CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: True-X

LELAKI: SAPER YG BERDIET JAGA BODY/PERUT

[Copy link]
Post time 4-9-2009 12:36 PM | Show all posts
220# eleganceman26

height? tinggi? umur 23 dah stopkan pembesaran...maintain dengan ketinggian macam tu jer...tapi pernah baca dalam paper, kat China ada pembedahan untuk increase ketinggian...lebih kurang macam tambah besi kat tulang kaki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 02:14 PM | Show all posts
217# batabaka

bro, aku punye BF 9% je tapi aku kurus. Macam mane nak besarkan otot tanpa naikkan body fat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 04:51 PM | Show all posts
sorryla aku mencelah sket...tp nk tau gak kpd sifu2 kt sini, ada ke cara nk increase height? aku umur dh 23...hope leh bagi pandangan sama ada cara gym ke or ubat...thanx
eleganceman26 Post at 3-9-2009 10:51


HGH shot sebelum growth plates tutup. tp umur dah 23, mesti dah tutup selalunye. satu lg surgeri, dgn memecahkan tulang keting , tk silap namanye bone reconstruction kot? tapi dpt tinggi bape cm je, berbaloi ke...adehh..

satu cara yg tk sakit ialah pakai shoes lift. bnyk celebirty Hollywood wat camni

Chow
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 04:53 PM | Show all posts
217# batabaka

bro, aku punye BF 9% je tapi aku kurus. Macam mane nak besarkan otot tanpa naikkan body fat.
valeo86 Post at 5-9-2009 14:14


ko kene eksperimen sikit dgn badan ko, kalo cam aku, aku makan high carbs or fat pun tak naik lagi BF level, so tk apa nk buat dirty bulk
kalo ko takut, kene wat clean bulk. mungkin progress dia lambat skit la, tp mmg totally lean mass. ko kene pilih high protein diet yg clean dan carbs pn kalo boleh ambik complex cam oats dgn brown rice.
sayonara white rice


Chow
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 03:28 AM | Show all posts
HGH shot sebelum growth plates tutup. tp umur dah 23, mesti dah tutup selalunye. satu lg surgeri, dgn memecahkan tulang keting , tk silap namanye bone reconstruction kot? tapi dpt tinggi bape cm j ...
batabaka Post at 5-9-2009 16:51


bleh explain x ape HGH shot tu? kat mane bleh buat? thanks....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:12 PM | Show all posts
menyampah aku tgk iklan krim tembam kelapa dara darsita{:3_81:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2009 09:22 AM | Show all posts
menyampah aku tgk iklan krim tembam kelapa dara darsita{:3_81:}
far-risk Post at 8-9-2009 18:12


nape spam boleh lepas ni??
ignore sudah...

ok nak kongsi sikit:

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI


Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 02:09 AM | Show all posts
bleh explain x ape HGH shot tu? kat mane bleh buat? thanks....
eleganceman26 Post at 7-9-2009 03:28


Human Growth Hormone shot. Boleh ambik kt doktor dgn preskription. Selalunye digunakan untuk dwarfism, tinggi atas 140cm rasanye dia tk layan~~ rasanye la


Chow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2009 03:16 PM | Show all posts
waaa.. then kl guna HGH tuh leh jadi tinggi ke,..?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 05:19 PM | Show all posts
batabaka,

ada x doc yg ko bleh rekomenkan? if x sesuai tulis kt sini, just PM aku.

Thanx
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 06:00 PM | Show all posts
susah gak nk diet..

dugaan aku... keje kfc, syif tgh malam saja plak tu.

wpon siang aku jarang makan, tp time keje asyik nk mengunyah jer.
khairilhusni Post at 28-8-2009 14:59


sape kata KFC tk bgus? lagi bgus sbrnye ko kerja tmpt makan ni jimat duit.
nnti aku taip skit2 tips makan kt KFC....

kenapa bkn skrg? sbb perot aku tgk bergelodak nak tgu berbuka daaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 06:01 PM | Show all posts
217# batabaka  ye ker mantop....lol~
okay la kalau dah keje, kuar duit utk body pon xper...
cam aku...masih la menganggur...nak kuar duit pon kene pikir...
ade keje sambilan pon gaji x dpt lagi... ...
far-risk Post at 28-8-2009 22:24


aritu student kan? kalo masih student mgkn aku leh share skit tips masa student dlu...
tp kalo dah kuar kene la carik duit sniri cpt2


Chow
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 06:05 PM | Show all posts
waaa.. then kl guna HGH tuh leh jadi tinggi ke,..?
True-X Post at 10-9-2009 15:16

batabaka,

ada x doc yg ko bleh rekomenkan? if x sesuai tulis kt sini, just PM aku.

