|
Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77
[Copy link]
|
|
Reply 224# hiloh2o
tula jadinya kalu menaip sambil makan sambil jumpa bos etc... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 226# seroja_pagi
hehe... paham... |
|
|
|
|
|
|
|
x payah la speku. dah x de dah pun. who ever he is, dia tgh diseksa di alam kubur
eda910 Post at 20-10-2010 17:37
tak baik dowh ...ko ckp mcm tuh...itu semua kerja tuhan...al-fatihah kepada yang telah pergi...semoga tenang disana |
|
|
|
|
|
|
|
arini, 4 dec 2009- genap 32 thn tragedi ni ..
airyfairy Post at 4-12-2009 10:15
3 hari lagi...genap 33 tahun kes ni... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tahu citer ni masa meniaga kat pasal malam kat beranang. dkt kesuma lake. ada sorg makcik ni ce ...
eda910 Post at 20-10-2010 14:53
aper lah jahat punya datuk...kalo tak tembak pilot...kan semua org tak mati...paling tidak pun mahkamah hukum suh dia bayar denda duit rasuah tu jer...kalo masuk penjara pun munkin dah kuar...sekarang nie...tak tau nasib dia mcmana..wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
ok, br lepas abis baca.. so nice dapat tau sejarah yang sebenarnya.. sebelum2 ni cume tau ape kemalangan n ade kematian ngeri tanpa tau ape punca sebabnya.. al-fatihah kpd yang telah pergi dan kalau la rasuah la penyebabnya, mmg ianya sesuatu yg amat menyedihkan kerana nyawa yang x berdosa menjadi mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
msti cemas kan time tu
saya org jhr mmg prnh dgr cite psl ni,,tu pun mak yg citer..masa tragedi mak baru je amek spm.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...
novel sastera kt sekolah, tragedi 4 disember...
scha ade tanye kt ayah scha, betol ke kisah kt dlm novel tu sebab mcm real story jek...
ayah scha ckp mmg tu kisah benar pon...
then mama scha pulak bukak cite...
sehari sebelom kejadian tu ke or pagi b4 kejadian tu...
mama scha naek the same plane dpd johor ke singapore ntah(xleh ingt detail sebab dgr cite mama ni mase scha form 4 ke form 5)
mmg btl flight tu dpd penang sbb mama scha follow arwah tok bak scha ade urusan keje kt penang...
mase dlm flight tu mama scha jumpe kwn lame die air stewardess bertugas dlm flight tu...
seb bek mama scha x balek nek flight tu gak, die stay kt penang sehari...
bile kuar paper psl tragedi ni, mama scha chek laa name kwn die tu ade ke x dlm list yg maut...
seb bek xde...
since dpd tragedi tu, mama scha trauma nak naek flight lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
ikut cerita dia. flight tu dihijack oleh seorg Dato' dlm flight tu. dan Dato' tu of course la org Malaysia. dia x ingat nama. dia cerita lagi Dato' tu was informed that polis da sedia menunggu dia once diorg landing untuk satu kes. x silap makcik tu ckp kes rasuah kot. pastu Dato' tu terlalu takut. dia pegi kat tempat pilot, utk x bagi landing.
eda910 Post at 20-10-2010 14:53
teringat kat kes Datuk ngan pembantu mati kena tembak ngan bunuh diri kat highway haritu.... macam2 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dato mane ek yg tembak pilot tu? Patutla tak reveal citer sebenar... melibatkan menteri rupanya :-P Naya je penumpang2 lain dalam flight tu |
|
|
|
|
|
|
|
saya tahu citer ni masa meniaga kat pasal malam kat beranang. dkt kesuma lake. ada sorg makcik ni ce ...
eda910 Post at 20-10-2010 14:53
bodoh betullah datok tuh.......... so tadak sapa nak pandu kapalterbang tuhh then dengan dia2 pun mati gakk....... kalau dia ditangkap polis, apalah sangat hukuman dia kan........ entah2 lepas punya............. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita paling sedih aku baca dlm board MPS ni......tragedi! |
|
|
|
|
|
|
|
Actually my dad is one of the officers yg ditugaskan utk pergi ke tmpt kejadian... Mayat mmg unrecognizable sbb dah hancur berkecai... Takleh bygkan jalan atas daging-daging dan tulang-tulang. :cry:
My dad ada sebut name Dato' kes rasuah tu tapi rasenye tak proper kot if mention name Dato' tu. Lagipon orgnye dah arwah kan... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Actually my dad is one of the officers yg ditugaskan utk pergi ke tmpt kejadian... Mayat mmg unrecog ...
lasagnaklcc Post at 15-3-2011 20:38
arwah moyang sy pn cerita cmtu jgk...masa ayah nyer g tmp kejadian, stiap tmpat dipijak sume cebisan daging mangsa2.....mmg ngeri la.....huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak up kan cerita ni serious aku tak tau pasal ni |
|
|
|
|
|
|
|
HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.
