kan jemaah kat sini dah pergi kursus, kenapa nak tunggu orang masjid?" ujarku.
Aku melihat kebanyakkan mata memandangku tajam.
Aku pun kemudian dengan selamba mencari 'port' lain untuk berbual agenda lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tahu bahawa tidak lama dahulu aku pernah memandikan jenazah dan mengkafankannya lantaran keluarganya tidak mampu.
Mereka tidak mampu dari segi kewangan dan pengetahuan dan aku bersama dengan seorang penduduk kampung telah
menguruskannya. Ya, kami dua orang sahaja.Alhamdulillah...
Budak ni berumur kurang lebih dua puluh tiga tahun dan berbadan sasa( Bayangkanlah,namun ianya amat mudah)
Meninggalnya dalam tidur.Penduduk dari kampung sebelah dekat taman perumahanku.
Begitulah.... |
|
|
|
|
|
|
|
So ...lepas mengaji aku pun berbaring ingin melelapkan mata.
........................................
..............................
...................
..........
...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku melihatkan almari yang aku pandang tumbang ke arahku.
Aku tersentak dan membulatkan mataku memandang ke arah almari.
Aku kemudian bangun dan menuju ke bilik tidur.
Berbaring dan sekoyong-koyong aku menutup mata, almari yang ada kat dinding tumbang ke arahku.
Aku memandang sekeliling.Tiada apa-apa yang terjadi.
Sekali lagi aku nak lelap, almari tersebut tumbang lagi dan kali ini aku dapati ibuku ada di sisiku.
Rupa- rupanya aku telah menjerit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku didodoikan oleh ibuku ( he..he..he..)
Dan aku lena diribanya.
Dodoinya dengan bacaan ayat suci Al- quran.
Sekarang ni orang dodoi anak dengan lagu "AF". |
|
|
|
|
|
|
|
Esoknya petang, aku dibawa oleh ibuku dan turut serta adalah adikku ke suatu tempat.
Melalui jambatan berdekatan kedai mamak dan kemudian mengambil selekoh di sebelah kiri.
Terus lagi sehingga kedapatan dua buah rumah papan terletak berdekatan.
Rumah yang berwarna hijau agak terkebelakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami masuk melalui pintu di sebelah dapur.
Yang lain aku tak ingat.
Yang aku ingat kami duduk di dapur agak ke ruang tamu sedikit.
Ada seorang tua( taklah tua sangat ) duduk bersama- sama kami.
Dia sedang menghentak gobek sambil berbual-bual dengan ibuku.
Aku tak konsentret sangat ngan bualan mereka.
Yang aku amati adalah gobek dan aku lihat dia membukanya dan dan isi dari gobek yang telah lumat
dimasukkan ke dalam mulutnya, dan mengunyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dan adikku di suruh buka baju.Kami lakukan dengan apa yang disuruh.
Badan kami di lumur dengan isi kunyahan dari mulutnya dan adikku dibubuh di belakang juga.
Kemudian dia mengambil sebilah keris, menanggalkan sarungnya dan hujung keris tersebut di hala ke arah
adikku dengan beberapa titik point dibadannya.
Tapi bukan aku.Aku tidak tahu kenapa dan semacamnya adik aku yang kena berubat, bukan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku tiada lagi tersentak ketika hendak tidur kemudiannya...
Begitulah...
Adanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Maaflah yek...
Aku gi nun luar Malaysia.
Ada perawat yang menggunakan Wifiq(Wafaq).
dan aku dapati ianya boleh jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #194 nurshima\ catat
Tunggulah mimpi tu jadi kenyataan, barulah boleh plan nak buat cam ne... |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya bro tak berposting... |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyo bro rdza...
kenapa tulis pendek2 sangat..
kena scroll jauh2 bila nak baca..
tulisla satu post tu penuh 1 cerita..boleh tak?
p/s : dari peminat ceritamu.. |
|
|
|
|
|
|
|
HAAAAAA!!!!
Jeritan yang amat kuat.
Aku bingkas bangun dari konsentrasiku.
Jeritan yang dilaungkan betul- betul di sebelah telinga kiriku.
Kesepian dan kesunyian di sekitar tasek rekriasi di kawasan Hulu Langat masih tidak terusek.
Aku melihat ke kiri dan ke kanan.....
Tiada apa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|