Thanx
eleganceman26 Post at 10-9-2009 17:19


kawan2, aku hanya terbaca pasal benda ni, aku tk carik betul2 clinical study dia. To be honest, height pn issue bg aku, sbb tu aku baca psl benda2 ni. So info ni mungkin betul mungkin tidak. Tapi HGH shot memang ada.

Boleh diumpamakan ia adalah "ramuan", tp kita tetap perlukan "acuan". Acuan benda plak ni? tetap perlukan potensi genetik yang tinggi. Contohnye NBA player yg tinggi di beri HGH shot sblm dia growth plates dia tutup, dia akan menjadi semakin tinggi.
Ada peluang jd tinggi jika guna HGH?
ya mungkin ada tapi tetap ikut acuan, maybe 3-5 cm bergantuk potensi genetik masing2.


p/s: diulangi bukan berdasarkan clinical study yg konkrit
ps2: aku tkde kontek doktor yg boleh wat...try cari sniri
Chow
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 02:54 PM | Show all posts
alah....baru nak tanya batabaka pasal doc yang leh kasi tinggi

dah la aku nak tambah tinggi lagik
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 06:24 PM | Show all posts
aritu student kan? kalo masih student mgkn aku leh share skit tips masa student dlu...
tp kalo dah kuar kene la carik duit sniri cpt2


Chow
batabaka Post at 11-9-2009 06:01 PM



5 bulan lepas memang masih student....
skg nih dah 3 bulan keje...tapi kontrak dah nak habis after raya nih...
susahnya mau cari keje yg sesuai dgn jiwa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 11:46 AM | Show all posts
mkn KFC ok takde masalah asal kena cara dia
aku pun mkn KFC gak...
cuba mkn bahagian dada sbb bahagian ni kurang lemak
pastu kulit dia tu buang
buang gak mana2 lemak yg ada kat daging ayang tuh
kalau terasa cam minyak dia banyak...lap sikit pakai tisu
pastu apa yg makan tu kena lah bakar blk
sama ada cardio or what ever
takut nnti kalori berlebihan akan jadi lemak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 12:55 PM | Show all posts
i cuba try test TRUDETOX... rasa perut ringan... buncit pon kurang... segala menda x guna dlm usus keluar... mmg best la... tp xtau la korang... 1 lg FABERMAX QUICK pon ok gak perisa oreng lg... sesape nak kurangkan kekembongan perot leh la terai... slamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 11:15 PM | Show all posts
Aku pun dalam proses nak turunkan berat badan... baru start dari awal bulan 8 hari tu... sekarang ni dah masuk sebulan setengah, berat aku ada la turun 8kg<10kg... banyak kg lagi aku perlu turunkan... tinggi aku 180cm, kalo boleh nak dapatkan berat dalam 70kg - 80kg tahun depan...

Makanan plak aku bajet 1500kcal jer sehari, fast food, air + makanan manis2 semua aku tak sentuh, biasa aku ambik wholemeal bread + telur, makan sup, susu, sayur buah2 memang wajib tiap2 hari... kalo nak makan ayam pun aku ambik ayam panggang part dada... alhamdulillah, waist dah kurang 4 - 5 inci... sekarang ni, target aku untuk dapatkan BMI normal ngan lean body... body aku jenis endomorph... frame lak jenis besar, kalo boleh memang nak body well-defined macam korang, tapi taktau nak start macam mana... hehe... aku tak gi gym, workout ringan2 kat rumah jer setakat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 12:52 PM | Show all posts
224# batabaka

bro ape beza clean bulk dengan dirty bulk?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 01:33 AM | Show all posts
224# batabaka

bro ape beza clean bulk dengan dirty bulk?
valeo86 Post at 20-9-2009 12:52


ermm...dirty bulk ni, lebih mudah dilakukan, target nk capai kalori surplass dgn makan high protein, high fat, high carbs diet, asalakan ada protein kita bantai.
TAPI macam tk healthy sgt la, makan cam daging burger, ayam goreng, dll
tk sesuai untuk endomorphh....

tapi jgn salah sangka, takdelah "dirty" sgt cam disangka, sama cam kebanyakan org makan

Chow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.176661 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list