Penduduk Tanjung Kupang panik lihat Boeing 737 terbang rendah sebelum terhempas dalam hutan bakau
JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.
Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan. Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor. Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.
Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!
Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.
Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.
Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.
Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.
Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.
Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.
Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.
Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.
Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan 'bergoyangan' dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.
Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.
Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.
Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.
Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.
Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama 'padang jarak padang terkukur' apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.
Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.
Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.
Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.
Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.
SEKITAR jam 5.40 pagi selepas tragedi pesawat Boeing 737 MH653 terhempas, pihak MAS mula memaklumkan mengenai tragedi menyayat hati itu kepada ahli keluarga dan rakan penumpang yang menanti dengan penuh gelisah di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS).
Pengumuman itu disambut dengan perasaan pilu dan sayu apabila ahli keluarga dan rakan yang menanti itu diberitahu bahawa tiada mangsa yang ditemui selamat berdasarkan gerakan mencari yang dilakukan.
Tanjung Kupang kemudian menjadi tumpuan media dan negara dikejutkan dengan tragedi antara paling tragik pernah direkodkan dalam sejarah negara.
Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu). Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad dan Setiausaha Politiknya, Hood Fadzil, adalah di antara penumpang yang dilaporkan terkorban.
Gerakan mencari yang tergendala kerana kesukaran mencari pada gelap malam diteruskan semula ketika mentari pagi mula menerangi kawasan tragedi.
Pelbagai penemuan sama ada barang keperluan dan komponen pesawat dipungut dan dikumpulkan pada suatu tempat. Jasad mangsa pula dikumpulkan di dalam beg plastik, ditanda sebelum dihantar ke rumah mayat.
Pihak berkuasa juga mengadakan pengawasan ketat di tempat kejadian malah kawat berduri dipasang bagi mengelakkan pihak yang tidak berkaitan memasuki lokasi nahas kerana dikhuatiri mengganggu kerja mencari dan menyiasat yang dijalankan.
Seterusnya, mayat semua mangsa yang ditemui dimasukkan dalam tujuh keranda dan dikebumikan di satu tapak perkuburan besar di Jalan Kebun Teh berikutan sukar untuk mengenalpasti identiti setiap mangsa.
Ribuan ahli keluarga dan sahabat termasuk mereka yang berasal dari luar negara membanjiri tanah perkuburan berkenaan pada hari pengebumian jenazah semua mangsa diadakan.
Tragedi itu juga memberi impak dan tamparan besar kepada operasi pesawat dan lapangan terbang berikutan ramai pihak beranggapan yang kemalangan itu berpunca daripada kurangnya kawalan keselamatan di lapangan terbang.
Satu kajian semula mengenai keselamatan di lapangan terbang dilakukan. Pengesan logam buat pertama kalinya dipasang di LTAS bagi mengelak kejadian sama berulang.
Bagasi milik orang kenamaan pula tidak lagi boleh dikecualikan daripada pemeriksaan dan pengawal peribadi mereka juga dikehendaki menyerahkan senjata api masing-masing kepada juruterbang sebelum menaiki pesawat.
Menyoroti punca nahas itu, ramai pihak percaya yang juruterbang pesawat berkenaan dipaksa pihak perampas untuk terbang terus ke Singapura dan tidak mendarat di Subang untuk mengisi minyak.
Perampas terbabit juga dipercayai turut menyeludup masuk bahan letupan di dalam pesawat menyebabkan tragedi itu menjangkau kawasan yang amat luas apabila terhempas.
Penemuan beg kecil bersama kelongsong peluru juga menimbulkan spekulasi bahawa kemungkinan berlakunya pergelutan antara pihak perampas dengan pengawal peribadi Datuk Seri Ali sejurus sebelum pesawat itu terhempas.
Analisis terhadap kotak hitam pesawat juga tidak banyak membantu untuk mengenalpasti siapakah perampas terbabit, motif mereka serta rentetan kemalangan berkenaan. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh mengenai kejadian sebenar yang berlaku ketika penerbangan berkenaan sekali gus meninggalkan punca tragedi itu kekal sebagai misteri sehingga kini. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau nie ari ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lah ada sesapa yang diberi kelebihan boleh masuk kealam tersebut n meceritakan apa sebenar2nya terjadi...
Tak tercapai aka ku....mcm cite omputih back to the future |
|
|
|
|
|
|
|
pergghhh.........baru pes time dgr citer ni...
terbaekkkkk aaar.. |
|
|
|
|
|
|
|
7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl
7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'
750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'
8.05 pusat mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki
kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653
8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang
seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup
selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.
jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin
antara penumpang yg terkorban
menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya
antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..
walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..
kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.
cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.
kelemahan ketika itu
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang |
|
|
|
|
|
|
| |
|